Followers

Wednesday, April 21, 2010

NYAWA PENDUDUK TINANGOL SEMAKIN GENTING!



Saudara Pengarang,

BARU-BARU ini, ketika pergi memancing di Teluk Marudu, salah seorang kawan kami tersengat ikan sembilang dan kesan sengatan itu sangat bisa sehingga membuatkan kawan kami hampir pitam akibat sengatan ikan itu.

Maka kami pun membawanya ke Klinik Kesihatan Matunggong. Malangnya tiada Pembantu Perubatan (MA) yang ‘On Call’ kerana hari sudah malam menyebabkan kami terpaksa membawa kawan kami ke Klinik Kesihatan Tinangol.

Namun amat malang sekalu kerana tiada MA yang ‘On Call’ sehingga kami semakin cemas dalam keadaan genting dan terpaksa membawa rakan kami ke Klinik Kesihatan Sikuati.

Tetapi senarionya sama juga dengan klinik-klinik sebelum ini kerana tiada MA yang ‘On Call’. Walaupun ada juga MA yang ‘On Call’’ tapi berada di Pekan Kudat dan terpaksa menunggu lebih kurang satu jam baru kawan kami berjaya dirawat.

Persoalan sekarang kenapa tiga buah klinik kesihatan yang dikunjungi, tiada satu pun yang ada MA yang ‘On call’? Apa akan jadi sekiranya kawan kami tadi menemui maut? Siapakah yang akan bertanggungjawab? Apakah polisi Kementerian Kesihatan? Beginikah perkhidmatan kesihatan kita? Begini burukkah perkhidmatan kesihatan kita?

Selain itu, sebagai orang Kg Tinangol, kami amat kesal dan sedih dengan perkhidmatan ’On Call’ di Klinik Kesihatan Tinangol itu sendiri kerana kerap kali tiada MA yang bertugas ’On Call’.sedangkan terdapat tiga orang MA yang bertugas di Klinik Kesihatan Tinangol ketika ini.

Sepatutnya masalah ini tidak timbul kerana kami difahamkan mereka mendapat elaun tambahan untuk tugas tambahan yang mereka lakukan.

Selain itu, pemandu ambulans Tinangol kerap dilihat oleh penduduk kampung tidak berada di klinik kesihatan ketika waktu bekerja. Malah ramai yang mendakwa bahawa pemandu tersebut membawa kenderaan klinik untuk minum-minum arak, malah ada yang mendakwa termasuk ketika waktu bekerja.

Situasi ini amat membimbangkan apabila berlaku kecemasan lebih-lebih lagi kalau pemandu enggan menghantar pesakit kerana mabuk atau masih minum. Ada juga bisik-bisik yang mengatakan ada kes kecemasan yang membawa maut gara-gara tiada MA yang on call. Sebenarnya kami tidak menuntut yang lebih Cuma kami menuntut sesuatu yang sepatutnya mereka lakukan.

Sebagai orang Kg Tinangol kami ingin menyeru Pengarah Kesihatan Kudat, Pengarah Kesihatan Sabah dan Menteri Kesihatan Malaysia supaya jangan tidur sahaja. Buatlah sesuatu untuk menyiasat dan mengatasi masalah ini yang telah berlaku sekian lama.
Kami beranggapan nyawa kami sentiasa berada di hujung tanduk apabila menghadapi kecemasan kerana kita tahu kecemasan boleh berlaku bila-bila dan di mana-mana sahaja. Kita tidak mahu sehingga ada pihak yang menyaman Kementerian Kesihatan barulah mahu diambil tindakan.

Kami ingin meminta pertolongan kepada Sabahkini.net untuk membantu kami menyelesaikan masalah ini dalam kadar segera.

