Ketika sebilangan rakyat dan pemimpin akar umbi PBS di Matunggong membayangkan akan menolak Dr.Maximus Ongkili jika dicalonkan semula oleh pucuk pimpinan parti pada pilihan raya akan datang kerana dikatakan gagal meggalas tugas sebagai Ahli Parlimen Kota Marudu dan sering dilabelkan sebagai Wakil Rakyat import, namun pada masa yang sama seorang pemimpin PBS Matunggong yang pernah diwar-warkan untuk dicalonkan menggantikan Jornah Mozihim pada PRU12, 2008 dilihat sering menyebelahi Dr. Maximus. Beliau yang saya maksudkan adalah Thomas Arinjamal Mojingal.
Melalui laman facebook dan blog peribadi beliau, Thomas seringkali membuat kenyataan-kenyataan yang lebih cendurung memihak kepada tindak-tanduk Dr. Maximus di Parlimen Kota Marudu yang acapkali menimbulkan komen-komen yang pelbagai dari pengunjung blog beliau.
Dalam keadaan sokongan rakyat Matunggong terhadap PBS yang agak kabur selepas wakil rakyat (Parlimen dan DUN) dikatakan gagal menangani masalah isu Tadahan Air Milau, gagal membangunkan Matunggong, gagal menangani masalah kemiskinan tegar (seperti yang dinyatakan oleh Bank Dunia baru-baru ini) dan banyak lagi isu yang sering dibangkitkan melalui blog dan laman sosial seperti facebook yang dikendalikan sebilangan blogers Matunggong, Thomas Arinjamal tetap memberikan sokongan terhadap kepimpinan Dr. Maximus di Kota Marudu.
Jika beberapa kenyataan yang dibuat oleh Thomas melalui blog peribadi beliau, e-p Rungus Co dijadikan sebagai rujukan, maka sudah pasti kita dapat mengandaikan bahawa Thomas sebenarnya mempunyai cita-cita untuk berkhidmat sebagai Wakil Rakyat jika diberi peluang oleh pucuk pimpinan parti bertanding pada PRU13 ini.
Menurut profile yang terdapat pada blog beliau, Thomas berkelulusan Master of Business Administration (MBA), aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Bergiat aktif dalam bidang keagamaan (Executive Committe, PCS), bertugas sebagai Pengurus di sebuah syarikat separuh kerajaan (klik link ini) dan bercita-cita untuk memajukan bangsa rungus.
Widget by [ Tips Blogger ]
Salam Sejahtera saudara editor dan kawan-kawan peminta blog ini. Dengan tersiarnya artikel di atas saya sangat mengalu-alukan usaha yang telah dijalankan oleh sdra editor yang mana beliau mengetengahkan seorang individu yang saya fikir keperibadian beliau sangat disenangi dan memenuhi citarasa para pengundi di N4 Matunggong. Saya sangat mengenali saudara Thomas Arinjamal ini. Beliau ini merupakan seorang yang sentiasa merendahkan diri dan senang dibawa berbincang. Saya juga sangat mengenali beliau ini melalui aktiviti-aktiviti keagamaan yang mana beliau ini merupakan seorang yang dermawan. Dalam bidang kerjaya beliau ini juga dia sangat prihatin terhadap kebajikan para pekerjanya. Justeru, saya memikirkan bahawa beliau ini memenuhi citarasa para pengundi di N4 Matunggong. Saya juga percaya sekiranya beliau diberi peluang untuk menjadi Wakil Rakyat segala kelemahan-kelemahan yang pernah dilalui sebelum ini dapat diatasi. Sekian.
ReplyDeleteVutod Polod, apa kah kriteria tuan Thomas yang saudara katakan itu benar-benar merupakan satu kelayakan untuk beliau menggalas tugas sebagai Wakil Rakyat nanti jika diberikan peluang. Saya rasakan masih banyak yang tuan Thomas perlu pelajari. Memimpin satu kawasan bukan semudah memimpin satu organisasi yang kecil sepertimana tugas yang dipikul oleh Thomas sekarang, bagaimanapun saya akan ke Hospital Kota Marudu dalam masa terdekat ini untuk menyiasat sejauh mana kejayaan Thomas memimpin sebuah organisasi dibawah pentadbiran beliau di sana. Jika terdapat banyak rungutan berbanding memberi pujian terhadap kerja/pentadbiran beliau, tidak usah beliau berangan-angan untuk menjadi wakil rakyat. Apa pun saya bersetuju jika YB Sarapin berundur dan memberikan peluang kepada orang lain untuk memimpin N.4 Matunggong bagi penggal yang seterusnya.
ReplyDeletePada dasarnya saya memang tidak bersetuju jika setiap kali pilihan raya, setiap kali itu juga wakil rakyat ditukar ganti. Tapi tidak semestinya begitu, jika wakil rakyat seperti Datuk Mathius Majihi mungkin kita boleh kekalkan, sambil menunggu kalau-kalau ada perubahan sikap. Datuk Mathius rajin dan mempunyai visi yang ikhlas untuk melihat Matunggong berubah cuma beliau dikritik disebabkan oleh sikap beliau yang terlalu 'kasar'. Tapi tidak ada gunanya jika kita mempunyai wakil rakyat yang lembut dan peramah jika tidak berjaya membawa sebarang perubahan di kawasan yang diwakilinya.
Saya musykil samda Thomas pernah menjadi AJK Bahagian atau tidak. Seseorang calon seharusnya pernah menganggotai mana-mana Bahagian untuk membolehkan calon berkenaan membiasakan diri dengan kepimpinan bermasyarakat. Kita tidak mahu Matunggong sekali lagi mempunyai calon dari kalangan Bidan Terjun yang hanya mucul ketika menjelang pilihan raya. Jika menang pun hanya bekerja untuk diri sendiri tanpa memikirkan kebajikan rakyat di kawasan yang diwakilinya. Biasa bekraja sebagai pegawai kerajaan tidak bermakna boleh menjadi wakil rakyat yang baik.
ReplyDeleteSaudara Editor,baru-baru ini dlm pembentangan bajet 2011 untuk Negeri Sabah, setiap wakil rakyat BN diberi peruntukan ADUN sebanyak RM1 juta untuk pembangunan kawasan masing2. Perasaan saya amat gembira pd wktu bajet diumumkan oleh Ketua Menteri kita. Walaubagaimanapun saya sedikit risau sebab sejauh mana peruntukan 1 juta yg diumumkan itu dapat dibelanjakan untuk pembangunan khususnya N4?
