Followers

Wednesday, January 25, 2012

Mampu kah PBS mempertahankan DUN N.4 Maunggong pada PRU13 ini??

Mungkin masih terlalu awal untuk berteka teki siapa dan dari parti mana pemimpin yang bakal menduduki ‘takhta’ N4. Matunggong selepas PRU13 nanti. Samada dari pihak kerajaan yakni PBS yang merupakan juara bertahan sejak bertapak di Matunggong atau parti pembangkang yang terdiri dari pelbagai ‘jenama’ dan latar belakang sejarah bagaimana dan mengapa parti itu ditubuhkan. Sedar atau tidak bahang demam pilihan raya semakin terasa kehangatanya walaupun belum ada mana-mana pihak yang memberi kenyataan tarikh sebenar PRU13 diadakan. Jika melihat riak-riak ikan di sungai kita sudah tahu jantan betinanya, begitu juga lah rakyat melihat tindak tanduk kerajaan yang semakin prihatin terhadap masalah rakyat dengan memberi pelbagai insentif, wakil-wakil rakyat yang dulu duduk diam, semakin rajin membuat lawatan, dilihat sebagai petanda bahawa pilihan raya semakin menghampiri kita.

Ekoran dari itu, laman perbincangan mengenai politik yang dibangunkan melalui facebook tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Lebih mengujakan terdapat beberapa pemimpin ‘tebal muka’, pemimpin yang tahan sepak terajang turut mengambil bahagian dalam perbincangan isu-isu panas yang selalunya menjadi topik perbincangan.

Kawasan Dun N.4 Matunggong yang sejak dulu dikenali sebagai salah satu kubu kuat PBS sejak diterajui oleh Mathius Majihi (sekarang Datuk), belum pernah walau sekalipun kecundang ditangan lawan sehingga ramai yang merasa yakin bahawa siapa pun calon yang diletakan di Matunggong tanpa perlu khuatir latar belakang calon tersebut, pasti memperolehi kejayaan yang luar biasa. Apa kah PBS mampu mempertahankan piala kejuaraan sekalipun ramai yang beranggapan perjuangan PBS telah jauh terpesong dari landasan asal? Apakah jawapannya adalah terdiri dari jawapan objektif seperti berikut–

a) Kecundang ditangan parti pembangkang disebabkan calon yang kurang sesuai

b) Kecundang ditangan parti pembangkang disebabkan tiada kerjasama dari komponen Barisan Nasional seperti yang dinyatakan oleh Datuk Mathius Majihi ketika beliau keluar dari UPKO baru-baru ini.

c) Memperolehi kemenangan yang lebih besar disebabkan pemimpin pembangkang masih tidak mendapat kata sepakat sekalipun pada hari pembuangan undi.

d) Menang besar disebabkan parti pembangkang meletakan calon yang tidak dikenali iaitu pemimpin bermusim yang hanya petah berkata-kata setiap kali menjelang pilihan raya.

Mungkin kah diantara jawapan objektif di atas merupakan salah satu kemungkinan yang akan berlaku. Atau masih terdapat jawapan yang paling tepat yang akan menjadi faktor penentu samada PBS masih mampu mempertahankan pengaruhnya di Matunggong? Apa pun semua kemungkinan hanyalah andaian semata-mata. Dihujung jari pengudi lah yang akan menentukan siapa yang berhak menduduki kerusi empuk Wakil Rakyat N.4 Matunggong nanti.

Jika siri pilihan raya lalu dijadikan rujukan, perebutan calon samada di pihak pembangkang mahupun kerajaan pasti akan berulang, malah ramai berpendapat perebutan kali ini mungkin lebih sengit berbanding PRU12 lalu. Diphak kerajaan walaupun perebutan calon mungkin agak sengit namun mereka masih boleh tersenyum lebar berbanding dengan pembangkang yang agar ramai kerana mereka datang dari parti-parti pembangkang yang berlainan ideologi dan berlainan latar belakang walaupun tidak dinafikan tujuanya adalah sama iaitu ingin melihat kerajaan tumbang dan tampuk pemerintahan akan beralih tangan pada PRU13. Jika masalah ini tdak dapat diperhalusi lagi oleh parti-parti pembangkang, sudah pasti kekalahan pembangkang di Batu Sapi tidak berapa lama dulu pasti akan berulang. Mungkin satu bentuk kerjasama dan persefahaman perlu dibuat segera untuk mempastikan pembangkang di Matunggong benar-benar bersatu dan sanggup membelakangkan kepentingan peribadi. Kehadiran PKR di Matunggong sejak PRU12 lalu dilihat tidak banyak membantu, ini mungkin disebabkan timbulnya kesedaran terutama dalam kalangan ‘pengundi baru’ bahawa parti pembangkang tempatan perlu diberi keutamaan untuk mengembalikan kuasa autonomi Sabah seperti yang dicanang oleh pemimpin parti pembangkang tempatan jika mereka diberi mandat untuk memerintah.

