Pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir sudah, sebahagian janji pilihan raya terutama pihak yang memenangi kerusi P94 dikatakan telah menunaikan sebahagian daripada janji pilihan raya ketika berkempen. Sekadar ingatan, kali ini walaupun BN mampu mengatasi undi yang diperolehi PR dengan majoriti 1,725 undi berbanding tahun 2008 dan seterusnya berjaya merebut kembali kerusi parlimen dari tangan pembangkang, namun pada masa yang sama pembangkang juga menerima peningkatan undi sebanyak 95 undi berbanding undi yang diperolehi pada PRU12 lalu. (keliru dengan angka, rujuk keputusan PRU12 dan PRK 2010)
Apa yang menarik pada PRK Hulu Selangor ini adalah peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk menunaikan janji-janji pilihan raya bagi mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi rakyat Hulu Selangor yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan pembangkang. Tapi bagaimana pula halnya dengan kawasan yang sememangnya dimiliki oleh BN sejak sekian lama? Apakah kerajaan tidak bercadang memberikan peruntukan sedemikan rupa untuk membangunkan kawasan tersebut?
Di kawasan parlimen Kota Marudu umpamanya masih terlalu banyak ruang bagi kerajaan menyalurkan sekian banyak peruntukan untuk memajukan kawasan tersebut. Jalan menuju ke kampung-kampung yang masih dalam keadaan yang amat daif, bangunan-bangunan sekolah luar bandar (sekolah rendah) termasuk rumah-rumah guru yang semakin uzur, peratusan penduduk miskin tegar yang masih dalam keadaan yang amat merungsingkan dan banyak lagi perkara yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan.
Melihat pada senario ini bukankah rakyat di kawasan yang dipernitah oleh kerjaan pembangkang boleh lah dianggap sebagai rakyat yang amat bernasib baik kerana mendapat perhatian yang lebih dari kerajaan pusat. Disamping itu pada masa yang sama kerjaan negeri yang diperintah oleh pembangkang terpaksa bekerja keras bagi mamastikan sokongan rakyat terhadap mereka tidak beralih arah dan sudah pasti keadaan ini menguntungkan rakyat di kawasan itu.
Jika senario ini merupakan pendekatan yang boleh mencetuskan pembangunan yang lebih berkesan, maka tidak mustahil suatu hari nanti parlimen Kota Marudu akan dikuasai oleh pembangkang atau salah satu dari DUN di kawasan ini diserahkan rakyat kepada pembangkang. Mungkin dengan pendekatan ini secara tidak langsung boleh mencetuskan banyak perubahan seperti yang diimpikan oleh rakyat di kawasan ini.
Oleh itu sebelum rakyat di kawasan parlimen Kota Marudu berfikir secara songsang, wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat haruslah bekerja keras untuk memastikan BN akan terus menjadi pilihan nombor satu rakyat di kawasan ini pada PRU13 nanti.