ReplyDeleteBerubahkah jalan2 kampung kwsan N4 menjelang 2012?
Dapatkah sebahagian N4 dibekalkan dgn kemudahan asas yg sempurna?
Jadi saya berharap pemimpin kita(YB)dpt merubah wajah N4 pd 2011 dan tiada lg alasan yg peruntukan utk ADUN masih tidak cukup pd tahun depan..
Sudah beberapa orng YB bersilih ganti tp apa yg mereka dapat buat untuk bangunkan kawasan N4? Suara mereka tidak kedengaran dalam DUN untuk membela kawasan yang diwakili sepanjang tempoh penggal jadi wakil rakyat...
Apa2 pun saya masih menaruh harapan agar YB yang ada sekarang ini boleh membuktikan yang beliau boleh merubah wajah N4 sebelum PRU13 sebab rakyat pd masa kini sudah sedar dari tidur dan dapat melihat apa yang berlaku d sekitar kawasan N4 dan bukan lagi pendengar dan penanti yang setia seperti 10 tahun yang lalu. Oleh itu pemimpin harus berani menyuarakan masalah kawasan dan rakyat yang diwakili kepada pemimpin atasan supaya pemimpin tidak dicemuh dan diumpat oleh rakyat sendiri..
Sekian..
Terima kasih atas informasi yang saudara/ri Anonym berikan..peruntukan 1juta setiap tahun merupakan satu peningkatan sekali ganda jika tidak silap saya. Walaupun 1juta bukan lah suatu peruntukan yang besar untuk suatu kawasan sebesar N4 Matunggong, namun jika dibelanjakan dengan penuh berhemah dan berperingkat-peringkat tanpa sebarang ketirisan, saya percaya kita dapat melihat hasilnya walaupun mungkin agak lambat..Terima kasih atas komen saudara/ri
ReplyDeleteSdr.Elih ramal meramal ni boleh dan saya setuju Thomas Calon PRU 13 tapi Sdr.Morius kita simpan mana dia awal-awal lagi tanding ketua bahagian PBS dan Pn.Julita pula apa macam ,YB Sarapin duduk diam je tak apala.Apa komen?
ReplyDeleteSaudra Anonym, artikel yang saya tulis ini bukan lah ramalan saya siapa calon di Matunggong pada PRU13. Artikel ini hanyalah berpandukan kepada kenyataan-kenyataan yang terdapat pada blog e-p Rungus Co. Saya cuma mendedahkan kenyataan ini dengan lebih jelas melalui blog ini. Mengenai dgn hasrat sdra Morius (untuk bertanding barangkali), secara peribadi saya menganggap itu adalah saingan yang sihat dalam negara Demokrasi ini, cuma setakat ini saya belum menerima sebarang rujukan untuk membolehkan saya mendedahkan hasrat beliau melalui blog ini. Mengenai dgn YB Sarapin, sepatutnya beliau tidak duduk diam (seperti yg sdra Anonym nyatakan)beliau berhak mempertahankan kedudukan beliau sebagai wakil rakyat Matunggong. Apa pun saya ucapakan ribuan terima kasih kepada sdra Anonym kerana tampil memberikan komen.
ReplyDeleteSalam sejahtera kepada rakan-rakan komenter dan pembaca blog ini. Saya begitu tertarik dengan artikel saudara editor kerana saya rasa isu ini merupakan isu yang panas biarpun ada sedikit kontroversi tetapi memang saya sangat tertarik dan berminat untuk turut memberikan komen. Pada pendapat saya biarpun Tn. Thomas tidak mempunyai 'kedudukan' dalam AJK Bahagian PBS N4 Matunggong tetapi ini bukanlah penghalang utama sekiranya pucuk pimpinan menghendaki beliau sebagai calon BN dalam PRU13 nanti. Ramai juga calon-calon sama ada dari BN atau bukan BN yang dicalonkan disaat-saat akhir, maksud saya yang tidak memegang sebarang jawatan dalam parti. Tn. Thomas ini juga walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam parti tetapi beliau banyak membantu dalam kempen PRU11 dan PRU12 yang lepas. Tn. Thomas sanggup bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon PBS-BN pada ketika itu tanpa mengharapkan atau dijanjikan sebarang jawatan sekiranya calon pada masa itu menang. Suatu ketika dulu tn Thomas pernah membantu dalam kempen untuk memastikan kemenangan Datuk Kadoh Agundong di Tenom, allahyarham Jawawi Isa dan Datin Jamilah Sulaiman di Sipitang. Saudara Pengundi Baru berhasrat untuk membuat penyeliaan atau pemantauan terhadap kerja-kerja Tn. Thomas di hospital KM saya sangat mengalu-alukan. Mudah-mudahan beliau mendapat hasil yang positif dan kita boleh kongsi sama-sama dalam blog ini dan mudah-mudahan nama Tn Thomas jadi perhatian oleh pucuk pimpinan BN terutamanya presiden PBS. Terima kasih....
ReplyDeleteTuan Editor MK - Saya amat berhutang budi dengan tuan kerana memaparkan niat ikhlas saya berjuang di N4 Matunggong.
ReplyDeleteKepada bloggers dan pembaca apapun pandangan, tanggapan, sahutan, pujian dan disebaliknya kritikan khusus saya dalam artikel ini saya terima dengan hati yang terbuka..Of course maklum balas tuan2 dan puan2 itu akan menjadi pengukur, menjadi pedoman, pengukur dan dasar pertimbangan saya menyeberangi lautan Hindi yang penuh dengan gelora itu kelak. Kalau pemimpin parti memberikan saya peluang buatpercobaan saya kali ke 3 ini saya akan mengambil kesempatan itu dengan menyerahkan dahulu kepada Tuhan dan seterusnya menggorak langkah ke arah memartabatkan keperluan rakyat n4 matunggong kelak, terima kasih di atas komen-komen tuan2..