Apa pun, cepat atau lambat, pilihan raya pasti akan berlaku juga. Kita cuma berharap siapa-siapa pun yang dipilih untuk menjadi wakil rakyat N.4 Matunggong pada PRU13 ini, akan membawa satu perubahan besar tidak kira lah samda pembangkang atau PBS dan mungkin juga YB Sarapin Magana kembali dipilih sebagai pilihan nombor satu rakyat Matunggong. Sama-sama kita tunggu dan lihat. PRU13 pasti mampu merungkai persoalan kemana halatuju sokongan rakyat Matunggong smada terus menyokong kerajaan atau sebaliknya.

Aritkel saya yang berikutnya akan mengulas serba sedikit mengenai calon-calon yang kemungkinan akan bertanding pada PRU13 nanti dari perspektif orang ramai yang sempat saya temubual. Tunggu.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

17 comments:

  1. Sudah lama saya tidak buat komen disini. Rupanya MK masih terus aktif. Terima kasih kerana masih terus memberi sedikit input yang menarik. Bagi saya siapa pun calon di N,4 Matunggong pada PRU13 ini perlu lah dinilai terlebih dahulu. Rakyat perlu melihat bukan saja pemimpin itu banyak duit, memiliki senyuman manis, pandai bergaul, memiliki kelulusan tinggi tetapi harus juga dinilai latar belakang keluarga pemimpin tersebut. Tiada guna wakil rakyat tu bagus kalau keluarga porak poranda, kita takut nanti masalah keluarga akan mempengaruhi cara mengendalikan masalah rakyat.

    ReplyDelete
  2. Selepas beberapa bulan tuan blog ini tidak menyiarkan artikel tentang politik, tibalah masa beliau untuk menyiarkan semula artikel yang saya rasa mendapat sambutan hangat di kalangan peminat blog ini...
    Perebutan di kalangan parti2 pembangkang sememangnya memberi keuntungan yang BESAR kepada parti kerajaan terutamanya BN-PBS di N4 Matunggong ini. Memang banyak isu yang akan diketengahkan oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan calon kerajaan.. Justeru, parti2 pembangkang di N4 Matunggong ini harus bersatu sekiranya mempunyai keinginan untuk menukar pemerintah... Kita boleh ambil contoh senario politik d Semenanjung Malaysia, biarpun banyak perbezaan ideologi politik tapi untuk menjatuhkan sesebuah parti yang sedang memerintah, mereka sanggup mengetepikan semua perbezaan itu semata-mata untuk memenuhi hasrat mereka. Hasilnya 4 buah negeri mereka dapat rampas dari BN. Secara peribadi, saya berpendapat di N4 Matunggong ini, para pengundinya sudah matang dalam memilih wakil rakyat dalam PRU13 ini. Seandainya pertembungan 1 lawan 1 kemungkinan besar calon BN akan kalah sekiranya pemilihan calon masih lagi ditentukan oleh kuasa LUAR. Pemilihan calon kerajaan haruslah diserahkan kepada penduduk N4 Matunggong sebab mereka lebih arif daripada Presiden atau Timbalan Presiden PBS untuk memilih calon yang paling layak untuk diketengahkan untuk melawan parti pembangkang.

    N4 Matunggong merupakan 'Kubu Kuat' PBS... Ia, mungkin ini slogan yang lepas dan kemungkinan tidak terpakai lagi selepas pejuangan PBS sudah terpesong dari perjuangan asal. Dengan bersekongkolnya YB2 PBS dengan ahli2 koperat dari Semenanjung serba sedikit mengikis kepercayaan penduduk2 N4 untuk mempercayai lagi perjuangan PBS terutamanya pengambilan tanah-tanah penduduk kampung.

