Followers

Wednesday, December 15, 2010

Berman Angkap Tubuh Parti Baru

Tindakan mantan Presiden parti Bersekutu, Berman Angkap menubuhkan parti baru yang diberi nama 'Sabah People Front Party' (SPF) atau Parti Barisan Rakyat Sabah, menjelang pilihan raya akan datang (PRU13), merupakan satu tindakan yang positif memandangkan prestasi Bersekutu yang pernah dipimpin oleh bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Mohd Salleh dilihat tidak lagi relevan untuk beraksi di gelanggang politik Sabah yang dijangka akan berhadapan dengan situasi politik yang lebih mencabar berbanding dengan PRU12 lalu. Ujian demi ujian telah dilalui oleh parti Bersekutu sejak parti itu ditubuhkan namun parti itu tetap gagal menambat hati rakyat Sabah. Jika Bersekutu kekal sebagai sebuah parti yang hidup segan mati tak mahu masih cuba bertahan sehingga pilihan raya akan datang, pemerhati beranggapan Bersekutu hanya membuang masa. PRU 13 lalu menyaksikan kesemua calon yang mewakili Bersekutu kehilangan wang pertaruhan mereka.

Berman Angkap ketika menghubungi Matunggong Kini malam tadi memberitahu bahawa SPF telah pun diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Beliau akan mengemukakan sijil pendaftaran tersebut kepada wartawan sebaik saja beliau mendarat di lapangan terbang terminal 2 Kota Kinabalu pada 2.30 petang ini, 15.12.2010.

Mengenai dengan parti Bersekutu, Berman Angkap yang juga Presiden SPF berkata, parti Bersekutu telah pun dibatalkan pendaftaranya berkuatkuasa 8hb Disember lalu. Nama-nama besar dalam arena politk Sabah yang telah menyertai SPF akan diketahui semasa pelancaran parti itu nanti yang akan diadakan samada di daerah Kudat atau Kota Marudu dalam masa terdekat ini, katanya.

Masih terlalu awal untuk membuat andaian sejauh mana kemampuan SPF yang diterajui oleh Berman Angkap pada kali ini untuk bersaing dengan parti-parti politik yang sedia ada di Sabah. Bagaimanapun Berman Angkap bukan saja telah menyahut cabaran sesetengah pihak yang mengkehedakan beliau (Berman Angkap) menjenamakan semula Bersekutu yang dilihat masih dibayangi oleh bekas Presiden Parti itu, Datuk Harris Mohd Salleh, malah beliau dengan berani menubuhkan sebuah parti baru. Kita tunggu dan lihat…

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

10 comments:

  1. Saudara EQ terima kasih atas keprihatinan terhadap penubuhan SABAH PEOPLE FRONT PARTY cuma kalau boleh tambah maklumat lagi,termasuk organisasiSPFP.ok

    ReplyDelete
  2. Samora 1,

    Saya amat bangga kalau ada 20 orang macam saudara Barman.

    ReplyDelete
  3. org mana ba si pinsan Barman ini dan apa bangsa dia.?

    ReplyDelete
  4. Samora 1, Saya juga turut berbangga dengan beliau. Sdara Berman bagi saya adalah seorang pemimpin yang tahan uji. Sanggup mempertahankan parti yang diterajuinya sekalipun beliau akhirnya membubarkan Bersekutu. Nak harap 20 orang semacam Berman? rasanya, agak payah untuk menemui sepsis seperti beliau, yang ramai dan yang banyak adalah pemimpin yang sanggup peralatkan orang lain untuk kepentingan peribadi dan politik. Tapi kan namanya juga politik. Sdra Osukod..Sdara Berman Angkap adalah anak jati Kg.Kitobu/Barambangon Kudat, berbangsa Rungus tulen dan kahwin dengan orang Rungus juga, itu yang saya tahu dari kawan saya.

    ReplyDelete
  5. Avantang tapi pulitik tatap perlu duit, setakat ini pendokong SPF nyata dari keluarga "Angkap Kitobu" saja. Kita tak pandang rendah semangat perjuangan mereka dalam pulitik TAPI semangat saja tak cukup mesti ada sokongan kekuatan Wang, Pengaruh dan tuah. Sebagai rakan sesuku(pernah duduk bersama menikmati ubat cap harimau) saya tau la kekeuatan RM saudara ini dan kita juga tau pengaruh mereka setakat ini. Dengan sumber yg ada setakat ini SPF perlu KEAJAIBan utk menghadapi PRU13 yg semakin hampir. Apapun saya ucapkan Tahniah, Good luck terutama kepada Saudara Santain Monurun kawan seasrama saya dulu yg menjadi Setiausaha SPF. Merry X'mas & Happy New Year 2011 kepada semua terutama Tuan EQ.

    ReplyDelete
  6. Selamat datang kembali Sdra GT. Terima kasih kerana memberikan sedikit pandangan mengenai penubuhan SPF. Saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut hari natal dan tahun baru 2011 kepada sdra dan (keluarga)

    ReplyDelete
  7. Tahniah Saudara Barman Angkap.
    Semangat anda kuat. untuk memimpin sesebuah parti politik, pengaru dan wang adalah penentu kejayaan. Yang lain adalah simpati dari penyokong. Pengaruh bergantung kepada budi bicara kita. Selamat berjuang.

    ReplyDelete
  8. Penubuhan sebuah parti yang diketui oleh anak jati rungus merupakan satu kebangaan orang-orang kita momogun rungus,saya harap kita buat SWOT agar dapat menyokong usaha ini,cuba cari anak jati rungus yang pernah menubuhkan sebuah parti,ya betul memang perlukan duit...mungkin c presiden ini ada sumbernya tersendiri..siapa tahu...cuba kita pikir betul2 jahat sangatkah kalau anak orang rungus menubuhkan Parti...kita anggap dulu positif bo..tq

    ReplyDelete
  9. Sekarang tiada lagi SPF. Berman Angkap telah menjual parti tersebut. Dia sanggup berbuat apa saja demi kerana duit, termasuklah maruahnya sendiri, atau dia sudah bosan dengan parti SPF disebabkan kewangan selalu menjadi punca utama masalah? Hanya dia saja yang tahu.

    ReplyDelete
  10. tidak pandai naik nama dia

    ReplyDelete