Facebook Share

Followers

Tuesday, November 5, 2013

DATO' JELANI HAMDAN TIDAK AKAN KHIANATI MANDAT PENGUNDI N.4 MATUNGGONG.


Matunggong - "Saya tidak akan mengkhianati sokongan rakyat Matunggong yang mengundi saya pada PRU13" itu penjelasan Dato Jelani Hamdan semasa beliau memberi taklimat ringkas kepada 25 Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang diadakan di perkarangan kediaman beliau di Kampung Sumangkap berhubung desas-desus beliau akan meninggalkan PKR.


Menurut Jelani, keputusan samada menyertai Barisan Nasional atau kekal sebagai Wakil Rakyat pembangkang terletak ditangan rakyat Matunggong. Sebab itu Jelani meminta Ketua-ketua PDM mengedarkan borang kajiselidik untuk mengetahui respon rakyat Matunggong hingga ke peringkat akar umbi.

"Jika majoriti rakyat yang mengundi saya pada PRU13 lalu mengkehendakan saya kekal sebagai wakil rakyat pembangkang, saya tidak boleh buat apa, saya akan kekal sebagai ADUN PKR," katanya.


Menurut Jelani lagi, jika keputusan rakyat Matunggong memilih untuk menyertai Barisan Nasional, maka beliau bersedia mengalas tanggungjwab yang diamanahkan oleh rakyat matunggong  walaupun sudah pasti beliau akan berdepan dengan pelbagai tohmahan dan kritikan.  Jelani berkata sebagai wakil rakyat beliau bertanggungjawab mencorakan masa depan Matunggong yang lebih cerah walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan.

“Saya sedar majoriti rakyat yang menyokong saya pada PRU13 lalu mengundi saya kerana mereka inginkan pembangunan merujuk kepada manifesto yang saya buat pada PRU13 lalu namun saya tidak boleh berbuat apa-apa dalam keadaan sekarang tapi seperti apa yang saya katakan, saya sanggup bertahan sebagai Wakil Rakyat Pembangkang yang sudah tentu tidak diberi kuasa langsung untuk mengurus dana pembangunan kerajaan, jika rakyat Matunggong dapat bertahan tanpa sebarang pembangunan untuk jangkamasa 4 tahun lagi,” katanya.

Perjumpaan yang sepatutnya hanya  dihadiri oleh 25 orang ketua PDM itu tanpa diduga telah menarik perhatian lebih 300 orang yang datang dari seluruh N.4 Matunggong untuk mendengar taklimat kemana halatuju perjuangan politik Dato Jelani Hamdan. 
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, June 1, 2012

EMPAT UNDUK NGADAU KAAMATAN (UNK) DARI WILAYAH UTARA SABAH BAKAL MENGHIASI MAJALAH 'VUROSS MEDIA'

KOTA KINABALU: Empat daripada Juara Unduk Ngadau dari Wilayah Utara Sabah iaitu, UNK Kudat Jaimurni Lunduman, UNK Matunggong Aliana Wandak, UNK Pitas Wendy Patin dan UNK Banggi Evilin Mathis telah dijemput untuk menghadiri sesi photografi Vuross Media dan taklimat serta motivasi daripada Pengerusi RFM yang juga merupakan Presiden SAMORA, Tn . Jelani Hamdan sebelum mereka berentap merebut gelaran UNK peringkat Negeri Sabah pada 31hb lalu. 
JELANI HAMDAN - Pengerusi RFM, Presiden SAMORA
Sesi photografi diadakan untuk memilih model-model dikalangan pemenang UNK dari wilayah utara Sabah bagi menghiasai majalah Vuross Media yang bakal diterbitkan oleh Puruvan Jaya Sdn Bhd tidak lama lagi. 
EVILIN MATHIS -UNK Banggi
Ketika berucap memberikan taklimat ringkas, Jelani Hamdan melahirkan rasa kesal kerana selama UNK diperkenalkan di negeri ini, belum ada dari kalangan suku kaum Rungus berjaya meraih sebarang gelaran yang boleh dibanggakan. 
ALIANA WANDAK - UNK Matunggong
 “Saya memandang serius terhadap anggapan sesetengah pihak yang memberi presepsi negatif terhadap pakaian tradisi suku kaum Rungus, kononya pakaian tradisi yang dipakai ketika pertandingan merupakan faktor kekalahan peserta ,” katanya. 
JAIMURNI LUNDUMAN - UNK Kudat
Presepsi ini katanya akan mempengaruhi peserta-perserta Unduk Ngadau pada masa akan datang dan sudah semestinya memberikan imaj buruk terhadap pakaian tradisi suku kaum Rungus yang kini mendapat perhatian pelancong luar negara.
WENDY PATIN - UNK Pitas
 Mengulas mengenai penganjuran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri, Jelani mencadangkan agar pada masa akan datang persatuan-persatuan suku kaum terbesar di Sabah dilibatkan secara langsung bagi menggelakan anggapan sesetengah pihak bahawa Pesta Kaamatan peringkat Negeri dimonopoli oleh KDCA.
 “Saya juga mencadangkan agar pengadil dan juri pertandingan UNK peringkat Negeri diwakili oleh suku-suku kaum terbesar di Sabah untuk mengelakan syak wasangka dan ketidakadilan berlaku, katanya.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, January 25, 2012

Mampu kah PBS mempertahankan DUN N.4 Maunggong pada PRU13 ini??