Widget by [ Tips Blogger ]
EQ, saya amat tertarik dengan artikel ini . Cuba kita fikir2 bersama, setiap kali pilihanraya kecil selalunya pihak pemerintah cuba bermati2an untuk mempertahankan kerusi yang disandang oleh pihak pemerintah atau merampas kerusi yang disandang oleh pembangkang dengan apa cara sekalipun. Secara tradisinya PM tak akan turun berkempen dalam mana2 pilihanraya kecil sebelum ini.Najib telah memecahkan tradisi tersebut dengan secara langsung turut berkempen dalam beberapa siri pilihanraya kecil baru2 ini.Persoalannya kenapa? alah.. jawabannya mudah..budak darjah dua pun faham erti 'Gawat'...kegawatan politik atau Tsunami politik. Cuba kita bayangkan..(bayangkan saja, bukan diminta)..kalau ada pilihanraya kecil parlimen kota Marudu. Saya percaya pemimpin2 seluruh malaysia akan berkampung di kota marudu dan kudat selama sebulan. Bayangkan hotel2 akan sentiasa penuh dengan ahli2 politik, wartawan, kaki bodek,pencacai politik dan macam2 jenis manusia. Bayangkan juga PM dan TPM terpaksa bermukim di rumah panjang tradisi Tinangol dan terpaksa pula mongigol dan Rosmah sumundai hehehe...bayangkan juga Menteri kebudayaan umumkan peruntukan pembinaan rumah panjang baru dan macam2 lagi yang kita boleh bayangkan. Pendek kata projek2 yang kita hanya mampu bayangkan dan impikkan akan jadi kenyataan dalam pilihanraya kecil. Saya pernah terlibat secara langsung dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini. Saya pernah menjadi 'bapa angkat' kepada daerah mengundi Tobobon (DUN LIKAS). Cuba saudara teka berapa perbelanjaan yang diperlukan dalam satu2 daerah mengundi ? tentu tinggikan?...tapi dalam pilihanraya kecil fulus tak menjadi masaalah..setiap daerah mengundi akan menjadi 'anak angkat'kepada perhubungan negeri .Contohnya semasa saya in charge daerah mengundi Tobobon, Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjadi co-bapa angkat pula.Bayangkan setiap daerah mengundi di parlimen kota marudu dijadikan 'anak angkat ' oleh setiap negeri di Malaysia...tentu anak2 angkat akan mendapat 'angpaw, samaada berupa wang atau projek. Berbalik kepada isu samaada rakyat di kawasan yang diwakili oleh pihak pembangkang lebih mendapat perhatian jawabannya 'ya dan tidak' . Ini bergantung kepada kategori apa satu2 kawasan pembangkang itu diberikan oleh BN. Kategori2 yang saya maksudkan ialah samaada ianya HITAM,KELABU atau PUTIH. Kalau kawasan tersebut termasuk dalam kategori HITAM maka ASO NO HARAPAN akan mendapat perhatian. Kalau dikategorikan kelabu ada bagus sikit lagilah. Manakala putih pula adalah kawasan yang akan 'mandi' projek2 pembangunan kerana ianya akan menjadi 'target' BN untuk 'dirampas' dalam pilihanraya yang akan datang. Jadi patutkah kita berikan kawasan kita kepada pembangkang dulu, selepas itu pakat2 dgn tukang/perisik politik BN supaya mengkategorikannya dalam kategori KELABU atau PUTIH....hanya kita yang dapat menentukkannya..tepuk dada tanya EQ hahaha...
ReplyDeleteMembaca komen JH, saya amat terkesima. Rasanya sdra adalah pemimpin yang amat peka dalam setiap hal yang bersangkut paut dengan rakyat. Sejak artikel ini saya tulis pada bulan April tahun ini, belum ada lagi yang buat ulasan/komen. Mungkin terlepas pandang atau kemungkinan waktu itu, isi kandungan blog MATUNGGONG KINI masih berserabut dan bersepah sana sini, maklum lah baru berjinak-jinak sebagai bloggers. Bulan ogos tahun ini baru lah blog ini mencapai usia setahun, kalau kanak-kanak barangkali baru pandai berjalan. Saya amat menyedari sumbangan rakan-rakan banyak membantu MATUNGGONG KINI untuk terus melangkah sehingga ke hari ini.
ReplyDeleteMembayangkan apa yang JH tulis kadang-kadang hati saya bagi digeletek. Terbayang bagaimana Rosmah menari tarian sumundai diperhatikan oleh ahli-ahli UMNO Matunggong sambil bertepuk tangan dan ada juga yang tak segan-segan mengambil peluang memberi tunjuk ajar bagaimana sepatutnya tarian sumundai itu dilenggokan (menyelam sambil minum air lah tu..hehe) kelakar juga sdra JH ni sehingga saya benar-benar terbayang suasana itu di depan mata . Apa pun terima kasih atas pandangan dan komen sdra yang cukup menjugakan.