Followers

Sunday, February 21, 2010

Kunjungan ramah mesra Tahun Baru Cina Ahli Parlimen Kota Marudu

PEKAN SIKUATI, 20 Feb - Buat julung-julung kalinya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr.Maximus Ongkili yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Marudu, membuat kunjungan ramah mesra keatas para peniaga di pekan itu sempena Tahun Baru Cina. Turut menyertai rombongan itu Wakil Rakyat Matunggong, Sarapin Magana dan AJK Bahagian PBS Matunggong.

Kunjungan ramah mesara Gong Xi Fa Chai yang dilakukan pada sebelah petang itu amat hambar memandangkan ada beberapa pekedai sudahpun menutup premis dan cuma terdapat beberpa orang pelanggan berada di kawsan itu.

Saya pun cina juga 'Ong Kee Lee' kata Dr.Maximus Ongkili berseloroh ketika bersalaman dan mengucapkan Gong xi Fa Chai kepada salah seorang peniaga Pekan Sikuati..


YB. Sarapin Magana turut mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada peniaga..


PKR N.4 Matunggong En. Madjin Maginda turut menyertai rombongan Datuk Maximus




Pekan Sikuati kelihatan agak lengang semasa Datuk Maximus mengadakan kunjungan..


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Monday, February 8, 2010

Beri peluang anak jati Kota Marudu bertanding Ahli Parlimen pada PRU13

Hari ini saya sempat membaca beberapa artikel lama dari rakan-rakan blogger Sabah, satu yang menarik perhatian saya iaitu hasrat Datuk Dr. Maximus Ongkili yang dikatakan akan mengundur diri dan memberi laluan kepada orang lain pada PRU13 nanti. Saya yakin ramai yang masih ingat ura-ura beliau mengundur diri telah mencetuskan kontoversi yang membawa kepada UMNO Kota Marudu membuat usul dalam mesyuarat UMNO Bahagian, meminta kerusi Parlimen Kota Marudu ditandingi UMNO pada PRU13 tidak berapa lama dulu, sehingga pemuda PBS matunggong mengeluarkan kenyataan menolak cadangan UMNO itu.

Pendapat saya, jika benar beliau (Dr.Maximus) berhasrat untuk mengundur diri pada PRU13 nanti, tindakan beliau adalah satu tindakan yang perlu dihormati. Ini kerana saya merasakan tibalah masanya beliau memberi peluang kepada anak jati Kota Marudu bertanding pada pilihanraya akan datang. Rasanya ramai dikalangan masyarakat parlimen Kota Marudu pada hari ini sudah berkemampuan untuk mengambil alih tugas beliau sebagai ahli parlimen di kawasan itu.

Di Matunggong saja melambak anak-anak muda yang berkelulusan tinggi yang saya kira boleh dijadikan sandaran untuk meneruskan usaha Dr. Maximus. Namun begitu saya tidak sesekali menganggap beliau sebagai seorang pendatang, walaupun hakikatnya beliau dilahirkan di daerah Tambunan dan dibesarkan di daerah Tambunan. Semestinya saya menghormati dan menyanjung tinggi kesanggupan beliau meninggalkan daerah kelahiranya semata-mata ingin melihat rakyat di kawasan Parlimen Kota Marudu tidak terpinggir dalam arus pembangunan. Dr.Maximus telah menjadi ahli parlimen Kota Marudu sejak 1995 sehingga sekarang.


Klik disini untuk baca seterusnya »»