Bah...magavi banalbo.Sira poma. Tapi mengikut sejarah di Matunggong, Calon kerajaan yg sedang memerintah sukar diramal, last mimit lain pula jadinya terutama KALAU ada yg mengugut(budaya samseng). Kalau mau pasti jadi calon ikut pembangkang dulu macam DMM dulu atau kelapa sawitka.... hehe
ReplyDeleteBaru terjumpa blog ini...Bagi saya terpulang lah kepada pucuk pimpinan party samada memberikan peluang atau sebaliknya kepada Tuan Thomas Arinjamal untuk bertanding pada PRU13 ini. Sebagai rakyat Matunggong, saya menyokong penuh jika Thomas Arinjamal dicalonkan. Beliau memiliki ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Sikap rendah diri, boleh bergaul dgn semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum. Saya berharap pucuk pimpinan mempertimbangkan hasrat beliau kali ini.
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pendapat saudara GB dan kita mengharapkan lebih ramai lagi yang akan mengikut jejak Pengundi Baru untuk membuat pemantauan sikap dan kerjaya. Mudah-mudahan hasil dapatan dari pemantauan boleh dijadikan bahan pemangkin supaya tuan Thomas benar-benar memenuhi citasa N4 sebagai calon kerajaan dalam PRU13 nanti.
ReplyDeleteBetul apa yang aku harpkan selama ini. Semoga Pucuk pemimpinan merestui harapan sebilangan rakyat Matunggong yang inginkan perubahan. Setahu aku hanya Datuk Mathius Majihi (DMM) dan Atong Mangabis (AM) sahaja wakil rakyat Matunggong yang dikehendaki oleh rakyat Matunggong yang direstui oleh pucuk pimpinan parti. Yang lain-lain, atas pilihan pucuk pimpinan. Kali ini, kita minta lagi pucuk pimpinan menuruti kehendak rakyat Matunggong.Kalau kita lihat kedua-dua pilihan rakyat Matunggong itu, mereka merupakan pemimpin yang paling setia kepada BN. DMM keluar dari PBS tapi masih menyokong BN/UPKO. Atong Mangabis sanggup tinggalkan PBS suatu ketika dulu untuk menyertai BN/PBRS sebelum menganggotai kembali PBS/BN.
ReplyDeleteBeri peluang kepada Tn.Thomas Arinjamal untuk bertanding. Saya akui bahawa saya adalah orang baru, juga baru bermula untuk mengikut perkembangan politik semasa di Matunggong, tapi saya tahu Tn.Thomas Arinjamal mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mana masayarakat Matunggong mahukan, kita berharap transfomasi yang lebih besar akan berlaku di daerah kita Matunggong.Saya banyak mendengar daripada Ibu saya sendiri Pn.Asmoi menceritakan bagaimana beliau(Tn.Thomas Arinjamal) merupakan seorang yang berpotensi untuk menjadi pemimpin, dan saya percaya bahawa beliau pasti akan membuat yang terbaik bagi Matunggong dan bangsa kita sendiri, justeru tidak salah jika beliau diberi peluang untuk bertanding di pilihan raya akan datang.Ini tidak bermaksud saya memperendah-rendahkan pemimpin kita yang ada sekarang ini, kerana beliau juga punya kelebihan dan kekuatannya yang tersendiri.
ReplyDeleteTuan Editor & semua pembaca sekalian,bagi saya sebagai org baru dan mmg tidak faham sgt berkenaan dgn selok belok politik,walau siapa pun jd pemimpin di N4 saya ttp sokong klu dia dpt merubah wajah N4.Sejak dari awal 80an sehinggalah mau dekat sudah 2020 ni,wajah N4 tak jauh berubah jika dibandingkan dengan DUN-DUN lain yg mengalami perubahan wajah yg amat ketara.N4 secara khususnya dan Parlimen Kota Marudu secara amnya masih jauh ketinggalan jika disamakan dgn kwasan yg lain.Saya pun rasa terkilan dgn pemimpin kita yang hanya pandai menabur jnji tp janji tggal jnji,apa yang rakyat dapat hanya menunggu dan terus menunggu dan entah bila akan tertunai.
ReplyDeleteInilah yg membosankan rakyat khususnya di N4 sehingga ada yang berkata tidak akan mengundi lagi walau siapa pun yang bertanding menjadi wakil rakyat pada masa akan datang kerana pd mereka itu tidak mendatangkan apa-apa faedah.
Oleh itu kepada siapa-siapa yang ingin menggalas tugas sebagai wakil rakyat harus menepati janji kerana pada masa kini rakyat tidak boleh lagi ditabur dengan janji sebagai umpan semasa kempen pilinahraya semata-mata untuk kepentingan sendiri....
Baiko ino tuan om rontob siti no...
Miasamung vagu..
Sillo po..
Saya sependapat dgn sdara Anon, siapa pun calon di Matunggong saya sokong cuma saya harus mengingatkan saudara2 bahawa YB Sarapin Magana selama ini tidak berpeluk tubuh atau duduk diam dan terima gaji buta. Baru-baru ini YB Sarapan telah membawa beberapa perkara atau usul di Dewan Undangan dan antara perkara yang dibawa oleh beliau ialah mengenai masalah air di Matunggong, Klinik Kesihatan, Pusat sukan Matunggong dan Masalah bangunan SMK Bingkungon yang masih tergendela dan ketika mantan Jornah Mozihim menjadi wakil rakyat pun beliau pernah mengemukakan keperluan Rumah Rehat di Mtunggong namun sehingga kini apa-apa yang diminta oleh wakil rakyat kita tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan. Yang menjadi mangsa kemarahan rakyat adalah wakil rakyat, kononya wakil rakyat tidak boleh menjalankan tugas dengan baik. Apa pun saya sokong Thomas Arinjamal untuk dicalonkan pada pilihan raya akan datang..
ReplyDeleteSahabat2 dan penyokong2 MK - Bagi saya menjadi seorang Wakil Rakyat bukanlah sesenang itu.. Mungkin kelihatan dipuja, dipuji dan dihormati sehingga YB naik siuk dengan kata2 khusus pengikut rapatnya. Sebenarnya Wakil Rakyat semasa pemerintahannya memiliki beban hutang kepada rakyat khusus sekali janji2 semasa pilihanraya.. Apapun pada saya.. jika benar saya terpilih... saya akan korbankan masa sepenuhnya, untuk merelisasikan teori dan strategi pembangunan khusus sekali di N4 Matunggong. Antara pembangunan yang saya ingin ketengahkan ialah: pembangunan sumber (daya melalui akademi), pembangunan sosial dan khusus sekali peningkatan ekonomi.. dan banyak lagi.. Tapi yang penting di sini saya ingin mengajak para graduan, professional dan cerdik pandai supaya bergabung bahu dengan saya untuk megembeling minda dan tenaga membangun bangsa kita.. Jadilah sebahagian KUMPULAN PEMIKIR SAYA..
