Followers

Wednesday, August 26, 2009

Matunggong semakin unik

Ya..Matunggong memang unik. Bukan saja dari segi nama daerah itu sendiri yang tidak ada duanya di negeri bawah bayu ini tetapi masyarakat Matunggong juga sudah semakin unik. Sudah semakin maju. Condong kepada anjakan paradigma. Suatu waktu dulu kita tidak penah membayangkan daerah Matunggong akan melahirkan cendekiawan, tokoh politik yang disegani, usahawan berjaya, dokter perubatan, dr falsafah, jurutera malah ada masyarakat matunggong yang bergelar jutawan. Tak kiralah jutawan pelaburan internet atau skim cepat kaya atau sememangnya dianugerahkan kekayaan tapi apa yang pasti di Matunggong semuanya ada.

Tahun 60an dulu masa tu orang yang memiliki basikal pun sudah dipandang tinggi oleh masyarakat kita. Yalah masa tu mungkin kuasa beli matawang kita masih lagi tinggi dan untuk mendapatkan RM1 pun amat payah. Sebab itu walaupun harga basikal cuma RM15 ke RM30,hanya orang-orang yang berkemampuan saja berjaya memilikinya. Kita cukup teruja dan hampir tidak percaya akan kemampuan besi yang cuma mempunyai dua roda itu mampu meluncur laju tanpa masalah. Namun semuanya telah berubah mengikut peredaran masa, mengikut putaran alam.Cakap saja apa jenis kenderaan, masyarakat kita mampu memilikinya malah ada diantara masyarakat kita yang mampu memliki lebih dari sebuah kereta. Itu sudah cukup bagus, kita melangkah ke depan bukan undur ke belakang.

Masyarakat Matunggong boleh dianggap masyarakat yang pro kepada kemajuan. Time harga sawit naik mendadak, masa itu lah masyarakat kita berlumba-lumba menanam kelapa sawit. Ada yang sanggup tebang pokok kelapa dan getah untuk memberi ruang tanaman baru itu di kebun mereka. Demikian pula halnya bila tiba-tiba harga komoditi getah meningkat beberapa kali ganda. Ada orang kita yang sanggup membeli anak pokok getah liar dengan harga yang agak mahal tanpa menunggu kelulusan bantuan dari pihak Lembaga. Walaupun sebelumn ini kita amat benci akan kehadiran anak-anak pokok getah yang tanpa diundang itu tumbuh liar di laman rumah, namun taida siapa menduga anak-anak pokok getah yang dibenci selama ini mendatangkan hasil yang lumayan. Tapi hujan tidak sampai ke petang, dalam kegairahan pekebun getah memuji tindakan kerajaan menaikan harga getah, tiba-tiba harga getah menjunam. Dan kini sekali lagi masyarakat Matunggong digegarkan dengan dua jenis tanaman yang dikatakan amat menguntungkan dan menyumbang kepada pendapatan yang cukup lumayan. Pendapatan yang luar biasa. Pokok Jatropha dan Pokok Gaharu!! Pokok jatropha yang nanti akan menjadi telaga minyak tanpa perlu digali dan pokok Gaharu yang nanti akan menghasilkan 'agar wood oil' yang mempunyai nilai berpuluh ribu ringgit seliter. Lalu kita berfikir sejenak andainya semua yang kita lihat pada hari ini akan menjadi satu titik tolak kepada peningkatan ekonomi masyarakat Matunggong kelak, adakah kita akan berpuas hati? menaruh harapan yang menggunung?

Tulisan ini semata-mata untuk mengajak anda berfikir sejenak dan anggaplah tulisan ini cuma cerita ketika duduk berbual di kedai kopi jauh sekali bertujuan menyingung mana-mana pihak. Tapi apapun Matunggong memang unik...