    Fikir-fikirkanlah... Terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Sdra RY, Terima kasih kerana masih setia bersama blog MK dengan komen-komen yang bernas dan ilmiah sekalipun agak lama blog ini tidak dikemas kini. Sesungguhnya sya amat menghargai komitmen sdra. Terima ksih sekali lagi.

    ReplyDelete
  4. Salam Thn Baru..Editor MK dan warga sekalian. Tahniah MK kerana terus mencetus n menghidup minda politikus di rantau ini .
    Pada saya kalau sekiranya diberi pilihan 1 juta nilai emas n 1k hektar tanah saya akan pilih tanah.Tanpa tanah di mana kita memulakan aktiviti manusia mala mungkin bertapak dan bersemadi kelak. Hari ini muka surat utama Tan Sri Richard Malanjunan mengetengahkan Hak Pemilikan Tanah Adat wajip dihormati oleh semua pihak dan mutlak dimiliki orang2 kampung. Saudara sekalian marilah membuka mata, menjangkau pemikliran mengatasi 2020 kalau tidak anak cucu kita menjadi pelarian atau penyewa atau pekerja di di tanah adat kampung sendiri. Saya setuju kalau isu ini menjadi bakal keutamaan sahutan suara menjelang PRU13.. Apa caranya mesti diurus tadbir dan diperjuang dengan penuh dedikasi rasioinal sehingga kerajaan/jabatan/pejuang politik berkaitan tidak mampu lagi menidak rintihan penduduk kampung. Kalau pemimpin nombor 1 tdk mampu pertahan hak NCR pasti ada pemimpin yang mampu membantu. Tak perlu politik sangat tuntutan hak NCR akan tetapi biasanya suara politik berbisa dan antara yang paling berkesan ditimbang tara.
    Saya pernah terlibat hingga berjaya membebas sebuah kampung yang dirampas SAFODA dan akhirnya dikembali kepada penduduk kampung..pastinya perlu kesatuan, usaha serta kesungguhan.. Pertahankan la tanah kampung disekitar saudara..Selamat berjuang.

    ReplyDelete
  5. SEBENAR NYA PEMBEBASAN ATAU PERMULAAN MENUNTUT HAK KITA BUKAN BERMULA DARI POLITIK TETAPI BERMULA DARI PERPADUAN DAN PERSATUAN

    ReplyDelete
  6. Persoalan mampukah PBS mempertahankan kerusi N4 Matunggong perlu dilihat dari berbagai sudut pandang pengundi mengikut peringkat umur.Generasi muda berumur 45 tahun kebawah lebih menilai ketokohan calon yang bertanding daripada parti mana ia bertanding. Golongan 60 tahun ke atas mereka ini majoriti akan menyokong kerajaan mungkin juga kerana mereka ada menerima bantuan kebajikan? Oleh itu Presiden PBS harus letakkan calon yang ada karisma dan sangup dan pandai bekerja untuk rakyat, kerana pengundi N4 sudah bijak menilai Salah pilih calon akan terima kekalahan. Mereka yang mengatakan siapa saja calon PBS di DUN Matunggong akan menang adalah mereka yang angkat kaki dan kasih senang hati pemimpin atasan PBS. Mungkin mereka lupa bahawa pada masa ini majoriti pengundi di Matunggong adalah genarasi muda yang tahu berfikir secara rasional dalam menentukan pilihan. TQ

    ReplyDelete
  7. Ya,Kita jangan banyak fikir.Mahu N4 ada perubahan YB lebih baik step down dan PBS bahagian pilih satu antara calon yang terbaik jangan PBS atasan masuk campur.N4 milik kita bukan milik Pairin dan PBS.
    Lebih baik kita berkiblat kat Jepun tak mampu buat yang terbaik step down dan beri laluan kepada pemimpin lain.Jangan sampai hancur baru menyalahkan orang lain.
    Fikir-fikirlah....

