Bagi mereka yang pernah berkunjung ke pekan Sikuati Kudat, mungkin pernah melihat pemandangan yang menjijikan lagi meloyakan ini. Sampah sarap yang bertaburan di atas jalanraya bagaikan tidak dipedulikan lagi oleh sesiapa. Apakah Majlis Daerah Kudat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan kawasan pekan ini tidak menjalankan tugas? atau sengaja membiarkan sampah sarap sebagai santapan mata yang amat menjijikan.
Pekan Sikuati yang merupakan laluan dan tempat persinggahan ramai pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke Tanjung Sempang Mengayau (Tips Of Borneo) pasti melihat pemandangan yang memabukan sekalipun tidak minum todi. Diharap pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan membersihkan sampah sarap tersebut agar pekan Sikuati bebas dari pemandangan yang meloyakan.

Widget by [ Tips Blogger ]
Memang perkara seumpama ini, selalu orang-orang kita terlepas pandang..Apabila, ada hebahan mengenai kekotoran disana sini, baru wakil rakyat ka atau YB2 kah mengambil tindakan. Kita 'Jangan' salahkan siapa-siapa, tapi mari kita cuba mengatasinya.
ReplyDeleteKebersihan adalah Tanggungjawab Bersama!
Saya berpendapat satu pendekatan berupa memotivasi kalangan peniaga dan pengguna untuk menyedari tanggungjawab dalam hal ini. Macmanapun agensi berkenaan mengepalai tindakan..Sekadar pendapat peribadi saja..
ReplyDeleteini faktor budaya kerja orang 'B' bah ini dulu pegawai kerja LBK org cina tiada mcm ni. tak caya tengokla Tuaran khususnya Tamparuli yg pegawai kerjanya org B.... kotor ..sampah mcm gunung ba. hehe
ReplyDelete3 hari lalu saya ada melalui kawasan pekan Sikuati. Saya melalui jalan yang terdapat dalam gambar diatas dan syabas saya ucapkan kepada MDK kerana telah membersihkan kawasan ini dari sampah sarap yang bertaburan diatas jalanraya. Diharap juga pengguna tidak sewenang-wenang membuang sampah hanya berdekatan tong sampah yang telah disediakan oleh MDK. Pekerja MDK bukan kuli.
ReplyDeleteorg yg membuang samapah ialah kurang motivast betapa pentingnya kebersihan..
ReplyDelete