Followers

Monday, August 23, 2010

SAMORA - Saranan pengujudan Biro Bantuan Guaman.




Saranan untuk menubuhkan Biro Bantuan Guaman (BBG) oleh Presiden SAMORA, Ybh. Jelim Dazangap (Jelani Hamdan) untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan terutama penduduk luar bandar di Matunggong dan sekitarnya amat dialu-alukan.

Walaupun hanya merupakan cadangan awal, ramai beranggapan penubuhan BBG tersebut amat wajar jika ada badan-badan tertentu yang sanggup menggembling tenaga dan kepakaran sehingga cadangan tersebut menjadi realiti.

Jelim Dazangap juga berkata dalam laman facebooknya, SAMORA juga berhasrat untuk menubuhkan Biro Aduan Rakyat bagi menangani pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.

Saya muaturun kenyataan beliau dibawah ini sebagai renungan kita bersama.

Salam/selamat pagi. Kes senjata api di Kudat kemarin ditangguh lagi ...now, pelajaran drpd kes ini, sudah sampai masanya persatuan/badan2 NGO wujudkan 'biro bantuan guaman' sendiri. Penduduk2 di luar bandar amat perlukan nasihat guaman seperti kes tanah2 yang 'dirampas' oleh syarikat2 besar, kes hak sebagai pengguna...

Tobp. JFS, mungkin skg takda masalah tapi manala tau kalau di masa akan datang tiba2 kerajaan nak ambil mcm kes pengambilan tanah di sebelah nangka/lokoton (kes pembinaan empangan). Tiba2 projek 'muncul', penduduk kg terkejut dan tak bersedia. Sampai skg blm selesai isu pampasan , rumah dll. Kita akan wujudkan Biro Aduan Rakyat/Suara Rakyat dalam Samora nanti untuk mendengar keluhan rakyat dan mencari jalan penyelesaiannya.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

18 comments:

  1. Huh..Terharu pula bila penulis gunakan nama Jelim Dazangap. Semoga cita-cita tuan Jelani Hamdan untuk membantu orang yang tidak mampu dalam soal perundangan akan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  2. Tobpiani Rungus Tulen. Hehehe..orang di kg saya lebih selesa panggil nama saya Jelim. Saya juga suka dengan nama/panggilan tersebut. Sebenarnya tak adapun dalam al Qur'an yang mewajibkan agar seseorang yang nak memeluk agama Islam 'mesti' tukar nama kepada Ahmad, Daud, Mohamad dll. Yang ada hnyalah tuntutan agar nama2 anak2 kita hendaklah diberi nama yang baik dari segi ertinya. Sebagai contoh, tidak digalakkan memberi nama seperti Zainah, Azzina dll kerana kalau dalam bahasa Arab kedua2 perkataan tersebut mempunyai maksud yang tak baik iaitu Penzina. Begitu juga dengan Bible tak juga mewajibkan penganut kristian menukar nama dari Majius kepada Mathew misalnya. Nama2 seperti Tarik Aziz, Amil (Emil) Lahud adalah nama2 dalam Bahasa Arab tetapi mereka beragama kristian. Nama Jelim Dazangap hanyalah bertambah kepada Jelani Hamdan (Bukan ditukar) dalam kad pengenalan kerana 'keadaan/kurang pengetahuan' pada masa itu. Apapun saya tetap Jelim Dazangap @Jelani Hamdan yang lahir dari etnik Rungus dan bukannya 'Masuk Melayu'.

    ReplyDelete
  3. Syabass tuan JD/JH kerana mengilhamkan penubuhan Biro Aduan Rakyat SAMORA. Lihatlah betapa pentingnya Biro Aduan Rakyat MCA dan begitu juga pentingnya Biro Aduan Rakyat Samora jika benar2 dapat diujudkan. Sya percaya orang kita cukup kepakaran untuk mengendalikan biro Aduan Rakyat itu nanti. Tahniah.

    ReplyDelete
  4. Tobpinai TAL. Dengan pengujudan Rungus Cultural Association (RCA) Samora bolehlah memberi tumpuan aktiviti2 lain yang lebih 'heavy'. Selama ini Samora lebih menumpukan aktiviti2 yang berbentuk kebudayaan. Biro Aduan Rakyat Samora (BISA) akan kita lancarkan semasa program Forum Halatuju Rungus II selepas hariraya puasa ini. Kita harap BISA akan lebih 'berbisa' dan bermanfaat kepada rakyat kawasan kita. (JH)

    ReplyDelete
  5. Maaf silap taip..sepatutnya TSM dan bukannya TAL. Kebetulan tengah pogizon dan demam ni tapi kena jawab juga komen2 sahabat2 samaad di Blog ini atau di Facebook.(JD/JH)