    ReplyDelete
  8. My oh my... Bangunlah... Jgn kita terikut2 dgn senario politik sjung. Kita blm lg sampai
    Ke thp itu. Matlamat kita tingkatkn dulu ekonomi matunggong. Kita teramat jauh ketinggalan. Siapa pun pemimpin n4, itulah wakil rakyat kita. Itulh yg bakal bersuara utk kita didlm DUN. ramai sgt yg bercita2 tinggi, beminat mjd hero. Jdkn dulu mtg ini daerah penuh, jdkan dulu prasarana kita yg baik, terutamanya sekolah. Anda2 yg berkemampuan , inilah masanya menunjukan semgat dan cita2 tinggi anda. Kemajuan setiap tpt bermula dr tahap intelektualnya masyarakat di situ. Bkn ada klinik anda sdh maju, ada jln aspalkita.sdh maju tapi kta kan dianggap maju bila ekonomi ktq berkembng. Anda2 bisnesman, tlg lah anak bangsa kamu utk bergerak maju dlm akademik. Buangkan minda pemikiran kuno cemburu, iri hati dan hipokrit itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju..cuma sekarang ini baik dari pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang, terlalu ramai yang ingin jadi hero (bukan Heroin), yang tdk pernah turun padang jengok masalah rakyat pn sudah pandai masuk kampung, mesyuarat itu ini, tapi sampai sekarang masih belum ada tanda2 satu perubahan pn. Pemimpin yang terlalu banyak idea sehingga seminggu pun tidak habis kalau di hurai satu persatu. Semua usaha separuh jalan. Belum pun habis satu, satu lgi idea datang. Pemimpin macam ini susah lah kalau maw jadi YB. Banyak idea tapi terlalu sikit yang terlaksana. Kita tidak maw pemimpin yang terlalu banyak bercakap tapi tindakan kurang...

      Delete
  9. Org2 kita masi lagi macam zaman Datuk Markus- isunya kroni dll.masa YB Atong kata dia YB lompat, masa YB Jornah pun begitu-ada yg mengatakan dia x mesra pengundi terutama lelaki dan urusan YB di Matunggong diwakilkan kpd adiknya tidk ketinggalan juga isu kroni.Dan skrg YBSM-dulu masa pemilihan calon, banyak yg kata dia bagus,dia saja mampu memimpin N4 Matunggong- tapi saat-saat PRU13 tiba, banyak pula yg mengatakan dia mengkayakan kroni dan lemah- kepentingan kroni lebih diutamakan drp rakyat. bagi saya itu penilaian individu dan segelintir golongan yg tidk berpuashati terutama beberapa isu yg tdk dpt diatasi oleh YBSM atas sebab birokrasi barangkali dan melibatkan dasar.perkembgn semasa yg mlibatkan org kita khususnya dlm arena politik ada positifnya. terpulanglah kpd org kita.Saya secara pribadi mengatakan YBSM telah melaksanakan tugasnya dgn sempurna- Cuma berani saya katakan bahawa siapalah suku kaum Rungus ini disisi pemimpin atasan. Diskriminasi dan ketidakadilan sebenarnya masih wujud-perlu diperjuangkan oleh pemimpin politik Rungus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teropong Abu LudinApril 19, 2012 at 3:33 AM

      Sya amat setuju mengenai pandangan sdara tentang YBSM. Beliau bukan tidak menjalankan tanggungjwb sebagai wakil rakyat tetapi benarlah bahawa wakil rakyat Rungus masih dianggap kelas ketiga pada kaca mata pemimpin atasan barangkali. Mungkin mereka merasakan bahawa kita (rungus)tidak mempunyai pilihan selain meminta belas kasihan atau mereka menganggp kita masih perlu dilentur ikut acuan mereka..

      Delete
  10. Salam sejahtera dan salam satu matunggong.