Salam Hormat,

ORANG TINANGOL

Sumber: Sabahkini.net 18 april 2010


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

14 comments:

  1. Saya amat tertarik dengan tulisan saudara kita yang bertajuk "NYAWA PENDUDUK TINANGOL SEMAKIN GENTING!.....
    Terlebih dahulu saya meminta maaf atas segala kesulitan yang telah dialami oleh penulis artikel ini. Kami warga MA sama seperti orang lain juga yang mempunyai urusan yang perlu diselesaikan. Saya sebagai salah seorang kakitangan yang berkerja di KK Sikuati ingin memaklumkan kepada penulis artikel tersebut bahawa perkhidmatan yang kami berikan di KK Sikuati tidaklah seteruk seperti yang penulis paparkan dalam tulisan beliau. Walaupun mungkin semasa penulis artikel ini datang meminta rawatan dan terpaksa menunggu hampir sejam baru kawan beliau mendapat rawatan, tapi sekurang-kurangnya ini membuktikan bahawa MA yang menjalankan tugas panggilan tidak lupa dengan tugas beliau kerana bergegas pulang sebaik sahaja urusan beliau di pekan Kudat selesai dan masih sempat memberikan rawatan kepada kawan si penulis artikel ini. Saya sebenarnya terkilan sedikit sekiranya penulis yang mengelarkan dirinya ORANG TINANGOL mengatakan MA di KK Sikuati tidak menjalankan tugas dengan baik kerana untuk pengetahuan penulis artikel ini, sejak beberapa tahun kebelakangan ini MA yang bertugas disini (KK Sikuati) kerap dipanggil untuk mengambil kes kecemasan tidak kira masa dan hari dan bukan hanya di kawasan jagaan klinik ini tetapi meliputi kawasan yang berada diluar jagaan KK Sikuati malahan sampai ke sempadan daerah Kudat - Kota Marudu.
    Akhir sekali saya menyarankan kepada penulis artikel tersebut agar berfikiran lebih positif di masa akan datang dan jangan menyamakan situasi yang berlaku di satu klinik dengan klinik yang lain.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  2. Kalau benar seperti yang didakwa oleh penulis eloklah jika keadaan ini diubah demi kebaikan masyarakat. Cuma saya amat kasihan sama kawan si penulis itu sebab terpaksa menunggu lebih kurang satu jam di KK Sikuati. Pedas tu sengat ikan sembilang. Orong buli mati O.. Hakikatnya kalau MA KK Siuati tiada, jalan trus pigi Kecemasan Kudat. Perjalanan tidak pun sampai 20 minit dari Sikuati.Ini dorang tunggu sampai satu jam.

    ReplyDelete
  3. Siapa makan lada pastilah.....rasa pedasnya. Mengikut pengalaman kami semua KK yang disebut OT memang ada pasang surut (baik -tidak) prestasinya bergantung pada MA yang bertugas. Kalau di KK matunggong , ada MA yg bernama J....memang teruk. Tidak dtg wlpn "on Call", kalau dipanggil juga , rawat org sambil merungut. Tapi MA Firdaus yg sudah pindah ke Kudat patut dipuji, beliau RAJIN dan SABAR. Di KK Tinangol jgn harap dpt rawatan kalau MA MM itu, sama perangai dgn MA J di KK Mtgg. Di Sikuati saya ingat ok bah semua org sana Rajin dan penuh didekasi dgn tugas. Pasal Driver jgn cakap saya setuju TERUK.

    ReplyDelete
  4. Saya teringat juga MA yang pernah bertugas di KK Tinangol beberapa tahun yang dulu.. MA Thomas, anak kelahiran Tinangol yang sentiasa bersedia memberi khidmat tidak kira masa dan waktu... MA Terence yang kini sudah berpindah ke KK Sikuati, beliau bersedia melayan setiap pesakit yang datang meminta rawatan dan adakalanya sgup datang ke rumah pesakit klu di panggil.. kami penduduk di kawasan ini memg mengharapkan MA yg berdedikasi dan sgup berkhidmat dengan masyarakat.. kami sgt mghrpkn agar pihak kesihatan dpt menempatkan MA yg berdedikasi dan yang bertanggungjawab dgn tugas mereka... tolong la kami wahai orang-orang kesihatan....

