Followers

Tuesday, November 5, 2013

DATO' JELANI HAMDAN TIDAK AKAN KHIANATI MANDAT PENGUNDI N.4 MATUNGGONG.


Matunggong - "Saya tidak akan mengkhianati sokongan rakyat Matunggong yang mengundi saya pada PRU13" itu penjelasan Dato Jelani Hamdan semasa beliau memberi taklimat ringkas kepada 25 Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang diadakan di perkarangan kediaman beliau di Kampung Sumangkap berhubung desas-desus beliau akan meninggalkan PKR.


Menurut Jelani, keputusan samada menyertai Barisan Nasional atau kekal sebagai Wakil Rakyat pembangkang terletak ditangan rakyat Matunggong. Sebab itu Jelani meminta Ketua-ketua PDM mengedarkan borang kajiselidik untuk mengetahui respon rakyat Matunggong hingga ke peringkat akar umbi.

"Jika majoriti rakyat yang mengundi saya pada PRU13 lalu mengkehendakan saya kekal sebagai wakil rakyat pembangkang, saya tidak boleh buat apa, saya akan kekal sebagai ADUN PKR," katanya.


Menurut Jelani lagi, jika keputusan rakyat Matunggong memilih untuk menyertai Barisan Nasional, maka beliau bersedia mengalas tanggungjwab yang diamanahkan oleh rakyat matunggong  walaupun sudah pasti beliau akan berdepan dengan pelbagai tohmahan dan kritikan.  Jelani berkata sebagai wakil rakyat beliau bertanggungjawab mencorakan masa depan Matunggong yang lebih cerah walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan.

“Saya sedar majoriti rakyat yang menyokong saya pada PRU13 lalu mengundi saya kerana mereka inginkan pembangunan merujuk kepada manifesto yang saya buat pada PRU13 lalu namun saya tidak boleh berbuat apa-apa dalam keadaan sekarang tapi seperti apa yang saya katakan, saya sanggup bertahan sebagai Wakil Rakyat Pembangkang yang sudah tentu tidak diberi kuasa langsung untuk mengurus dana pembangunan kerajaan, jika rakyat Matunggong dapat bertahan tanpa sebarang pembangunan untuk jangkamasa 4 tahun lagi,” katanya.

Perjumpaan yang sepatutnya hanya  dihadiri oleh 25 orang ketua PDM itu tanpa diduga telah menarik perhatian lebih 300 orang yang datang dari seluruh N.4 Matunggong untuk mendengar taklimat kemana halatuju perjuangan politik Dato Jelani Hamdan. 

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

7 comments:

  1. Secara peribadi saya setuju tindakan Datuk JH meninggalkan PKR, tapi bila keluar nanti jangan pula lebih2 kutuk PKR. Demi pembangunan tiada jalan keluar dari kemelut kemiskinan. Bantu lah rakyat Matunggong dengan seikhlas yang termampu kerana tanpa rakyat yang mengundi dan mengangkat Datuk sebagai Yang Berhormat, Datuk mgkin tdk jadi YB.

    ReplyDelete
  2. Selagi tidak ada undang-undang anti lompat, maka selagi itu lah wakil rakyat akan melompat sesuka hati. Hanya mereka yang tamak akan kuasa menyokong tindakan lompot melompat. Semoga rkyat N.4 Matunggong mendapat manfaatnya.

    ReplyDelete
  3. Jika DJH akan menyertai juga Barisan Nasional, masa ini lah mantan wakil rakyatN.4 Matunggong, Jornah Mozihim perlu mengambil peluang untuk meletakan dirinya sebagai pemimpin PKR di Matunggong. Beliau masih mempunyai potensi untuk bertanding pada PRU14 atas tiket PKR. Kita tunggu....

    ReplyDelete
  4. jangan ikut pkr juga bn.. ikut sabahan

    ReplyDelete
  5. katak sikatak lumpat.. lumpatlah tinggi-tinggi.. datuk jalani kuata melumpat, sebab dari kecil dia sudah diajar melumpat keluar parti.inilah tanda pemimpin tiada pendirian. awas kau pru ke 14 nanti kau mesti ditumbangkan oleh rakyat motonggon. kami nak tanya berapa jutakah UMNO BN beli dengan kau?

    ReplyDelete
  6. yang mahu dia lompat tu kroni dia saja bukan mejoriti rakyat n4.dia menag kerna pengundu mahu undi pakatan rakyat bukan atas kapasiti dia semata mata.dulu pun pernah tanding juga tapi kalah.

    ReplyDelete
  7. UMNO tidak bagi Jelani duit dan Jelani tidak mahu dia diberi duit. Itu yg saya dengar dari orang kuat Umno sendiri. Apa kamu heran kalau Jelani ada duit, isteri dia pun Ketua Wanita UMNO Bahagian. Lagi pun sebelum jadi YB pun Jelani sudah bergelar jutawan. Dia bnyak income, so apa kamurang heran??..

    ReplyDelete