Followers

Monday, February 8, 2010

Beri peluang anak jati Kota Marudu bertanding Ahli Parlimen pada PRU13

Hari ini saya sempat membaca beberapa artikel lama dari rakan-rakan blogger Sabah, satu yang menarik perhatian saya iaitu hasrat Datuk Dr. Maximus Ongkili yang dikatakan akan mengundur diri dan memberi laluan kepada orang lain pada PRU13 nanti. Saya yakin ramai yang masih ingat ura-ura beliau mengundur diri telah mencetuskan kontoversi yang membawa kepada UMNO Kota Marudu membuat usul dalam mesyuarat UMNO Bahagian, meminta kerusi Parlimen Kota Marudu ditandingi UMNO pada PRU13 tidak berapa lama dulu, sehingga pemuda PBS matunggong mengeluarkan kenyataan menolak cadangan UMNO itu.

Pendapat saya, jika benar beliau (Dr.Maximus) berhasrat untuk mengundur diri pada PRU13 nanti, tindakan beliau adalah satu tindakan yang perlu dihormati. Ini kerana saya merasakan tibalah masanya beliau memberi peluang kepada anak jati Kota Marudu bertanding pada pilihanraya akan datang. Rasanya ramai dikalangan masyarakat parlimen Kota Marudu pada hari ini sudah berkemampuan untuk mengambil alih tugas beliau sebagai ahli parlimen di kawasan itu.

Di Matunggong saja melambak anak-anak muda yang berkelulusan tinggi yang saya kira boleh dijadikan sandaran untuk meneruskan usaha Dr. Maximus. Namun begitu saya tidak sesekali menganggap beliau sebagai seorang pendatang, walaupun hakikatnya beliau dilahirkan di daerah Tambunan dan dibesarkan di daerah Tambunan. Semestinya saya menghormati dan menyanjung tinggi kesanggupan beliau meninggalkan daerah kelahiranya semata-mata ingin melihat rakyat di kawasan Parlimen Kota Marudu tidak terpinggir dalam arus pembangunan. Dr.Maximus telah menjadi ahli parlimen Kota Marudu sejak 1995 sehingga sekarang.


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

19 comments:

  1. Atuk oi, JANGANlah kita mimpi Si Mitimus itu menyerahkan Parlimen KM kpd anak jati KM. Saya kenal ba dia itu. Marilah kita ANAK JATI KM tumbangkan Dia pada PRU13 atas apa lambangpun termasuk Lambang Baru KALAPA DARA berlilit dengan pokok Sawit. Nah apa lagi.

    ReplyDelete
  2. Sebagai anak jati Parlimen KM, saya amat berterima kasih jika YB Maximus dengan rela mengudur diri dan seterusnya memberi peluang kepada anak jati KM. Dusun Tobilung pun sudah ramai yang boleh jadi ahli parlimen. Bagi peluang pada kaum minoriti ini jadi YB.

    ReplyDelete
  3. Dalil Tambunan:
    1. YB Max lawan tauke dulu dgn Pairin
    2. Pairin give up Maxjadi Presiden PBS
    3. Max balik ke Tambunan ganti Pairin
    4. Max jadi Tim. KM
    5. Julita atau suku sakat Max ganti di KM

    ReplyDelete
  4. O mcam itu ka GT..ba kita tengok lah nanti kalau orang pilihan Dr.Max buli menang..sya rsa pru 13 berlainan sikit dengan PRU yg sudah-sudah. Jangan kan orang bandar, orang kampung pun sudah pandai tingok internet...hehe

    ReplyDelete
  5. Aramaitiiiiiiii...! Amai Matunggong.Tokou no Miiso. Imatan po ong biano.

    ReplyDelete
  6. Mad amupo elo tokou mitatabang boi ot kagama dot dodoron tokou dialo.

    ReplyDelete
  7. Antara sikap buruk yang diamalkan oleh wakil Rakyat adalah tidak mendengar ADUAN RAKYAT. Bagi Dr. Max amalan yang hampir sama dengan itu ialah TIDAK BACA PUN SURAT-SURAT YANG DIAJUKAN OLEH RAKYAT.Banyak sudah saya dengar dan ada sekali berlaku di depan mata saya. SUMBUNG BUTUL dia sikarang.....

    ReplyDelete
  8. Tongobpinai pembaca blog. Sama ada berundur atau amu e Dr. Max PRU13 kita tunggu dan lihat saja lah. Cuma saya berpendapat kalau Dr. Max berundur dari Parlimen Kota Marudu PRU13 nanti tidak ada salahnya jika kita beri peluang kepada individu yang pernah jadi Wakil Rakyat kita untuk menggantikan tempat Dr. Max. Secara peribadi saya cadang YBhg Puan Jornah untuk menggantikan tempatnya sebab beliau ini adalah antara pemimpin Rungus yang paling menonjol sekarang. Banyak kebajikan yang dia telah berikan. Antaranya, baru-baru ini dalam blognya, dia mahu mengesan orang-orang Rungus yang merempat di KL. Mana ada pemimpin kita yang prihatin selain beliau. Termasuk YB kita sekarang ini tiada pun usaha beliau untuk menjejaki orang-orang kita yang merempat di KL.

