Followers

Sunday, August 22, 2010

Tiada pembangunan di Matunggong? jangan salahkan YB Sarapin.

Sejak Mac 2008, sejak YB Sarapin menggalas tanggungjawab wakil rakyat menggantikan Jornah Mozihim sebagai Adun N.4 Matunggong, selain kelulusan projek tanaman getah berkelompok yang didakwa oleh YB Sarapin sebagai yang terluas yang pernah diluluskan oleh LIGS di Matunggong seperti yang diumumkan beliau semasa Pesta Kaamatan peringkat daerah kecil Matunggong 2010 tidak berapa lama dulu, nampaknya belum ada sebarang projek yang telah dan sedang dibuat untuk memenuhi kehendak dan keperluan rakyat Matunggong walhal jika ditinjau, terlalu banyak perkara yang perlu diambil perhatin segera. Projek-projek kecil seperti menyelenggara perhentian bas dan sebagainya bukan lah projek yang boleh dibanggakan.


Dapatkah kita bayangkan bagaimana kanak-kanak ini membesar dalam suasana yang amat daif

Kita menyedari kawasan Dun Matunggong bukanlah sebuah kawasan kecil yang mudah dibangunkan/diselenggarakan dalam masa yang singkat namun sejak dua tahun yang lalu sekurang-kurangnya sudah terdapat bayang-bayang atau kelibat pembangunan yang telah/mula dilaksanakan untuk merealisasikan apa yang dicanangkan semasa kempen Mac 2008 dulu, jika pihak berwajib benar-benar transperan melaksanakanya. Untuk membuktikan dakwaan ini benar, masuk lah ke kampung-kampung, tanya sendiri pengerusi-pengerusi JKKK, apakah projek yang mereka telah laksanakan sejak dua tahun kebelakangan ini.

Bertitik tolak dari keadaan ini, ramai dikalangan kita cuba menyalahkan dan memperlekehkan YB Sarapin. Tapi jika difikirkan secara rasional rakyat Matunggong tidak sepatutnya menyalahkan YB Sarapin semata-mata, apa lagi mempertikaikan kemampuanya sebagai wakil rakyat. Kita percaya sebagai wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat, YB Sarapin tidak pernah berdiam diri atau berpeluk tubuh jauh sekali berpuas hati diatas apa yang beliau capai sehingga kini. Seperti juga halnya dengan wakil-wakil rakyat yang terdahulu, kita pasti YB Sarapin juga ingin melihat Matunggong berada pada tahap yang lebih baik berbanding keadaan sebelumnya. YB Sarapin pasti sedar akan tanggungjawab yang perlu digalas dan dipikul untuk mengubah landskap Matunggong kepada satu dimensi yang lebih baik seperti kawasan-kawasan lain yang lebih menonjol dari segi pembangunan.

Kita berharap senario ini tidak akan berterusan. Kita bimbang rakyat terus merungut dan menyalahkan wakil rakyat walaupun masalah ini pada hakikatnya tidak wajar ditanggung oleh wakil rakyat itu sendirian. Jika senario ini berterusan sudah pasti wakil rakyat akan terus menjadi mangsa keadaan. Kita mengharapkan agar RMK10 ini, Matunggong akan mendapat tempias, yang sekaligus dapat melenyapkan segala permasalahan yang dihadapi oleh wakil rakyat dan rakyat Matunggong keseluruhanya

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

62 comments:

  1. Betul itu EQ. Saya setuju tapi kadang-kadang saya kesal ada orang kita yang terlalu mengharapkan bantuan dari kerajaan sehingga alpa kepada tanggungjawab terhadap keluarga. Kenapa kita tidak mula berfikir secara positif untuk cuba berdiri diatas usaha sendiri (berdiusri). Kerajaan tidak selamanya dapat membantu kita.

    ReplyDelete
  2. Tobbpinai EQ dan Inai Matunggong. Memang tepat sekali apa yang terkandung dalam artikel di atas. Matunggong seolah2 dianaktirikan dalam semua aktiviti/program pembangunan. Kalau kita bandingkan dengan kepesatan program pembangunan di tempat2 lain seperti Pitas dan Banggi, kawasan kita amat jauh terkebelakang. Persoaalannya kenapa? Adakah YB kita, YB Sarapin tak 'berkerja keras' untuk memohon projek2 pembangunan? ataukah ada faktor2 'Politik' yang perlu YB kita penuhi? Jawabannya ya dan Tidak. Saya katakan Ya (untuk soalan ke 2) kerana mengikut praktis dan pengalaman saya, kawasan2 yang diwakili oleh YB dari BN-UMNO selalunya akan mendapat 'lebih' tumpuan dan perhatian dari Kerajaan Pusat/Negeri. Tak payahpun jadi YB, boleh juga membawa projek2 pembangunan di satu2 kawasan 'tumpuan' tersebut. Lihat sahaja Daerah Pitas misalnya, yang dulunya kita tak boleh bayangkan akan berubah dalam masa yang singkat. begitu juga dengan Daerah Kecil Banggi. Cuba kita buat random check, pernahkah Perdana Menteri Malaysia 'pijak' dalam kawasan Matunggong yang mana kawasan ini terletak di tanah besar Sabah. Jawabannya 'TIDAK PERNAH' tetapi pulau yang jauh dan terpencil TPM dan PM dah pun merasmikan projek seperti projek tanaman Getah secara besar2an. YB Sarapin adalah salah seorang YB yang pernah saya saksikan paling rajin melawat kawasan. Beliau mudah mesra dengan rakyat. Soalnya kenapa ramai juga yang tak puas hati? Jawabannya, kurang projek2/program pembangunan di kawasan Matunggong. Salah siapa? Kita tak boleh letakkan bulat2 kesalahan kepada YB kita.Kerajaan juga patut bertanggung jawab. Kerajaan harus 'mengadakan' satu 'blue print' khas untuk kawasan Matunggung/ Masyarakat Rungus. Jangan nanti dalam RMK11 nama Rungus masih disebut semula oleh PM masa itu sebagai etnik termiskin di Malaysia seperti yang tercatat dalam teks ucapan pembentangan RMK 10 oleh PM baru2 ini.

    ReplyDelete
  3. Aslmkm tuan JH. Alangkah baiknya jika YB Sarapin memiliki pandangan sejauh pandangan tuan. Apa kata kalau tuan bertanding pada PRU13 nanti. Saya percaya tuan pasti memperolehi kejayaan bersama rakyat yang inginkan pembaharuan. Nampaknya tuan amat memahami kehendak rakyat. Saya berharap tuan terus memberikan pendapat dan pandangan pada blog ini untuk tatapan rakyat Matunggong dan pengunjung blog ini. Saya bukanlah peminat tuan malah ada juga komen2 tuan yang saya tidak suka namun dalam peratus yang amat kecil. Selamat berpuasa dan teruskan perjuangan tuan. wslm.

    ReplyDelete
  4. Samora 1,

    Salam sejahtera, Tq EQ kerana artikal yg amat menarik utk dibincangkan.Tidak dinafikan adanya org2 kita yg menyalahkan YB kerana tahu situasi sebenar tetapi saya yakin sebagai seorang YB tidak akan berdiam diri utk memastikan NKRAnya tercapai.Matunggong hanya berstatus Daerah Kecil sedangkan keluasan kawasan matunggong sama dengan Kudat campur Pulau Banggi.Dan saya melihat ini sebagai satu kakangan utk menjadikan daerah kita setaraf dengan daerah kecil yg lain disampng hujah-hujak yg di sebutkan oleh saudara JH. Maka itu, dicadangkan agar YB mendesak pihak kerajaan untuk menaiktaraf daerah matunggong kepada Daerah penuh. tq.

    ReplyDelete
  5. samora 1,
    mokimahap varo pembetulanku. " Tidak dinafikan adanya org2 kita yg menyalahkan YB kerana tidak tahu situasi sebenar"

    ReplyDelete
  6. Saya amat tertarik dengan atikel terbaru EQ dan komen2 positif daripada para pemimpin.. kata2 sokongan tuan2/puan2 akan menjadi dorongan dansuntikan semangat baru kepada YB kita.
    Apapun pada saya pendapat yang negatif itupun harus diambil pertimbangan secara bijaksana..

    Sekadar pendapat

    ReplyDelete
  7. Saya rasa kalau Sarapin jadi Saifuddin dan pindah UMNO mungkin lain keadaannya. Minta maaf, tuan/puan jangan sensitif, inilah kenyataanya. Sekarang lihatlah UPKO bersuara sikit utk membela KDMR sudah disepak terajang oleh UMNO dan PBS kelu seribu bahasa tak berani keluar sepatahpun perkataan membela KDMR.

