Followers

Wednesday, October 12, 2011

Pelancaran Telefilem Ginavoku Ginavonu. Satu perjuangan dan harapan.



Penantian berakhir sudah, Telefilem GINAVOKU GINAVONU (GKGN) yang merupakan telefilem sulung terbitan JH Production House dengan kerjasama Momogun Rungus Association (SAMORA) dan Rfm Group yang mendapat sentuhan pengarah P Dik Ganai (Bayo Pictures SDN BHD) telah pun dilancarkan dengan rasminya pada 8hb Oktober 2011 bertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu. Pelancaran dan Tayangan Perdana Telefilem Rungus pertama ini telah dirasmikan oleh Presiden SAMORA sendiri Tn. Jelani Hamdan yang juga selaku Produser Eksekutif bagi telefilem tersebut.


Perasmain....ucapan perasmian oleh Presiden SAMORA Tn. Jelani Hamdan. Diperhatikan oleh Pengarah P Dik Ganai (Fdam)

Agak memberansangkan, seawal jam 5.30 petang orang ramai yang datang dari pelbagai pelusuk daerah di Sabah mula berpusu-pusu memasuki dewan walaupun acara bermula sekitar jam 7.00 malam. Lebih memberansangkan semua meja habis ditempah.


Rasmi...pukulan gong sebagai tanda perasiman..

Ketika berucap merasmikan pelancaran dan Tayangan Perdana itu, Jelani berkata, sebagai seorang peguam, tidak terlintas dalam fikirian beliau akan menjadi seorang produser filem malah beliau mengakui tidak pernah membaca skrip yang telah diberikankan oleh penulis skrip sehinggalah beliau melihat sendiri telefilem itu melalui DVD.


Antara yang hadir sabar menunggu tayangan dimulakan..

“Setelah melihat sendiri, saya amat berbangga kerana menjadi produser Telefilem GKGN. Walaupun hampir semua pelakon tidak pernah berlakon sebelum ini, namun kesungguhan mereka menguasai watak patut diberi pujian,”katanya.


Hero GKGN (Ron Langad) bergambar kenangan dengan Pengarah P Dik Ganai (Fdam)

Jelani dalam ucapanya berkata, beliau akan memberikan ruang kepada penggiat seni Rungus untuk berkarya dan mengalu-alukan penyertaan mereka dalam bidang senilakon. Beliau juga memberitahu selepas GKGN, GKGN2 dan Mr.Kantalan akan diterbitkan dalam masa terdekat ini.


Produser dan Penulis Skrip Rungus Pertama..."tunggu kemunculan GKGN2 dan Mr. Kantalan" (photo ehsan dari sdra Raymond Chong)

Pelancaran Telefilem GKGN yang mendapat liputan RTM dan media massa tempatan merupakan satu kejayaan bagi suku kaum Rungus di Sabah. Barisan pelakon yang terdiri daripada 97% suku kaum Rungus termasuk Penulis Skrip dan Produser menjadi momentum kepada anjakan paradigma yang sekaligus menafikan presepsi bahawa suku kaum Rungus di Sabah jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain dalam pelbagai bidang.


Sidang Akhbar..antara Jurkamera dan wartawan yang mengambil liputan pelancaran..

Telefilem GKGN yang berdurasi 1 jam 40 minit mendapat tepukan dan gelak ketawa daripada penonton dan tidak kurang juga penonton yang menitiskan air mata. Mungkin jalan cerita yang agak mudah difahami, GKGN tidak menghampakan penonton pada malam itu.


