Menjelang pilihan raya umum ke 13, ramai yang mengandaikan bahawa Sarapin Magana penyandang ADUN bagi kawasan Dun Matunggong akan berhadapan dengan situasi yang mencabar jika parti pembangkang terutama PKR meletakan calon yang berwibawa menentang beliau di kawasan yang majoriti pengundinya terdiri dari suku kaum rungus.
Dun Matunggong yang terletak di kawasan Parlimen Kota Marudu merupakan kubu kuat PBS sejak parti itu wujud di negeri Sabah. Sejarah membuktikan PBS tidak pernah kalah di kawasan ini sekalipun PBS berada dalam kem pembangkang. PBS juga membutikan pengaruhnya amat kukuh di kawasan ini bila meletakan siapa saja calon yang dipilih pucuk pimpinan walaupun mendapat tentangan dari penyokong akar umbi namun tetap menjadi pilihan rakyat Matunggong. Kekuatan dan pengarauh PBS umpama silap mata yang mampu memukau pengundi di kawasan ini, bila calon yang bertanding atas tiket PBS pasti mendapat majoriti undi yang cukup memberangsangkan setiap kali pilihan raya diadakan.
Namun kalangan pemerhati berpendapat pilihan raya akan datang, PBS Matunggong harus berhati-hati. PBS harus mengambil iktibar dari rentetan sejarah politik Sabah yang sukar dijangka dan sentiasa berubah-ubah. Kekalahan Datuk Harris Salleh mantan Ketua Menteri Sabah era kerajaan Berjaya di Dun Tenom suatu ketika dulu ditangan Kadoh Agundong yang tidak berapa dikenali berbanding dengan ketokohan Datuk Harris Salleh tidak boleh dipandang dengan sebelah mata. Kekalahan Datuk Haris Salleh dan Berjaya disebabkan rakyat Sabah melihat kerajaan Berjaya tidak lagi relevan sebagai sebuah kerajaan yang boleh membela nasib rakyat Sabah.
Di Matunggong tidak banyak isu yang boleh dimainkan oleh parti pemabangkang untuk menarik sokongan rakyat. Isu tadahan air Milau, isu kemudahan infrastruktur yang semakin teruk terutama kemudahan jalan raya, menuju ke kampung-kampung dan isu kemiskinan tegar yang semakin parah mungkin masih lagi boleh diterima oleh rakyat Matunggong yang terkenal dengan sikap sabar dan sanggup bertoleransi. Namun isu nasional yang dicanang oleh parti pembangkang melalui media alternatif dilihat mampu menarik golongan muda untuk menyertai parti pembangkang.
Pemilihan calon untuk diletakan di kawasan Matunggong merupakan elemen yang amat penting. PRU12 pada bulan mac 2008 dilihat bukanlah ujian sebenar kepada kepimpinan PBS di Matunggong sejak kebangkitan refomasi yang menjadi senjata kermat PKR. Ini kerana calon-calon yang merebut kerusi Dun Matunggong dari tangan PBS ketika itu terdiri dari calon-calon payung terjun yang muncul hanya disaat-saat akhir menjelang pilihanraya. PKR yang meletakan calon yang kurang dikenali di Matunggong dan melakukan kempen pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya masih mampu melakukan pungutan undi diluar daripada jangkaan. Jika PKR tidak melakukan kesilapan, yakni bekerja keras dari awal, kemungkinan PBS akan kehilangan kerusi Dun Matunggong pada PRU12 yang lalu.
Kerjasama yang ditunjukan oleh parti komponen Barisan Nasional seperti UMNO, UPKO dan PBRS pada setiap kali pilihan raya diadakan, merupakan salah satu faktor kejayaan PBS untuk tetap kekal menguasai Dun Matunggong. Namun kali ini apakah Umno masih menunjukan kerjasama kepada PBS seperti pada siri pilihan raya yang lalu setelah PBS menolak permintaan Umno Kota Marudu meminta kerusi parlimen Kota Marudu ditandingi pada pilihan raya akan datang. Jika Umno Kota Marudu merasa ‘berkecil hati’ diatas penolakan itu, kemungkinan besar Umno tidak lagi bekerjasama pada pilihan raya akan datang. Jika ini berlaku sudah pasti sokongan pengundi Bumiputera Islam akan merosot dan pastinya mampu mempengeruhi bilangan undi PBS.
