Followers

Wednesday, January 27, 2010

Sejarah dan masa depan momogun rungus dalam bidang politik

Sejak kerajaan Perikatan (1967) dulu penglibatan Momogun Rungus dalam bidang politk telah bermula. Nama-nama seperti Mondorusun, Angkangon, Tinjan Ambu, George Abah Mengimpal, Sait Giuk, Jiun Masagi, Tuntudun Masagi, Oloh, Patrick Manjil Madalag, Joe Ojihi Supiring, Amil Matinggi, Sagang, Mangipat Kuyanga dan mungkin beberapa nama lagi yang tidak sempat sebutkan di sini adalah pemimpin awal masyarakat rungus dan penaraju dalam bidang politik.

Diantara nama-nama yang disebutkan di atas, George Abah Mengimpal merupakan momogun rungus pertama yang berjaya dipilih menjadi Ahli Parlimen (1978-1982) setelah memenangi kerusi Parlimen P.147 Bandau semasa era kerajaan parti Berjaya . Beliau juga merupakan anak momogun rungus pertama mendapat darjah kebesaran bergelar ‘Datuk’. Manakala Patrick Manjil Madalag merupakan anak momogun rungus pertama menyandang jawatan sebagai Setiausaha Politik (era kerajaan Berjaya). Selepas itu pada tahun 1981, Amil Matinggi pula mencatat sejarah sebagai anak Momogun Rungus pertama dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N.4 Matunggong juga semasa era kerajaan Berjaya. Seorang lagi ahli politik rungus yang dianggap cukup menyerlah pada masa itu, iaitu Joe Ojihi Supiring. Pernah memegang jawatan Pegawai Lembaga Padi Sabah kawasan Kudat, sebelum dipilih sebagai ahli parlimen bagi kawasan P.146 Marudu (1986-1994) kemudian dilantik sebagai setiausaha politik (1994-1999)

Walaupun mungkin perjuangan dan pengorbanan mereka dalam bidang politik tidak lah sehebat mana kerana mungkin dihambat oleh keterbatasan akademik berbanding dengan kaum-kaum lain yang turut mengambil peranan dalam percaturan politik pada masa itu, namun masyarakat Momogun Rungus pada hari ini seharusnya merasa terhutang budi kerana nama-nama yang disebutkan di atas merupakan peneraju dan perintis jalan kepada genarasi sekarang. Tanpa penglibatan awal mereka, masyarakat Momogun Rungus mungkin masih jauh ketinggalan bukan saja dalam bidang politik bahkan dalam bidang sosio ekonomi dan sebagainya.

Penglibatan mereka dalam bidang politik dilihat sebagai titik permulaan yang telah membuka mata dunia akan kewujudan masyarakat Momogun Rungus sebagai kaum yang beridentiti walaupun suatu ketika dulu semua kawasan yang sepatutnya diwakili oleh suku kaum ini terpaksa diwakili oleh suku kaum lain.

Di Matunggong misalnya bermula dari era pemerintahan kerajaan Berjaya (1975-1985) dan selepas itu kerajaan PBS (1985-1994) yang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Sabah menyaksikan lebih ramai lagi dari suku kaum ini yang diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin. Datuk Mathius Majihi, Hendry Madatang Morejal, Datuk Markus Majihi dan Atung Mangabis merupakan nama-nama yang tidak asing lagi dalam kalangan suku kaum Momogun Rungus. Bagaimanapun Datuk Mathius Majihi merupakan wakil rakyat yang dianggap paling berjaya walaupun sebilangan rakyat mengkritik kepimpinan beliau yang penuh dengan kontroversi. Beliau juga merupakan suku kaum Momogun Rungus pertama yang diberi kepercayaan memegang portfolio Pembantu Menteri.

Masyarakat Momogun Rungus di Matunggong sekali lagi menghadapi ujian getir bila wanita pertama dari suku kaum ini mencuba nasib menguji sejauh mana sokongan rakyat terhadap pemimpin dari kalangan wanita. Dalam masa aura PBS masih bersinar di Matunggong, Jornah Mozihim mampu mengekalkan kerusi keramat PBS sekaligus menjadi wantia pertama dalam kalangan Momogun Rungus dipilih sebagai Adun dan terus mengekalkan tradisi portfolio tertinggi yang pernah dipegang oleh wakil rakyat terdahulu iaitu Pembantu Menteri.

Kesemua Adun momogun rungus yang pernah dipilih di Matunggong, Atong Mangabis dianggap Adun yang kurang bernasib baik kerana menjadi wakil rakyat semasa PBS dalam pembangkang, walaupun ramai yang menganggap beliau merupakan hero PBS Matunggong kerana sanggup mendaki gunung dan menurunui lurah bersama PBS, dan sudah tentu amat mustahil jika beliau dilantik memegang sebarang portfolio dalam kerajaan.