    Dewasa ini banyak pemimpin yang muncul dan cuba menjadi hero menjelang PRU13.Apa lagi YBSM yg pegang kuasa janji ini,janji itu,semua tak menjadi.Begitu juga hentam si anu dan si anu da menjadi trend kita.
    Semakin banyak pemimpin semakin nampak banyak kelemahan orang kita.Kalau dulu sikit pemimpin tetapi berkaliber spt Datuk George Abah,Henry Madatang,Datuk Mathius dsb,itu yang kita mau.tapi malang sekali pemimpin berkarisma tiada lagi dan yang meniadakan itu adalah diri sendiri dan kita semua.
    Apa maksud saya di sini,apabila seseorang ikut politik atau sokong sesiapa mesti ada di sebaliknya iaitu mahu kuasa dan wang.tak nak sokong klu tiada habuan kuasa dan wang.nah inilah senario yang berlaku.Para bloger menekankan bahawa ekonomi matunggong perlu di tingkatkan,itulah yang paling utama.Tapi bagaimana.secara peribadi saya sendiri telah banyak berusaha untuk diri saya sendiri tetapi hasil setakat usaha sendiri dan tak dapat menjadikan matunggong meningkat dari segi ekonomi.
    Pokok pangkalnya bersandar juga kepada pemimpin dan pemimpin itu adalah wakil rakyat.Tapi bagaimana wakil rakyat nak majukan kita kalau syik pentingkan kroninya.Sebagai klu orang kampung kebanyakan yang meminta YBSM dilawat, dia tak ada waktu,tetapi klu KAN Makinsos Nawai,klu Julis Majuntab dan lain-lain yang minta wlu SMS saja YBSM pasti datang sebab ada kepentingan .
    Nah tompinai ngawi,saya bukan menidakkan krediabiliti YBSM jauh dari itu,tapi saya cakap yang nyata dan itu adalah antara sikap para pemimpin kita.
    Kita sebenarnya dalam ketandusan pemimpin yang kita maukan mungkin kalau ada tapi orang tu tak berani bersaing dengan para pemimpin yang bukan pemimpin kerana biasanya orang seperti itu "kibahazan"
    Oleh itu,sebaiknya sama ada pemimpin kerajaan atau pemimpin pembangkang cuba ubah minda kalian kalau nak jadi pemimpin hanya kerana kuasa dan wang,kerana isu-isu ini tak akan ada noktahnya dan yang lebih parah orang kita akan terus terpinggir dari arus pembangunan ekonomi.

    sekian sebagai luahan hati dan renungan bersama'

    ReplyDelete
  11. silent aka new readers ba ni..pure rungus but stayin n livi'n in west msia. Nice Blog here, bleh request buat entry pasal kg pomonsukan ..sbb mcm kurang ni..im sure some of ur readers ni org pomonsukan. TQ.

    ReplyDelete
  12. Satu soalan yang perlu di jawab oleh setiap rakyat di sabah khususnya adalah, jujur kah kerajaan BN/UMNO dalam usaha memajukan sabah dan sarawak selam ini!?. Kalau ya ! Kenapa sabah jauh berbeza dengan malaya. Kalau tidak maksudnya para penyokong PBS=BN=UMNO. Sudahlah tu. Politik bukan agenda untuk mendapatkan kekayaan, bukan juga tempat mencari nama. Fahamilah sesuatu yang lama akan menjadi buruk, bila dah buruk pastinya akan reput. Kalau dah reput dan terus di gunakan kesannya berbahaya kepada pengguna. Dalam soal politik faham-fahamlah sendiri.

    ReplyDelete
  13. personally i agree what decision has taken by jornah to quit PBS. Actually she is a hardworking leader and full comitted to her duty. Here i urge all voters to make a wise choice and make it simple just vote PR candidate and kick sarapin and maximus out of matunggong this GE 13. As you all know at the Nomination centre its looking very clear that BN supporters are less compare to PKR. During Manifesto launching in the evening it was about only attended 500 people altough earlier expected 3000 will come. So it clear that PBS will be losing this coming election. And futher more many of them who are present saying that they just show their face there but finally vote for pakatan.

    ReplyDelete
  14. Bagi saya:
    1) pngundi muda muak dgn promosi / kempen berlebihan BN d media arus perdana
    2) cukup2 lah calon yg suka mjaga kepentingn sendiri dan tiada daya kepimpinan yg unggul dan sya mau juga pemimpin yg mewakili Matunggong ni berilmu tinggi dan punya resume yg hebat

    ReplyDelete
  15. Jawwpanya, Sarapin Magana tdak mampu mempertahankan kerusi N.4 Matunggong kerana rakyat Matunggong sudah muak dgn fitnah2 yg disebarkan melalui media massa kerajaan. Andainya Sarapin bertanding atas tiket Keadilan, sya yakin Sarapin ttp memperolehi kemenangan yg besar...saya suka penampilan Sarapin sbgai wakil rakyat tpi sya tdk suka Bee End..

    ReplyDelete