Apapun jika parti pembangkang lambat bertindak dari awal dan hanya bergantung kepada kekuatan pengaruh mereka di seberang, tanpa melakukan ‘serangan’ yang lebih rapi untuk mengambil hari rakyat Matunggong, siapa pun calon yang diletakan oleh PBS hatta budak hingusan sekalipun rakyat Matunggong pasti memilih calon PBS.

Widget by [ Tips Blogger ]
Banal Dati ong AMU MAGAVI antad didino.
ReplyDeleteKita telah menyokong PBS sejak PBS Wujud di Matunggong. Kasi lah calon siapa saja. PBS mesti menang punya. Sebenarnya kemenangan PBS di Matunggong selama ini adalah kemenangan Huguan Siou. Tapi itu cerita lama, masa PBS lantang memperjuangkan hak negeri Sabah. Kini senario politik di Sabah sudah berubah. Janganlah kita bermimpi KDM akan kembali menjadi juara di negeri ini seperti yang sudah2. Persempadanan baru SPR tidak memungkinkan kita kembali berkuasa. Sesungguhnya kita tidak punya pilihan. Memilih parti yang dicucuk hidung,diikat kaki dan ditutup mulutnya dari bersuara sebagai pembela nasib dan masa depan bangsa kita, bukan lah satu keputusan yang bijak. Kini tiba masanya kita harus mengorak langkah, berfikir secara positif tanpa dipengaruhi oleh kekalutan minda. Kita harus mengambil pendekatan yang lebih berani melangkah bersama pemimpin yang berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. Parti yang membebaskan kita dari cengkaman pihak-pihak tertentu.
ReplyDeleteAdakah sesiapa yang berjuang tentang isu-isu kaum Rungus terutamanya di Matunggong:
ReplyDelete1. Perjawatan Cth: Payahnya org Rungus mendapat jawatan penting dlm sektor awam-lihatlah Pejabat Pelajaran Kudat.12 Sekolah Menengah di Kudat tiada satupun pengetua Rungus.dll
2. Pembangunan insan untuk -remaja yg tercicir dalam pendidikan
3. manipulasi org tengah terhadap komoditi keluaran org rungus-cth: kayu akasia,sawit, getah, sayur dll
4. peluang perniagaan yg adil.kita selalu mjadi pilihan terakhir.
5. Ketuanan org Rungus- sejak sekian lama tanda jalan memperbodohkan kita. Bavangazo ditulis BAVANGAZON, Ponikuvan ditulis PONIKUAN,Kirangavan ditulis KARANGAWAN kita diam saja(wlp ada jwtn Ketua Pemuda etc)
Mau jadi Calon, BERJUANGLAH UTK RAKYAT
Nampak gayanya sejak kebelakangan ini kita dapat perhatikan ramai dalam kalangan genarasi baru Matunggong merasa serbah salah kemana hala tuju politik mereka pada PRU13 nanti. Umpama diluah mati bapa, ditelah mati ibu. Terharu nak tinggalkan PBS tapi pada masa yg sama sudah muak dengan sikap pemimpin BN. Apakah kita harus terus menyokong mereka (?) sedangkan pada masa yang sama kita harus mengorbankan apa yang kita patut miliki seperti yang saudara Gazo tulu senaraikan. INGAT PRU13 SEMAKIN DEKAT...
ReplyDeletesdh tiba masanya kita perlukan perubahan..bukan kerbau cucuk hidung takut buat komen...gara2 mo jga kedudukan...takut tdk kna jadi calon...bgi sy PR semakin kuat sekrng rata2 penyokong smua dri golongan pemuda...sbb org muda jga boleh pangkah kertas undi...sy andaikan next PRU...lagi hebat result dia...bru berapa tahun bertapak...sdh mampu tawan beberapa negeri...
