Minyak dan gula naik lagi? Apa kah kenaikan ini hadiah kepada kemenangan besar BN di parlimen Batu Sapi dan Dun Galas baru-baru ini?
Minyak petrol naik kepada 5 sen setiap liter dan gula naik 20 sen sekilogram. Kenaikan ini berkuatkuasa jam 12 tengah malam ini 4hb Disember 2010.
Ron 95: RM1.85 kepada RM1.95 seliter
Gula: RM1.90 sekilogram kepada RM2.10 sekilogram
Setiap kali kenaikan harga bahan bakar kerajaan akan membandingkan harga bahan bakar itu dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang bukan negara pengeluar minyak.
Selepas ini barang-barang lain yang sudah pun mengalami kenaikan harga akibat kenaikan harga bahan bakar dan gula baru-baru ini pastinya turut mengalami kenaikan harga yang mendadak. Tak tahu lah macamana lagi rakyat berpendapatan rendah akan hidup jika keadaan ini berterusan.
Minyak petrol naik kepada 5 sen setiap liter dan gula naik 20 sen sekilogram. Kenaikan ini berkuatkuasa jam 12 tengah malam ini 4hb Disember 2010.
Ron 95: RM1.85 kepada RM1.95 seliter
Gula: RM1.90 sekilogram kepada RM2.10 sekilogram
Setiap kali kenaikan harga bahan bakar kerajaan akan membandingkan harga bahan bakar itu dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang bukan negara pengeluar minyak.
Selepas ini barang-barang lain yang sudah pun mengalami kenaikan harga akibat kenaikan harga bahan bakar dan gula baru-baru ini pastinya turut mengalami kenaikan harga yang mendadak. Tak tahu lah macamana lagi rakyat berpendapatan rendah akan hidup jika keadaan ini berterusan.
Widget by [ Tips Blogger ]
Memang sudah lumrah kalau bahan bakar naik,barang2 pun ikut naik juga.Kita akan tunggu dan lihat sejauh mana keberkesanan penguatkuasaan untuk menghalang peniaga dari menaikkan harga barang jualan.Paling ketara kenaikan yang akan dirasai ialah harga makanan dan minuman.Sekilo gula naik 20 sen pada malam ini besok harga bagi setiap gelas minuman panas/sejuk juga akan naik 20 sen. Macamlah segelas minuman itu dibubuh dengan 1 kilo gula! Pada hal hanya ditambah dengan susu sejat.Jadi peniaga akan mempunyai alasan yang kukuh untuk menaikkan harga di premis masing2.Jadi kita haraplah pada kerajaan supaya dapat mengawal trend kenaikan ini dengan tegas...
ReplyDeleteBiasanya kerajaan atau pihak penguatkuasa akan berkokok kononya mengawal kenaikan harga barang setiap kali kenaikan harga bahan bakar dn gula tapi hakikatnya kita terpaksa juga berhadapan dengan kenaikan harga barang. Kenaikan dua bahan ini akan mengakibatkan kesan berantai terhadap barangan lain. Itu tidak dapat dielakan. Kilang, pengangkutan dan bahan pemanis pada makanan termasuk susu sejat amat berkait rapan umpa airu dengan tebing, umpa irama dengan lagu. Memang susuh dipisahkan. Nak kata kita tukar kerajaan, tapi masa naik barang saja masyarakat kita cakap macam tu, tpi bila PRK, BN tetap memperolehi undi yang cukup besar. Entah lah dimana silapnya.
ReplyDeleteTuan/Puan, kalau kita ada mengikuti dan faham ETP perkara ini bukan rahsia atau kejutan, sudah....diberitahu bah...kan subsidi akan ditiadakan secara berHANSUR-HANSUR maka sedialah kita menghansurkan poket sementara menanti PRU13 yg boleh menjadi tempat kita meluahkan sokongan atau bantahan dasar porinta kita.
ReplyDeleteSahabat2 semua.. memang malang bagi rakyat khusus yang amat terhad pendapatan mereka apabila berlaku lagi kenaikan harga produk.. Siapapun kerajaan kenaikan harga tidak dapat dikawal 100%. Ingat kita sudah ditahun milinium, kemajuan ekonomi menjadi cabaran kepada setiap insan di dunia ini. Pada saya inilah musuh utama kepada insan yang tidak mengambil tahu pembangunan ekonominya sendiri. Maksud saya di sini marilah bangsa ku membangun bersama mencari iktibar memandang jauh ke hadapan teropong2 lah kaedah menjana ekonomi mu yang lebih baik.. Bijaklah menghad selera kehidupan, jangan turuti kemewahan orang lain kalau memang kurang mampu seprti saya ini. Sekadar pandangan peribadi..
ReplyDeleteMemang benar spti yang tuan Thomas katakan, siapa pun yang memerintah, rakyat pasti menanggung masalah kenaikan harga produk lain akibat kenaikan harga bahan bakar. Tapi apa yang kita kesali, ketika ramai rakyat menderita kerana masalah kenaikan harga barang, pada masa yang sama kerajaan mengwar-warkan untuk mendirikan bangunan ratusan tingkat yang menelan belanja bilion ringgit.
ReplyDeleteTuan Anonymous - Pada saya rakyat tidak salah mempersoal kerajaan tentang isu yang tuan maksudkan itu. Jika tuan ada idea mempersoal dan menyampaikan tuntutan hak rakyat kepada kerajaan pusat "why not go ahead"
ReplyDeleteSaya fikir ada kita patut bagi sedikit pengajaran kepada kerajaan yang sekarang ini supaya lebih berhati-hati untuk membuat sebarang polisi pada masa akan datang.
ReplyDeleteSunduvan, ramai yang bertekad nak buat 'pengajaran' kepada kerajaan tapi bila PRK di Batu Sapi yang diharapkan, pembangkang membuat satu keputusan yang mengejutkan, ternyata tidak sampai kemana. Masalahnya pembangkang di Sabah saya lihat masih belum dapat bersaing dengan kerajaan. Sya optimistik jika pun pembangkang mendapat kerusi di Sabah pada PRU13 nanti, pembangkang hanya berjaya menawan kerusi yang dimenangi oleh PBS atau kerusi KDM dan Cina. Tunggu dan lihat
ReplyDelete