    ReplyDelete
  8. Betul tu YU, UPKO walaupun dalam komponen BN tapi mereka bersuara lantang demi membela nasib KDMR. Melalui laman Facebook mereka kita lihat mereka benar-benar kominted memperjuangkan nasib masyarakat KDMR. Berlainan dengan PBS yang selalu kita dengar memberi pujian menggunung kepada UMNO. Saya masih teringat ucapan huguan siou ketika merasmikan AGM PBS Matunggong baru-baru ini. Kalau keadaan ini berterusan, terfikir juga untuk menyertai UPKO.

    ReplyDelete
  9. walaikumusalam Sdra T.Abu Ludin, Kopivosihan untuk anonym/samora 1, Yusan-usan dan pengunjung Blog ini. Saya tertarik dengan komen Teropong Abu Ludin (TAL), anonym dan Yusan-usan. Soal nak tanding atau tidak dalam PRU13 sukar saya jawab kerana hanya pemimpin atasan yang tahu jawaban siapa mereka pilih untuk dicalonkan nanti. Lainlah kalau saya buat keputusan bertanding atas tiket BEBAS atau tubuh parti sendiri. Walaubagaimanapun saya ucapkan terima kasih atas pandangan saudara. Saya juga sependapat dengan sdra samora 1, kawasan Matunggong amat besar dan perlukan tumpuan yang 'lebih' oleh pemimpin atau pejabat daerah. Pengujudan Pejabat Daerah penuh akan lebih mempercepatkan aktiviti pembangunan dalam kawasan kita nanti.Agak lucu juga komen atau pendapat Yusan-usan yang kemungkinan akan ada perubahan yng besar dari segi pembangunan kalau YB Sarapin ' bertukar ' menjadi Saifudin.Tapi ianya ada asas juga kalau kita imbas semula sejarah pemimpin2 lama kita . Bagi saya kes2 sebegini tak sepatutnya berlaku. Kalau nak tunggu YB atau pemimpin masuk Islam atau UMNO dulu baru nak bantu/bangunkan sesebuah kawasan, bagus jangan perkenalkan gagasan 1Malaysia, tukar saja kepada 1MALAYsia atau 1UMNOsia. Sebenarnya pemimpin kita tak payahpun jadi 'Saifuddin' atau masuk UMNO kalau kena strategi memohon pembangunan di kawasan kita. Dalam teks ucapan PM semasa pembentangan RMK10, PM ada menyebut RUNGUS sebagai kaum yang termundur dan perlu pembelaan. Inilah masanya pemimpin2 kita termasuk YB membuat cadangan dan perancangan untuk dikemukakan kepada kerajaan khasnya kepada PM . Ertinya kita sahut seruan PM dalam teks ucapan beliau tersebut. Kita perlu merangka plan strategik Matunggong (short term( 5 -10 tahun dan Long term ( sehingga 30 tahun) yang kemudiannya dikemukakan kepada PM dan kerajaan. Jangan nanti PM akan terpaksa sebutkan semula nama RUNGUS dalam pembentangan RMK11 sebagai kaum yang termundur di Malaysia.

    ReplyDelete
  10. samora 1.

    konsep 1Malaysia bagus ba, tapi tidak meliputi dalam soal-soal perlantikan dalam perkhidmatan awam.Apa gunanya 1Malaysia hanya kepada aktiviti kebudayaan, Klinik, sukan atau aktiviti kemasyarakatan, di sabah sudah diamalkan sejak dulu.Lihat saja di mana-mana jabatan spesis Rungus jarang sekali kita jumpa walaupun jawatan kerani.Kalau bos suku kaum itu, maka yg ramai dapat dia punya suku sakatlah( tdk melibat SPP ). jadi di mana itu konsep 1Malaysia.Sepatutnya konsep ini semua kaum dpt peluang ( kesamarataan )yg sama apa tak lagi kita sebagai pribumi ( minamasok dot Sabah). Pemimpin kita harus memperjuangkan ini agar kita sama-sama berganding bahu dgn suku kaum lain memajukan negara sendiri. Dalam aspek lain. Yg saya tahu KDM dan bukannya KDMR, sebab kita ni komponen Kadazan. Jadi apa-apa quota yg diperuntukan, Rungus masuk dalam kasazan, itupun kita kena fikir juga.jadi ruang kita amat sempit sama ada dalam perkhidmatan, kemasukan ke U dan lain2. itungo tokou banal iti bansa tokou. Jgn sampai pribumi lenyap.yadko sid amerika. Tq.

    ReplyDelete
  11. Konsep 1Malaysia jika dilaksanakan secara telus memang baik untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, namun jika ianya hanya sebagai mata kail dan umpan maka gagasan yang bunyinya amat baik ini tidak akan dapat mencapai matlamatnya. Mengenai dgn suku kaum rungus yang tergolong sebagai salah satu etnik Kadazandusun, sya bersetuju etnik ini dipisahkan daripada golongan ini agar quota untuk suku kaum rungus dapat diasingkan. Berkenaam dgn spesis rungus yg kurang di mana2 pun jabatan di Sabah, ini mungkin berlaku disebabkan tidak ramai kaum rungus yang menerima pendidikan awal sekitar tahun 1960an berbanding suku kaum lain di Sabah. Boss2 di jabatan berkenaan sudah tentu akan melantik orang2 yang sespesis dengnya bila ada kekosongan atau jawatan baru yang wujud di jabatan berkenaan dan ini telah menjadi satu amalan yang berlarutan sehingga ke hari ini. Pemimpin kita sedar tentang perkara ini tapi apa yang perlu mereka lakukan?..

    ReplyDelete
  12. Tobpinai Pengundi Baru dan Anonym/Samora 1. Saya sependapat dengan sdra berdua mengenai gagasan 1Malaysia dan kedudukan etnik Rungus di Sabah/ Malaysia. Memang idea dan 'harapan' yang PM sandarkan kepada gagasan 1Malaysia amat baik/tinggi. Persoalannya sejauh mana slogan ini betul2 dipraktikan atau pun hanyalah 'mata kail dan umpan' seperti yang dibimbangi oleh sdra Pengundi baru. Kita juga bimbang ianya sebagai 'satu lagi episod pertunjukan wayang kulit'. Sementara kerajaan rancak mempromosikan konsep 1Malaysia di seluruh negara, PERKASA juga lebih rancak lagi mempromosikan Konsep 1MALAYsia ?? dan seolah2 tak dapat dibendung oleh kerajaan pada masa ini. Ataukah kerajaan/UMNO sengaja bermain 'wayang kulit' dengan memberi 'keizinan' dan galakan kepada PERKASA untuk bergerak tanpa batasan kerana kerajaan/UMNO tak boleh lagi menjadi terlalu menekankan konsep ketuanan Melayu setelah gagasan 1Malaysia diperkenalkan??? Hanya PM dan UMNO yang tahu jawabannya. Mengenai kedudukan suku kaum Rungus, dari awal2 lagi saya menentang gagasan '1Kadazan' atau Kadazan dusun yang mana etnik seperti Rungus, kimaragang , Murut dll dijadikan sub-etnik kepada Kadazan. Memang benar bahasa Rungus ada persamaan dengan bahasa Kadazandusun tetapi dari segi realiti dan praktikalitinya kedua2 suku kaum tersebut amat berbeza. Mongigol-sumundai tak boleh dijadikan Mongigolsumazau dan banyak lagi perbezan2 yang amat ketara. Apabila saya cuba memisahkan 'Rungus' dari Kadazandusun dalam semua aktiviti2 samaada di peringkat daerah atau Negeri, Samora dengan hebatnya disisihkan dalam semua aktiviti2 seperti sambutan perayaan kaamatan. Satu contoh terbaik yang saya pernah cuba perkenalkan ialah perkataan 'TADAU KOKOTUAN' sebagai ganti kepada Tadau Kaamatan. Saya telah perkenalkan perkataan/nama tersebut pada tahun 2001 semasa saya dilantik sebagai Pengerusi bersama jawatankuasa sambutan perayaan kaamatan peringkat negeri pada masa itu. Walau saya dikritik dengan hebatnya, saya telah berjaya menggunakan perkataan tersebut pada Majlis pelancaran perayaan Kaamatan peringkat Negeri di Pekan Tomborungus pada tahun 2001. Ertinya, selagi etnik Rungus masih bernaung kepada kadazandusun selagi itulah kita akan sentiasa terlepas peluang atau tidak berpeluang langsung dalam semua program, bantuan atau aktiviti kerajaan. Pendek kata kita kena tanamkan semangat patriotik kepada bangsa kita di kalangan orang2 kita. Walau dikritik, disisihkan,ditekan atau apa sahaja cabaran SAMORA tak akan menjadi sub atau berpayung kepada mana2 persatuan lain di Sabah. Samora boleh berkerjasama dengan mana2 persatuan suku kaum di Sabah as a Rungus association dan bukannya sebagi persatuan gabungan atau cabang. Samora adalah samora , samora adalah untuk Rungus.