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

21 comments:

  1. komen ringkas ku...magahago kagi..masayarakat Matunggong (Rungus)kakali aso po long term vision. Kakali sentiasa mingkosup dit kolundu dino no....contoh keso om banal ko otopot kagi ino "Rubinsin Investment" (mokimahap nga baiko avazaan sorita iti)...mad hampir separuh ot ulun matunggong kanto minusikim gara-gara ingin lumundu koduruk dinot pelaburan dino....osian tokou tu kakali amu barajal tokou dinot sad story of Rubinsin's Investment...

    ReplyDelete
  2. Bnal nu ino tobpinai madjabou, ining-ining ku it najadi do mangsa okon ko baiko dikalangan ulun tokou dit amu nokosikul nga ogum po it ulun tokou dit kisikul gam obuli boroson dot kipengaruh sid Matunggong. Nga yadko ino boros nu humarap dot aso no kejadian vagu sid pialatan tokou tohudi tadau. Tozoho no ma ong amu po nakabarajal tokou dino. Iti kolunduo amu osingkudou, amu rumikot kondiri ong okon ko it gama kondiri magavi. Ino po ma bergantung sid vangun (naku)

    ReplyDelete
  3. jelani hamdan (JH)July 22, 2010 at 2:00 PM

    Tobpinai Madjabou om EQ. Saya bersetuju pendapat saudara berdua. Selama ini kita tiada long term vision atau plan strategik untuk kawasan kita. Matunggung perlukan dua plan stategik iaitu short term dan long term, iaitu plan pembangunan untuk 10 tahun dan 30 tahun akan datang. Kita kena ada masterplan yang komprehensif untuk kawasan kita. Kalau kita biarkan kawasan kita maju secara 'natural' , alamatlah kita ketinggalan kapal nanti. Pemimpin kita perlu kemukakan plan ini samaada di parlimen, Dun atau kerajaan..tak cuba maka tak tahu resultnya.(JH)

    ReplyDelete
  4. Sekali sahaja diungkapkan nama Daerah Matunggong, hampir seluruh masayarakat berbilang kaum dan bangsa di Sabah Negeri Di Bawah Bayu tahu dimana terletaknya daerah ini, yang mana ianya dikenali sebagai tempat "PELANCONGAN" dengan adanya tempat yang dikenali sebagai "GUMANTONG" di kampung Gombizau dan "LONG HOUSE BAVANGAZO" di kampung Tinangol, sumber hidupan semula jadi tumbuh-tumbuhan flora dan fauna, pengeluar "MADU LEBAH" dan juga industri pembuatan "GONG" di daerah Matunggong. Akan tetapi jika dinilai secara pratikal daerah kita (Matunggong), transfomasi bagi sesebuah kawasan itu tidak dapat dilihat dengan jelas, sepertinya hanya sebahagian kecil yang mencapai transfomasi , daerah Matunggong sepertinya tidak mempunyai perancangan awal daripada pihak-pihak yang berkaitan, hal ini berkait rapat dengan pencapaian dan masa depan daerah Matunggong. Ianya harus di rancangan lebih awal, masayarakat kita, bangsa kita, kawasan kita seharusnya tidak ketinggalan sebagaimana tempat-tempat yang lain yang sudah mengalami transfomasi dalam sesebuah daerah. Hal sedemikian harus dirancang seawalnya, dan penggerak utama ialah pemimpin kawasan kita Yang Berhormat, kepimpinan dan keterbukaan yang berhormat amatlah kami hargai, di samping itu saya juga mencabar anak-anak muda kawasan Matunggong khususnya suku kaum(Rungus)agar lebih berdaya saing dengan masayarakat seluruh Malaysia, anak-anak muda,kita semua adalah pemangkin masa hadapan khususnya kawasan kita (Matunggong).