Pengerusi Penganjur Tn. Jose Modsinupu (turut berlakon) diapit oleh Tn Produser dan Heroin GKGN, Natalia T. Charles

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

26 comments:

  1. tahniahnkepada tn jelani hamdan(JH)kerana usaha beliau utk org pertama rungus buat filem.bila lagi buat filem org rungus.sya sendiri kalau banyak duit juga kepingin buat filem berlatarbelakang rungus.saya ada beberapa pendapat yang perlu JH tahu dan fikir sejenak.jangan terleka dan syook.1.Lebih baik JH buat filem yg memberikan peluang dan pulangan yang banyak dgn cara melabur di negeri orang.2.Orng rungus belum begitu teruja dgn filem tempatan,sya nampak mereka lebih mimpikan keberterusan hidup yg lebih selesa/hidup lebih selesa dgn ekonomi yang lebih baik.bukannya siang malam menonoton wayang.oleh itu adabaiknya JH ubah visi dengan menumpuhkan cara pendekatan untuk SAMORA lebih bermakna untuk org rungus.JH sudah syook dan dgn hiburan tetapi leka dan lupa harapan org rungus unt bawa keluar garis kemiskinan.3.Ada baiknya JH lepaskan SAMORA KEPADA PEMIMPINL

    ReplyDelete
  2. Inilah yang kita mahu. Maju dalam pelbagai bidang. Anjakan pradigma yang amat membanggakan. Seperti yang tuan Jelani kata, sebagai seorang peguam, dia tidak pernah terfikir menjadi produser filem, saya juga semasa kecil dulu, tidak pernah terfikir akan menonton filem tempatan dari suku saya sendiri.

    ReplyDelete
  3. obpinai maling 10 tan no jek nu.oporlu sedar nu peranan besar yalu JH sd rungus.Dia mahu jdi bntang filemka tau jadi hero kah.e2 diapunya pasal.Jgn jadikan samora batu loncatan buat perkara yang tiada faedah.banyak da filem org sabah da buat tapi tak kemana.bodoh orng bikin filem kalau tak ada niat lain.jangan salah guna nama samora.kawan peminta sedekah ,keluar dari penderitaan kemiskinan.jgn bodoh buat sesuatu/ingat market tak banyak.rugi kawan.

    ReplyDelete
  4. Kepada
    AMT SAMORA.

    Mana sudah peranan samora yg mau membela nasib bangsa rungus?.Beratus ekar sudah tanah adat diambil oleh kerajaan di kawasan matunggong. jangan hanya bersuara hendak berdemontrasi.

    ReplyDelete
  5. Tuan Jelani,
    Banalko ohigak oku tu varo no filem GINAVIKU GINAVONU.om nokimot oku nu nga banalko okusut ginavoku tu indarama ulu dot filem dau boros rungus nga suvang dau bai rontob 30% no ot boros rungus.Jadi itungku dot aso harati ponong sid pokosog dot boros om bansa rungus.Obuli rijawanon tokou yadko it filem Hikayat Merong Mahawangsa tu 10% no ot boros bansa vokon.Aso haratiku dot mangamu nga popumbangan.

    kotoluadan tuan, posuruto ino gamaon nu.

    ReplyDelete
  6. kopivosihan vulan Krismas
    saya hanya response dua perkara perkara. Pertama mengenai telefilem Ginavoku Ginavonu . GKGN (GKGN) dibiayai 100% oleh saya sendiri dan tiada satu senpun dari mana2 pihak termasuk Samora. Kalau kita lihat cover atau kulit DVD GKGN pun iannya dikeluarkan oleh syarikat saya sendiri iaitu Puruvan Jaya Sdn Bhd. Samora hanya terlibat bila semua AMT bersetuju bekerjasama agar ada dana untuk Samora. Ertinya syarikat saya bersetuju untuk bagi komisyen untuk Samora agar aktiviti Samora dapat berjalan. Saya tak kisahpun kalau Samora tak terlibat - lagi baik bagi syarikat saya. Mengenai pengambilan beribu ekar tanah di Matunggong, saya telah mencadangkan pembentukan Jawatan kuasa Bertindak Tanah Adat SAMORA - RAF dan diluluskan oleh AMT Samora dalam mesyuaratnya pada 5.11.2011. Samora-Raf telahpun mengadakan dua kali mesyuarat dan telah membentuk panel peguam2 untuk mengkaji insiden pengambilan atau "rampasan2" tanah di Matunggong. Samora- Raf akan menyegerakan tindakan samaada melalui bantahan keras atau melalui proses perundangan. Saya bersetuju menderma RM20,000 untuk aktiviti Samora-Raf khusus untuk membela bangsa kita. Terima kasih atas komen anda semua samaada yang mengkritik saya atau yang memberi dorongan. Merry Christmas in advance - GBU :))

