Followers

Saturday, October 24, 2009

PESTA GONG MATUNGGONG 2009 - Gong Warisan Budaya 1Malaysia



Pesta Gong yang merupakan acara tahunan di daerah kecil Matunggong amat meriah bersesuaian dengan tema kali ini "Gong Warisan Budaya 1malaysia". Pesta Gong yang diadakan setiap tahun di daerah ini bertujuan mempromosi industri pembuatan gong dan pelbagai kraftangan lain kepada pelacong samada dalam atau luar negera disamping bertujuan mengekalkan warisan budaya agar tetap terpelihara. Jawatankuasa Penganjur yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan telah bertungkus-lumus menjayakan pesta Gong ini dengan jayanya (walaupun penulis tidak sempat menyakisikan pesta ini pada hari berikutnya (acara kemuncak) disebabkan terpaksa ke luar negara)

Banyak acara menarik yang telah dijalankan pada hari pertama Pesta Gong ini diadakan. Antaranya ialah pertandingan Mongigol Sumundai, Ratu Fesyen kanak-kanak terbuka dan pertandingan nyanyian. Saya sempat membuat sedikit rakaman video dan mengambil beberapa keping gambar pada hari itu. Namun agak malang saya tidak dapat upload semua klip video yang sepatutnya saya kongsikan kepada anda disebabkan talian internet ketika saya mengupdate blog ini terlalu lemah. Apa pun saya telah pilih beberapa gambar untuk dimuatkan dalam blog ini sebagai tontonan anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal berdekatan kampung Sumangkap tetapi tidak berkesempatan untuk berpesta pada hari itu, sudah pasti merasa sedikit kekesalan. Diharap photo-photo yang saya paparkan ini sekurang-kurangnya dapat menebus rasa kesal anda..hehe.


Theresa - Cukup anggun dengan pakaian tradisi suku kaum Rungus


Peserta pertandingan tarian Mongigol Sumundai lengkap berpakaian tradisi


Acara pertandingan nyanyian

Antara peserta Ratu Fesyen kanak-kanak

Dorothy George - bergaya sakan adik Dorothy ni. Isssh..ingatkan gadis cantik ni dah berumur 16 tahun. Rupa-rupanya baru 12 tahun.



Adik Lorraine Rechal Loren, pemenang tempat pertama - Senyuman seorang ratu


Adik Celinica Donna Masangkin 9 tahun dengan wajah fotogeniknya..


Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Marudu Tina Majawan, berdiri dua dari kiri selepas menyampaikan hadiah kepada ratu fesyen kanak-kanak.


Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong En.Arnold Joibi (berkaca mata)- menentukan pemenang meneka berat gong

Gong dan kraftangan yang terdapat di gerai-gerai menjual cendera kenangan.










Klip Video

http://www.youtube.com/watch?v=1p6LIp1xOjc
http://www.youtube.com/watch?v=TeBgdPYIpzE





Semoga Pesta Gong Matunggong lebih meriah lagi pada masa-masa yang akan datang..Ceria-ceria selalu.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

0 comments:

Post a Comment