ReplyDeleteSaya adalah seorang yang baru menyedari wujudnya blog yang baik ini... walau bagainapun, menurut saya orang yang benar2 layak menjadi seorang wakil rakyat di kawasan yang saya cintai (N4) ini bukan saja seorang yang berpendidikan tetapi juga seorang yang tahu bagaimana hendak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang yang telah terpilih mewakili suara rakyat di dewan. Jika seseorang hendak menjadi wakil rakyat... perlulah menjadi wakil kepada masyarakat yang lebih kecil dahulu atau sekurang-kurangnya mewakili dirinya terlebih dahulu. Jika gagal untuk mewakili dirinya sendiri bagaimana hendak mewakili masyarakat yang lebih banyak. Kita perlu tanya diri kita sejujurnya apakah kita layak untuk menjadi wakil rakyat atau hanya kerana cita-cita kita yang terlalu tinggi sehingga kita tidak sedar yang sebenarnya kita tidak layak untuk mewakili sesiapapun termasuklah diri kita sendiri. Ini terbukti dengan wakil rakyat yang sedang mewakili kawasan yang saya cinta (N4) sekarang. Sejak bergelar YB (Yang Berehat) tidak pernah saya lihat batang hidungnya. Inikah pemimpin yang kita mahukan?? Sejujurnya masyarakat kota marudu keseluruhannya jika dilihat dari sudut pendidikan memang ramai yang layak untuk menjadi Yang Berhormat,,, tetapi jika kita lihat dari sudut tanggungjawab dan komitmen.. rasanya belum ada lagi... sebab itu saya sangat bersetuju jika Datuk Seri DR Maximus kekal sebagai wakil Parlimen di Kawasan ini dan Wakil DUN di N4 pula kita pilih di kalangan orang kampung yang benar-benar memahami keperluan dan kehendak masyarakat dan bukannya di kalangan orang-orang yang mahu menunjukkan kepada orang yang di berjaya mencapai cita-cita dan berlagak sombong apabila terpilih menjadi wakil rakyat di sesuatu kawasan. Fikir-fikirlah
ReplyDeleteSaya begitu tertarik dengan komen saudara Anon.. Ia, sememangnya tugas sebagai seorang wakil rakyat bukanlah satu tugas yang mudah. Wakil rakyat ini ibarat seorang bapa kepada anak-anaknya yang bertanggungjawab utk menjaga kebajikan anak-anaknya. Seseorang bapa juga perlu minta pendapat dari anak-anaknya dalam segala hal apalagi bagi seseorang bapa yang sudah mempunyai anak yang sudah besar apalagi kalau anaknya tersebut berpendidikan tinggi.
ReplyDeleteIdea Tuan Thomas merupakan idea yang sangat terbaik bagi memimpin kawasan ini sekiranya beliau terpilih sebagai Wakil Rakyat. Beliau tidak mahu menggunakan ideanya seorang tetapi berkongsi pendapat dan buah fikiran dengan orang-orang yang berpendidikan. Dari kenyataan beliau ini, beliau bukan hanya bercita-cita sebagai mencapai hasratnya menjadi YB tetapi betul-betul mahu memperjuangkan hak-hak kita sebagai penduduk N4 Matunggong khasnya.
Saya mahu bertanya kepada saudara Anon 29,2010 11.05PM, tapi sebelum ini saya mohon agar perbincangan ini berjalan dengan baik tanpa menyinggung mana-mana pihak.. 1. Ramai yang mengatakan YB Sarapin tidak menjalankan tugas dgn baik di Matunggong tetapi jika dilihat daripada kenyataan akhbar Daily Express baru2 ini, dimana beliau (YB) telah membuat beberapa cadangan yang ditujukan kepada menteri2 berkenaan a) Kompleks sukan Matunggong. B) Klinik Kesihatan dan C) Masalah empangan milau yang masih belum berfungsi apa kah masih ada ruang lagi beliau dikatakan tidak menjalankan tugas dgn baik? mungkin tidak cemerlang tetapi beliau tetap menjalankan kewajipan sebagai wakil rakyat. YB sarapin juga antara wakil rakyat Matunggong yang telah berjaya mengujudkan ladang getah TERLUAS di Matunggong melalui LIGS dan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Mengapa salahkan YB Sarapin Magana? jangan pula kita marahkan nyamuk, senang-senang kita bakar kelambu. Mengenai dgn hasrat sdra Thomas, jika pucuk pimpinan mempunyai keyakinan untuk beliau (Thomas) dicalonkan pada PRU13 ini, silakan. Thomas bagi saya secara peribadi memang layak. Kita cuba dulu. Kalau tak baik, kita tukar lagi. Sya percaya jika wakil rakyat itu mempunyai kridebiliti, ramai yang pros dri cons. Saya yakin suatu hari nanti Matunggong akan memiliki wakil rakyat yang hebat.
ReplyDeleteTerima kasih,,, atas perhatian dan komen anda tuan kipas-kipas angin... memang tidak dapat dinafikan apa yang tuan katakan itu tentang YB sarapin... pendapat dan pandangan serta tanggungjawabnya sebagai seorang YB, saya mohon supaya tuan membaca dengan teliti apa yang saya katakan dalam komen saya sebelum ini.
ReplyDeleteKami sebagai orang kampung ingin supaya YB yang kami pilih adalah seorang pemimpin yang memiliki ciri ciri seperti seorang pemimpin dan bukannya seorang yang egois. Kami mahukan pemimpin yang mendampingi kami ketika kami dalam senang apatahlagi ketika kami dalam kesushan.
Pertanyaan.....