    ReplyDelete
  5. terkilan...said.
    Kpd yg bkenaan..
    sbg manusia biasa,sya rasa tiada org yg sentiasa perfek spanjang prkhidmatannya,tidak kira jabatan apapun dia berkhidmat.
    namun..jika kita tidak puas hati dengan perkhidmatan seseorg janganlah komplen keterlaluan,ikutlah saluran yg tertentu..jngn ikutkan hati..berfikir dahulu..bagi org yg jarang minta rawatan selepas masa pejabat dn tidak kenal semua ma yg prnah btugas ditpt itu tidak akan tahu bahawa merekapun( yg pernah btugas d tinangol/sikuati/matunggong)pernah tiada d klinik semasa ada kecemasan..elakkan menabur nila dibelanga sendiri...

    ReplyDelete
  6. saya seorang penduduk yg selalu mendapatkn rawatan di klinik Tinangol dan memang sudah tahu akan masalah tiada org merawat pada waktu malam di semua klinik yg disebutkan, tetapi kita semua sebagai manusia harus faham, mereka yang berkerja di klinik bukan 'Tuhan' dan walaupun mereka sentiasa ada di klinik kalau ajal pesakit itu memang sudah sampai biar pun mereka pegang jarum tiada apa yg boleh di buat sebab memang ajalnya sudah sampai. dan buat pengetahuan semua orang mereka tidak di bayar untuk menunggu pesakit tetapi cuma di bayar jika ada pesakit yg datang selepas waktu kerja dan mereka juga seperti kita ada kehidupan mereka sendiri,takkan mahu tunggu pesakit dari pagi sampai petang duduk dirumah sahaja? saya ada anak yang berkerja di kementerian kesihatan jadi saya faham masalah mereka, oleh itu orng-orang yang membuat komplain ini harus la mengkaji dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan, jangan jadi 'BODOH SOMBONG' berlagak pandai tapi sebenarnya bodoh. kesian mereka yang kerja di klinik-klinik tersebut setelah beribu dan mungkin berjuta orang yg telah mereka rawat tiada seorang pun ORANG TINANGOL yang menyampaikan Tahniah atau ucapan terima kasih,tetapi bila masalah ini timbul tanpa berbincang terus masuk internet.

    ReplyDelete
  7. saya seorang penduduk yg selalu mendapatkn rawatan di klinik Tinangol dan memang sudah tahu akan masalah tiada org merawat pada waktu malam di semua klinik yg disebutkan, tetapi kita semua sebagai manusia harus faham, mereka yang berkerja di klinik bukan 'Tuhan' dan walaupun mereka sentiasa ada di klinik kalau ajal pesakit itu memang sudah sampai biar pun mereka pegang jarum tiada apa yg boleh di buat sebab memang ajalnya sudah sampai. dan buat pengetahuan semua orang mereka tidak di bayar untuk menunggu pesakit tetapi cuma di bayar jika ada pesakit yg datang selepas waktu kerja dan mereka juga seperti kita ada kehidupan mereka sendiri,takkan mahu tunggu pesakit dari pagi sampai petang duduk dirumah sahaja? saya ada anak yang berkerja di kementerian kesihatan jadi saya faham masalah mereka, oleh itu orng-orang yang membuat komplain ini harus la mengkaji dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan, jangan jadi 'BODOH SOMBONG' berlagak pandai tapi sebenarnya bodoh. kesian mereka yang kerja di klinik-klinik tersebut setelah beribu dan mungkin berjuta orang yg telah mereka rawat tiada seorang pun ORANG TINANGOL yang menyampaikan Tahniah atau ucapan terima kasih,tetapi bila masalah ini timbul tanpa berbincang terus masuk internet.