    ReplyDelete
  13. Jangan calonkan lagi wakil rakyat yang tidak boleh membawa sebarang kemajuan dan perubahan kepada kawasan yang diwakilinya. Rugi memberi undi tetapi tidak bekerja untuk rakyat. Rakyat seolah-olah dipermainkan.

    ReplyDelete
  14. Tobpinai Anonymous. Memang betul apa yang sdra katakan itu, tak guna calonkan individu atau wakil rakyat yang tak dapat memberi kemajuan dan perubahan kepada kawasan yang diwakilinya. Masaalahnya macam kawasan kita malah di lain2 kawasanpun, kita sentiasa 'mencuba'....selalu kita dengar perkataan.. 'cuba dulu ini orang baru' . Bila dah cuba dan kurang 'berkesan' kita cari lagi orang baru. Soalnya sampai bila. Kadaang2 bila kita nak orang baru, pihak pimpinan atasan pila ikut juga tukar atau perkenalkan 'orang baru' yang sebulu dengan mereka dan apabila tak lagi sebulu atau ikut telunjuk mereka,YB tersebut akan digantikan dengan orang baru pula dan begitulah seterusnya. Soalnya sampai bila kita 'dihidangkan' dengan permainan atau 'game' orang atasan ini? adakah kita redha sahaja dan menerima 'orang2'pilihan mereka atau kita cuba 'memeberontak' sikit dalam PRU 13 ini?. Patutkah kita buat referendum atau proses tapisan/saringan pemimpin seperti mengadakan 'mini perdebatan' di Matunggung untuk memilih pemimpin atau macamana? Cuba kita fikir2kan..(JD/JH)

    ReplyDelete
  15. Tobpinai JD/JH, Sebenarnya selama ini kita baru nak belajar berjalan, umpama kanak-kanak yang perlu ditatih supaya berjaln lurus. Kita masih teraba-raba kemana halatuju perjuangan kita. Kita masih mengharap ehsan dari orang lain untuk terus bernafas dalam dunia politik. Selagi senario ini terus melanda kita, percayalah hendak tak hendak kita berada dalam keadaan statik dan sebab itulah kita terpaksa mengambil bahagian dalam ‘game’ yang orang lain cipta untuk kita. Umpama mata wang, kita tidak punya kuasa beli yang mampu menggugat pesaing kita. Selama ini kita tidak punya produk sendiri yang dilihat mampu bersaing dengan orang lain dalam bidang politik. Taring kita sentiasa tumpul malah mungkin tidak akan tumbuh selagi kita mengharapkan menuai sesuatu dibawah ketiak orang lain. Persolan sampai bila? Dan bagaimana? Terpulang kepada kita. Kita cuma barharap satu masa nanti muncul pemimpin dalam kalangan kita yang berjung berkonotasikan perjuangan yang telus melebihi kepentingan peribadi

    ReplyDelete
  16. Betul Tobpinai EQ, sungguhpun negeri kita dah merdeka lebih dari 46 tahun melalui/bersama Malaysia tetapi bangsa kita masih lagi dala peringkat 'bertatih' dalam semua aspek atau bidang khasnya dalam bidang politik dan ekonomi. Semua orang tahu apa punca atau penyebabnya tetapi kita 'kurang' memberi tumpuan bagaimana nak menyelesaikannya. Kalangan cerdik pandai dan yang berkemampuan di kalangan kita pula 'sibuk ' bercakaran atau 'membawa' haluan masing2. Cuma di akhir2 ini kita nampak kesedaran tu sudah ada. Itu sebab timbulnya nama2 seperti Gazo Tulu, Selipar Jipun, Madjabou,Sepulu 3, Anonymous,Rangab, Manampahu, Burunguk Tindal, Raja Yomog, Amai Motunggung, Inai Motunggung, Pengundi Baru dan lain2 yang secara keseluruhanya komen2 dan cadangan mereka ini adalah ke arah kebaikan dan pemantapan politik, ekonomi dan semua bidang lain di kalangan bangsa kita. Dengan adanya bibit2 kesedaran ini walaupun kadang2 berlainan pendapat atau berlainan ideologi dan fahaman politik sekurang2nya sudah ada 'landasan' yang kita boleh jadikan sebagai titik pertemuan suatu masa nanti. Madjabou mungkin tak sependapat dengan Gazo Tulu siapa pemimpin yang harus diketengahkan dalam PRU 13 ini tetapi saya yakin kedua2nya sependapat yang calon tersebut mestilah orang Rungus atau anak tempatan Rungus. Oleh itu kita perkecilkan jurang perbezaan pendapat ini dari semasa ke semasa dengan program2 yang berbentuk ke arah penyatuan bangsa dan sebagainya. (Sekadar pandangan)(JH)...tak dapat komen panjang2 , mata masih berair kerana pogizon hehehe..

    ReplyDelete
  17. Salam JH, sya kesal YB Sarapin seolah-olah membisu. Adakah beliau takut memberi sebarang kenyataan sebagai motivasi kepada rakyat N4 Matunggong supaya terus menyokong PBS/BN. Cukup kah dengan adanya berita politik di TV1 dan TV3 yang banyak berpihak kepada BN. Saya rasa wakil rakyat sepatutnya tampil memperbetulkan keadaan. Politik di Semenanjung terlalu juah bezanya apa yang berlaku di Sabah. Wakil rakyat lah yang bertanggungjawab menjelaskan isu-isu yang timbul agar rakyat Matunggong terus menyokong BN.

    ReplyDelete
  18. Salam kembali Sdra Anonymous. Saya tidak dapat menjawab soalan sdra kenapa YB Sarapin Magana seolah2 membisu terhadap kebanyakkan isu samada di blog ini atau lain2 media/blog. Kemungkinan besar beliau ada juga memberi penjelasan atau jawaban terus kepada rakyat di kawasan Matunggong atau beliau menunggu masa yang sesuai untuk buat penjelasan atau jawaban (ini andaian saya semata2). Saya setuju dengan sdra bahawa keadaan dan suasana politik di Sabah dan semenanjung amat berbeza dalam semua aspek terutamanya 'kemudahan berkomunikasi/berinteraksi ' dengan rakyat atau orang ramai. Kita ambil contoh PRU12 pada tahun 2008, yang mana 'Tsunami politik' yang melanda semenanjung datang secara senyap2 dan 'tiba2'. Kita di Sabah dan Sarawak seolah2 'tengah nyenyak tidur' pada masa itu sedangkan ombak besar politik sedang membadai Semenanjung Malaysia! .Soalnya adakah Tsunlami politik tersebut sedang ' menyeberang ' secara perlahan-lahan ke Borneo pula. Kita tunggu dan lihat. Media perdana nasional seperti RTM, TV3 Utusan MalaysIa dll bukan lagi ' pilihan utama ' majoriti rakyat Malaysia khasnya mereka yang berumur 30 tahun ke bawah yang lebih berminat dengan ' media baru' seperti inernet, blog, laman sosial dll. Fenomena ini amat penting untuk diberi perhatian oleh YB dan pemimpin2 samada di pihak kerajaan atau pembangkang. Kemungkinan besar penguasaan media alternatif / baru ini agak kecil di kawasan kita kerana kekurangan kemudahan broadband, internet atau komputer akan tetapI ' media alternatif ' yang amat berkesan juga di kawasan kita ialah media kedai kopi, pasara minggu atau sid pongivasan. Saya yakin Yb dan para pengikut dan penyokongnya sedar dan sedang ' bekerja' untuk tujuan ini. Ataukah persepsi atau ' basai' kita di Matunghong iaitu taruhlah siapa saja calon di Matunggong asal tiket PBS tetap menang, hatta ada yang berseloroh mengatakan hatta kalau ' anjing' sekalipun dicalonkan atas tiket PBS di Matunggong pun tetap menang juga. Soalnya ' basai ' tersebut masih relevan dalam PRU 13 nanti. Sama2 lah kita tunghu dan fikir2kan...(JD/JH)

    ReplyDelete
  19. Sdra anonymous dan pengunjung blog ini, maaf banyak kesilapan ejaan ...maklumlah baru nak ' berjinak - jinak dengan media baru ini' ...guna Apple Ipad...belum berapa ' cun' menaip hehehe..satu lagi ..pembetulan untuk komen saya di atas. Soalnya ' basai' tersebut masih relevan LAGIKAH dalam PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  20. Salam semua..banal ko setuju oku ditit sinurat nu EQ (Tiada...Jangan salahkan YB Sarapin). Baiko iso ot komen ku sidi YB S...mad okurang usaha dialo mokitabang dot masyarakat Matunggong.