Sejak YB Sarapin dipilih menjadi YB, berapa kali kah beliau membuat lawatan di Kampung2 atau paling tidak bertanya khabar keadaan masyarakat matunggong? kalau jawapannya YA, di mana dan bila beliau membuar program bertemu dengan rakyat. Apakah beliau hanya sanggup datang ke Kampung2 ketika musim pilihanraya atau bila dah bergelar YB, beliau wajib menjaga statusnya sebagai orang kenamaan dan tidak mahu lumpur terpalit di kasutnya, kita fikir dan hayati bersama
Tuan/puan dan rakan2 yang dihormati sekalian..Bolehkah kita terus memberi sokongan penuh dan mandat kepada YB Sarapin semasa pemerintahan beliau.. Bagi saya berilah YB ruang untuk terus berusaha menjalankan tugasnya.. Saya ingat pesan tuan Jelani tolong beri sokongan penuh pemimpin kita.. Saya juga pernah bertemu suku lain mengatakan " BAHAYA OH ORANG MATUNGGONG PANDAI KASI JATUH ORANG SENDIRI" apakah ini akan berterusan..
ReplyDeleteApapun kepada sesiapa sahaja berpeluang menduduki suatu takta kerajaan maksud saya menjadi WAKIL RAKYAT kelak berusahalah menunaikan tanggungjawab mu sepenuh usaha..
Memang kena pada masanya jika Sarapin Magana digantikan dengan muka baru yang lebih berpotensi untuk menjadi wakil rakyat di Matunggong. Lihat lah facebook YB Sarapin Magana. Melalui Facebook beliau kita akan tahu sejauh mana keprihatinan beliau terhadap masalah rakyat Matunggong. Jangankan turun padang untuk jengok masalah yang dilaporkan oleh penyokongnya di Matunggong, jawab pertanyaan dalam facebook pun tidak jika berkaitan dengan masalah rakyat. Ini kah wakil rakyat yang prihatin. Saya tidak percaya Sarapin tidak punya masa langsung untuk memberi penjelasan mengenai masalah yang dihadapi yang dilaporkan di facebook beliau. Tapi nampaknya beliau memang sengaja mendiamkan diri. Tak ambil kisah tentang permasalahan rakyat. Kalau tak percaya pergi lah tengok sendiri facebook beliau.
ReplyDeleteSelamat sejahtera pengundi PBS dan Pengundi N4... saya sangat tertarik dengan komen saudara dan di ruangan ini saya ingin berkongsi pendapat dengan kalian... Perkembangan dunia teknologi sekarang ini yang semakin pesat dan canggih merupakan salah satu alat komunikasi yang paling berkesan. Laman-laman sosial seperti FB, twiteer, pagi dan mcm2 lagi merupakan wadah laman yang paling digemari ramai untuk menyalurkan maklumat dan juga menjawab segala persoalan bagi mereka yang sering diajukan dengan soalan... mengenai komen sdr Pengundi PBS apa pandangan saya ianya sangat bertepatan sekali.. bayangkan kalau menjawab di FB pun tak larat apa lagi mau melayan permohonan seseorang yang dikemukakan secara face to face... jadi fikir2kan lah... PATI= Pendatang Asing Tanpa Izin (mau minta minta penjelasan dari Pengundi N4, apa maksud lain PATI)
ReplyDeletePengundi PBS n pengundi POS .. walaupun mungkin kita menyinggung perasaan orang lain tapi mesej yang tuan2 luahkan ini sesuatu yang nyata maka saya bersetuju dan turut berpendapat bahawa pemimpin perlu sensitif dan lebih perihatin kepada pengundi2.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan Tuan Thomas, Saya berharap pemimpin PBS dapat melihat keadaan ini. Jangan jadikan kerusi N.4 Matunggong hanya sebagai pelengkap/aset kepada kerusi PBS. Rakyat Matunggong juga berhak untuk diberi layanan yang samarata.
ReplyDeleteSalam sejahtera Tn Thomas, Pengundi PBS n Pengundi Pos. Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya komen saya ini menyinggung perasaan seseorang tetapi memang inilah kenyataannya. Kemudahan internet yang tidak terbatas penggunaannya pada masa sekarang ini merupakan alat komunikasi yang utama untuk menyalurkan segala maklumat dari Wakil rakyat kepada rakyat. Saya percaya penduduk d N4 ini kebanyakannya sudah celik internet jadi seharusnya YB kita sekarang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan internet untuk menjawab, menyalur segala maklumat atau sebarang hal yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Justeru, kepada YB kita sekarang ini luang-laungkan lah masa untuk menjawab sebarang pertanyaan seseorang. Saya bukannlah bermaksud mengajar itek berenang cuma tidak ada salahnya kita sering ingat-mengingati seseorang demi kebaikan bersama. Saya masih teringat suatu ketika dulu Tn. JH pernah komen dalam blog ini 'tuntugan vaig momosik'. heheh.. Terima kasih...
ReplyDeleteCukup kelakar komen sdra RY disamping ada kebenaranya. Apa yang menarik perhatian saya ialah komen Tuan Jelani Hamdan yang sdra RY petik 'tuntugan vaig momosik'. Apakah YB Sarapin menunggu 'power' Jelani Hamdan untuk mencurahkan air keatas beliau baru lah YB Sarapin 'terjaga dari tidur' kemudian bangkit untuk berkhidmat lebih rajin demi kebaikan rakyat Matunggong yg mengundinya. Dari pengamatan saya, jika Jelani Hamdan bertanding pada PRU13, jangan heran kalau dia boleh menang mudah. Ramai pengundi baru mengangkat beliau sebagai pemimpin yang 'NGAM' dan beliau merupakan satu-satunya pemimpin yang mempunyai pengaruh dikalangan pengundi baru setakat ini. AWAS ini bukan tilikan nujum pak belalang tapi ini adalah fakta yang harus dihadapi oleh siapapun pemimpin yang cuba2 untuk menguji nasib di Matunggong nanti.
