Followers

Sunday, May 2, 2010

Penggunaan daun kayu sebagai bekas makanan mengurangkan pemanasan global

30 April 2010

Matunggong : Penggunaan bekas makanan yang diperbuat dari bahan asas sitrofom atau polistren seharusnya diharamkan penggunaanya sebagai salah satu langkah mengatasi pencemaran alam sekitar yang menjurus kepada pemanasan global yang semakin merunsingkan sejak kebelakangan ini.


Berucap - Mantan ADUN Matunggong YBH.Jornah Mozihim

Gesaan tersebut dibuat oleh mantan wakil rakyat Matunggong Jornah Mozihim ketika berucap pada Mesyuarat Agong Persatuan Warga Emas Matunggong 2010 (PERMAS) yang diadakan di Dewan Serbaguna Tinangol.

Jornah Mozihim yang juga merupakan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) merangkap penasihat PERMAS mengesa ahli-ahli PERMAS agar menjadi perintis kepada masyarakat di negeri ini (Sabah) untuk mengaplikasikan semula penggunaan daun kayu sebagai alternatif kepada penggunaan bekas makanan yang diperbuat daripada polistren.


Warga emas berminat mendengar penjelasan Mantan Adun Matunggong

"Kita sedar saranan penggunaan semula daun kayu seperti yang digunakan secara tradisi suku kaum Rungus untuk membungkus nasi seolah-olah memaksa kita berundur beberapa langkah ke belakang, namun menyedari hakikat bahawa kita perlu melakukan sesuatu bagi memastikan dunia selamat dihuni anak-anak dan genarasi akan datang, maka kita perlu mengorbankan sedikit kemudahan yang ada pada hari ini," tegas Jornah

"Sebagai sebuah persatuan, sudah tentu kita berbangga jika dapat membantu masyarakat dunia mengatasi masalah penipisan lapisan ozon yang mengakibatkan berlakunya pamanasan global. Walaupun mungkin sumbangan ahli-ahli PERMAS amat kecil kearah itu namun sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk membantu masyarakat dunia," tambah Jornah lagi


Nasi yang dibungus menggunakan daun kayu dari spesis ini boleh bertahan sehingga 2 hari tanpa menggunakan bahan pengawet

Jornah berkata, penggunaan bekas makanan yang diperbuat daripada polistren amat meluas ketika musim perayaan. Ini mungkin disebabkan harga bekas makanan tersebut amat murah dan senang diselengarakan berbanding dengan penggunaan bekas makanan lain. Bagaimanapun bekas makanan yang diperbuat dari polistren tidak mudah lupus selepas menjadi bahan buangan dan selalunya kaedah membakar bahan tersebut dilakukan sebagai langkah pelupusan yang mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Mesyuarat Agong PERMAS kali yg kedua ini telah dirasmikan oleh YB Sarapin Magana ADUN N.4 matunggong.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

1 comment:

  1. TAHNIAH Mantan YB, selain dapat mempromosikan tradisi suku kaum rungus saranan tersebut amat bermakana bukan saja masyarakat Sabah malah masyarakat global keseluruhanya. Di harap usaha ini mendapat sambutan dan berterusan.

    ReplyDelete