    ReplyDelete
  6. SYABAS tuan JD, beginilah baru ada komitmen. Bila telti sumbangan2 blogger Gazo Tulu, saya rasa beliau ini hebat juga, banyak perkara yg beliau tulis dan malatup termasuklah memanggil JH sebagai JD kembali. wlpn beliau cakap tidak tinggi sikul, tapi nampak macam berpengetahuan. Teruskan GT. Macam saya kenal siapa GT ini...biarlah rahsia hehe.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih EQ dan Sepuluh 3. Sakit sikit2 saja ba EQ, baiko pogizon om mad lumonit sid sibak mato, menyebabkan demam terus. Tapi dalam dua tiga hari ni ok lah tu. Sepuluh 3 ni macam Dato siti Nurhaliza pula..biarlah rahsia...hehehe. Sayapun turut kagum dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang Gazo Tulu ada ni walaupun GT kata dia 'tidak tinggi sikul'. Tinggi sikul bukan bermakna ada ijazah dan diploma semata2. Kadang2 sijil dan degree yang 'berjela2pun' tak boleh lawan orang yang berpengalaman dan berpengetahuan. Saya ambil contoh diri saya sendiri, kalau saya imbas kembali semasa tahun pertama hingga ke tahun ke 5 saya jadi peguam , saya kadang2 rasa lucu dan geli hatipun ada. Apa tidaknya asal masuk Court saya berapi2 nak 'bantai' peguan lain termasuklah senior lawyer...tapi senior2 lawyer pula relax dan tenang berhadapan dengan saya. Saya agak beruntung kerana pada masa itu saya dibimbing oleh peguam kanan di Sabah iaitu Richard Malanjum(RM) (Sekarang Tan Sri dan Hakim Besar/Ketua Hakim Borneo). Setiap kali saya masuk court, RM ingatkan saya untuk tenang dan ambil perhatian sepenuhnya pihak lawan dan Hakim. Itu pengalaman dalam Mahkamah. Ada satu pengalaman yang kita tak dapat dalam buku mahupun di mahkamah iaitu pengalaman bergaul dengan masyarakat/rakyat. Tiada satu buku atau professor yang boleh 'menandingi' atau mengalahkan kelebihan ilmu pengetahuan yang kita perolehi dari pergaulan kita dengan rakyat. Mereka yang berpendidikan tinggi mungkin ada kelebihan dari segi teori tetapi belum tentu dari segi praktikalnya. Sebagai contoh, saya 'berehat' sekejap dari mengambil kes2 mahkamah dan menumpukan politik selama lebih 20 tahun . Apabila saya aktif semula sebagai peguam sejak 3 tahun yang lepas, saya dapati, lagi mudah bagi saya 'berdebat/berbahas ' dalam mahkamah hasil dari pengalaman dan pengetahuan saya semasa aktif dalam politik dan kerja2 kemasyarakatan . Pendek kata jangan under estimate orang yang tidak 'tinggi sikul' , mungkin 'sikulnya' melalui pengalaman kalau dibukukan boleh dapat double Phd!. Mengenai identiti GT pula, saya sendiri pun tak dapat teka siapa...apapun, seperti Sepuluh 3 kata BIARLAH RAHSIA....supaya komen2/pandangan2 yang GT, juga lain2 komentar dalam blog ini betul2 komen/pandangan yang adil dan membina dan tak dipengaruhi oleh sesiapa.JD(JH)

    ReplyDelete
  8. Tahniah JH atas cadangan momuka dot khidmat guaman sid kawasan Matunggong...banal ko good idea ino...

    ReplyDelete
  9. JH..bai duatan...kuran ogi rontob it usaha dikou dot momuka Khidmat Guaman sid Matunggong? Tu banal ko avantang ino...