    ReplyDelete
  5. KEPIMPINAN KETUA KAMPUNG
    Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian setiap penghulu kampung yang telah dipercayakan untuk menjadi kepala dalam sesebuah kampung dan tahniah diucapkan kepada mereka.Namun sejauh manakah kualiti kepimpinan mereka,tidak dinafikan dimana kebanyakan di antara ketua kampung di daerah Matunggong langsung tidak mempunyai pendidikan,bayangkan jika seorang buta melintas jalan, dapatkah individu tersebut berjalan seiring dengan mereka yang normal, sedemikian juga dengan isu ketua kampung,mereka haruslah berkarisma, berkarekter, memiliki pemikiran yang saksama dan bersifat adil dalam segala hal.Sebaiknya kelayakan untuk melantik penghulu kampung atau apa sahaja kepimpinan haruslah di, kerana ini akan mempengaruhi keharmonian, kesefahaman sesebuah kampung, sebagai contoh kampung saya sendiri, kepimpinan beliau sebagai penghulu tidak diterima ramai pihak meskipun beliau telah lama menjadi penghulu di kampung, ini kerana tiada kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan juga berlaku tidak adil terhadap penduduk kampung.Hal ini menyebabkan penduduk tidak senang dan berlaku ketidaksatuan dikalangan penduduk kampung sendiri, saling memperkatakan di antara satu dengan yang lain, sampai bila bangsa kita(RUNGUS) akan maju jika keadaan sedemikian akan berterusan.Saya berharap agar setiap pemimpin yang dilantik tidak kira dalam tanggungjawab kecil mahupun besar haruslah berlandaskan pendidikan dan kualiti seseorang itu dan bukannya dengan kemampuan untuk berbicara, Seni komunikasi tidak terletak pada kemampuan untuk berbicara, tetapi pada kemampuan untuk mendengar.

    ReplyDelete
  6. Lagi teruk jika Ketua Kampung yang dilantik itu seperti yang dikatakan oleh saudara EGMENT tidak pandai menulis ditambah dengan Pengerusi JKKK yang tidak/jarang sangat mengadakan mesyuarat. Sepetutnya Pengerusi JKKK yang tidak berfungsi harus di pecat dan digantikan dengan Pengerusi JKKK baru yang boleh menjalankan tugas dengan cemerlang. Bukan setakat ambil elaun tiap-tiap bulan. Bagaimana penduduk kampung menyuarakan masalah yang mereka hadapi jika Pengerusi jarang atau tidak pernah mengadakan mesyuarat.

    ReplyDelete
  7. Tuan2 baru saya membaca artikel MK ini baik pula ciri-ciri ceritanya.. Menyentuh Visi ia bersangkut paut sangat dengan Halatuju. Saya memang sependapat dengan MK dulu2 kalau sudah ada basikal apa lagi seku (scooter) memang dikategori orang berada. Jangan bilang apa dapat sampai pekan Kudat pun dikira kena puji sudah. Saya pertama kali sampai Kudat mungkin 1965 Kedai Kudat masih ada kedai Papan (sekarang tapak bus stop KK kalau tak silap). Dari Kudat sampai Tinangol dekat 4 jam perjalanan kemudian jalan kaki sampai kampung saya di Jagil.
    Sekarang orang kampungpun ada 2 atau 3 kereta kita nampak. Orang politik kereta Ninja, pegawai kerajaan setidakpun Virgo atau Prado.Kereta Pelanduk paling banyak.. Sekolah university mungkin menjangkau 500 orang sudah atau lebih.
    Nah inilah petanda bangsa kita tidaklah begitu ketinggalan dan ke arah wawasan kejayaan. Ramai sudah intelek, berangan-angan jadi menteri dan business man/women. Berlumba-lumba ingin menunjuk kemajuan diri..keadaan ini seperti kehidupan orang cina dahulu bersaing tanpa had memikir diri sendiri saja berabad lamanya. Akhirnya siang Wong, Chin, Tsen dan sebagainya menyedari mereka adalah Cina dan harus memartabat suku Cina. Akhir sekali mereka bersatu dalam ekonomi dan terkini telah mencipta roket naik ke bulan.
    Wahai pemimpin suku rungus apakah kita membiarkan rungus tiada kesatuan, tidak berdiri teguh demi kemakmuran bangsa dan generasi kelak? Sekadar cetusan minda peribadi ..