    ReplyDelete
  7. Untuk keterangan lanjut Mengenai SAMORA - RAF sila layari FB Samora -Raf. Join kami kalau anda seorang pejuang...jangan cakap saja :)https://www.facebook.com/groups/191986444172260/

    ReplyDelete
  8. Tobpinai Masital, Torima kasih dino komen om pendapat nu. Banal GKGN hanya 10% boros Rungus sabap ontok diri onom vulan oku monginud dot skrip 100% boros Rungus nga aso tiso minangatod..baiko boros dot managatod ka nga aso ma nokorikot. Tidak apa ka di Malazu, iti permulaan ogi. Filem kedua Puruvan Jaya Resourses sdn bhd bertajuk ONDIG-ONDIG DI ONDIG 100% boros Rungus. Okon ko mokihuhuntung iti, baiko pimot bahawa boros Rungus nga amu e "janggal" atau relevan e sid filem. Selalunya yang memulakan amat berat kerana semua bentuk kelemahan atau kekurangan " kenampakan" sangat becoz orang sentiasa membandingkan dengan filem2 yang lebih advance. For me it's ok. We learn from mistake anyway.

    ReplyDelete
  9. Kopivosihan tobpinai JH.
    Ohigak om ounsopot ginavoku tu varo ulun tokou dot yadko ikau dot varo gama popengkakat dot boros rungus menjrus bansa rungus antad SAMORA om iti no industri filem.Kada iotungo secara positif it boros it a kopiro it mad negative thinking ponong sitid usahanu.Yoku kondiri banal ozi oku tu ong okonko itokou ulun rungus isaipo? kadi basai.Kuran ka nopo polombuso om posurut it gamanu..
    kotoluadan...

    ReplyDelete
  10. Kepada
    Tuan presiden SAMORA

    Ada 2 perkara saya nak sentuh di sini, Pertama terima kasih dit penjelasannu kanagangan ko it tindakan do SAMORA berhubung pengambilan tanah adat sid Matunggong. jad, ino no ot ilumbusku sid ulun dit mongoduat dohon. teruskan perjuangan tokou. om Kedua, GKGN tiada komen, memang para pelakon kita berbakat besar terutama heronya, tahniah telah membawa watak dengan baik sekali. cuma satu perkara yg sedikit mencacatkan iaitu penggambaran di lokasi bengkel kereta tu, nampak itu botol2 minuman keras. ini kena ambil beratlah supaya org tidak melabelkan kita ini kaki botol. sekali lagi terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  11. Saudara Anonym..baru-baru ini saya telah membaiki kereta kacil saya di bengkel dimana penggambaran GKGN dibuat. Memang benar seperti yang saduara Anonym (susah mo sebut ko punya Nick Name ini)cakap kerana saya mendapati banyak botol minuman keras terdapat di bengkel tersebut dan untuk mempastikan kebenaran apa yang saya lihat pada telemovie GKGN, saya memeriksa beberapa botol lgi yang masih bertutup dan saya mendapati botol-botol terbebut digunakan untuk mengisi Thiner iaitu sejenis bahan pelarut cat kereta. Bagiamana pun saya menyarankan agar pihak produksi filem ini memastikan tidak ada botol-botol minuman keras lagi sebagai background kerana tidk semua orang faham atau tahu tentng kehadiran botol-botol tersebut.