    Mungkin possible dati bo JH om rakan blog dot yalo JH om YB S...mitabang banal supaya kasampai it rintihan kemiskinan tokou sid PM. Lebih ahakang kopurimanan ku ong it ongo pemimpin tokou mitatabang pahabal ditit komusikomo tokou sid peringkat savat (in whatever means).

    ReplyDelete
  21. Aik.. Sdra madjabou selamat kembali. Lama tidak muncul-muncul. Komen sdra amat ditunggu-tunggu. Sya suka suka komen sdra yg pedas dan membina. Bukan komen main angguk-angguk jak..

    -selalu baca komen sdra..

    ReplyDelete
  22. Torima kasih SM...mad iti no ot avantang topurimanan ku. Iti no opurimanan ku dot cara ku menyumbang w/pun opodok...

    ReplyDelete
  23. salam 1matunggong. Saya begitu teruja dgn artikel tuan blog ini. Memang betul, matunggong mundur bukn disebabkn oleh yb cuma rakyat matunggong masih lagi kabur2 tentang usaha yg dilakukan oleh yb kita. Suatu ketika dlu sya pernah mengemukakan pendpt dlm blog ini supaya yb kita skrg ini tiada salahnya jika bganding bahu dgn mantan2 yb yg lepas dan juga aktivis politik org rungus spt ybhg JH, sdra tuan Thomas A dan lain2 lg. Kita sebenarnya mengharapkan hal ini berlaku. Memang tidak nafikan bhwa kawsn2 yg wakil rkytnya bukan dr UMNO-BN kurng mendapt layanan dr segi pmbngunan tetapi kita mahu dgr suara Yb kita bsuara spt yg pernah dilakukan oleh YBhg DMM semasa beliau YB Matunggong sehingga terbinanya blok bgunan urusetia kecil dan blok kedai pekan matunggong.

    ReplyDelete
  24. Tobpinai RY & Semua pengunjung Blog ini. Terima kasih atas komen sdra yang ringkas tapi padat ( Sdra RY sempat mengemukakan 3 isu penting dlm komen yang pendek).Saya kerap kali terbaca rungutan2 atau kritikan2 yang pedas tapi it's fair comments terhadap YB Sarapin Magana seperti persoalan 'apa plan/program' beliau untuk kawasan Matunggung, apa projek2 pembangunan dan sebagainya. sejak akhir2 ini saya kurang 'terbaca' jawaban2 atau respon samaada dari YB sendiri atau PR YB atau pejabatnya. Kemungkinan YB punya pendekatan yang berbeza dari segi strategi publisiti media...nanti sdra EQ kena 'marah' pula kalau asyik2 nama YB atau artikel YB yang dipaparkan dalam blog ini. Saya percaya YB Sarapin Magana amat kommited dan ada 'kemahuan dan usaha' untuk memajukan kawasan Matunggung .Beliau juga senantiasa bekerjasama dengan mana2 pemimpin yang ingin bekerjasama dengan beliau, contohnya beliau sempat juga menghadiri program Forum Halatuju Rungus yang dianjurkan oleh Samora pada 14.8.2010 baru2 ini walaupun beliau terpaksa 'speeding' dari kawasan Matunggong ke venue forum tersebut di dewan MAKSAK Kota Kinabalu.Ini bererti YB ada keinginan ,usaha dan komitment untuk memajukan kawasan kita. But what went/goes wrong orang putih kata?..Pada saya kerajaan yang tak begitu kommited untuk 'memberikan' lebih treatment kepada kawasan kita. Kerajaan biarkan kawasan kita maju secara naturally atau ikut program rutin kerajaan. Kalau ini tidak diubah alamat 50 tahun akan datangpun kita masih 20 atau 30 tahun ketinggalan dari kawasan2 lain. Cuba kita buat analisa, kalau kita bergantung dengan peruntukan ADUN yang berjumlah di sekitar RM500,000 hingga RM1juta (itupun kalau dekat2 nak pilihanraya)setiap tahun, kita jumlahkan dalam satu2 penggal YB ...bererti peruntukan hanyalah berjumlah RM2.5-5juta. Kena tunggu 100 tahun baru sama jumlah dengan wang yang dirampas atau ditahan oleh ICAC (Padan Pencegah Rasuah Hong Kong -wang yang dikaitkan 'kepunyaan' ahli politik Sabah berjumlah lebih RM300-500juta).Dan kena tunggu 100 tahun juga lah baru kawasan kita maju kalau kita tidak berbuat sesuatu .Walaubagaimanapun kita perlu 'kejutkan' (posikan..ong amu oposik dengan secara lembut..'tuntugan vaig' hehehe)kerajaan dengan cara yang berhemah dan professional. Kita sama2 dengan YB dan pemimpin Rungus lain merayu kepada kerajaan untuk buat satu special program untuk kawasan kita. Kalau kita dah buat cadangan tapi tak juga buat sesuatu, kita kena cari strategi yang lain pula...mungkin seperti HINDRAF??..bagi saya Hindraf sedikit sebanyak telah dapat mencapai matlamatnya . Kerajaan terpaksa menubuhkan satu task force di JPM untuk menangani masaalah kemiskinan orang2 India dalam negara ini. Saya pernah katakan dalam blog ini dan FB saya bahawa kadang2 ada orang perlu berkorban atau terkorban barulah sesuatu kumpulan atau etnik itu 'dipandang'. Sekali lagi saya katakan saya bersedia untuk tujuan itu. Bila Special Branch Polis Diraja Malaysia 'bertandang' ke pejabat saya baru2 ini kerana nak siasat program Forum Halatuju Rungus, saya tekankan yang Rungus ada hak untuk buat memaorandum atau kertas cadangan kepada kerajaan . Saya bersyukur kerana kerajaan dah 'buka mata' dengan 'menghantar' SBnya untuk 'meneropong' apa motif Forum tersebut.Kita harap Forum Halatuju Rungus (FHR) tidak jadi RAF (Rungus Action Force ) atau Rungusdraf)...tapi bak kata Zainal Abidindalam lagunya SEGALANYA MUNGKIN .(JH)

    ReplyDelete
  25. Aslmkum tuan JH, Syabas diatas tindakan Samora mengadakan FHR1 yang sekurang-kurangnya telah membuka mata ramai pihak. Terima kasih juga kepada YB Sarapin kerana telah turut menghadiri FHR tersebut. Ini menandakan beliau seorang pemimpin yang suka bekerjasama. Saya mencadangkan FHR2 nanti, Samora menjemput bekas-bekas YB kita; Jornah Mozihim, Atong Mangabis, Dtk Mathius Majihi, Dtk Markus Majihi, Hendry Madatang, Joe Ojihi Supiring dan bekas-bekas PKR. Ketepikan dulu perbezaan politik dan persatuan demi masa depan kita. Wslm.

    ReplyDelete
  26. Saya lebih berminat menyokong pemimpin yang berani. Bukan jenis pemimpin yang Pak turut dan Mak angguk. "Ong amu mosik tuntugan vaig". (sebagai pengundi baru, saya sokong) Betul lah apa yang dikatakan EQ. Mcam-macam 'variasi'..hehehe.

    ReplyDelete
  27. Walaikumusalam Sdra T.Abu Ludin dan kopivosihan kumaa sidika Sumandak Matunggong. Pandangan dan cadangan sdra TAL amat baik dan praktikal. Sebenarnya kita telah menjemput bekas2 YB dan pemimpin2 Kawasan Matunggong dalam Forum Halatuju Rungus I baru2 ini. Oleh kerana tempat FHR I diadakan agak jauh dari kawasan Matunggong dan ketiadaan Surat jemputan rasmi maka mereka tidak dapat hadir dalam FHR I. Kita akan menjemput bekas2 YB dan pemimpin2 lain dalam FHR II yang akan diadakan di kawasan Matunggong nanti. Kita menganjurkan FHR ini dengan ikhlas dan transparen tanpa mengira fahaman politik atau anutan agama. Ini dibuktikan dengan kehadiran pemimpin2 dari parti pembangkang dan BN sendiri. Kita berharap trend ini akan berterusan demi untuk kebaikan bangsa dan kawasan kita. Tobpinai Sumandak Matunggong, kita berani kerana itu adalah hak dan tanggungjawab kita. Seperti yang saya tekankan dalam komen2 saya sebelum ini, kita kena ubah strategi kali ini. Kadang2 kita perlu pendekatan yang 'agresif' . Bila saya katakan agresif bukan bermakna kita perlu berdemonstrasi atau mogok lapar. Kita kena gunakan pendekatan secara professional dan tertib seperti menyerahkan Memorandum dan kertas cadangan kepada PM , Kerajaan atau kalau perlu kita 'TABLEKAN' di Parlimen. Cuba kita 'teropong dan kaji' pendekatan yang dibuat oleh HINDRAF , PERKASA dan kaum Penan.Pendekatan mereka agak agresif tapi berkesan. Sudah sampai masanya kerajaan menubuhkan satu jabatan secara 'ad hock' di Jabatan Perdana Menteri seperti JHEOA dan Task Force untuk kaum India, khusus untuk menangani masaalah kemiskinan dan penderitaan kaum2 yang 'termundur' di Malaysia seperti yang PM sebutkan dalam ucapan beliau semasa pembentangan RMK 10 baru2 ini yang mana nama RUNGUS disebut sebagai kaum yang perlukan pembelaan. Inilah masanya kita mengambil peluang ini untuk membuat cadangan kepada PM dan kerajaan demi untuk kepentingan bangsa kita (JH)

