Followers

Sunday, June 20, 2010

Bersekutu akan menyertai Pakatan Rakyat

Seperti yang dijangka ramai pihak, akhirnya parti Barisan Rakyat Bersekutu (Bersekutu) mengambil ketetapan dalam mesyuarat AMT yang diadakan di Ibu pejabat parti itu di Inananam hari ini, 19 Jun 2010 untuk menyertai gagasan pakatan pembangkang jika sekiranya Pakatan Rakayat (PR) mengubah nama gagasan itu kepada Pakatan Malaysia dan menggunakan simbol yang sama semasa menghadapi PRU13 nanti seperti yang disarankan oleh parti itu baru-baru ini.

Matuggong Kini juga diberitahu bahawa pada 10 Oktober tahun ini, parti Bersekutu akan mengadakan majlis makan malam untuk meraikan ulang tahun ke 20 penubuhan parti Bersekutu dan ulang tahun ke 10 En. Berman Angkap menjadi Presiden parti. Bersekutu menjangkakan seramai 1000 orang akan hadir pada majlis yang julug-julung kali diadakan itu.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

6 comments:

  1. Saya kagum dengan sikap tahan tukul dan kesetiaan Berman Angkap kerana tetap mempertahankan Bersektutu walaupun parti yang diterajui beliau kurang mendapat sokongan rakyat Sabah. Bagaimana pun saya tidak bersetuju jika parti-parti pembangkang di Sabah menyertai Pakatan Rakyat. Biarlah parti pembangkang di Sabah berdiri sendiri. Kalau boleh konsep 'divide and rule'/pecah dan perintah seperti yang berlaku sekarang tidak akan terus berlaku di negara ini andainya landskap pemerintahaan bertukar pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  2. MOGOTNO....
    Wakaka..walpn kurang pengikut sekurang-kurangnya Presiden sebuah Parti.Tahniah AMAI BARAMAN. Pandai-pandailah piara Barangan Antik ini supaya bila ditimbang (kalau timbang Kilo) ada berat sikit supaya lebih mahal. Hik-hik-hik, mooooooGOTnooooooooo

    ReplyDelete
  3. Apa-apa pun sekurang-kurangnya Berman Angkap, tidak lumpat-lumpat macam katak. Tidak kasi susah orang lain.

    ReplyDelete
  4. Jangan begitu bah Gazo Tulu. Jangan kasi drop itu urang punya water face. Kalau kau tidak sukung pun diam2 ja. Nanti tiba2 si Berman jadi YB, 1 prujik pn kau ndak dapat. Mesti kau menyesal punya. Biar lah dia tu dengan caranya yang tersendiri, so far, dia tidak nyusahkan urang kita juga kan.

    ReplyDelete
  5. Minta maap Sdr. Anon & lain-lain yg terusik tapi yg benar dgn ikhlas saya turut bangga dgn Tuan Berman yg berPRINSIP SETAKAT INI pasal tu saya ucap tahniah. Soorryy

    ReplyDelete
  6. Hahaha..ini yang saya suka sama si Gazo Tulu ni, walaupun nakal/berani tapi tidak segan-segan mengaku kesilapan. Teruskan komen-komen anda yang membina tu Sdra GT. Penglibatan sdra dalam mencorakan kepimpinan di Matunggong amat bermakna. Bukan kah PENA lebih tajam dari pedang? Di luar sana ada yang benci tapi rindu dengan sdra..

    ReplyDelete