ReplyDeleteSaudara-saudara yang saya hormati dan sanjungi. Pada pendapat saya PRK Hulu Selangor yang diadakan hujung minggu ini merupakan salah satu batu pengukur sejauhmana kekuatan PR atau BN. PR meletakkam calon yang belum pun setahun jagung menyertai PKR. Jika calon PR ini boleh menang bermakna semakin kuatlah pengaruh PR. Menyentuh hal kita di N4. Matunggong, saya rasa kalau kita tidak berpuas hati dengan pencapaian YB kita yang ada sekarang ini sama ada ADUN atau ADR saya rasa tidak ada salahnya jika kita menggantikan saja dengan calon lain atas tiket BN. BN sekarang yang ditunjangi oleh UMNO merupakan parti dari semenanjung dan kita sebenarnya tidak mahu tunduk dengan telunjuk parti dari Semenanjung. Justeru jika kita masih memilih parti dari Semenanjung iaitu PR ini bermakna kita masih lagi ikut telunjuk diorang. Kita masih lagi tidak boleh memperjuangkan hak-hak kita walaupun PR mungkin berjanji melindungi hak-hak kita sebagai penduduk tempatan tetapi itu cuma janji mulut sebelum menang. Kalau dah duduk memerintah 'Aso bida' dulu, kini dan sekarang. terinma kasih.
ReplyDeleteBa kalau tindak mo sokong PR, mari kita sokong SAPP....
ReplyDeleteMemang kalau org yg sudah senang nda hirau keadaan politik semasa...dia peduli apa dia ada duit....oleh itu jgn kritik lepas tu masuk bakul angkat sendiri...
ReplyDeleteIsu politik semakin hangat diperkatakan, tetapi apakah faedahnya jika kita tidak bertindak sendiri. kenapa kita hanya bergantung kepada orang lain??? apakah kita hanya mahu diperalatkan oleh orang lain untuk kepentingan mereka sendiri.??? cuba renungkan perkara ini.. bertahun sudah kita merdeka tetapi tiada perubahan yang berlaku kepada kaum kita sendiri. jika dilihat dari segi pendidikan dan ekonomi kita ada kemajuan sedikit dengan usaha untuk mengubah hidup, tetapi kita belum setaraf dengan kaum lain yang ada di sabah ini. Dari segi politik pula kita begitu jauh ketinggalan sekali. Kenapa??? mungkin juga kaum kita tidak mahu ikut perubahan zaman. kalau kita mahu memperjuangkan apa yang kita alami, kita perlu mempunyai tulang belakang yang kukuh. seperti YB atau PATI untuk kebaikan kita. Kenapa kita tidak mahu menubuhkan pait sendiri?? adakah kita takut??? jika suku lain boleh buat, kenapa kita tidak??? jawapannya tanya diri sendiri jika mahu berubah. Bagi saya, saya tidak akan mengundi mana-mana pati yang mempunyai latar belakang yang tidak baik.. Saya juga tidak akan mengundi pati seperti BN, PKR UMNO dan PBS.. Saya pilih pati SAPP di sebabkan kita tiada pati sendiri.. jika kita ada pati sendiri Saya pilih pati kita...
ReplyDeleteSUNI VAGU ( NEW GENERATION )
MOMOGUN RUNGUS ( AKI RUNGSUD)
TOMANGGON KURANTUD(the highest viewing point in honor of a renowned Warrior and Chief of the Rungus people)
wahai rakyat rungus di matunggong, marilah kita bersatu untuk halau maximus ongkili d matunggong kali ini.kalau boleh kita berusaha beliau tak dapat calun , kalau degil juga kasi hilang deposit, dia betul2 menyusahkan kita ,dia urus kekayaan sendiri sahaja.
ReplyDeleteNakai tuan Osukod,pamaal po ngaran do PATI dang bansa Rungus? Avaal no om ihiman ogi dot uluvan(Presiden)
ReplyDelete