Lama sangat rasanya saya berehat dari membuat sebarang ulasan dan pandangan khususnya mengenai pergolakan politik. Bukan apa, sejak PRK Parlimen Batu Sapi yang telah diadakan tahun lalu saya seolah-olah kehilangan minat untuk membuat sebarang ulasan atau pandangan yang kebanyakanya saya timba dari rakan-rakan yang memang otai dalam politik atau paling tidak pun melalui pengamatan saya samada melalui media elektronik atau media alternatif. Hal-hal lain yang masih perlu saya pertimbangkan ialah kemana halatuju sokongan blog ini samada menyokong kerajaan atau menyokong pembangkang pada masa akan datang. Blog Matunggong Kini yang selama ini bersikap atas pagar, tidak berat sebelah kepada mana-mana parti mahu pun pemimpin. Mengkritik dengan cara berhemah dan membina, lalu saya terus berfikir samada konsep tersebut perlu diteruskan atau tidak dan ternyata semua itu membantutkan sebarang cubaan saya untuk menghasilkan tulisan yang berunsur politik.
Sejak saya mula menulis dalam blog ini, nama-nama pemimpin veteran Rungus seperti Datuk Mathius Majihi (DMM), Datuk George Abbah Mengimpal (DGAM) pernah saya ketengahkan yang saya anggap sebagai pemimpin Rungus yang cukup berjasa kepada rakyat Matunggong manakala nama-nama pemimpin ‘baru’ seperti mantan Wakil Rakyat Jornah Mozihim, YB Sarapin Magana, Thomas Arinjamal, Jelani Hamdan, Berman Angkap dan beberapa orang lagi turut mendapat ‘tempat’ dalam blog ini yang saya anggap mereka ini boleh meneruskan kepimpinan terdahulu. Masing-masing mempunyai latar belakang pengalaman dan tahap akademik yang saya kira mampu menjana anjakan paradigma di kawasan Matunggong walaupun mereka yang saya sebutkan di atas mendapat pelbagai kritikan dari pengunjung setia blog ini.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi (bukan demokasi) lambat laun pemilihan untuk menentukan siapa yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai meneruskan kepimpinan terdahulu pasti akan menemui titik penghujungnya nanti. Samda parti pembangkang akan menerajui tampuk pemerintahan negara atau kerajaan yang ada sekarang ini terus berkuasa akan ditentukan kelak selepas saja pengiraan kotak-kotak peti undi selesai pada PRU13 nanti. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Matunggong, samada YB Sarapin akan terus diberi mandat oleh rakyat atau disebaliknya. Dalam kem PBS, pemilihan Ketua Bahagian mungkin diadakan tidak lama lagi. Menurut sumber yang boleh dipercayai ada kalangan pemimpin muka baru dalam PBS Matunggong akan menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian yang kini disandang oleh YB Sarapin Magana. Dan jika ini benar-benar berlaku, apakah YB Sarapin Magana mampu mempertahankan jawatan Ketua Bahagian itu nanti. Saya tidak berminat untuk mengulas panjang lebar mengenai hal ini. Kita tunggu dan lihat.
Apa pun yang berlaku nanti, secara peribadi saya berharap agar kita terus bersatu untuk masa depan Matunggong. Mungkin kita tidak boleh hidup dalam satu bumbung politik atau terlalu mustahil dapat menggunakan kereta dengan jenama yang sama, tapi kita mungkin boleh fikirkan bagaimana kita bersatu walaupun berlainan pandangan politik, berlainan agama dan sebagainya demi generasi anak-anak Matunggong yang akan datang.

Widget by [ Tips Blogger ]
samora 1
ReplyDeletesalam sejahtera sokoviai kinoruhangan, Tq EQ, satu tajuk yg menarik, sesuailah dengan objektif blog MK " sekadar mengasa minda " dan perkongsian pendapat. Tobpinai EQ, menyatukan orang kita dalam politik suatu yang mustahil. tetapi menyatukan orang kita dalam persatuan,pertubuhan,kelab barangkali pada pendapat saya ada sedikit peluang. setakat ini dalam pemerhatian saya,tidak taulah di kampung lain bahawa tidak ada satu pun persatuan/kelab yang ditubuhkan samada diperingkat kampung atau Daerah Kecil Matunggong yang ditubuhkan oleh belia kita kecuali RCA dan Samora itu pun diterajui oleh bekas pemimpin kita. Persoalannya kemana golongan pendidik / ahli profasional kita? yang saya rasa mampu menerajui seterusnya membimbing serta menyatukan belia kita melalui persatuan / kelab atau pertubuhan. Jadi saya hanya membuka laluan minda, Kalau melayu ada PERKASA,India dgn Handraff,Samora berdiri tanpa tiang, RCA kesunyian tanpa teman, KDCA sekadar lolopingon.
Baiko ino.
Tahniah Editor MK tuan memang seorang pejuang paradigma yang inginkan keturunan aki Longuvai dan Runsud "MIISO" dan terus ujud di muka bumi Matunggong . Fakta yuan pada saya satu cetusan minda telus dan boleh di akaif sebagai bahan Sejarah kepada anak cucu kita kelak.
ReplyDeleteSaya dengar2 Pn. Jornah Mozihim juga turut bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian PBS Matunggong. Pertandingan adalah sihat, tapi kenapa tidak beri peluang kepada orang lain untuk bertanding? Bukan kah beliau sudah diberi peluang oleh rakyat Matunggong untuk menjadi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat dulu?..selalunya orang yang pernah kalah dalam pemilihan (Bahagian), akan terus mengalami kekalahan..
ReplyDeleteSalam Magadarun sidikau Tobpinai EQ, lama tak komen dgn serius di MK tapi ka dit basai nga Biano la..Cakap pasal bersatu ini macam kita sudah biasa melaungkannya terutama org PBS, tapi terus terang saya katakan mengikut "pendapat Peribadi saya" Pemimpin PBS di Matunggong ini nampak semakin sukar bersatu. Apa tidaknya, mereka masing-masing dgn kelompoknya untuk agenda masing2 lagi pula itu. Kalau tak percaya tanyalah puak YB dgn Puak Mantan YB sanggupkah mereka berkompromi?, macam tidak. Lain drp itu Pemimpin2 lain yg turut mengintai peluang tidak kurang peranannya menambahkan keserabutan dalam PBS. kalau Begini rupanya, mungkinkah kita tukar selera dulu beri peluang parti komponen BN yg lain di N4. Atau pilihan lain pemimpin-pemimpin PBS di N4 cepat-cepatlah buat muafakat sebelum para penyokong muak dgn anda.
ReplyDeleteWELLCOME BACK sdra GT. MK rindu, GT lama tk buat komen pedas cili padi...Ya hari2 hujan tpi syukurlah sbb sini tiada gempa bumi dan tsunami. Mungkin tsunami politik ada tapi itu pn PRU13 barangkali baru ada. Terima kasih atas komen sdara.
ReplyDelete