Mungkin masih terlalu awal untuk berteka teki siapa dan dari parti mana pemimpin yang bakal menduduki ‘takhta’ N4. Matunggong selepas PRU13 nanti. Samada dari pihak kerajaan yakni PBS yang merupakan juara bertahan sejak bertapak di Matunggong atau parti pembangkang yang terdiri dari pelbagai ‘jenama’ dan latar belakang sejarah bagaimana dan mengapa parti itu ditubuhkan. Sedar atau tidak bahang demam pilihan raya semakin terasa kehangatanya walaupun belum ada mana-mana pihak yang memberi kenyataan tarikh sebenar PRU13 diadakan. Jika melihat riak-riak ikan di sungai kita sudah tahu jantan betinanya, begitu juga lah rakyat melihat tindak tanduk kerajaan yang semakin prihatin terhadap masalah rakyat dengan memberi pelbagai insentif, wakil-wakil rakyat yang dulu duduk diam, semakin rajin membuat lawatan, dilihat sebagai petanda bahawa pilihan raya semakin menghampiri kita.

Ekoran dari itu, laman perbincangan mengenai politik yang dibangunkan melalui facebook tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Lebih mengujakan terdapat beberapa pemimpin ‘tebal muka’, pemimpin yang tahan sepak terajang turut mengambil bahagian dalam perbincangan isu-isu panas yang selalunya menjadi topik perbincangan.

Kawasan Dun N.4 Matunggong yang sejak dulu dikenali sebagai salah satu kubu kuat PBS sejak diterajui oleh Mathius Majihi (sekarang Datuk), belum pernah walau sekalipun kecundang ditangan lawan sehingga ramai yang merasa yakin bahawa siapa pun calon yang diletakan di Matunggong tanpa perlu khuatir latar belakang calon tersebut, pasti memperolehi kejayaan yang luar biasa. Apa kah PBS mampu mempertahankan piala kejuaraan sekalipun ramai yang beranggapan perjuangan PBS telah jauh terpesong dari landasan asal? Apakah jawapannya adalah terdiri dari jawapan objektif seperti berikut–

a) Kecundang ditangan parti pembangkang disebabkan calon yang kurang sesuai

b) Kecundang ditangan parti pembangkang disebabkan tiada kerjasama dari komponen Barisan Nasional seperti yang dinyatakan oleh Datuk Mathius Majihi ketika beliau keluar dari UPKO baru-baru ini.

c) Memperolehi kemenangan yang lebih besar disebabkan pemimpin pembangkang masih tidak mendapat kata sepakat sekalipun pada hari pembuangan undi.

d) Menang besar disebabkan parti pembangkang meletakan calon yang tidak dikenali iaitu pemimpin bermusim yang hanya petah berkata-kata setiap kali menjelang pilihan raya.

Mungkin kah diantara jawapan objektif di atas merupakan salah satu kemungkinan yang akan berlaku. Atau masih terdapat jawapan yang paling tepat yang akan menjadi faktor penentu samada PBS masih mampu mempertahankan pengaruhnya di Matunggong? Apa pun semua kemungkinan hanyalah andaian semata-mata. Dihujung jari pengudi lah yang akan menentukan siapa yang berhak menduduki kerusi empuk Wakil Rakyat N.4 Matunggong nanti.

Jika siri pilihan raya lalu dijadikan rujukan, perebutan calon samada di pihak pembangkang mahupun kerajaan pasti akan berulang, malah ramai berpendapat perebutan kali ini mungkin lebih sengit berbanding PRU12 lalu. Diphak kerajaan walaupun perebutan calon mungkin agak sengit namun mereka masih boleh tersenyum lebar berbanding dengan pembangkang yang agar ramai kerana mereka datang dari parti-parti pembangkang yang berlainan ideologi dan berlainan latar belakang walaupun tidak dinafikan tujuanya adalah sama iaitu ingin melihat kerajaan tumbang dan tampuk pemerintahan akan beralih tangan pada PRU13. Jika masalah ini tdak dapat diperhalusi lagi oleh parti-parti pembangkang, sudah pasti kekalahan pembangkang di Batu Sapi tidak berapa lama dulu pasti akan berulang. Mungkin satu bentuk kerjasama dan persefahaman perlu dibuat segera untuk mempastikan pembangkang di Matunggong benar-benar bersatu dan sanggup membelakangkan kepentingan peribadi. Kehadiran PKR di Matunggong sejak PRU12 lalu dilihat tidak banyak membantu, ini mungkin disebabkan timbulnya kesedaran terutama dalam kalangan ‘pengundi baru’ bahawa parti pembangkang tempatan perlu diberi keutamaan untuk mengembalikan kuasa autonomi Sabah seperti yang dicanang oleh pemimpin parti pembangkang tempatan jika mereka diberi mandat untuk memerintah.