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dengan apa yang dikatan oleh Tn.Thomas. Untuk mejadikan sesebuah kelompok itu teguh, perlu adanya kesatuan, bukan sahaja dikalangan pemimpin malahan dikalangan suku kaum kita sendri (RUNGUS). Tidak senang untuk mecapai matlamat bagi bangsa kita seandainya kita tidak punya kesatuan. secara peribadia, walaupun saya diusia setahun jagung, tapi saya kecewa dengan bangsa kita apabila ada segelintir mereka yang tidak faham akan pentingnya kesatuan, malahan ada yang sanggup menjatuhakan seseorang demi untuk kepentingan sendiri. fikir2lah, seandainya Rungus tidak punya kesatuan, sampai bila bangsa kita akan maju..

    ReplyDelete
  9. nampaknya tn Thomas arinjamal makin dinanti-nantikan oleh N.4 mtnggng.Ramai dah meminta supaya prjumpaan diadakan.dalam blog mtngng kini juga tidak kurang hebatnya.sampai ada yg cuba jadi nazir ke hspl lotong menilai hasil kerja beliau.e2 petanda yang beliau dinanti-nantikan ole msyrkat mtnggng.sybas tn thmas arinmal.teruskan perjungan.saya sokong penuh.

    ReplyDelete
  10. Salam 1malaysia dan 1Momogun n 1Matunggong... memang tidak dinafikan bahawa Tuan Thomas seorang pemimpin yang diminati dan memang dinanti-nantikan oleh penduduk n4 matunggong khasnya... dan saya percaya kekalahan beliau semasa pemilihan baru-baru ini bukan bermakna beliau tidak disukai atau ditolak oleh para perwakilan tetapi beliau bertanding atas keikhlasan sendiri tanpa mengumpan apa-apa kepada para perwakilan. Walaupun saya tidak menyertai beliau dalam kempennya tetapi banyak sumber yang mengatakan beliau merupakan calon yang paling bersih. Justeru, saya mengajak rakyat n4 supaya mengetengahkan beliau sebagai Calon BN N4 pada PRU13 nanti. Kita mahu pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat yang tidak mengamalkan budaya samseng, ugut-mengugut, kronisme, keluargasme (perkataan baru. hehehe). Tuan Thomas juga mempunyai pendidikan yang tinggi disamping merupakan pemimpin gereja. Tidak dinafikan juga ada diantara komenter yang menghentam beliau dalam blog ini tapi itu adalah perkara biasa dalam politik. Sekian dan terima kasih...

    ReplyDelete
  11. Tahniah Sdr. Vutod Polod.
    Sesungguhnya cetusan minda saudara adalah yang terbaik kerana menidakkan yang kurang dan mengiyakan yang baik.
    Saya sependapat dengan saudara bahawa Mr. Thomas Arinjamal adalah antara pemimpin yang kita perlukan untuk memimpin dan menuntun warga rungus kita.Ini kerana Mr. arinjamal bukan sahaja educated tetapi juga mempunyai visi yang lebih advance ke arah pemantapan dan memartabatkan masyarakat kita.
    Namun sasiapapun mereka termasuk Mr. Arinjamal sendiri.Setelah nanti diberi mandat oleh pemimpin dan rakyat di N4 Matunggong untuk menerajui N4 Matunggong perkara yang perlu diutamaklan adalah untuk kepentingan semua.Ambil contoh pemimpin dunia yang lahir dalam kalangan miskin iaitu Mahatma Gandhi dan Abraham Lincoln.Mereka tidak akan lupa dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
    Kendastipun. Datuk Markus Majihi dulu adalah aktif dalam gereja dan sebagai penolong pegawai Daerah sebelum jadi YB.Malangnya setelah bergelar YB. Akal fikirannya yang waras telah dinodai oleh kemewahan dunia dan itulah kronolgi seterusnya yang menjatuhkan beliau.
    Sejusteru itu,kepada Mr. arinjamal dan kepada semua pemimpin yang berpotensi dan beriya-iya untuk menjadi peneraju N4 ini.haruslah mengambil contoh dan ikhtibar kepada dua tokoh dunia yang saya sebutkan tadi.Iaitu berjuang untuk dan kepada orang miskin dan bukannya kepada dan untuk orang yang telah kaya.
    Biar miskin harta tetapi kaya dengan perjuangan yang abadi dan sejahtera sebagaimana yang dil;aklukan oleh mantan YB dulu Datuk Mathius Majihi.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  12. wahai N. 4 matunggung.sedarlah bahawa pru13 makin dekat.janganlah berdiam diri,jgn kerisauan diri membelengu diri nanti binasa.kuatkan smngat prjungan memulihkan politik n4 mtunggng.jngn biarkan yang salah x salah.kta prlu perbaiki dari skrang.jgn da trhantuk baru terjaga.kta prlu pulihkan plitik,eknomi,sosial.kta prlu pmmpn yang bnar berjaya.bila lagi vutud plod.macam bisa btul.

