Banyak andaian telah dibuat sejauh mana langkah yang boleh dilakukan oleh Radio Rungus Online (RRO)untuk mengetengahkan masyarakat Rungus kepada dunia luar sejak kemunculan radio online berbahasa Rungus sepenuhnya di internet yang diterajui oleh Jelani Hamdan yang juga merupakan Presiden SAMORA. Melalui blog ini, RRO turut dihujani dengan pelbagai kritikan samada kritikan yang membina dan sebaliknya, namun kerana rasa tanggungjawab dan semangat kental untuk melihat kaum Rungus tidak ketinggalan dalam bidang penyiaran, tanpa menghiraukan segala kritikan yang kadang-kadang mengaitkan diri beliau dalam bidang politik, RRO yang dinaungi Jelani Hamdan melangkah setapak lagi dengan bersiaran melalui frekuensi 91.1 Mhz mulai bulan Febuari tahun ini.
RRO yang kini bernaung dibawah Konsortium Radio Online Sabah (KROS) yang diketuai sendiri oleh Jelani Hamdan telah mengadakan kerjasama dengan KKFM sebuah stesen radio komersial yang bersiaran dari konti KKFM di Universiti Malaysia Sabah (UMS). RRO akan bersiaran selama satu jam setiap hari sabtu sebagai pengisian segmen yang telah diberikan oleh KKFM kepada KROS.
Dengan adanya pengisian RRO di KKFM, usaha gigih yang telah dilakukan oleh Jelani Hamdan akan memberikan sedikit kelegaan kepada masyarakat Rungus yang telah lama dahagakan siaran berbahasa Rungus yang boleh diikuti melalui radio konvensional.

Widget by [ Tips Blogger ]
Syabas atas usaha ini yang membawa kaum kita rungus di pentas radio...sekurang-kurang nya umum boleh mendengar bahasa kita yang unik dan berlainan daripada kaum dusun diSabah. Tahniah kita ucapkan kepada encik Jelani Hamdan sebagai pencetus dan membuahkan idea ini.
ReplyDeleteSyabas RRO....jika kerjasama seperti ini boleh dilakukan,tidak mustahil dalam masa yang singkat siaran RRO akan "On Air" secara live dan boleh di dengar di segenap pelusuk Sabah. Dan pada ketika itu RRO akan bertukar kepada "RRfm".Saya berbangga dengan langkah bijak tuan JH ini...teruskan usaha..
ReplyDeleteAsllmkum...Memang bagus, memang satu lagi catatan sejarah masyarakat Rungus melangkah setapak lgi dlm bidang penyiaran dan sekaligus merupakan catatan sejarah peribadi Tn Jelani Hamdan. Kita menaruh harapan tinggi satu hari nanti siaran RRO boleh diikuti di Seluruh Sabah kalaupun tidak dapat diikuti di seluruh negara melalui Radio konvensional. Saya difahamkan KKFM hanya boleh diikuti sekitar kawasan Kota Kinabalu dan Tuaran. Wslm.
ReplyDeletewalaikumusalam Tobpinai TAL: Torima kasih atas komen Tobpinai. Untuk makluman TAL , KKFM sedang upgrade stesen pemancar mereka. Setakat ini boleh didengar di Ranau . InsyaAllah siaran KKFM akan dapat didengar ke seluruh sabah pada bulan mac ini. Kita juga telah menubuhkan satu lagi stesen radio internet iaitu U-fm -Mitanid Tantu!! . Siaran lbh berbentuk nasional dan antarabangsa. Salam. ( JH ).
ReplyDeletehttp://www.sabahonlineradio.net/ dan http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1620797154257&set=o.170743229606605 - dua laman yang berkaitan dgn artikel di atas.
ReplyDeleteAsmkum Tn.JH, terima kasih atas penjelasan tuan. Saya berharap MK dapat memberi sedikit ulasan mengenai cadangan pembinaan wisma Rungus yang telah dicadangkan oleh Tn.JH. Wslm.
ReplyDelete