Followers

Friday, June 1, 2012

EMPAT UNDUK NGADAU KAAMATAN (UNK) DARI WILAYAH UTARA SABAH BAKAL MENGHIASI MAJALAH 'VUROSS MEDIA'

KOTA KINABALU: Empat daripada Juara Unduk Ngadau dari Wilayah Utara Sabah iaitu, UNK Kudat Jaimurni Lunduman, UNK Matunggong Aliana Wandak, UNK Pitas Wendy Patin dan UNK Banggi Evilin Mathis telah dijemput untuk menghadiri sesi photografi Vuross Media dan taklimat serta motivasi daripada Pengerusi RFM yang juga merupakan Presiden SAMORA, Tn . Jelani Hamdan sebelum mereka berentap merebut gelaran UNK peringkat Negeri Sabah pada 31hb lalu. 
JELANI HAMDAN - Pengerusi RFM, Presiden SAMORA
Sesi photografi diadakan untuk memilih model-model dikalangan pemenang UNK dari wilayah utara Sabah bagi menghiasai majalah Vuross Media yang bakal diterbitkan oleh Puruvan Jaya Sdn Bhd tidak lama lagi. 
EVILIN MATHIS -UNK Banggi
Ketika berucap memberikan taklimat ringkas, Jelani Hamdan melahirkan rasa kesal kerana selama UNK diperkenalkan di negeri ini, belum ada dari kalangan suku kaum Rungus berjaya meraih sebarang gelaran yang boleh dibanggakan. 
ALIANA WANDAK - UNK Matunggong
 “Saya memandang serius terhadap anggapan sesetengah pihak yang memberi presepsi negatif terhadap pakaian tradisi suku kaum Rungus, kononya pakaian tradisi yang dipakai ketika pertandingan merupakan faktor kekalahan peserta ,” katanya. 
JAIMURNI LUNDUMAN - UNK Kudat
Presepsi ini katanya akan mempengaruhi peserta-perserta Unduk Ngadau pada masa akan datang dan sudah semestinya memberikan imaj buruk terhadap pakaian tradisi suku kaum Rungus yang kini mendapat perhatian pelancong luar negara.
WENDY PATIN - UNK Pitas
 Mengulas mengenai penganjuran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri, Jelani mencadangkan agar pada masa akan datang persatuan-persatuan suku kaum terbesar di Sabah dilibatkan secara langsung bagi menggelakan anggapan sesetengah pihak bahawa Pesta Kaamatan peringkat Negeri dimonopoli oleh KDCA.
 “Saya juga mencadangkan agar pengadil dan juri pertandingan UNK peringkat Negeri diwakili oleh suku-suku kaum terbesar di Sabah untuk mengelakan syak wasangka dan ketidakadilan berlaku, katanya.
Klik disini untuk baca seterusnya »»