    ReplyDelete
  28. Aslmkum Tuan JH, Terima kasih atas penjelasan Tuan. Rasanya selagi kita masih tergolong sebagai kaum kadazandusun maka secara tidak langsung kita terus berada pada takuk sekarang. Di Penampang umpamanya mereka juga terdiri dari suku kadazandusun tetapi saya lihat mereka lebih baik dari segi ekonomi dan sebagainya. Masalahnya dalam konteks lain kita digolongkan sebagai kadazandusun tetapi bila dalam konteks kemiskinan rungus kembali bersendirian. Fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
  29. Walaikumusalam Tobpinai TAL. Apa yang tobpinai TAL sebutkan tu tepat sekali iaitu selagi kita 'dikategorikan ' sebagai etnik yang 'bernaung/berpayung' dalam Kadazandusun selagi itulah kita akan sentiasa terkebelakang dalam apa bidangpun. Kita ambil contoh pecahan kabinet kerajaan Negeri Sabah, selalunnya formula yang dah menjadi ' tradisi' ialah kadang 5-4-2 atau kadang2 6-3-2 iaitu 45-55% untuk bumiputera Islam (UMNO), 35% untuk bumiputera bukan Islam (kadazandusun dan murut) dan 20% untuk kaum Cina. Selalunya YB dari suku kaum Rungus dilantik sebagai Pembantu Menteri semasa pemerintahan PBS dan di awal pemerintahan BN . Walaubagaimanapun sejak kebelakangan ini ' amalan ' tradisi melantik wakil rakyat dari etnik Rungus sebagai pembantu menteri semakin dilupakan , apa lagi nak 'mimpi' jadi menteri penuh. Begitulah juga dengan trend 'pembahagian' biasiswa, jawatan2 penting kerajaan dan sebagainya . Oleh kerana etnik Rungus masih dikategorikan dalam suku kaum Kadazandusun maka orang ingat kita sentiasa mendapat 'bahagian' kita padahal....HABUKPUN TARA!. Kita boleh ibaratkan bangsa kita ini sebagai pencukup 'korum' sahaja . Kalau dalam konteks /kes nak melobi lebih banyak jawatan, jumlah biasiswa, peruntukan pembangunan, bangsa kita sentiasa dimasukkan sebagai kadazandusun tetapi bila sampai bab 'pembahagian' Jawatan,biasiswa, peruntukan dan sebaginya Rungus 'kembali solo'. Persoalannya sampai bila?? Jawabannya ada di tangan kita semua. Itulah sebabnya saya bermati-matian mempertahkan Samora sebagai persatuan yang ' bebas' dari cengkaman atau pengaruh mana2 perdatuan suku kaum di Sabah.

    ReplyDelete
  30. ...pembetulan ejaan...Itulah sebabnya saya bermati-matian mempertahankan Samora sebagai persatuan yang 'bebas' dari cengkaman atau pengauh mana2 persatuan suku kaum di Sabah.

    ReplyDelete
  31. Saudara peminat blog MK. Saya bersetuju pendapat jangan persalakan YB Sarapin Magana soal lembabnya pembangunan d N4 Matunggong. "Bukan tiada pembangunan cuma slow sedikit sahaja". Bagi saya agak banyak juga pembinaan fasiliti terkini d N4 Matunggong i.e. Bus stop dulu tiangnya kayu sahaja sekarang tiang berbunga n atap spendek, balai raya dulu kayu sekarang konkrit, dulu jalan kampung sahaja boleh d bena sekarang jalan pertanianpun ada d bena..
    Saya syorkan pejabat YB N4 Matunggong perlu maklumkan pembangunan terkini kepada penduduk n pengundi BN khusus d N4 Matunggong agar mereka menyedari pembangunan ini n terus menyokong BN n terus menang pada PRU akan datang.
    Sokongan moral saya khusus kepada YB Sarapin Magana ..

    ReplyDelete
  32. Saya tertarik dgn komen ...jadi solo. Itu la sebabnya jika mengisi borang termasuk borang2 jabatan, sya tidak akan menanda KadazanDusun. Jika tiada ruangan Bumiputera Sabah, saya akan tulis RUNGUS dlm ruangan lain2.

    Antara penyebab kaum Rungus tidak 'ke atas' ialah kita selesa dgn apa yg kita ada wpun sikit. Kata2 ini pernah dilontarkan oleh JH suatu ketika dahulu. Dan sememangnya saya amat betsetuju dgn pendapat JH ini. Bagi saya, sekiranya makan-pakai kita sudah boleh cukup utk satu2 tempoh, ok la tu. Dalam masa yg sama, jgn pula berhenti. Tiada guna jg berhabisan mencari jika terpaksa pijak kepala org.
    Dari segi peranan YB skrg ni, saya jg bersetuju dgn JH bahawa YB skrg ni rajin turun padang. Dalam 1 minggu, paling tidak 2-3 kali saya akan berselisih dgn beliau di tgh jalan. Samaada dari/ke sebelah Matunggong. Bahkan pernah sama2 satu perjalanan ke acara yg sama. Cuma beliau kena buang perangai yg tidak disukai org yg akan mengakibatkan masalah kemudian hari. Tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  33. Di Malaysia ini, sekiranya pemimpin utama bukan dari kawasan itu ,aka tipis la peluang utk membangun. Kecuali la tempat tu adalah ibukota, ibunegara.

    Bagaimanapun, terdapat satu situasi yg kdg2 amat menyeronokkan. Sesuatu kawasan DUN?Parlimen (bukan kg atau bandar) akan mendapat sedikit kemajuan/peruntukan/perubahan jika kawasan itu perlu mengadakan pilihanraya kecil. Kerana semua pihak akan target ke tempat itu tidak kira berceramah, bagi peruntukan, buat acara itu acara ini, perhimpunan ini... maka banyaklah peruntukan akan disalur ke tempat itu. Tengok shj mana2 kwsn yg pernah melalui PRK. Tentu ada sedikit peningkatan infrastruktur akan kelihatn. Namun adakalanya jg janji yg ditabur bukan tumbuh kesemuanya. Ada jg bibit yg tesangkut di batu, terbang dek angin lalu, dipatuk ayam dan dimakan burung.

    Namun bukan la niat saya utk mengorbankan YB kita baru la kita mendapat peningkatan itu mahu pun dipenuhi dgn segala janji2 muluk. Sbp kita tidak mahu hanya pemberian komputer riba 1Malaysia shj yg top speed tp bila umum utk naiktaraf jalan ini ke kg ini, semua bertepuk smpi tangan sakit kerana dengar jumlah yg berjuta2. Akhirnya terpaksa diulang semula sehingga 1 atau 2 kali PRU.

    ReplyDelete
  34. Saudara pejuang bangsa .. Seorang sahaja bekerja tak mungkin semuanya dapat d langsaikan sesuatu pembangunan yang kita impikan. Apa yang paling pratikal kaedah dan pendekatannya..set up kumpulan pemikir dan R & D pembangunan strategi khusus N4 Matunggong.. Pemimpin negarapun ada setnya n bila membentuk nanti jangan yang disukai sahaja yang dipilih ..khusus berjiwa politik dan kumpulan profesional perlu duduk bersama..

    ReplyDelete
  35. Kalau begini lah keadaanya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke panggkal lengan. Alang-alang cuma menggantikan YB biar kita tukar kerajaan yang ada sekarang. Kita sokong PR atau SAPP pada PRU13 nanti. Keputusan di tangan kita..kalau tidak, sampai bila-bila pun kita tetap ketinggalan di belakang. Kita tidak akan sentiasa tunduk kepada mereka yang tidak mengenang jasa kita.