ReplyDeleteWelcome back Sdra Amai Matunggong... Gazo Tulu mana sudah? Inai Matunggong pun lama sudah tak muncul2 di blog ini... Baru-baru ini saya ada bertemu dengan orang kuat Pemuda PBS. Sempat juga kami bercakap-cakap tentang perkembangan politik semasa N4 antaranya yang berkaitan dengan rungutan, keluhan dan komplen penduduk N4 tentang YB kita sekarang ini... Menurut si kawan ini memang rakyat tidak pandai-pandai puas apa yang ada... dah dapat betis mahu lagi peha... dah dapat balairaya konkrit mahu lagi jalanraya berturap aspal. Menurut si kawan ini lagi yang paling berpotensi meneruskan kesinambungan (sekiranya rakyat N4 mahu menggantikan YB SM) perjuangan YB SM ialah Sdra MM. Secara peribadi saya berpendapat bahawa di N4 ini sudah menjadi tradisi mahukan pemimpin yang sudah lama makan garam dalam politik untuk menjadi Wakil Rakyat... Saya bukannya menidakkan kemampuan sdra MM sebagai pemimpin tetapi adalah LEBIH BAIK kita berikan peluang kepada yang lebih senior dalam politik untuk menggantikan YB SM. Sebab apa yang kita maklum orang yang lebih senior ini sudah mengetahui pelbagai strategi dan sepak terajang dalam arena politik. Kepada penduduk N4 Matunggong fikir-fikirkan siapa bakal calon yang paling layak? Adakah Tn TA? DMM? JH? JM? dll atau Pengundi Pos? Hehehehe.. Terima kasih..
ReplyDeleteSdr Pengundi Pos, Salam, saya rasa janggal dgn penggunaan peribahasa ....diberi betis hendakkan paha? opss....mana ada betis oh ? , ada kampung yg URAT pun tidak dapat. Tau no ma ong uhat tasalau po? hehe
ReplyDeletesaudara yang budiman,tiada salah YBSM untuk menerajui kepimpinan PBS N.4, beliau berpendidikan dan berwawasan. Pengikut-pengikut ajk yang juga berpendidikan mohonlah supaya sekali-sekala seperti padi semakin berisi semakin tunduk...musim itu durian runtu siapa tahu besok tsunami
ReplyDeleteKotoluadan sid sokoviai,
ReplyDeleteyoku oholian komulok sid politik atau sid manahak pandangan.Nga varo eso hal apatut itungon tokou.I najib Pm tokou kaldai tunggangan di savo dau (rosmah mansor) ongo YB tokou antad di Datuk Markus kazan no biano najadai kaldai tunggangan dit ongo kontraktor tu molubi.bai hiza mokipili dot sanggup mokisako do razat ginumuan soira kamanang mokimotpo ngamu tapi ong it ongo kontraktor bai posombolon orait nopo amau osibuk.ong i tokou tu lizabon ot sakot om o emot aso kunsapan.amu emot om amu orongou dot kumodim.
trima kasih ong varo ot okukuvaan kalu ong matag.
Soal Thomas Arinjammal tidak menang dalam pemilihan Naib Ketua 1 baru2 ini bukan lah petanda bahawa beliau tidak disukai rakyat N.4 Matunggong.Lagi satu dalam pemilihan itu Thomas Arinjamal tidak menabur duit walau satu sen pun kepada perwakilan..Thomas benar2 jujur ketika bertanding..Saya tetap sokong Thomas Arinjamal.
ReplyDeleteuntk tatapan n.4 mtnggng,makin dekat pru13.knapa makin diam rkyat n.4 mtnggng.pagi tadi dah ada surat twaran pegwai Pru 13 dgn mjikan saya.petanda awal hujung tahun/awal tahun 12.dlm blog ini bnyak komen kmmpuan YBSM meneraju n.4 mtnggng.bermula dri bidan terjun,dgn bidng pemikiran budaya kerjanya,dgn kroninya bualan stiap masa n.4 mtnggng,x cukup masa 5 thun untuk kunjung sluruh kg n.4 mtgng,tiada masa mnguna kmudhan internet untuk rakyatny.atau sistem kurntin menang mudah bhagian.ini sbahagian kecil yg sya dngar drpda rkan2.fikirla sblum trlmbat.
ReplyDeleteSalam sejahtera,
ReplyDeleteSaya tertarik dengan apa yang Ananymous cakap.Saya sebenarnya pun nak juga suasana meriah tu,kalau macam ne,boringlah tak de apa nak dikata.Tapi mungkin,orang kita ne.macam tu anjing.bila pencuri dah bagi ikan masin.da diam menyalak.Barangkali,yang tukang salak kita tu,dah kena bagi tangki air atau da diberi janji peruntukan.Sebab skarang ne YBSM sibuk datang pi buka puasa lah,AGM sekolah lah,harijadi anak oranglah.maklumlah dah dekat PRU13 dan dahj berada di zon selesa sebagai ketua bahagian yang memangpun jadi prioriti pucuk pimpinan?
Tapi apapun terpulang kepada orang-orang kita.khususnya dari dalam kalangan PBS itru sendiri,dari UMNO atau dari UPKO.Kita ne tukang canang dan pada saya siapapun calon BN sama ada dari PBS ka,UMNO ka atau UPKO ka memang saya sokong.Maklumlah Federal yang pegang periuk kiturang
Selamat kopisamung vagu dlm blog MK. Sejak akhir-akhir ini blog MK mcm sunyi saja. Mungkin peminat-peminat dan komenter blog ini mempunyai komitmen lain. Mana sudah tobpinai gazo tulu, amai matunggong, inai matunggong, teropong abu ludin dan ramai lagi yang saya tak sempat tulis. Saya cadangkan kepada tuan blog ini supaya diwujudkan semula ruangan untuk para peminat blog ini untuk mengemukakan artikel-artikel. Saya sebenarnya pun berminat juga menjadi sebahagian daripada penulis d blog ini. Apa pun itu cuma cadangan sahaja.
ReplyDeleteSdra Raja Yomog, terima kasih atas komen sdra. Sebenarnya blog Matunggong Kini (MK), seperti yg pernah sya nyatakan sebelum ini, merupakan blog milik bersama, justeru itu siapa saja yg berminat untuk menjadi penulis dialu-alukan sebab itu sya menyediakan ruangan khas (sebelum ini) untuk memudahkan penulis menghantar artikel masing2. Namun apa yg berlaku ramai 'mereka' yg tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menghantar spam dan sebagainya. (Sebagai makluman Sdra Raja Yomog merupakan salah seorang dari beberapa penulis yg aktif
ReplyDeletemenyumbangkan
artikel untuk MK), untuk pengetahuan Sdra, penghujung tahun lalu, blog MK telah digodam oleh mereka yg tidak bertanggungjawab dan hanya beroperasi seperti biasa selepas tiga hari (sya dpt menjejaki identiti pengodam itu). Sya juga menerima panggilan 'misteri' menggunakan telefon awam bermula dengan kod 087...dan kod 088...