    ReplyDelete
  10. Slamat sosodop Tobpinai Madjabou, duvo minggu nakatalib noporisaku ogi tempat dau sid kadai Matunggung. Kita mulakan operasi dalam bulan Oktober setelah Notis kpd Mahkamah Tinggi dibuat. Ianya akan beroperasi sebagai Legal firm tapi lebih kepada Biro bantuan guaman...kita test dulu setakat mana sambutan orang ramai. Mengenai kritkan Anonymous yang berbunyi skeptikal terhadap segala perancangan Samora, itu hak dia...saya tak salahkan beliau kerana mempunyai pendapat sebegitu rupa. Yang penting saya tetap akan cuba yang terbaik untuk Rungus...jangan sahaja sesuatu persatuan yang dikaitkan dengan nama Rungus seperti Investment arms, koperasi, club etc awal2 lagi dah mengutip ' dana' atau rukut dari orang2 kita tapi ntah ke mana ditujukan atau dibelanjaan wang tersebut. Kita juga tidak
    pernah menggunakan nama Rungus untuk memohon bantuan atau projek dari kerajaan selama ini kecuali bantuan sebanyak RM5000 yang didermakan oleh Lembaga kebudayaan Sabah semasa Magahau 2009 yang lalu . Jumlah RM5000 tak sampaipun 10% dari jumlah perbelanjaan Magahau 2009. Biar lambat tapi selamat ...itu trend kita dulu tapi kali ini saya dah katakan yang kita kena agresif dan 'naikkan speed' sikit supaya kita tak ketinggaan . Saya selaku Presiden Samora mengakui bahawa saya seorang tak akan dapat mengerakkan sebarang aktiviti jika tiada bantuan dan sokongan dari orang ramai. Saya berharap saudara Anonymous dan orang ramai menyertai Samora . Kalau tak suka atau tak yakin kepimpinan saya, boleh vote me out ataupun saya rela berundur. Masaalahnya kebanyakkan orang2 kita ' lebih' suka bercakap di luar tapi tak berani menyahut cabaran (bukan semuanya). Kita kurangkan bercakap, lebihkan usaha dan yang paling penting kita kena bersatu. Sayapun akan kurangkan 'bercakap' dalam blog ini...nanti ada yang marah pula kalau banyak sangat artikel tentang saya atau Samora....Apapun saya kena jawab jugakan kalau ada soalan. Betul tak tobinai EQ/Madjabou.(JH)

    ReplyDelete
  11. Terima Kasih JH,

    Saya bukannya bersifat skeptikal tetapi saya rasa itu yg benar melalui pengalaman dan pengamatan yg saya lalui dan lakukan.Jangan kita cepat melatah macam mana kita mahu maju kalau tidak ada orang yg menegur dan memberikan pandangan.kena tegur sedikit dah tak mahu menulis atau memberikan pandangan macam mana kita mahu buat yg terbaik untuk bangsa rungus.Saya memang telah lama menjadi ahli SAMORA sekitar tahun 1997/1998(Tida tau ada lagi ka keahlian sia tu).Terima kasih kepada EN.JH kerana selepas hampir sekian lama penubuhan SAMORA masih kuat untuk menghidupkan kembali legasi SAMORA dengan penubuhan Biro Bantuan guaman ini.Saya berharap dengan tertubuhnya biro ini ia akan menjadi satu titik tolak untuk SAMORA bergerak lebih laju menuju ke depan(Jangan sampai org cakap hidup segan mati tak mahu).
    Satu perkara lagi yg patut diberikan perhatian oleh SAMORA ialah untuk mempromosikan persatuan ini kepada anak2 muda masa sekarang ini.Ini kerana ramai diantara golongan muda ini masih tidak tahu akan kewujudan SAMORA ini dan peranannya,ini penting kerana golongan muda ini adalah merupakan pewaris di masa akan datang.SAMORA juga haruslah mengetengahkan AJK dan pemimpin yang baik dan bukan hanya mahukan glamour,pangkat dan mempunyai kepentingan sendiri dalam SAMORA.

    Sekian untuk kali ini.

    Tanak Rungus.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih Sdra Anonymous/Tanak Rungus. Saya tak merajuk atau melatah bila ditegur. Yang saya maksudkan dgn 'mengurangkan' menulis ialah 'mengurangkan' kontroversi atau 'kemarahan' orang tertentu terhadap EQ dan bukannya sdra Anonym/ Tanak Rungus. Saya dah biasa dikritik atau dicaci...kalau kritikan itu boleh memperbaiki persatuan atau individu tertentu why not kan. Memang betul sebahagian AJK Samora tak berapa efektif dan hanya menunggu arahan Presiden untuk membuat atau melaksanakan sesuatu program atau aktiviti....ini tak baik untuk diamalkan. Saya lebih suka kalau AJK malah ahli Samora itu sendiri 'kreatif dan proaktif' untuk membuat atau create program tanpa menunggu arahan Presiden atau Majlis Tertinggi Samora. Mengenai keahlian Samora, kita akan kemaskini dan pamerkan di pejabat baru Samora di pekan Matunggong nanti. Untuk makluman ahli2 Samora dan masyarakat Rungus, kita telah memulakan siaran ' Radio Rungus' melalui online. Ianya akan bersiaran setiap hari. Saudara2 bolehlah klik Blog Samora melalui samora. bigforumpro.com.(JH)

    ReplyDelete
  13. Tobpinai JH, Matunggong kini amat memerlukan sumbangan idea Tobpinai JH...Ok juga ni, Stakat ini 'orang' tu tk buat panggilan lagi. Tanak Rungus..selamat datang ke Blog Matunggong Kini.

