Followers

Wednesday, April 28, 2010

Rakyat di kawasan pembangkang lebih mendapat perhatian kerjaan?

Pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir sudah, sebahagian janji pilihan raya terutama pihak yang memenangi kerusi P94 dikatakan telah menunaikan sebahagian daripada janji pilihan raya ketika berkempen. Sekadar ingatan, kali ini walaupun BN mampu mengatasi undi yang diperolehi PR dengan majoriti 1,725 undi berbanding tahun 2008 dan seterusnya berjaya merebut kembali kerusi parlimen dari tangan pembangkang, namun pada masa yang sama pembangkang juga menerima peningkatan undi sebanyak 95 undi berbanding undi yang diperolehi pada PRU12 lalu. (keliru dengan angka, rujuk keputusan PRU12 dan PRK 2010)

Apa yang menarik pada PRK Hulu Selangor ini adalah peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk menunaikan janji-janji pilihan raya bagi mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi rakyat Hulu Selangor yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan pembangkang. Tapi bagaimana pula halnya dengan kawasan yang sememangnya dimiliki oleh BN sejak sekian lama? Apakah kerajaan tidak bercadang memberikan peruntukan sedemikan rupa untuk membangunkan kawasan tersebut?

Di kawasan parlimen Kota Marudu umpamanya masih terlalu banyak ruang bagi kerajaan menyalurkan sekian banyak peruntukan untuk memajukan kawasan tersebut. Jalan menuju ke kampung-kampung yang masih dalam keadaan yang amat daif, bangunan-bangunan sekolah luar bandar (sekolah rendah) termasuk rumah-rumah guru yang semakin uzur, peratusan penduduk miskin tegar yang masih dalam keadaan yang amat merungsingkan dan banyak lagi perkara yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan.

Melihat pada senario ini bukankah rakyat di kawasan yang dipernitah oleh kerjaan pembangkang boleh lah dianggap sebagai rakyat yang amat bernasib baik kerana mendapat perhatian yang lebih dari kerajaan pusat. Disamping itu pada masa yang sama kerjaan negeri yang diperintah oleh pembangkang terpaksa bekerja keras bagi mamastikan sokongan rakyat terhadap mereka tidak beralih arah dan sudah pasti keadaan ini menguntungkan rakyat di kawasan itu.

Jika senario ini merupakan pendekatan yang boleh mencetuskan pembangunan yang lebih berkesan, maka tidak mustahil suatu hari nanti parlimen Kota Marudu akan dikuasai oleh pembangkang atau salah satu dari DUN di kawasan ini diserahkan rakyat kepada pembangkang. Mungkin dengan pendekatan ini secara tidak langsung boleh mencetuskan banyak perubahan seperti yang diimpikan oleh rakyat di kawasan ini.

Oleh itu sebelum rakyat di kawasan parlimen Kota Marudu berfikir secara songsang, wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat haruslah bekerja keras untuk memastikan BN akan terus menjadi pilihan nombor satu rakyat di kawasan ini pada PRU13 nanti.
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, April 21, 2010

NYAWA PENDUDUK TINANGOL SEMAKIN GENTING!



Saudara Pengarang,

BARU-BARU ini, ketika pergi memancing di Teluk Marudu, salah seorang kawan kami tersengat ikan sembilang dan kesan sengatan itu sangat bisa sehingga membuatkan kawan kami hampir pitam akibat sengatan ikan itu.

Maka kami pun membawanya ke Klinik Kesihatan Matunggong. Malangnya tiada Pembantu Perubatan (MA) yang ‘On Call’ kerana hari sudah malam menyebabkan kami terpaksa membawa kawan kami ke Klinik Kesihatan Tinangol.

Namun amat malang sekalu kerana tiada MA yang ‘On Call’ sehingga kami semakin cemas dalam keadaan genting dan terpaksa membawa rakan kami ke Klinik Kesihatan Sikuati.

Tetapi senarionya sama juga dengan klinik-klinik sebelum ini kerana tiada MA yang ‘On Call’. Walaupun ada juga MA yang ‘On Call’’ tapi berada di Pekan Kudat dan terpaksa menunggu lebih kurang satu jam baru kawan kami berjaya dirawat.

Persoalan sekarang kenapa tiga buah klinik kesihatan yang dikunjungi, tiada satu pun yang ada MA yang ‘On call’? Apa akan jadi sekiranya kawan kami tadi menemui maut? Siapakah yang akan bertanggungjawab? Apakah polisi Kementerian Kesihatan? Beginikah perkhidmatan kesihatan kita? Begini burukkah perkhidmatan kesihatan kita?

Selain itu, sebagai orang Kg Tinangol, kami amat kesal dan sedih dengan perkhidmatan ’On Call’ di Klinik Kesihatan Tinangol itu sendiri kerana kerap kali tiada MA yang bertugas ’On Call’.sedangkan terdapat tiga orang MA yang bertugas di Klinik Kesihatan Tinangol ketika ini.

Sepatutnya masalah ini tidak timbul kerana kami difahamkan mereka mendapat elaun tambahan untuk tugas tambahan yang mereka lakukan.