    ReplyDelete
  12. kopivosihan sid suvang ongkob MK
    Sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas dorongan dan sokongan anda semua khasnya Tobpinai Masital, TAL dan juga Anonym yang membuat kritikan ( kritikan akan membawa kemajuan kalau kita ambil secara positif walaupun pedas ). Terima kasih kepada TAL yang bersusah payah membuat pemeriksaan sendiri lokasi yang dikatakan terdapat botol2 bekas minuman keras iaitu bengkel " MR ROY ". Memang benar iannya bekas botol2 minuman keras . Saya sendiri tanya dan double check kes ini. Seperti kata TAL, iannya botol2 yang digunakan untuk thinner cat kereta. Ini juga dijelaskan oleh pemilik bengkel tersebut. Kita ambil kira sensitiviti anda semua dalam filem saya yang kedua . Filem ke 2 Syarikat saya ialah ONDIG-ONDIG DI ONDIG. Iannya akan dibuat menggunakan 100% bahasa Rungus. Mengenai kes Matunggong Forest Reserve, Mini Estet Minikodong dan Pencerobohan Tanah Kraftangan Rungus Badarag, saya telah berjumpa dengan tuan Pegawai Daerah Matunggong , Tuan Sebastian Lim pada 5.12.2011 ( Rujuk ; https://www.facebook.com/photo.php?fbid=330124057014582&set=a.106323156061341.13089.100000509715495&type=1)&https://www.facebook.com/groups/116538175026413/333486779998217/ . Pihak Pejabat Perhutanan ( DFO Osman ) dan Pejabat Tanah telah memberi penjelasan panjang lebar mengenai kes2 tersebut. Dari info Pertama ( Primary Info ) Jawatankuasa Bertindak Tanah Adat SAMORA - RAF yang telah ditubuhkan melalui kelulusan AMT SAMORA pada 5.12.2011 akan membuat tindakan susulan. Saya mengingatkan Tuan D.O agar bertindak segera dan jangan sampai orang ramai mengambil atau menggunakan undang2 sendiri seperti kekerasan dll. Saya juga bagi "hint" kepada beliau yang SAMORA-RAF akan buat seminar kesedaran mengenai hak2 tanah di kawasan Matunggong dalam masa terdekat ini. Selepas seminar tersebut kita akan menyerahkan memorandum bantahan secara rasmi kepada pihak yang berkaitan . Kita juga tidak menolak kemungkinan BERDEMONSTRASI jika sekiranya pihak kerajaan GAGAL atau cuba melambat-lambatkan penyelesaian kes2 tersebut di atas. Saya bagi ULTIMATUM atau masa kepada pihak yang berkenaan iaitu SELESAIKAN dan KELUARKAN Surat HITAM PUTIH sebelum PRU 13 atau berdepan dengan bantahan besar-besaran. KOUNSAPATAN ( JH)

    ReplyDelete
  13. saya telah berjumpa dengan tuan Pegawai Daerah Matunggong , Tuan Sebastian Lim pada 5.12.2011

    sdr JH, Tuan Sebastian Lim adalah DO kudat, ADO matunggong adalah Tn Bianus Kontong.

    ReplyDelete
  14. Anonymous
    Saya mohon maaf kesilapan . Memang saya tahu juga Tuan Sebastian Lim DO kudat, pernah berkhidmat sama2 pada tahun 90an. Saya sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat N 4 Matunggong (PKR )dan Tuan Sebastian Lim sebagai ADO pada masa itu..mohon maaf di atas kesilapan fakta yang tak disengajakan. Tapi dalam FB yang saya postkan tidak silap dengan gambar sekali. Maaf sekali lagi kesilapan. Terlampau ingat tempat sendiri mungkin :)

    ReplyDelete
  15. Makluman

    DIALOG KES MESEJ MINIKODONG, MATUNGGONG FOREST RESERVE, TAPAK KRAF TANGAN RUNGUS BADARAG DLL.