    ReplyDelete
  14. Tobpinai EQ...kalau dari sudut publisiti, lagi orang marah atau mengkritik sesuatu blog, laman web, artikel malah persatuan atau individu lagi ' bagus' . Orang kritik kerana sayangkan blog ,individu atau persatuan. Kalau dah orang meluat , tak kritik langsung atau tegur bererti blog ,individu atau persatuan tersebut tak ' releven' lagi. Saya suka juga tengok cara Tanak Rungus , Madjabou , GT ,TAL dan lain menegur saya. Cara mereka berbeza tapi matlamatnya sama. Sebagai contoh sdra Tanak Rungus mengkritik ketidakaktifan atau non-performing Samora tapi dalam masa yng sama mencadangkan agar Samora mendekati golongan muda. Bagi saya cara menegur begini baik dan membina. Begitu juga dengan cara Sdra Madjabou yang sesetengah pengunjung blog ini anggap kritikan belaiau agak ' Pedas' .....tapi kadang2 yang pedas itulah yang akan membuka 'selera' orang kalau makan. Manakala GT pula 'nampak ' memuji habis bagi sesetengah orang tetapi tidak kepada saya. GT selalunya membuat komen dengan fakta2nya sekali. TAL pun begitu juga . Beliau memberi 'kredit' kepada seseorang kerana ' merit' pada pandangan beliau walaupun orang itu bukanlah ' kegemarannya' . Pendek kata ' MACAM-MACAM ADA' dalam blog ini yang sudah tentunya akan memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada orang kita dan rakyat keseluruhnya. Mengenai ' Si Pemanggil' yang EQ sebutkan di atas...saya selaku peserta,komentar dan pengunjung blog ini i sould say welcome aboard... mari kita sama menyumbang kepada blog orang kita. Kalau bukan kita siapa lagikan..Jelani tak penting...mungkin idea JH ada yang boleh dipakai atau outdated...di sini lah medan kita bertukar- tukar idea. ...Regards .(JH)

    ReplyDelete
  15. Salam Sejahtera sekali lagi JD/JH.

    Selepas saya memberikan beberapa komen dalam blog ini terdetik di hati saya ingin bertanya dan mengetahui adakah sudah ada badan/biro yg ditubuhkan untuk mengumpul maklumat mengenai orang2 kita(Rungus) yg berada di semenanjung melaysia?
    Jika tidak ada saya sarankan JD/JH dan kita semua memikirkan tentang hal ini.
    Bukan apa tetapi sekurang2 kita dapat mengetahui sendiri adakah bangsa kita ramai yg merempat di sana dan sebagainya(Lakukan Bancian).Oleh yg demikian kita dapat membantu keluarga mereka yg ada di sini(kudat & etc)untuk membawa mereka yg merempat di sana(jika ada lah)untuk kembali di sabah.
    Saya berpandangan demikian keran seperti yg kita ketahui dahulu melalui media ramai2 orang2 sabah yg merempat di semenanjung.Sememangnya ada laporan dari pihak2 tertentu seperti laporan dari badan2 kerajaan yg ditubuhkan untuk mengkaji perkara itu tetapi laporan2 yg mereka berikan adalah "kabur-kabur".
    Jadi adalah lebih baik jika bangsa kita ada bironya sendiri khas untuk orang kita sahaja(RUNGUS).

    Kopivosihan.
    Tanak Rungus.

    ReplyDelete
  16. Kopivosihan om slamat sasarap kumaa sidika Tobpinai Tanak Rungus. Setakat diti aso po biro/badan dot notubuh secara formal/rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini status atau keadaan orang2 kita(Rungus) di Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun sebelum ini kita pernah juga membantu beberapa individu yang menghadapi masaalah seperti kes di ditipu oleh oleh ejen pekerjaan, kes perceraian di Mahkamah Alor Star, kes dipaksa menjadi GRO dll secara adhoc basis. Selalunya Samora akan berhubung dan bekerjasama dengan pihak gereja di semenanjung yang mana ramai orang kita berkhidmat samaada secara full time atau secara sukarela. Samora bercadang menubuhkan cawangan di Semenanjung untuk tujuan tersebut di masa akan datang. Anyway its a good suggestion Tanak Rungus. I must say thanks to u Tanak Rungus. (Jd/JH)

    ReplyDelete
  17. Torima Kasih JD/JH....

    Salam matunggung kini.

    Satu pendekatan yg bijak,Memang tidak dinafikan salah satu langkah yg terbaik untuk mendekati bangsa kita di semenanjung adalah melalui gereja yg ada di sana.Ini kerana selama beberapa tahun saya di semenanjung saya dapati kita akan dapat mengenali dan berjumpa dengan begitu ramai orang kita di sana melalui gereja(Tidak semua tapi Kebanyakannya).Tahniah kepada JD/JH & SAMORA kerana mampu membantu individu(orang Kita/Rungus)yg mengalami masaalah di semenanjung.Harapan saya di sini dengan adanya cawangan SAOMRA ini di semenanjung masa akan datang maka lebih terbela lah nasib orang kita di sana.

    Thanks
    Best Regards,
    Tanak Rungus.

    ReplyDelete