    ReplyDelete
  8. Panduan membuat komen: Jika anda tidak ingin menggunakan Anonymous, anda boleh gunakan nama samaran atau nama sebenar jika mahu, dengan memilih Name/URL pada Comment as. Tulis nama samaran/nama sebenar dan abaikan saja ruangan URL dan hantarlah komen anda seperti biasa. Komen anda akan disemak oleh admin terlebih dahulu dan selepas itu barulah disiarkan. Komen-komen yang sederhana 'kerasnya' akan diterima dan tetap disiarkan untuk memuaskan hati pengunjung blog ini. Harap maklum.

    ReplyDelete
  9. Penduduk Sebenar Kg TinangolMay 1, 2010 at 7:56 AM

    geram dan marah dengan kenyataan ORANG TINANGOL di dalam artikel ini, mungkin dia datang sekali saja di klinik-klinik tersebut dan kemudian bila tidak dapat rawatan terus mau komplain, saya penduduk sebenar KG Tinangol, sudah banyak kali minta rawatan kecemasan di klinik kesihatan Tinangol pada waktu malam semasa anak saya sakit. pembantu perubatan indera sentiasa ada di klinik dan sentiasa menolong walau pun jam 2 - 3 pagi, pernah sekali saya marah dia sebab dia lambat bangun bila saya kejutkan dia tapi dia tetap tersenyum dan terus menjalankan tugas dengan baik, setelah selesai baru dia bagitau yang dia penat kerja dari pagi dan pada waktu malam lagi kena bangun untuk oncall dan itu merupakan kali keempat sepanjang malam dia terpaksa bangun, saya kagum dgn komitmen yg dia berikan, dan walaupun dia tahu ketua dia MA MM banyak masalah tetapi bila kami bertanya dia tidak memburuk2kan ketua dia itu malah cuba sedaya upaya untuk menjaga imej klinik Tinangol, dan sekarang saya rasa org yg komplain itu mesti menarik balik komen beliau sebab klinik Tinangol tempat ORANG TINANGOl mendapat rawatan sudah mendapat ketua yg baik MA Indera.

    ReplyDelete
  10. aku dah bertahun guna internet...x pernah menyakit kan hati aku walau berkali2 sebut pasal tinangol dan kawasan matunggong ni...

    tapi kali ni...cukup2 dan benar2....


    PENGECUT........

    ReplyDelete
  11. kalau mau komplain cermin la diri dulu sama ada diri ko tu sempurna atau tidak, sa dgr org yg kirim ni komen adalah seorang pendidik... tidak payah sebut la nama dia, tapi harap dia baca ni komen sa sebab sa benci org yang tgk salah org lain sahaja tapi salah sendiri tidak nampak, apa ko rasa kalau org komplain ko nda pandai mendidik, sebab masih byk anak murid ko yg nda tau membaca... mesti ko panaskan... jadi sedar2 la diri tu sikit kalau mau komen.... nanti kena pada batang hidung sendiri....

    ReplyDelete
  12. Yokubiti

    Saya tidak menyalahkan si pengomplin, sebab walaupun saya bukan dari tinangol, saya juga pernah menghadapi situasi yang mencemaskan dan kebetulan juga diorang ( MA ) tiada "on call". jadi dalam situasi begini, memang kita marah kerana keperluan kita sangat mendesak.Apa pun diorang juga manusia biasa. Tapi harus juga kita ingat bahawa kalau perkara itu berulang-ulang berlaku walaupun bukan orang yang sama mengalaminya,cerita-cerita negatif sampai juga kepada orang lain dan akhirnya orang lain akan mencari jalan untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya tanpa melalui saluran yang betul. sama-sama kita fikir.

    ReplyDelete
  13. BODOH FIKIR PAKAI OTAK KEPALA LA BUKAN OTAK LUTUT.... SEKIAN DAN SORRY

    ReplyDelete
  14. haaa....kupi2 dlu bh amai n inai2...
    cessss...

    ReplyDelete