    Dialog/ mesyuarat bersama YB Tuan Sarapin Magana, ADUN N 4 Matunggong merangkap Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Penolong Pegawai Daerah Matunggong, pegawai2 kerajaan yang berkaitan untuk membincangkan perkara diatas akan diadakan pada ketetapan berikut;

    Tarikh : 13.12.2011 ( selasa )
    Masa : 9:00am
    Tempat : Bilik Mesyuarat ( Gearakan ) Pejabat daerah Kecil Matunggong.

    Saya akan maklumakan mereka yang terlibat dalam mesyuarat ini secara panggilan telefon/sms.

    Kounsapatan

    JH

    NOTE :saya juga akan mengemukakan cadangan " buka fail semula " kes Empangan Milau" dgn mencadangakan agar mangsa2 terlibat diberi gantian tanah di kawasan SAFODA atau tanah keajaan yang ada.

    ReplyDelete
  16. Penolong Pegawai Daerah Matunggong = Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong .

    ReplyDelete
  17. Selamat sejahtera semua.

    Saya tertarikh memrespon beberapa perkara:
    1. Samora bertuah kerana mempunyai seorang presiden yang berkemampuan dari segi ekonomi utk menerbit GKGN tanpa bantuan sesiapa. Samora tiada sumbangan apa2 kpd syarikat tuan JH jd buat apa persalahkan dia, itu duit di ma... jd, cakap siang pandang2, ckp mlm dengar2.

    2. Pasal botol2 minuman keras dlm GKGN. Buat apa malu, itukan realiti, memang pun moginum itu budaya kita. Masa Pn Jornah Mizihim jd YB dia pernah melancarkan serangan kpd kaki2 minum spy berhenti minum tetapi ditolak oleh bangsa rungus sendiri, dan dipercaya isu ini merupakan salah satu faktor beliau ditolak oleh bangsa rungus. Yg mengherankan saya, ada yg malu pasal botol2 minuman ini sj sdgkan tdk malu bila bangsa kita mabuk mengampai di jlnan, bergaduh malah ada yg sampai membunuh ketika mabuk. Pandai malu tp tdk bhenti moginum.

    Bagi saya, usaha tn JH berada di landasan yg betul.

    3.

    ReplyDelete
  18. avantang eno komen nu sidiJH tu mad tolikudan nu e banal noko dasar tetapi toguvangan nu e varao sid dpn nu.ong yoku JH hanya peralatkan SAMORA untk populariti dau.tetapi lupa daratan siapa dia dgn samora.obpinai ovagaot dati jek nu dino.nakai ombiri no banal e kulit di filem GKGNU.Piro baris nokosurat ot ngaran syrkt atau prsatuan.mad maling ko e dtk Yusuf haslam nakala.secara jujur JH guna samora utk politik kosong yalo.Saya minta JH berihat dri samora beri laluan kpd org lain.kalau mau bsness buat apa ambil org rngus.industri SM lebih hebat.bnyak keuntungan dari sana. tapi JH buat juga di tmpat sendiri krna ada maksud lain.berhenti berpura2.kitorang dah masak prangai JH.

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya i dont have to answer soalan atau isu yang ditimbulkan oleh komentator yang TAK BERNAMA tapi takpa lah. Mengenai Samora, its easy, kalau mahu cakap pasal Samora...jadi member Samora dan vote me out dalam pemilihan. Sebenarnya sudah dua kali saya offer resign sebagai presiden Samora melalui mesyuarat perwakilan 2007&9 tapi ditolak oleh perwakilan . Kalau dikira dari segi untung rugi, jadi Presiden Samora tiada untungnya samaada dari segi profit business atau politik. Yang ada ialah kena keluarkan duit sendiri, Kalau nak tahu detailnya jadi member Samora . Kalau nak bercakap di luar memang mudah apalagi kalau tdak menggunakan nama atau nama betul. Kalau Anonym atau orang lain sdh rasa bersedia...saya sedia menyahut cabaran letak jawatan . Kalau anda betul2 mahu any time...tapi kalau saja nak bercakap dgn menggunakan nama samaran dan tak berani tampil..JUST FORGET IT !!