    ReplyDelete
  36. Saya rasa memang ada betulnya apa yg dikatakan oleh Tuan TA itu,Perlu ada kumpulan pemikir ada R&D dan kumpulan pelaksana.Timbul pertanyaan di sini adakah bekas2 wakil2 rakyat kita yg dulu tidak ada R&D dan kumpulan pemikir serta kumpulan pelaksana?Dan adakah Ahli Parlimen kita yg sekarang ini menteri penuh kerajaan Malaysia tidak tahu untuk mewujudkan R&D dan kumpulan pemikirnya?agak mustahil juga kan sebap beliau pun orang berpendidikan juga.Saya rasa ada betulnya lah kita tukar sahaja kerajaan pada PRU13 ini,mana lah tahu akan ujud perubahan.

    ReplyDelete
  37. Ya sama bersetuju dengan pendapat salah seorang komentor yg menyatakan segelintir masyarakat kita ini cepat berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak memikirkan sesuatu untuk jangka masa panjang.Contohnya seperti masa pilihanraya kena janji itu ini terus lah sokong itu timbangan.tapi selepas 'Mongundi'habuk pun tiada,habuk jalan "garavol"yg tida kana turap ada lah.Masa pilihanraya kena bagi duit RM200 dalam sekali PRU terus lah sokong itu "timbangan" tida fikir lagi baik buruknya,kalau dikira lah kan RM200 tersebut:-Pilihan raya 5thn sekali,1thn ada 365hari x 5thn=1825hari,jadi RM200.00 bahagi 1825 hari berapa sen sangat yg kita dapat untuk sehari sementara tunggu lagi 5thn untuk pilihanraya akan datang.Jadi marilah kita fikirkan yg terbaik(Dapat RM200 time pilihan raya Tapi tanpa pembangunan selama 5tahun).

    ReplyDelete
  38. Pengundi atas pagarOctober 7, 2010 at 6:06 PM

    Betul tu Anonymous, mari lah kita orang-orang baru/pengundi baru sokong pembangkang. Kita cuba dulu. Diorang kata, pembangkang tiada pembangunan. Memanglah tiada pembangunan kalau belum jadi kerajaan. Kita sama-sama tukar kerajaan dulu. Kalau kerajaan baru itu sama juga macam sekarang, tukar lagi. BN ni pun sudah lama jadi pemerintah. Kalau hari-hari makan kangkung pun bosan juga bah kan..

    ReplyDelete
  39. Tuan Anon sekalian.. saya menerima secara positif pandangan dan perjuangan tuan2 sekalian. Saya positif dengan kekecewaan rakyat kerana mungkin kegagalan pemimpin akan tetapi masa depan generasi kita harus difikir dan dipertimbangkan semasa-masaknya..

    ReplyDelete
  40. Tuan TA,

    Jadi Pada pilihanraya yang lepas2 tu para pengundi sudah fikir masak2 lah?saya rasa kita jangan fikir terlampau masak lah nanti buruk pula jadinya kalau terlalu masak.Macam di kawasan kita skrg ni sudah mau buruk tapi tiada apa2 pembangunan kerana terlalu fikir "masak-masak".

    ReplyDelete
  41. Ni kali lah...begitulah perkataan yang sering kita dengar. Bila saya muatkan ayat tersebut mungkin orang akan terfikir pasal PRU13. Walaubagaimanapun saya tak merujuk kpd PRU13... saya sekali lagi menyentuh ' trend' pengunjung Blog MK ini. Saya perhatikan kadang2 hampir seminggu atau 2 minggu blog ini tidak mendapat apa2 post sprt komen atau ulasan, tetapi kemarin iaitu pada 7.10.2010 agak luar biasa sedikit . Lima komen dari Anonym, 4 komen/ jawaban/ ulasan dari Tuan Thomas Arinjamal, selebihnya masing2 dari TAL, Inai Matunggung, Sdra Jamalit, Pengundi Atas Pagar dan JH sendiri. 70% difokaskan kepada Isu PRU13/ wakil rakyat dan kemiskinan manakala selebihnya isu2 sosial dll. Saya bersetuju dengan penubuhan Satu badan khas..saya tak panggilnyay R&D...kalau dalam satu syarikat yang terlibat dgn pengeluaran / teknologi maka amatlah perlu R&D tersebut. Begitulah halnya dengan kawasan kita. Kita perlu satu comprehensive study apa bentuk pembangunan samaada short term atau long term. Itulah sebabnya Samora mengorak langkah dengan menganjurkan Forum Halatuju Rungus ...tujuannya ialah mengumpul segala data2 yang diperlukan dan dibukukan yang kemudiannya dikemukakan kepada kerajaan untuk tindakan atau perlaksanaan. Saya percaya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga ada badan atau jawatankuasanya sendiri. Soalnya setakat mana ianya berkesan atau dilaksanakan , anda dan rakyat sahaja yang dapat menilainya. Menyentuh tentang PRU13, saya secara peribadi tak nak komen mengenai pendapat Sdra2 Anonym mengenai cadangan ' menukar YB atau kerajaan'...cuma yang nampak trend pengundi muda dan pengundi di bandar semacam ke arah menukar kerajaan...saya harap saya salah hehehe. Saya tak kata kita juga terikut2 dengan trend tersebut. Kita kena lihat persekitaran kita dan performance wakil2 rakyat kita dulu then barulah kita buat keputusan. Sudah sampai masanya kita menilai atau melihat secara objektif. Zaman dah berubah, pemikiran rakyat juga dah berubah dan advance. Kalau pemilihan calon Presiden Amerika, kualiti calon ditekankan dan bukannya parti jadi sandaran. Kalau parti baguspun tapi wakil2 rakyatnya tak efektif dan tak berwawasan tak guna jugakan, hujung2 setiap 5 tahun kita asyik2 menukar calon kita. Kita tak juga boleh kata bila PR memerintah kita akan mendapat lebih pembangunan atau better treatment ke atas Sabah. Dari segi manifestonya memang nampak baik untuk Sabah seperti janji menaikkan royalti minyak kepada 30% , ke arah Sabah yang lebih 'autonomi' dll. Itu atas kertas. Sabah memangpun ada hak autonomi melalui perjanjian Malaysia 1963. Tiadk dinafikan BN yelah banyakberjasa kepada negara tetapi untuk masyarakat Rungius dan kawasan kita?... masih banyak yang perlu dilaksanakan. Again, pemimpin atau wakil rakyatlah yang bertanggung jawab untuk membuat cadangan atau perancangan . Matlamat dan manifesto BN memang baik tapi kalau wakil2 rakyatnya tak berwawasan atau tak efektif? BN juga yang jadi sasaran. Saya tak pin point kepada mana2 wakil rakyat....terserahlah kita untuk membuat penilaian. Mengenai YB Sarapin Magana, beliau haruslah diberi peluang untuk membuktikan bahawa beliau tidak tergolong dalam golongan wakil rakyat yang saya sebutkan dimatas. Saya tahu beliau boleh dan ada ' kemahuan ' untuk membangunkan kawasanya. Persoalannya ialah samaada YB Sarapin Magana diberi kerjasama atau 'kelebihan' oleh pihak pemimpin atasan BN. Sepatutnya pemimpin atasan harus memberi ' kelebihan' dan tumpuan kepeda kawasan Matunggong kerana PM sendiri ada menyatakan dalam ucapan pembentangan RMK 10 di Parlimen yang Rungus adalah tergolong dalam golongan yang perlu dibela dan dibantu. Jangan sahaja ianya berupa 'lips service sahaja'. ( JH)

    ReplyDelete
  42. Tuan JH, Inai Matunggong dan Anony..sekalian harap jangan ambil hati. Kita buka harus ada mind set yang mengtransfomasikan pembangunan rakyat dan bangsa kita sendiri..Teruskan apa juga yang tersirat dalam pemikiran tuan2 and diharap akhirnya kita mencapai suatu objektif membentuk masa depan bangsa yang progresif..

    AMIN..

    ReplyDelete
  43. Pada pandangan saya kita telah mempunyai banyak wakil rakyat BN yg silih berganti,ada yang OK dan ada yang KO,saya rasa lah kan BN mungkin ini yg tida ok sebap lama sudah tida kana tukar.Sebaik mana pun wakil rakyat kita(Sampai ada 7 lapis kedoktoran kali pun)kalau orang yang mengawal di atas tida bagi peruntukan dan perhatian tidak ada gunanya,macam kata TUAN JH"lips service sahaja"....Kita tengok sahaja lah nanti.

    ReplyDelete
  44. Anony.. Pada saya BN masih relevant cuma pemimpin perlu bekerja keras menuntut hak2nya.. Strategi pembangunan must be inplace by lips almost ineffective mseti ada hitam putih..ada hitam putih tak cukup kena rujuk melalui data dan fakta la juga..ada time frame..Pemimpin must consider himself as master of all..