Selepas kejadian itu sya tidak lagi aktif menulis dan terpaksa menutup ruangan yg membolehkan pengunjung menghantar artikel dengan mudah...Bagaimanapun jika Sdra RY masih berminat untuk menghantar artikel, sebelum ruangan untuk menghantar artikel sya wujudkan semula dalam masa terdekat ini, sdra boleh hantar artikel Sdra melalui inbox facebook sya. Dalam kesempatan ini, sya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbagan sdra selama ini dan sya memohon maaf diatas segala kesulitan yg berlaku..
Terima kasih dengan penjelasan Sdra Tuan Blog...Saya faham juga risiko sekiranya diwujudkan semula ruangan 'terbuka' untuk peminat blog ini untuk mengemukakan artikel mereka. Sebenarnya memang banyak cara untuk menyampaikan artikel d blog ini selain melalui FB sdra EQ iaitu dengan meng'email'kan d alamat email EQ. Apa pun sebagai peminat blog ini saya mengajak para pengunjung blog ini supaya lebih bertanggungjawab melayarinya. Tidak juga dinafikan bahawa seseorang tuan blog yang sentiasa mengutarakan isu-isu panas sentiasa berhadapan dengan ancaman-ancaman dari luar. Tahniah kepada sdra EQ kerana masih lagi dpt mempertahankan blog ini sebagai blog 'rasmi' N4 Matunggong... kopisamung vagu.
ReplyDeleteSalam sejahtera,
ReplyDeleteSaya juga sangat berterima kepada sdra Tuan Blog ini.Melaluinya kita dapat bertukar-tukar pendapat disamping mendapat maklumat terkini dan juga kita dapat mengukur sejauhmana keikhlasan penulis-penulis kita mengetengahkan pendapat.Sama ada membina,memburukkan semata-mata pihak lain dan sebagainya.
Melalui luahan tersebut kita dapat mengukur tahap pemikiran masyarakat kita sama ada berfikiran luas ,sempit dan sebagainya.Saya juga sama seperti Raja Yomog ingin ruangan ini di teruskan dan terima kasih kepada Sdra Tuan blog kerana walaupun mendapat kecaman,ancaman dan sebagainya tetapi masih terus mencari ikhtiar agar ruangan ini diteruskan.
Saya juga ingin mengajak kepada para peserta yang ingin mengikuti ruangan ini.Luahkan lah pendapat anda secara rasional,jangan ikut perasaan tetapi gunalah akal fikiran yang waras.Bukankah masyarakat rungus adalah kaum yang cukup bersopan santun.So,kita tungkuslah budaya penyayang,sopan santun dan hormat-menghormati.Kita ni tak sempurna sangat.Oleh itu,bila memberi pendapat elakkan sikap yang hanya menyalahkan pihak lain sahaja.Kita harus sedar bahawa kita ini kurang sempurna janganlah ,hanya dapat melihat kuman di seberang lautan tetapi gajah di depan mata kita tak nampak.
Sekian, Terima kasih. khususnya kepada tuan tanah blog ini,jumpa lagi.
SALAM 1M, SALAM SEJAHTERA, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KHUSUS KEPADA SAUDARA DAN SAHABAT MUSLIMIN SAYA. Lama tidak melawat blog MK dan hari ini terpanggil pula mahu melayarinya.. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada YBSMN di atas kemenangan semula menerajui kepimpinan PBS N4 Matunggong. Malah barisan baru YBSM nampak lebih mantap.. justeru sebagai rakyat dan penyokong parti senantiasa mengharapkan perjuang parti lebih lagi progresif.
ReplyDeleteSaya masih percaya kejayaan seseorang pemimpin khusus dalam pembangunan bukan hanya daripada individunya sendiri tetapi sokongan sayap kanan dan kirinya malah mungkin para cerdik pandai dan para pejuang. Penting sekali sokongan moral kita terhadap perjuangannya. SAYA SOKONG 100% perjuangan tulus YBSM dan kita harus sokong tempoh masa keemasan beliau memerintah n4 Matunggong. Tiada sebab kita hairan saat2 akhir ini beliau amat sibuk menjalankan tanggungjawab malah kalau saya marilah memberi semangat kepada pendekan beliau sekarang ini (saya tahu bahasa saya ini di salah ertikan maksudnya tapi tak apa itu hak individu saudara). Apapun saya menafikan juga beberapa individu yang mengaitkan saya dengan pru13..memang betul saya salah seorang yang berangan-angan mana la tau perlu pemain simpanan. Saya akui peribadi saya tidak layak jadi pemimpin akan tetapi kalau boleh tiada siapa yang boleh memberi andaian yang pasti dalam setiap bidang yang kita ceburi dan menjatuhkan seseorang. Apapun yang sangat penting bila kita pilih pemimpin itu jangan peralatkan dia. Disebaliknya pemimpin harus berpandangan jauh dan dapat menilai yang patut, kalau bangsa kita terlalu berpolitik mempertahan diri akhirnya rakyat terabai..
saya dan rakyat n4 matunggong amat bersetuju jika wakil rakyat diberikan kepada YB SARAPIN MAGANA Kerana YB Sarapin bukan tidak membawa kemajuan ...tetapi kesibukkannya sebagai setiausaha politik ketua menteri telah menunjukkan komitmennya yang banyak selain itu juga - banyak kedai-kedai baru di langkon baru /lama telah dibangunkan dan atas sebab kerjasama baik yb dengan jkkk dan ketua kampung ramai warga n4 tidak terlepas dari proses bantuan rakyat 1 Malaysia ^_^ jadi biarlah mereka dengan labu-labunya -tologlah bagi peluang kepada YB Sarapain disebabkan nama beliau kini Matunggong juga lebih dikenali...
ReplyDeleteSaudara Anon jangan risau,selagi PBS N4 bertuankan PBS Tambunan,selagi itu YBSM tetap calon pilihan dlm PRU13.Namun kronologinya tidak akan berbeza kita di N4 tetap dijajah secara psikologi oleh PBS pusat (Tambunan)dan rutinnya siapapun YB adalah kerbau dicucuk hidung tak bole buat apa2 melainkan atas restu PBS tambunan.Biarlah kita macam Pak Kaduk.Menang sorak kampung tergadai..
