There was an error in this gadget

Followers

Saturday, June 19, 2010

BESEKUTU mampu melangkah lebih jauh?

Parti Bersekutu bekas peninggalan Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Mhd. Salleh ‘kembali lagi’ ke kanca politik negeri Sabah walaupun parti ini dilebelkan sesetengah pemerhati politik sebagai parti politik bermusim yang lazimnya akan keluar menemui dan meminta sokongan rakyat disaat-saat akhir menjelang penamaan calon dan kembali pasif selepas pilihanraya diadakan. Namun kali ini nampaknya senario agak berbeza. Kenyataan Presiden Bersekutu, Berman Angkap baru-baru ini yang menarik perhatian ramai, terutama dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat Sabah (PR), merupakan tanda-tanda awal Bersekutu turut mengambil peranan lebih awal dalam percaturan politik menjelang PRU13 yang dIjangka akan diadakan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Kenyataan Bersekutu yang menyarankan agar PR menukar gagasan itu kepada Pakatan Malaysia (PM) mendapat reaksi pelbagai dari pelbagai pihak. Berman Angkap sebelum itu mendakwa bahawa gagasan Pakatan Rakayat merupakan gagasan pakatan dari semenanjung tanpa melibatkan parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak. Persoalanya apakah Bersekutu akan menyertai PR jika pucuk pimpinan PR bersetuju mengubah nama gagasan itu kepada Pakatan Malaysia? Atau disebaliknya PR tidak akan menerima Bersekutu sebagai ‘rakan kongsi’ jika prestasi parti Bersekekutu sebagai sebuah parti pembangkang di Sabah yang dilihat agak merudum setiap kali beradu di gelangang PRU.

Sebagai sebuah parti yang dilahirkan di Sabah, Bersekutu dilihat boleh melangkah lebih jauh. Selain langkah untuk menjenamakan semula seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pihak, Bersektutu juga mungkin perlu memulakan langkah lebih awal meyakinkan rakyat di kawasan yang berpotensi untuk parti itu bertanding pada PRU13 nanti. Usaha memantapkan barisan kepimpinan yang sedia ada mungkin perlu dilakukan seiring dengan perkembangan dan aspirasi pengudi genarasi baru yang mungkin banyak mempengaruhi keputusan pilihn raya akan datang.

Sebagai anak kelahiran Matunggong, Berman Angkap sebenarnya boleh muncul sebagai seorang pemimpin yang patut disegani di kawasan ini jika beliau benar-benar komited terhadap perjuangan parti yang diterajuinya. Walaupun mungkin tahap keberkesanan kepimpinan beliau di Matunggong belum menyamai pemimpin lain yang seangkatan dengan beliau, namun beliau lah satu-satunya suku kaum rungus di Sabah yang diberi kepercayaan untuk memegang jawatan tertinggi dalam sebuah parti politik yang masih aktif.

Apakah PRU13 nanti Bersekutu dapat bersama-sama dengan barisan pembangkang samada diperingkat Nasional atau negeri untuk mengubah lanskap politik negara? Sama-sama kita lihat.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

3 comments:

  1. Yes..mungkin boleh melangkah jauh tpi bnyak yg perlu diubahsuai. Banyak yang perlu digilap lagi. Mesti rajin buat kenyataan yang condong kepada aspirasi rakyat Sabah. Peka kepada keadaan politik semasa. Isu-isu semasa. Mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan/pesta kebudayaan dll. Tunjukan diri banyak kali dikhyalak..dalam politik pun kena juga berbudi baru orang balas budi.

    ReplyDelete
  2. jelani hamdan (JH)July 22, 2010 at 3:02 PM

    Saya setuju dengan komen BT. BERSEKUTU perlu penjenamaan semula bukan sahaja dari segi namanya tapi dari segi objektif dan halatuju parti tersebut. Bersekutu boleh menjadi parti alternatif 'orang sabah' kalau ianya direinvent semula.BERSEKUTU boleh mengambil peranan seperti parti BERJAYA di era 70an/80an. Ataupun kalau susah2 tukar saja kepada PARTI MOMOGUN RUNGUS SABAH (PMRS) ...mcm BT?...

    ReplyDelete
  3. Alamak Tuan..Nama Parti tu ar. Cukup mengujakan. PARTI MOMOGUN RUNGUS SABAH (PMRS), Biar parti tu stand di Pitas, Kudat, Matunggong dan mana-mana kawasan 50/50 pengundi rungus. Tapi kalau difikir-fikir PBS pn boleh menang di kawasan Rungus kenapa kita tidak boleh menang di kawasan mereka. Orang kita belum ada Ummmmph lagi ka?.hehe.

    ReplyDelete