    ReplyDelete
  45. Tuan TA,
    Apa benarkah BN ini masih relevant?Dengan berbagai-bagai pergolakan dalam BN dan parti kompenennya.Dengan isu rasismie yg melampau dan ideologi perkauman yg melampau yg ditunjangi oleh parti-parti kompenen BN yg sama sekali ditolak oleh kebanyakan rakyat.Sehingga hari ini Umno, MCA, MIC dan Gerakan dibelenggu perjuangan rasisme lain pula halnya di sabah sendiri sehinggakan SAPP keluar dari BN. Dalam setiap ucapan, kenyataan terbuka, malah pada setiap kali perhimpunan agung diadakan, agenda rasisme sentiasa menjadi topik utama mereka.Sebabnya ialah mereka diterajui oleh oportunis yang begitu rakus mengambil harta rakyat bagi kepentingan kroni-kroni mereka.Sebagai contohnya di Sabah sendiri kebanyakan projek2 mega dalam NKR diberikan kepada suku sakat Menteri yg terbabit atau syarikat yg beliau berkepentingan.Terlalu banyak pembaziran,seperti program juara rakyat,perhimpunan wanita pertama dan banyak lagi program yg kosnya berjuta-juta ringgit wang rakyat yg digunakan tanpa membawa manafaat yg banyak kepada rakyat.Saya rasa wang yg begitu banyak dibelanjakan untuk program2 tersebut ada baiknya digunakan untuk projek2 pembangunan bagi rakyat contohnya seperti penurapan jalan dan sebagainya.(saya rasa kalau wang tersebut digunakan untuk menurap jalan2 kampung yg belum berturap spt jln Kg.Vingolon,Kg.Torongkongan,Kg.Barambangon/Kitobu,Kg.Rampai/Morolobou dan sebagainya mungkin lebih dari cukup wang tersebut ataupun berikan wang tersebut kepada penduduk miskin tegar).Jadi di sini timbul pertanyaan di mana kah relevant nya BN.

    Maaf sekiranya pendapat ini menyentuh mana2 pihak.

    Tanak Rungus

    Shallom.

    ReplyDelete
  46. Tuan Anony..Bertanyakan pula, keyakinan tuan dengan kerajaan baru yg tuan maksudkan.. ada ka tuan pasti mereka (pemimpin parti tersebut)ada bukti lebih baik dari pemimpin BN yang sekarang atau ka disebalik.. Pada saya belum ada pemimpin negara yang lain dapat mengatasi pemimpin sedia ada sekarang ini.. Bercakap tidak serupa bikin tuan..Untuk rasisme saya fikir ada pendekatan atau jalan mengetengahkannya.. Bercakap tentang pembangunan kerajaan barupun belum tentu dapat menurap jalan2 yang tuan sebut tadi dalam satu masa.. Semoga pemimpin (politik) berkaitan dapat membaca keluhan tuan ini.. And pada saya, adakah pemimpin kita telah duduk semeja penuh protokol dengan Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia untuk menyampai kekurangan dan kegagalan pembangunan khusus di Matunggong ini? Melalui suara saja tidak cukup and kurang power mungkin waktu kempen ya memang efektif tetapi selepas itu follow hitam putih; justifikasi yang meyakinkan semua keperluan, gariskan prioritasnya, libatkan jabatan dan kementrian, tiada jawapan ajukan lagi lebih agresif..

    Itu saja pendapat saya tuan Anonymous..

    ReplyDelete
  47. Salam sejahtera Tuan TA,

    Mengenai pertanyaan tuan adakah saya mempunyai keyakinan mengenai kerajaan baru ya saya mempunyai keyakinan.Berdasarkan dengan situasi semasa.Mengenai perkara cakap tida serupa bikin pula saya rasa itu adalah dakwaan mereka yg hanya sekadar mengikuti cerita melalui media arus perdana dan mungkin hanya 123 orang barangkali yg cakap tidak serupa bikin.Seperti juga beberapa pemimpin kerajaan yg ada sekarang ini.Ini kerana saya pernah berada di salah sebuah negeri yg diperintah pembangkang selama 2 tahun sebelum saya balik ke Sabah.saya melihat dan mendengar melalui sahabat2 saya di sana perkembangan di negeri tersebut amat memberangsangkan dan kebanyakan mereka menyokong kerajaan tersebut.Cuma terlalu banyak cubaan untuk mengagalkan usaha parti tersebut untuk membangun dan mentadbir negeri tersebut tapi mereka masih mampu untuk bertahan dan mendapat sokongan mejoriti rakyat di negeri tersebut.Mengenai hal penurapan jalan yg saya sebutkan mungkin tida mustahil jika diberikan peluang parti yang saya maksudkan ini untuk memerintah.Ini kerana jika parti ini memerintah ia akan mengembalikan 20%/30% royalti minyak/hasil minyak dan hasil2 lain kepada kerajaan negeri jadi ini secara tida langsung menambahkan modal kerajaan negeri untuk membuat pembangunan dan tidak perlulah mengharapkan bantuan modal dari kerajaan persekutuan(Secara tidak langsung mengeluarkan negeri kita dari label sebagai negeri termiskin pada hal kaya hasil bumi).Pada pandangan saya pemimpin kita tidak boleh dipersalahkan dalam hal2 follow up ini kerana mereka juga tidak mahu hanya jadi YB untuk 1 penggal sahaja,mungkin mereka telah lakukan semua benda yg TA sebutkan tetapi seperti yang saya katakan banyak projek2 pembangunan hanya pada kroni.


    Shallom
    Tanak Rungus.

    ReplyDelete
  48. Tuan Anon.. terima kasih tentang respon tuan.. saya ingat mentaliti rakyat Matunggong berbeza sikit dari penduduk negeri yang tuan pernah bertugas..sebenarnya sayapun tahu sangat cerita keadaan politik d seberang sana.. terutamanya d negeri Perak dan Kelantan. Mereka di sana boleh dikatakan 50-70%% boleh mengetahui keadaan politik semasa melalui IT kerana media IT amat membawa positif atau negatif kepada pemikiran yang saya katakan pelampau atau ekstrimis.Soal graduti minyak saya ingat bukan semuda itu jikapun boleh dipertimbangankan perlu kelulusan melalui parlimen.. Tentang pemimpin saya mahu pemimpin kita lebih berusaha Work Out lagi menjayakan pembangunan2 yang patut demi bangsa. Tidak dinafikan memang mereka sudah berusaha tetapi adakah Ketua Menteri Sabah atau Perdana Menteri Malaysia sudah pernah datang di Matunggong merasmikan satu projek mega? Pulau Banggi PM sebelum ini pernah mendarat dan merasmi projek agropolitan.. Harap tuan atau siapa sahaja membaca kata2 saya ini tidak tersinggung.. sebenarnya kita satu tujuan iaitu membangun bangsa kita. Jika arahtuju tuan sekarang sangat meyakinkan teruskan. Saya open minded dan positif sahaja.

    ReplyDelete
  49. Kinoruhangan...

    Saya bukan penyokong mana-mana...jadi pendapat saya mungkin sedikit berbeza. Pada saya, sudah sampai masanya pengundi bukan saja di Matunggong tetapi di seluruh Malaysia harus adalah alternative. Selama ini BN saja yang menjadi pilihan rakyak...kalau ada pun tidak lah sekuat mana. Sekarang wujud pilihan lain yang mungkin ada peluang iaitu PR. Di semenanjung pada PRU Mac 2008...BN kalah..tetapi diselamatkan oleh SABAH dan Sarawak. Oleh itu pada saya kewujudan alternative iaitu Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Konsepnya mudah sahaja iaitu kalau kedua-duanya bersaing untuk meraih sokongan dan sudah tentu mereka berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik...jadi yang untung adalah rakyat. Kalau hanya satu parti (BN) sahaja yang berkuasa...maka akhirnya rakyat tidak dapat kebaikan maksima. Jadi fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete
  50. Tuan Madjabou, adakah maksud tuan kedua-dua pihak tadi berkongsi kuasa? Pada saya sememangnya kerajaan semasa patut kita sokong.. Bakal kerajaan yang bercita-cita mengambil alih nanti perlu membuktikannya.. Kedua-dua pihak (BN n PR) janganlah sekadar memenagi hati pengundi sja.. Sekadar cetusan hati tuan madjabou.. saya tahu tuan sudah bersedia memimpin.. cuma diingatkan kepada tuan madjabou tolonglah perbaiki jalan turap di kampung saya hehehe..

    ReplyDelete
  51. Tuan TA...tidak! Maksudnya ialah PR harus diberi peluang. Kerana BN sudah lama memerintah tetapi jalan dikampung tuan tidak juga berturap...bukankah???? Saya tidak kata saya penyokong PR...saya juga seperti tuan TA..penyokong kerajaan yang ada..kurangnya ialah saya hanya pengundi yang mula berfikir logik...manakala tuan mungkin berpeluang jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  52. Tuan Madjabou.. dekat sudah tuan membuat kenyataan ba ini, kan? Tuan bilang tidak sokong mana2 parti ai tuan terang2 cakap mau kasi menang PR bukan tuan ka minta sokongan sudah ini, ahh? Tuan logot2 jadilah seorang yang positif..jangan marah ahh, tuan.