    ReplyDelete
  13. Baru2 ini YAB PM telah mengumumkan bahawa PRU 13 bila-bila saja boleh diadakan. Saya sangat menyokong penuh komen sdra Anon bahawa tibalah masa kita menghentikan politik kotor walaupun apa yang kita sedia maklum bahawa politik sememangnya kotor. Cuma d Matunggong ini belum sampai masanya kita memerlukan seorang pemimpin yg mengamalkan politik kotor contohnya nepotisme dan kronisme. Pernah saya terbaca komen d blog ini yang mencadangkan supaya pimpinan pusat pada masa akan datang memilih calon dari golongan yang sudah sedia kaya. Apa pun saya juga setuju dengan komen tersebut supaya terhindar daripada mengayakan diri sendiri dan kroni2nya. Justeru, pada PRU13 ini kita mahu pemimpin yang benar-benar berjuang untuk rakyat yang tidak mudah berputus asa. Mungkin sudah menjadi trend apabila si Rungus dah jadi YB... mereka terpaksa mengamalkan dasar kronisme terlebih dahulu kerana mereka berpendapat inilah peluang mereka untuk menjadi terkenal. Apa pun pada masa akan datang budaya ini harus dihentikan seperti yang diamalkan oleh mantan YB era tahun 80-an iaitu DMM. Dan satu2nya individu yang menyamai sikap DMM ialah TAM... Fikir2kan lah.. cetusan minda Vutod Polod

    ReplyDelete
  14. Salam sejahtera,
    Membangunnya sesuatu bangsa adalah kerana nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.Masyarakat yang punya nilai moral yang tinggi dapat menempatkan bangsanya di tahap yang tinggi.Kita lihat saja sistem pedidikan di negara Jepun yang menekankan pembangunan moral yang tinggi sebagaimana ungkapan berikut:
    1.The Japanese educ system reflects local cultural n philosophical ideals.
    2.Learning n educ are highly valued wth a strong emphasis on moral n character dvlpment.

    Justeru,seandainya pemimpin-pemimpin bangsa rungus kita dapat mengamalkan nilai-nilai tersebut,nescaya,walau suku kita ini adalah suku minoriti,namun pasti kita dapat bersaing secara sihat dalam kalangan kaum2 di negara ini secra langsung dapat memajukan dan memartabatkan kaum kita.

    Dalam komen saya yang lalu,saya menempatkan kekayaan adalah ciri yang mungkin mengurangkan masalah YB condong kepada materialistik.Namun,pada saya.Kita semua khususnya pemimpin-pemimpin dalam politik harus melakukan reformasi minda daripada bercirikan materialistik kepada rungus development khususnya dari segi ekonomidan pendidikan.

    Asal saja kita tahu,sama ada dalam bidang ekonomi dan pendidikan. kita dalam daerah kudat adalah yang tercorot ke belakang.Hal ini membuktikan bahawa kita teramat daif pada mata kaum-kaum lain dalam Malaysia.

    Justeru itu,kepada pemimpin utama kita khususnya YB kita yang sekarang dan akan datang serta pemimpin2 bahagian,mukim hingga peringkat kampung harus berpandagan jauh dan menghentikan politik materialistik sebaliknya memikirkan apakah agenda yang dapat memajukan kita semua(segenap lapisan masyarakat rungus) sama ada dalam ekonomi dan pendidikan.