    ReplyDelete
  20. Dtk. Be cool. take it as a challenge on what U have achieve so far in your carrier. To me he is only trying to be (exaggerate)*kacau daun* on U. As I mention before I always support behind U. Go for it Dtk for the seek of our RUNGUS/MOMOGUN generation.

    GBU

    ReplyDelete
  21. Banalko ihit ot ginavoku om ikum oku.Itokou bala Rungus didino diti amu po otoluod.Emotku sid komentar.okudit ot suhuan antawa popobuzu dot mongovit sid katagan nga ong sid mangamu amu antawa humalib emot banal.
    Miuupakat tokou.popemot om popelo tokou do bansa vokon dot e tokou momogun rungus misusungkod sid nunu nopo.Tolikudai tokou it soira munggalak kusiba kondiri.Aso vazud do ginavoku dot manabang oku di JH. kopitutun okoipo nga amu.Katapi it retan do kokuguzan aso ulun mongingkosog ong okonko i tokou.
    KOTOLUADAN om MOKIMAHAP

    ReplyDelete
  22. saudara JH,
    janggal betul bunyinya jantungku jantungmu itu. bukankah hatiku hatimu yg sebenarnya? oh kekasihku kau telah melukakan jantungku..... huhuuhuhu pelik bunyinya. aku telah jatuh jantung - aku telah jatuh hati. jantungku telah dilukai- hatiku telah dilukai.

    ReplyDelete
  23. tingu dulu itu pilim ba baru komen ttg tajuknya... apapn solute tuan Jh atas percubaan yg amat baik..teruskan berkarya, dalam setiap karya memang ada pro dan kontranya, kita ambil kontranya utk penambahbaikan dan pronya utk semangat kejiranan..ehh..ngam kaitu..? eheheheee..peace bro!

    ReplyDelete
  24. Terima kasih atas komen sdra-sadra dalam blog ini... Mengenai dgn tajuk telefilem GKGN yang agak kontroversi ini, anda boleh rujuk penjelasan panjang lebar berhubung dengan perkara ini dalam page GINAVOKU GINAVONU (GKGN) FIRST RUNGUS TELEFILM http://www.facebook.com/groups/205386819528642/

    ReplyDelete
  25. mrry x mas sokovai rungus sid matunggung.Trimakasih tn jelani Hamdan kerana membalas komen saya.walaupun tiada penama tetapi fakta benar itu adalah melebihi nama.nampaknya pekung di dada sudah terbongkar.selama ini SAMORA miskin pulasungguh kesian dan bikin malu sama bangsa rungus.begitu tinggi nilai dan kehormatan nama SAMORA kepada bangsa rungus untuk memartabatkan rungus di julang setinggi-tingginya agar nampak diantara bangsa sukum lain di sabah tetapi nampaknya presiden sendiri cakap SAMORA TIADA KEWANGAAN atau dgn kata lain tiada sumber mendapatkan kewangan.tuan jelani,tuan jelani.banal2 ko bai ngaran nu po presiden nga mosikim bala SAMORA.TAPIbila varo acara samora dika nopo seen.Jadi.1.benar SAMORA batu loncatan nu sid papanahon sd pomigunan(glamour).2.Ko belakangkan cara cari sumber kewangan SAMORA.SAMORA BUKAN PERSTUAN haram.kerajaan ada dana,tapi x buat.apa motif.3.tentang perletakan jawatan jwatan presiden samora.jgn ungkit yg kes lama bikin malu cara mempertahankan.letak jawatan secara gentlment ba.trimakasih.aso ngaran tetapi fakta 200 ribu rungus memaca diti boros ku.

    ReplyDelete
  26. Anonym
    Its up to u to interprete n its up to me to go on...gud luck by d way n merry christmas :)

    ReplyDelete