Selain itu, pemandu ambulans Tinangol kerap dilihat oleh penduduk kampung tidak berada di klinik kesihatan ketika waktu bekerja. Malah ramai yang mendakwa bahawa pemandu tersebut membawa kenderaan klinik untuk minum-minum arak, malah ada yang mendakwa termasuk ketika waktu bekerja.

Situasi ini amat membimbangkan apabila berlaku kecemasan lebih-lebih lagi kalau pemandu enggan menghantar pesakit kerana mabuk atau masih minum. Ada juga bisik-bisik yang mengatakan ada kes kecemasan yang membawa maut gara-gara tiada MA yang on call. Sebenarnya kami tidak menuntut yang lebih Cuma kami menuntut sesuatu yang sepatutnya mereka lakukan.

Sebagai orang Kg Tinangol kami ingin menyeru Pengarah Kesihatan Kudat, Pengarah Kesihatan Sabah dan Menteri Kesihatan Malaysia supaya jangan tidur sahaja. Buatlah sesuatu untuk menyiasat dan mengatasi masalah ini yang telah berlaku sekian lama.
Kami beranggapan nyawa kami sentiasa berada di hujung tanduk apabila menghadapi kecemasan kerana kita tahu kecemasan boleh berlaku bila-bila dan di mana-mana sahaja. Kita tidak mahu sehingga ada pihak yang menyaman Kementerian Kesihatan barulah mahu diambil tindakan.

Kami ingin meminta pertolongan kepada Sabahkini.net untuk membantu kami menyelesaikan masalah ini dalam kadar segera.

Salam Hormat,

ORANG TINANGOL

Sumber: Sabahkini.net 18 april 2010


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, April 14, 2010

Papan tanda dan pencemaran bahasa rungus

Saya terpanggil untuk memberi ulasan dan pandangan pada komen seorang pengunjung setia blog ini yang menggelarkan dirinya Gazo Tulu. Intipati komen beliau berkisar kepada papan-papan tanda yang menyatakan nama tempat atau kampung terutama di kawasan yang majoriti penduduknya terdiri dari suku kaum rungus, apa yang membimbangkan terdapat pencemaran bahasa yang secara tidak langsung menenggelamkan makna sebenar perkataan yang ditulis pada papan tanda tersebut.



Di daerah Kudat dan sekitarnya, seperti daerah kecil Matunggong terdapat banyak papan tanda yang dieja tidak menurut sebutan suku kaum rungus itu sendiri atau dengan kata lain perkataan tersebut dimelayukan atau dieja menurut sebutan suku kaum lain yang tidak boleh menyebut perkataan bahasa rungus dengan fasih.

Berikut adalah antara nama-nama tempat yang disalah eja dan perkataan asal dalam bahasa rungus yang sepatutnya ditulis pada papan tanda.

1. Kg. Nangka – kg.Nangko
2. Kg. Pinawantai – kg. Pinavantai
3. Kg. Bavang Gazon – Kg. Bavang Gazo
4. Kg. Bingolon – Kg. Vingolon
5. Kg. Kandawayon – Kandavazon
6. Kg. Batutai – kg.Botutai
7. Sempang Mengayau – Sampang Mangazou
8. Dan bayak lagi…



Apa yang dipersolakan oleh Gazo Tulu adalah nama-nama tempat seperti yang saya sebutkan di atas tidak menepati kehendak atau maksud sebenar perkataan tersebut dalam konteks bahasa rungus. Saya ingin mengambil contoh Kg. Nangka yang sepatutnya dieja kg. NANGKO, walaupun perkataan tersebut membawa maksud yang sama namun masih tidak mengambarkan identiti sebenar masyarakat rungus di kawasan itu. Sama juga halnya jika perkataan Pulau Pinang dialihbahasa kepada bahasa rungus iaitu ‘Puru Tinggaton’, sudah pasti masyarakat pulau pinang yang mengihlamkan nama tempat tersebut merasakan bahasa mereka dijajah secara tidak langsung.





Terdapat juga nama kampung pada papan tanda yang langsung terpesong dari perkataan asal seperti kampung Bavanggazon yang sepatutnya membawa maksud sungai besar atau dalam bahasa rungus Bavang Gazo. Walaupun terdapat papan tanda baru yang tertulis Bavang Gazo yang telah dipacak di persimpangan menuju ke kampung tersebut, namun papan tanda yang mengelirukan masih terpacak megah di kawasan itu. Seharusnya ada usaha untuk mengalihkan papan tanda yang mengelirukan itu dengan segera.

Saya tidak bermaksud menyalahkan siapa-siapa dalam soal ini tambahan lagi nama-nama kampung tersebut telah diwartakan sejak berpuluh tahun lamanya ketika masyarakat rungus di daerah Kudat masih belajar merangkak dalam bidang akademik, namun kita menaruh harapan genarasi baru terutama para pemimpin suku kaum rungus di kawasan ini bertindak segera untuk membuat perubahan. ‘Ketuanan’ rungus seperti yang dinyatakan Gazo Tulu dalam komen beliau perlu dipertahankan agar genarasi rungus akan datang tidak akan keliru mengenai fakta dan asal usul sejarah sesebuah tempat yang mempunyai kaitan dengan identiti suku kaum rungus.


Klik disini untuk baca seterusnya »»