    Lantaran itu,kita harus berjuang dan perlu bersaing dengan kaum2 lain dan biarlah persaingan itu secara sihat,kerana kita ini berada dalam sebuah negara yang aman.Selain itu,biarlah kita menghormati unsur2 tradisi yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan yang menjadi tonggak perpaduan negara kita.

    Kita tidak ada kuasa untuk melantik calon PRU13,namun harapan kita,biarlah apa yang sering kita luahkan dalam ruangan ini menjadi ingatan yang perlu direnungi oleh bakal YB kita.

    Pada saya,siapapun calon BN pada PRU13 sama ada YB Sarapin Magana,Ybhg Jornah Mozihim,Atung Mangabis,Thomas Arinjamal atau dari Parti komponen lain antaranya Tn Wetrom Bahanda,Tetuan Jelani Hamdan atau siapa saja, harus kita sokong.Jika itulah kita punya calon kerajaan.

    Dasar politik ugut mengugut dan tidak saling percaya dalam kalangan kita harus kita singkirkan.Apa yang perlu iaitu kesepaduan pemikiran dan matlamat perjuangan politik iaitu memajukan dan memartabatkan bangsa kita (RUNGUS)haruslah diutamakan.

    Sekian cetusan rasa dari saya.

    ReplyDelete
  15. Saudara Vutod Polod dan Masital : Saya percaya kata2 tuan berdua ini bukan bermaksud menyinggung YBSM malah memberi semangat yang lebih kental lagi kepada beliau (YBSM)untuk meneruskan perjuangan memimpin rakyat N4.

    Apapun marilah kita berjuang dengan penuh keikhlasan sebab pada saya menjadi seorang YB bukan kemegahan diri tetapi menjadi beban tanggungjawab besar khususnya meroba nasip kaum kita momogun Rungus dan amnya N4 Matunggong seluruhnya yang masih lagi dianggap paling mundur.
    Untuk momogun Rungus menjadi satu par taraf dengan yang lain harus ber1. Ingat DEB yang diketengahkan oleh Tun Abdul Razak senjata utamanya PERPADUAN Rakyat Malaysia, keterusan pembangunan negara Malaysia oleh Tun Mahathir Visi Misi beliau WAWASAN 2020 juga bersenjatakan "PERPADUAN RAKYAT". Pemimpin negara semasa 1M. Semuanya berdasarkan dari satu HALATUJU, TEKAD dan HARAPAN.

    Pada pendapat saya kita perlukan seseorang yang MILIKI MINDA POSITIF, perkasa, sukarela tampir sememangnya lengkap serba berkebolehan dalam semua aspek dapat memandu "MEMPERSATUKAN BANGSA KITA" APOLITIC untuk menambah baik kesatuan kita yang sedia ada ni.
    SIAPAKAH ORANGNYA? Mungkin untuk memilih amat yang terbaik sukar sekali tetapi seandainya satu fomula SWOT diguna pakai pastinya mendapat resolusi yang terdekat. Sekadar pendapat peribadi sahaja

    ReplyDelete
  16. saudar TA saya bersetuju dengan pendapt tuan,misi dan visi perlu untuk seorang pmimpin.dalm kancah politik 2 element ini sangat penting.apapun rakyat katakan begitu mudah kita bergerak kerana ada visi dan misi.Jangan kita asyik dengan dunia hiburan tanpa memperdulikan rakyat kita yang perlukan lebih dari hiburan.lihat rakyat kita perlu kemajuan,perlu daya pemangkin.ada kawan kata kita perlu berjuta2 peruntukan unt majukan matunggung.pada saya mmang prlu tetapi visi dan misi yang tepat dapat menentukan keperluan ekonomi,sosial,budaya dan politik kita.teruskan usaha Tn Thomas arinjamal kami menyokong tuan .