    ReplyDelete
  53. Salam Sejahtera Saudara Madjabou dan TA, pandangan tuan-tuan adalah pandangan yang amat sihat. Sesuai dengan amalan demokrasi kerana kita bercakap berlandaskan fakta apa yang kita lihat dan kita rasa, bukan bermain dgn andaian semata. Saya percaya kita bercakap demikian kerana menyedari betapa kita inginkan satu perubahan di Matunggong. Bukan kah begitu tuan-tuan.

    ReplyDelete
  54. Tuan TAL..Salam Sejahtera, terima kasih pujian tuan. Pada saya biar kita penyokong apa partipun, ka tiada parti atau seorang individu biasa diminta supaya jangan emosi membuat kenyataan atau pendapat. Sebab segala apapun kita percakapan kita dalam blog ini menjurus sahaja kepada pembangunan bangsa kita. Justera, walau kelihatan bertikam lidah asal maksud message tu positif itu namanya variasi komunikasi.Teruskan idea2 yang membangunkan bangsa kita.

    ReplyDelete
  55. Tuan TA saya juga berfikiran seperti tuan kerajaan yang berkuasa sekian lama sehingga sekarang ini perlu disokong,akan tetapi mungkin saya dan tuan sendiri telah lama menyokong kerajaan ini,dimanakah hasilnnya sokongan kita itu tuan?sehinggakan jalan di kampung tuan sendiri pun tidak diperbaiki sekian lama.berbaloi kah sokongan tersebut?lain pula halnya mengenai belanjawan yang diumumkan baru2 ini tercapaikah misi kerajaan membantu golongan bangsa kita dari kepompong kemiskinan yang diumumkan pada belanjawan sebelumnya.?"kita fikir2 kan hal ini".Apa yang lebih diutamakan oleh kerajan mahu membina menara 100 tingkat berbaloi kah ini?sedangkan rakyat nya sendiri masih banyak yang berada di tahap miskin tegar,tetapi mahu mununjuk-nunjuk kononnya maju.Saya mahu tuan menilai sendiri mengenai kenyataan ini.
    Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.Perdana menteri berkata, “di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara.”
    "Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka.Keseluruhan projek ini bernilai RM5 bilion, di mana, menaranya dijangka akan siap pada tahun 2015,” kata Dato Sri Najib.Pembinaan Menara Berkembar Petronas pada 1990-an dengan sendiri telah menelan kos RM6 bilion.ia tidak termasuk kos tanah sebanyak RM900 juta, taman KLCC RM200 juta dan Dewan Filharmonik Petronas yang menelan RM500 juta.
    “Kos keseluruhan lebih RM10 bilion dan ini tidak termasuk kos penyelenggaraan RM250 juta setiap tahun.“Adakah ini (yang dimaksudkan) kemegahan negara? (Juster) adakah kita memerlukan satu lagi menara 100 tingkat di Malaysia?”Peruntukan sebanyak RM5 bilion yang dicadangkan untuk projek menara Warisan Merdeka boleh digunakan untuk membina 1,667 sekolah pada kos RM3 juta setiap satu."Tetapi tidak, yang itu tidak penting. Tetapi, apa yang penting ialah menunjukkan elemen mega,”

    Tanak Rungus.

    ReplyDelete
  56. Saudara Tanak Rungus...MK mengalu-alukan saudara menghantar artikel berkaitan isu ini (menara 100 tingkat Warisan Merdeka)agar menjadi topik perbahasan/perbincangan. Hantar artikel anda melalui ruangan yang telah disediakan dibawah blog ini - Editor

    ReplyDelete
  57. TUan Anonymous - Pada pendapat saya 100 tingkat bangunan itu bagi pemimpin Malaysia kini adalah tanda kemegahan dan kejayaan negara. Pendekatan ini lebih kepada mengiklankan kelebihan negara Malaysia di mata dunia. Tak salah akan tetapi benarlah keluhan tuan tu kalaulah 5 billion d guna membangunkan kampung wah alangkah baiknya.
    Justeru, kita juga jangan berhenti menyuarakan kepincangan kesimbangan pembangunan. Saya makan gaji dengan perintah sekarang of course sya taat dengan majikan easy as that. Tuan Anonymous jika kerajaan yang tuan harapkan menjadi akan menjadi kenyataan nanti ba, apa lagi tuan.
    Saya harap tuan positif..teruskan saja perjuangan tuan. Sekali lagi objektif perjuangan kita sama sahaja. Selamat berjaya tuan.

    ReplyDelete
  58. Salam sejahtera. mad aransak tantu mai. pendek kata aramai tiii isu YB. Saya berpendapat bahawa kalau kita berminat untuk memberikan peluang kepada PR untuk berkuasa suasana politik kita di sabah ini tidak berubah seperti sekarang. Justeru, kalau kita memberi peluang kepada pembangkang lebih baik kita beri peluan kepada parti pembangkang yang ditubuhkan di sabah mcm BERSEKUTU, SAPP dan kemungkinan ada lagi parti baru. Makasih...

    ReplyDelete
  59. Salam Sejahtera Raja Yomog,Memang betul apa yg tuan katakan bahaw ada lah lebih baik untuk kita memberikan peluang kepada parti Pembangkang yg ditubuhkan di sabah seperti SAPP,Bersekutu dan sebagainya.Tetapi pada sudut pandangan saya masih tidak bermakna jika kita berkuasa hanya di negeri kita dan kerajaan pusat masih dikuasai oleh BN/UMNO jadi adalah lebih baik bagi saya kita berikan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana ianya melibatkan seluruh Malaysia.Secara amnya kita semua pun tahu bahawa BN/UMNO ini pun bukan berasal dari negeri SABAH.UMNO masuk ke Sabah pun hanya melalui USNO di mana Tun Mustapha membubarkan USNO dan memberikan laluan kepada UMNO kerana UMNO berjanji akan membela nasib rakyat Sabah,Tetapi apa yg terjadi hanya janji2 kosong UMNO pada masa sekarang ini pun masih ramai anggota2 USNO yang setia pada perjuangan parti tersebut ingin menghidupkan kembali USNO kerana sudah bosan dengan karenah UMNO itu sendiri.Seperti kes yang berlaku baru2 ni dimana veteran UMNO sabah Datuk Karim Ghani yang seangkatan dengan Tun Mustapha yang bertanggungjawab membawa UMNO ke Sabah pun sudah keluar dari parti tersebut.

    Tanak Rungus

    ReplyDelete
  60. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  61. Saya tertarik dengan komen Jangan Salahkan YB sarapin.. memang benar kita tidak boleh menyalahkan beliau dengan kelembapan pembangunan di kawasan kita. Ini mungkin disebabkan oleh faktor2 yang kita tidak ketahuhi. Tapi apa yang rakyat kesalkan adalah sejak bergelar YB, En Sarapin tidak pernah kelihatan lagi, di Manakah beliau menghilang? atau mungkinkah beliau kini sengaja melarikan diri jauh jauh untuk menikmati gajinya sebagai seorang YB. Sejak En sarapin bergelar YB, masyarakat di Kampung terutama sekali kampung yang jauh dari Pekan Matunggong seperti Kg Sungoi, langkon, bukit lalang, mangaris, wanie, tagaroh, pinatau dan kampung yang dulunya menjadi kubu kuat en sarapin kini merindui pemimpin mereka yang hilang entah kemana..... demokrasi bermaksud pemimpin yang dipilih di kalangan rakyat untuk memimpin rakyat,,, malangnya maksud demokrasi yang ringkas ini tidak ada pada sarapin, bukan kemajuan atau kekayaan yang kami inginkan tetapi seorang pemimpin yang sentiasa ada untuk rakyat meluahkan segala masalah yang mereka hadapi. kasi sedar tidak semua masalah yang dihadapi dapat diselesaikan oleh seorang yb tetapi sekurang kurangnya yb mendengar dan mengetahui apa yang dirasakan oleh rakyat. Sarapin,,,, cukuplah ego mu itu kerana kami memerlukan kamu mewakili kami bersuara, cukuplah kerana kami mendambakan pemimpin yang membimbing kami, cukuplah kerana kami memerlukan kamu sebagai pelita kami jika tidak hancurlah kamu bersama sama dengan kamu pada PRU yang akan datang. sekian

    ReplyDelete
  62. jangan banyak komen...tukar sarapin..minta jalani bertanding kita tingo taring c kawan ini

    ReplyDelete