ReplyDeletefikirlah
dr segi akademi, pergaulan dan pengalaman beliau dlm berurusan dgn rakyat, sya prcaya beliau boleh memberi khidmat yg baik jika dipilih kelak..namun, banyak lg elemen seorg pemimpin yg perlu ada pd beliau..antaranya, berani (berani bersuara), kedua lantang (lantang bersuara ttp bertempat dan bijak)..kelebihan bung mukhtar iaalh lantang dan berani bersuara wlupun beliau tdk berpendidikan tinggi..itu sb bung mukhtar brjaya memajukan kaawasan..pernah satu ketika, bung mukhtar menendang pintu pejabat ketua menteri yg ketika itu ialah datuk salleh tun said..berani bukan bermakna samseng atau kurang ajar..itu dari kita saja, bagaimana kita melakukannya..sdra.. thomas yg sya tau, kurang berani dimana dlm satu insiden, seorg petugas yg rajin, berbakat yg bertugas di kota kinabalu, tlh ditukarkan ke kota marudu..petuga s itu spatutnya naik pangkat, ttp oleh krn sdra thomas kurang berani krn takut dikomplen oleh org lain jika menaikkn org itu, maka peluang petugas itu naik ke jawatan lbh tggi punah dan hilang bgitu..ini cuma contoh dan bukanlah maksudnya dgn insiden ini, kelayakan beliau mnjadi pemimpin trgugat..beliau cuma tambah sedikit aksesori lg dlm diri beliau trutama dr segi keberanian.
ReplyDeletesaya setuju dgn suara RUNGKUD bahawa pemimpin mesti berani untuk kemajuan rakyatnya tetapi jangan pula berani bodoh.ingat berani bodoh dengan berano benar jauh sekali maksudnya.Thomas arnjamal bertindak atas tanggngjawab dan penilaian prestasi seseorang pekerja.kalauan pekerja pintar tetapi selalu curi tulang,patutkah dinaikan pangkat.sorry lah.jangan tukul kepala sendiri.berani benar adalah hak-hak rakyat yang sedia ada tetapi wakil rakyat tidak nampak atau sengaja tak buat.ini yang berlaku sekarang ini.asyik berkepit dgn dtk max takut tidak kena calun balik(bai mantut kantut).jadi tobpinai biar betul tindakan. yalo tn Thomas keturunan di Dtk matius/osiou kulun.tantu sikit.
DeleteSaya ingin mengulas kenyataan saudara Rungkud mengenai seorang pekerja yang telah ditugaskan ke tempat lain semasa Saudara Thomas bertugas di Kota Kinabalu, saya rasa saudara Rungkud tersilap menilai dan mendapat informasi yang kurang tepat mengenai insiden itu. Saya mengikuti perkembangaan kerjaya saudara Thomas dalam jabatan Faber ini semenjak beliau bertugas di daerah Lahad Datu lagi. Mengenai insiden tersebut saudra Thomas bertindak tidak menyokong dan memberi penilaian kerana beliau tegas dalam menjal;ankan tugasnya...bukan kerana ingin menjatuhkan orang lain mahupun pengecut dalam memberi penilaian tetapi beliau bertindak berdasarkan prestasi kerjaya seseorang. Dan saya mengenali siapa yang saudara Rungkud maksudkan.. Jika saya berada di posisi saudara Thomas saya pasti akan bertindak seperti yng dlakukan olh beliau. Malah hasil kerjaya nya yg cemerlang beliau semasa di hospital kota kinabalu dinaikkan pangkat dari supervisor ke Jawatan Manager..dan selepas itu ditugaskan di hospital2 yang bermasalah termasuklah beluran, tenom dan bnyk lagi. Beliau berjaya merubah hosptl2 yg bermasalah ke tahap yang lebih baik...mndapat anugrah cemerlang dlam kerjayanya..beliau ditukarkan ke Kota Marudu bagi menggantikan manager yg ketika itu tdk dpat mnjlnkan kerjaya dgan baik. malah ada ura2 mngatakan beliau akan ditugaskan ke bahagian Kudat tdk lama lag...(ura2 sahaja). Saudara Rungkud boleh merujuk terus ke bahagian Faber Sabah bagi mendapat kepastian sebelum menyatakan hal yang saudara sendiri tidak jelas. Saya bersyukur kerana jasa Saudara Thomas saya kini menjawat jawatan yang baik dalam Faber. Ini terbukti sikap kepimpinan beliau dalam memajukkan sesuatu..jadi kriteria ini sesuai dalam menjadi pemipin yang lebih baik. Saudara Thomas Arinjamal, semoga diberkati dalam niat Saudara yang ikhlas ingin memajukan bangsa sendiri.. Selamat Maju Jaya.
DeleteSalam sejahtera tuan rungkud terima kasi maklumbalas dan tunjuk ajar tuan pada saya.. memang maklumat tuan kurang tepat (saya hampir pasti pemberi maklumat tuan ni)..Sampaikan salam saya pada dia. Kalau betul orang yang tuan rungkud betul2 sudah layak naik pangkat dimana pun dia bertugas tetap ada peluang dia. Ya la semestinya kata anonymous perestasi kepujian. Kalau la dia ini yang tuan maksudkan sedang berkhidmat d hospital Kudat, dia tetap ada peluang tu. Nga kalau dia sudah mula mengadu dengan tuan kerana tuan lah yang dapat tulung dia.. silakan tuan.
ReplyDeleteTerima kasi kamu berdua tuan Anonymous kerana sokongan moral tuan berdua pada saya.Diucapkan Selamat Bedrjaya dan lebih diberkati lagi bersama keluarga tuan berdua..GBU
YBSM ialah berjiwa rakyat
ReplyDeletePERINGATAN KEPADA KEPADA PENGUNDI NON-RUNGUS, kalau Mr. Thomas terpilih sebagai calon BN dalam PRU13, kita undi pembangkang. Dari profil beliau jelas sekali beliau hanya memajukan bangsanya sendiri. Satu wadah perjuangan yg mengecewakan.
ReplyDeleteberabis bercakap dlm MK,kamu dimana sudah Thomas!!!dulu meluda sekarang menjilat
ReplyDelete