    ReplyDelete
  9. Betul tu Raja Yomog..sia sokong kau punya saranan...kalau orang baru belumm tau lagi macamana dia punya style. Kalau si Jornah ada kesilapan waktu dia jadi YB dulu pun, kita berharap dia nda buat lagi...

    ReplyDelete
  10. Raja Yomog & co, itu nama yang ko cadang tu bagus juga cuma terus terang saya cakap dia kena ubah cara layan org juga:
    1. Hentikan semangat asabiyah/nepotism/cronism/ Bonduknism.
    2. Belajar cakap org pulitik, bukan mcm kira intrest wang di bank.
    3. Lumajau nobo, kadan poholian kodo'ot.
    4. Hiburla penyokong sikit(aramaiti sikit2)
    5. Jaga hati org lain jgn ingat ada kuasa boleh marah org suka hati, sindir org suka hati.
    dan....banyak lagi.

    ReplyDelete
  11. Tobpinai Penyokong Lama, tima kasih komen yang tobpinai berikan dengan nama yang saya cadangkan tu. Ong otopot apo tantu nelaan ku corak pentadbiran dau dino tu siti oku sodu diti. Paling-paling baiko korongou oku habal antad ponong sino di tokou. Atag ogi dati ong yoku ogi gumanti di Max. Hehehe. Misingkavaro bo tongobpinai kavi di kabasa komen ku ti....

    ReplyDelete
  12. saya tidak akan lupa 19 april 2007, saya jumpa mantan yb minta tolong supaya pemasangan elektrik di kg saya dapat diteruskan, tapi apa yang dia cakap "rumah saya sendiri di bonduk pun belum ada elektrik" ada lg cerita yg lebih menarik tp kasi bosou2 dulu. lu fikirlah sendiri...

    ReplyDelete
  13. sdra Anonymous, banal no mako nohoholian ot YB mangambat do rakyat dau dino. Tapi apa pun PRU13 nanti kita pastikan bakal wakil rakyat kita adalah dari orang yang betul2 berjiwa rakyat seperti saudara kita yang kerja Manager di Kota Marudu tu. Beliau setakat ini merupakan antara calon wakil rakyat yang begitu disenangi rakyat.

    ReplyDelete
  14. Bagus lah tu Gayo Mato..tapi buli ka ko sebut itu nama. Kalau mo jadi calon, ndak baik diam-diam. Nati orang bilang calon payung terjun pula kalau dekat2 pilihanraya baru mo keluar minta sokong rakyat..

    ReplyDelete
  15. Macam saya kanal juga bah itu monijol sana Rumah Sakit KM bah itu. Bagus juga dia tu, tak tahulah kalau sudah jadi YB kekal macam itu kah jadi Pakugandang(misiliu-siliu) .

    ReplyDelete
  16. Ooo..yg itu ka Gazo Tulu (Thank for yr info)..Orang tu mmang sya kenal sejak dulu lagi. Kami pernah tinggal di asrama BCCM Kudat dulu. Tidur satu katil (double decker). Cuma dia tidur di bawah, saya tidur di atas. Macam2 ragam. hehe..

    ReplyDelete
  17. Saudara gazo tulu dan Amai matunggong. Avantang no bino ong elaan no dikou i tulun e boroson ku. Harap-harap dot varo rezeki dialo antad sid Kinoringan untuk monulung poposurut bansa tulun tokou. Harapan ku vagu dot paling agazo inono it tulun tokou terutama penduduk N4 Matunggong kaharati di visi om misi dialo sid saralom dot politik. Humarap oku vagu it ongo rakan-rakan blogger supaya kadapat popintutun di Monijol diti sid ongo kinoruhangan sokoviai.

    ReplyDelete
  18. Ong amu osilap ku mungkin e TAJ dati ino boroson dikou dino..Kumaa di TAJ avantang no dot mintalang no awal2 seblum PRU13. Tunjukan diri. Tapi lebih baik dati ong menyertai dot PKR, tu kiroon ku PRU13 diti amu no atarom banal iti toringil dot PBS. Alang-alang mangaganti dot Wakil Rakyat, osuhul po timan tokou po PKR. Ong banal ko telus yoti, selama iti ogumu no timot tokou perubahan, nga imot tokou masih dalam keadaan yang sama, seperti dulu juga..okon ko mimpulitik iti, nga it opurimanan tokou.

    ReplyDelete
  19. pinsan Pengundi baru, iso no boroson ku ong PKR kadan no tumanding tu amu avantang gagamon dot Peresidin dau yalo Anuar Ibrahim.. osuhul po SUPP ko PKR dati.. ong yoku la.. ong amu ko kimozo duato po ilot song lohing-lohing nunu gagamoon yalo Anuar sid sabah.. insan ilot labuan nga ni juval dialo sid persekutuan ka. om it ongo ADUN nga binahagi dialo. ombo it ogumu banadan@ asam irino nitanid dialo tu osinang kamanangan dau. OM PBS no antad it opodok oku po aso po kinosuruton diti bansa di tokou. pacadangon ku avantang no ong bansa di Tokou RUNGUS tumanding PRU13..salam hormat.

    ReplyDelete