    ReplyDelete
  17. Saya amat tertarik dengan nukilan cetusan rasa saudara Masital dalam ruangan ini. Satu pandangan yang agak jauh ke depan tanpa menekan mana-mana pihak walaupun pandangan beliau saya kira lebih condong kepada menyokong calon parti kerajaan. Berbanding denganText missing***

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Sesiapa pun yg akan memegang tampuk ADUN N.04 adalah sama. Peruntukan utk ADUN adalah terhad. YBSM mengalami kesukaran memberikan 100% apa kehendak rakyat. YB mana sekali pun, Kwsn ADUN mana sekali pun. Jd jika kita memahami situasi sebenar maka kita tidak akan menyalahkan wakil rakyat dan menuduh mrk tidak bekerja keras utk rakyat. Berapa ratus kpg dan hampir 30k penduduk utk dipuas kan semua pihak... no way.. dan ada sudah yg berlagak jd Robin Hood Matunggong tpi disebaliknya isi kantung sendiri dulu adalah wawasannya. siapa mkn cili dia rasa pedaslah. tpi utk hero itu membela nasib rakyat pun tak kan kemana juga. dan tak kan mungkin menjadi pilihan rakyat juga. angan tinggal angan2 lah.... Robin Hood a.k.a Hero itu seakan-akan sudah mulai melobi dan mencari nama dgn sedikit sebanyak derma2 yg "ciput" dan seolah2 berjuta dan harus dimegah2kan dan dia harus dihargai oleh semua org...

    ReplyDelete
  20. BUAT TATAPAN ORG KUAT YBSM.KUAT KITA MENYOKONG YB KUAT JUGA KITA MEMPERTAHANKAN YB.JGN KUAT KAUT PROJEK TETAPI KEKUATAN YBSM DIKETEPIKAN.UNTUNG PERUT BUNCIT KEMPIS PERUT YBSM.PROJEK SANA SINI MASYARAKAT PANDANG SERONG .BENCI DAN TAK SOKONG YBSM.KENAPA????.bILA DITANYA TAK ADA PERUBHAN.TAK ADA UNSUR YANG BOLEH MEMBAWA KEMAJUAN KEPADA ORANG RUNGUS.TAK PERIHATIN LANGSUNG DENGAN KAWASAAN N.4 MATUNGGUNG.SIBUK SID PONGIVASAN TETAPI MEMBELAKANG KEPERLUAN SETIAP KG.TIDAK ADA UNSUR PEMBOLEHUBAH.SIFAR DARI SEGI PEMIKIRAN SEORANG AHLI POLITIKUS.KESILAPAN BESAR PEMIMPIN pbs PRINGKAT PUSAT.SAYA BERPENDAPAT YBSM PERLU BERUNDUR DARI N.4 MATUNGGUNG.BERILAH PELUANG KEPADA ORG LAIN YANG LEBIH MANTAP,LEBIH POLITKUS,YANG ADA VISI.CUKUPLAH CI JASLI ADAL KERETA BARU DAN NAWARI DA JADI ORNG KAYA PEKAN MATUNGGUNG.ESOK KITA SAMBUNG.BERI RESPON DGN KENYATAAN INI.JGN TIDUR ORNG MATUNGGUNG.

    ReplyDelete
  21. Buat tatapan YBSM,saya sependapat dengan rakan yang lain lebih baik berundur diri diri beri peluang kepada kawasan lain mau kaya,kamipun mau kaya saudara marapun mau kaya.Bagi kami peluang orang dari kawasan Kg Tagaroh hingga Kg, molong kolong.kami punya kawasan belum pernah ada jadi YB.saya yang tiada sikulpun mau juga jadi YB yang penting berpeluang mau koyak tu duit dengan wang rakyat(projek) sya punya suku sakat pun mau ikut trend YBSM juga. agar nanti kita ramai-ramai berada di neraka kemudian.
    sebagai renungan saja " Jadilah pemimpin dunia dan akhirat YBSMKu" dan juga kepada pengikut2 YBSM.TKSH

    ReplyDelete