Followers

Friday, December 31, 2010

Salam terakhir 2010

Malam 31 haribulan atau sering disebut malam hujung tahun merupakan satu tarikh yang dianggap cukup bermakna. Malam ini pastinya ramai dikalangan kita yang sanggup bersengkang mata menunggu detik 12 tengah malam menandakan berakhirnya tahun 2010 dan bermulalah lembaran baru tahun 2011. Malam ini sudah tentu pelbagai aktiviti akan dilakukan, ada yang mengambil kesempatan membawa keluarga berkunjung ke rumah ibadat untuk melahirkan rasa bersyukur diatas segala yang diberikanNya sepanjang tahun namun seperti kebiasaanya tidak kurang juga mereka yang menyambut tahun baru di pusat-pusat hiburan bersama rakan-rakan atau melakukan ‘buang sial’ di tepi pantai.

Kepada pengunjung setia dan followers blog MATUNGGONG KINI apa pun aktiviti yang anda lakukan untuk menyambut ketibaan tahun baru, saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011. Bagi saya, tanpa penglibatan anda samada secara langsung atau tidak langsung, blog ini tidak akan kemana dan tanpa disedari artikel ini merupakan artikel saya yang terakhir untuk tahun 2010. Selamat tinggal tahun 2010, selamat datang tahun 2011.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, December 15, 2010

Berman Angkap Tubuh Parti Baru

Tindakan mantan Presiden parti Bersekutu, Berman Angkap menubuhkan parti baru yang diberi nama 'Sabah People Front Party' (SPF) atau Parti Barisan Rakyat Sabah, menjelang pilihan raya akan datang (PRU13), merupakan satu tindakan yang positif memandangkan prestasi Bersekutu yang pernah dipimpin oleh bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Mohd Salleh dilihat tidak lagi relevan untuk beraksi di gelanggang politik Sabah yang dijangka akan berhadapan dengan situasi politik yang lebih mencabar berbanding dengan PRU12 lalu. Ujian demi ujian telah dilalui oleh parti Bersekutu sejak parti itu ditubuhkan namun parti itu tetap gagal menambat hati rakyat Sabah. Jika Bersekutu kekal sebagai sebuah parti yang hidup segan mati tak mahu masih cuba bertahan sehingga pilihan raya akan datang, pemerhati beranggapan Bersekutu hanya membuang masa. PRU 13 lalu menyaksikan kesemua calon yang mewakili Bersekutu kehilangan wang pertaruhan mereka.

Berman Angkap ketika menghubungi Matunggong Kini malam tadi memberitahu bahawa SPF telah pun diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Beliau akan mengemukakan sijil pendaftaran tersebut kepada wartawan sebaik saja beliau mendarat di lapangan terbang terminal 2 Kota Kinabalu pada 2.30 petang ini, 15.12.2010.

Mengenai dengan parti Bersekutu, Berman Angkap yang juga Presiden SPF berkata, parti Bersekutu telah pun dibatalkan pendaftaranya berkuatkuasa 8hb Disember lalu. Nama-nama besar dalam arena politk Sabah yang telah menyertai SPF akan diketahui semasa pelancaran parti itu nanti yang akan diadakan samada di daerah Kudat atau Kota Marudu dalam masa terdekat ini, katanya.

Masih terlalu awal untuk membuat andaian sejauh mana kemampuan SPF yang diterajui oleh Berman Angkap pada kali ini untuk bersaing dengan parti-parti politik yang sedia ada di Sabah. Bagaimanapun Berman Angkap bukan saja telah menyahut cabaran sesetengah pihak yang mengkehedakan beliau (Berman Angkap) menjenamakan semula Bersekutu yang dilihat masih dibayangi oleh bekas Presiden Parti itu, Datuk Harris Mohd Salleh, malah beliau dengan berani menubuhkan sebuah parti baru. Kita tunggu dan lihat…
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, December 3, 2010

Harga minyak petrol dan gula naik berkuatkuasa tengah malam ini

Minyak dan gula naik lagi? Apa kah kenaikan ini hadiah kepada kemenangan besar BN di parlimen Batu Sapi dan Dun Galas baru-baru ini?

Minyak petrol naik kepada 5 sen setiap liter dan gula naik 20 sen sekilogram. Kenaikan ini berkuatkuasa jam 12 tengah malam ini 4hb Disember 2010.

Ron 95: RM1.85 kepada RM1.95 seliter
Gula: RM1.90 sekilogram kepada RM2.10 sekilogram

Setiap kali kenaikan harga bahan bakar kerajaan akan membandingkan harga bahan bakar itu dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang bukan negara pengeluar minyak.

Selepas ini barang-barang lain yang sudah pun mengalami kenaikan harga akibat kenaikan harga bahan bakar dan gula baru-baru ini pastinya turut mengalami kenaikan harga yang mendadak. Tak tahu lah macamana lagi rakyat berpendapatan rendah akan hidup jika keadaan ini berterusan.
Klik disini untuk baca seterusnya »»