Apa pun, cepat atau lambat, pilihan raya pasti akan berlaku juga. Kita cuma berharap siapa-siapa pun yang dipilih untuk menjadi wakil rakyat N.4 Matunggong pada PRU13 ini, akan membawa satu perubahan besar tidak kira lah samda pembangkang atau PBS dan mungkin juga YB Sarapin Magana kembali dipilih sebagai pilihan nombor satu rakyat Matunggong. Sama-sama kita tunggu dan lihat. PRU13 pasti mampu merungkai persoalan kemana halatuju sokongan rakyat Matunggong smada terus menyokong kerajaan atau sebaliknya.

Aritkel saya yang berikutnya akan mengulas serba sedikit mengenai calon-calon yang kemungkinan akan bertanding pada PRU13 nanti dari perspektif orang ramai yang sempat saya temubual. Tunggu.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, October 12, 2011

Pelancaran Telefilem Ginavoku Ginavonu. Satu perjuangan dan harapan.



Penantian berakhir sudah, Telefilem GINAVOKU GINAVONU (GKGN) yang merupakan telefilem sulung terbitan JH Production House dengan kerjasama Momogun Rungus Association (SAMORA) dan Rfm Group yang mendapat sentuhan pengarah P Dik Ganai (Bayo Pictures SDN BHD) telah pun dilancarkan dengan rasminya pada 8hb Oktober 2011 bertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu. Pelancaran dan Tayangan Perdana Telefilem Rungus pertama ini telah dirasmikan oleh Presiden SAMORA sendiri Tn. Jelani Hamdan yang juga selaku Produser Eksekutif bagi telefilem tersebut.


Perasmain....ucapan perasmian oleh Presiden SAMORA Tn. Jelani Hamdan. Diperhatikan oleh Pengarah P Dik Ganai (Fdam)

Agak memberansangkan, seawal jam 5.30 petang orang ramai yang datang dari pelbagai pelusuk daerah di Sabah mula berpusu-pusu memasuki dewan walaupun acara bermula sekitar jam 7.00 malam. Lebih memberansangkan semua meja habis ditempah.


Rasmi...pukulan gong sebagai tanda perasiman..

Ketika berucap merasmikan pelancaran dan Tayangan Perdana itu, Jelani berkata, sebagai seorang peguam, tidak terlintas dalam fikirian beliau akan menjadi seorang produser filem malah beliau mengakui tidak pernah membaca skrip yang telah diberikankan oleh penulis skrip sehinggalah beliau melihat sendiri telefilem itu melalui DVD.


Antara yang hadir sabar menunggu tayangan dimulakan..

“Setelah melihat sendiri, saya amat berbangga kerana menjadi produser Telefilem GKGN. Walaupun hampir semua pelakon tidak pernah berlakon sebelum ini, namun kesungguhan mereka menguasai watak patut diberi pujian,”katanya.


Hero GKGN (Ron Langad) bergambar kenangan dengan Pengarah P Dik Ganai (Fdam)

Jelani dalam ucapanya berkata, beliau akan memberikan ruang kepada penggiat seni Rungus untuk berkarya dan mengalu-alukan penyertaan mereka dalam bidang senilakon. Beliau juga memberitahu selepas GKGN, GKGN2 dan Mr.Kantalan akan diterbitkan dalam masa terdekat ini.


Produser dan Penulis Skrip Rungus Pertama..."tunggu kemunculan GKGN2 dan Mr. Kantalan" (photo ehsan dari sdra Raymond Chong)

Pelancaran Telefilem GKGN yang mendapat liputan RTM dan media massa tempatan merupakan satu kejayaan bagi suku kaum Rungus di Sabah. Barisan pelakon yang terdiri daripada 97% suku kaum Rungus termasuk Penulis Skrip dan Produser menjadi momentum kepada anjakan paradigma yang sekaligus menafikan presepsi bahawa suku kaum Rungus di Sabah jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain dalam pelbagai bidang.


Sidang Akhbar..antara Jurkamera dan wartawan yang mengambil liputan pelancaran..

Telefilem GKGN yang berdurasi 1 jam 40 minit mendapat tepukan dan gelak ketawa daripada penonton dan tidak kurang juga penonton yang menitiskan air mata. Mungkin jalan cerita yang agak mudah difahami, GKGN tidak menghampakan penonton pada malam itu.


Pengerusi Penganjur Tn. Jose Modsinupu (turut berlakon) diapit oleh Tn Produser dan Heroin GKGN, Natalia T. Charles
Klik disini untuk baca seterusnya »»