Matunggong - "Saya tidak akan mengkhianati
sokongan rakyat Matunggong yang mengundi saya pada PRU13" itu penjelasan
Dato Jelani Hamdan semasa beliau memberi taklimat ringkas kepada 25 Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM)
yang diadakan di perkarangan kediaman beliau di Kampung Sumangkap berhubung
desas-desus beliau akan meninggalkan PKR.
Menurut Jelani, keputusan samada
menyertai Barisan Nasional atau kekal sebagai Wakil Rakyat pembangkang terletak
ditangan rakyat Matunggong. Sebab itu Jelani meminta Ketua-ketua PDM
mengedarkan borang kajiselidik untuk mengetahui respon rakyat Matunggong hingga
ke peringkat akar umbi.
"Jika majoriti rakyat yang
mengundi saya pada PRU13 lalu mengkehendakan saya kekal sebagai wakil rakyat
pembangkang, saya tidak boleh buat apa, saya akan kekal sebagai ADUN PKR,"
katanya.
Menurut Jelani lagi, jika keputusan
rakyat Matunggong memilih untuk menyertai Barisan Nasional, maka beliau
bersedia mengalas tanggungjwab yang diamanahkan oleh rakyat matunggong walaupun sudah pasti beliau akan berdepan
dengan pelbagai tohmahan dan kritikan.
Jelani berkata sebagai wakil rakyat beliau bertanggungjawab mencorakan
masa depan Matunggong yang lebih cerah walaupun terpaksa menghadapi pelbagai
rintangan.
“Saya sedar majoriti rakyat yang
menyokong saya pada PRU13 lalu mengundi saya kerana mereka inginkan pembangunan
merujuk kepada manifesto yang saya buat pada PRU13 lalu namun saya tidak boleh
berbuat apa-apa dalam keadaan sekarang tapi seperti apa yang saya katakan, saya
sanggup bertahan sebagai Wakil Rakyat Pembangkang yang sudah tentu tidak diberi
kuasa langsung untuk mengurus dana pembangunan kerajaan, jika rakyat Matunggong
dapat bertahan tanpa sebarang pembangunan untuk jangkamasa 4 tahun lagi,”
katanya.
Perjumpaan yang
sepatutnya hanya dihadiri oleh 25 orang ketua
PDM itu tanpa diduga telah menarik perhatian lebih 300 orang yang datang dari
seluruh N.4 Matunggong untuk mendengar taklimat kemana halatuju perjuangan
politik Dato Jelani Hamdan.
Klik disini untuk baca seterusnya »»