Sarapin Magana pula merupakan Adun pertama dikalangan wakil rakyat Matunggong yang tidak diberikan sebarang portfolio dalam kabinet walaupun rakyat Matunggong menaruh harapan tinggi menggunung dengan penyingkiran Jornah dari bertanding semula pada PRU12, rakyat Matunggong dianugerahkan jawantan Menteri Penuh dalam kabinet melalui Sarapin Magana. Dari sudut kelebihan undi, Sarapin Magana telah mengatasi undi yang pernah diperolehi Jornah Mozihim pada PRU11.

Melihat pada senario ini apakah masa depan politik suku kaum Momogun Rungus akan terus merudum atau senario ini hanya secara kebetulan. Fikir-fikirkan lah.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

7 comments:

  1. Jika perjalanan sejarah politik ini menjadi kayu pengukur, rasanya momogun rungus bukan melangkah ke hadapan dalam bidang politik tapi telah undur setapak ke belakang. YB Sarapin adalah satu-satunya wakil rakyat dari suku kaum momogun rungus di Sabah, sepatutnya beliau diberi jawatan dalam kabinet. Jika keadaan ini berterusan selepas 13GE nanti, untuk apa lagi kita sokong PBS di Matunggong. Jika kita mahu juga kekal dalam BN saya rasa kita perlu fikir untuk alaihkan sokongan kepada UPKO. Lagipun sejak kebelakangan ini saya lihat UPKO benar-benar memperjuangkan masyarakat KDM.

    ReplyDelete
  2. PBS semakin kabur perjuangan. Paling kasihan sudah jadi pak turut dan PENAKUT. Rasanya HS sudah serik lawan cakap BOS BN lepas pengalaman jadi pembangkang. Siapa suruh dulu guna pendekatan konfrontasi, sikalang..nah mcm Gorigit bercawat ekor. Mcmana perjuangkan hak rakyat. Pasal pulitik momogun, susah mau cakap, nampak lebih kpd perjuangan meningkatkan PENCAPAIAN Peribadi MAU JADI YB saja. Wlbgmp waktu DMM nasib kita lebih terbela. Malahan ada yg mcm sanggup GADAIKAN maruah demi itu.Doa2 janganlah nasip kita makin teruk.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan ko GT(Gazo tulu), sekarang ni PBS macam sudah kehilangan taring. Jika keadaan ini berterusan sperti yang dinyatakan oleh saudara Anoymous (lain kali letak nama, senang sikit kita orang panggil)kita mungkin bertambah teruk lagi. Diharap rakyat matunggong berfikiran lebih terbuka demi masa depan kita dan PRU13 harus ditangani dengan sebaik-baiknya tapi malangnya sudah menjadi tradisi di matunggong, tak kira lah calon mana dan parti mana, dorang turun padang hanya setiap kali dekat2 pilihanraya untuk meraih sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  4. saudara pengarang "sejarah dan masa depan Rungus dalam bidang politik": ramai pemimpin Rungus yang ko lupa...Joe Ojihi Supiring juga pernah menjadi MP marudu. dan pernah menjadi setiausaha politik di kementerian...mungkin kerana anaknya pembangkang saudara Muada, mantan YB Joe Ojihi kian disisikan oleh RUNGUS sendiri...beliau Rungus tulin (Kg Tiga Papan, Kudat)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas komen saudara Anonymous. Mungkin saya terlepas pandang dan tidak memasukan nama Joe Ojihi Supiring dalam artikel ini. Bagaimanapun saya telah melakukan perubahan sedikit pada artikel ini untuk memasukan nama beliau. Terima kasih atas keprihatinan saudara.

    ReplyDelete
  6. Jika di lihat sejarah politik Momogun Rungus, kita ada berundur setapak kebelakang seperti yang dikatakan oleh saudara Anonymous. Dulu ada lagi wakil Momogun Rungus yang bertanding di PARLIMEN sekarang tiada dan ada dua kawasan yang di tandingi oleh kaum Momogun Rungus sekarang hanya satu sahaja iaitu matunggong sahaja. Ini bererti kita telah berundur setapak kebelakang dalam politik. Jika kita telah melangkah kedepan, kita seharusnya mempunyai pati politik sendiri. Ada sudah kaum kita yang mempunyai pengalaman dalam politik takan kita tidak mahu menubuhkan pati kita sendiri.

    ReplyDelete
  7. saudara pengarang, terima kaish kerana sentiasa membawa perbincangan tentang perkembangan masyarakat rungus. memang ada negatif dan positifnya dalam setiap komen. namun kita jadikan dia buah fikiran. terima kasih.

    ReplyDelete