Followers

Wednesday, June 30, 2010

UPKR di setiap DUN perlu distrukturkan semula

Kita sering memperkatakan kehebatan seseorang calon wakil rakyat yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti. Dalam masa yang sama juga rakyat menilai apakah kekurangan dan kelebihan seseorang calon tersebut, namun dalam kegairahan menilai bakal-bakal YB, kita sering lupa dan terlepas pandang jawatan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) yang merupakan jawatan penting selepas wakil rakyat di sesuatu kawasan. Lazimnya PKR seringkali mewakili wakil rayat samada merasmikan sesuatu acara atau sekadar menyampaikan ucapan yang diamanatkan oleh wakil rakyat berkenaan.

Persoalan yang timbul disini, apakah pada masa akan datang PKR yang akan dilantik adalah dikalangan individu yang berpendidikan atau individu yang sekadar mampu mengisi kekosongan jawatan tersebut tanpa mengambil kira kualiti perkhidmatan mereka.

Walaupun tugas sebagai PKR tidak lah serumit wakil rakyat, namun perkhidmatan yang tidak berkualiti ekoran dari kekurangan pengetahuan dan penawaran jawatan yang tidak bersesuaian dengan akademik sebenarnya merugikan rakyat. Walaupun tidak dinafikan ada juga dikalangan mereka yang tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi tapi mampu menjalankan tugas dengan baik.

Di kawasan lain di Sabah, mereka bukan saja mempertikaikan kridebiliti jawatan PKR, malah ada yang mencadangkan agar fungsi UPKR perlu distrukturkan semula. Ini kerana unit ini seoalah-olah bertindih dengan fungsi Unit Pembangunan Pejabat Daerah dan Jabatan Pembangunan Negeri. Semasa kerjaan Berjaya dulu, jawatan PKR, CDO dan Pemaju Mukim dilihat amat perlu memandangkan masalah kesukaran rakyat untuk bertemu dengan wakil rakyat berkenaan. Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat di setiap Dun merupakan mata dan telinga kerajaan bagi memantau projek dan segala permasalahan rakyat. Namun tidak berlaku pada masa ini dimana perhubungan amat mudah. Rakyat boleh menghubungi wakil rakyat berkenaan pada bila-bila masa yang mereka fikirkan perlu dengan adanya telefon mudah alih, internet dan kemudahan perhubungan lain yang semakin canggih.

Ketika rakyat resah dengan langkah kerjaan mengurangkan subsidi kepada barangan tertentu, saya amat bersetuju jika unit ini distrukturkan semula untuk mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri Sabah bagi membayar gaji dan elaun kakitangan unit ini.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

16 comments:

  1. Kurangkan jawatan yang fungsinya bertindih. Kita ada Pengerusi JKKK. Untuk apa jawatan Pemaju Mukim itu lagi.

    ReplyDelete
  2. Atuk mad ogumu ot nosiku om nobimbingan, atag ma ong amu ongilan.(mcm ramai yg kena siku & tersindir baik kalu diorg tak terasa.Wlbgmp saya setuju sesuai dgn konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan. Waktu PM bentang Bajet dulu "Mahukan setiap perbelanjaan kerajaan ada hasilnya atau nilai wang perbelanjaan. Dgn tindih-menindih tugas ini manaaaaaala nilai wang cukai saya? Apapun inilah Politik= duit dan penipuan menjadi teman setia, kadang-kadang +perempuan. Tanyalah yg mengamalkan "Konsep Prepaid" di UPKR kita.

    ReplyDelete
  3. Kita harus akur dan berani berubah jika kepentingan khalayak diutamakan. Dengar khabr Secara purata perbelanjaan yang digunakan untuk tujuan menggaji kesemua pegawai , sewa pejabat, bayaran bil air dan elektrik mencecah RM 17 000.00 sebulan bagi setiap kawasan dewan undangan negeri. Jika didarab 60 kawasan dan didarab lagi 12 bulan..banyak tu.

    ReplyDelete
  4. Tuan2 sekalian pada saya biarlah jawatan politik yang sedia ada dikekalkan sebab merekalah yg direct link dengn wakil rakyat. Cuma ada penambah baikan disegi keupayaan sumber daya tersebut (bukan tunggu arahan/gaji saja).

    ReplyDelete
  5. Sdra Manampahu, saya setuju dgn pandangan sdra cuma apa yang kita bimbangkan ada sesetengah PKR tidak dpt menjlankan tugas dgn cemerlang. Sepatutnya mereka (PKR) diberi kursus intensif untuk memantapkan pengetahuan mereka dalam bidang berkenaan, selepas itu berikan mereka kuasa yg lebih sedikit berbanding dgn kuasa yang ada sekarang (amat terhad) Apa gunanya tugas sebagai PKR, jika semua keputusan ditangan YB. Jawatan CDO pula patut dikaji semula. Berikan tugas CDO kepada Pemaju Mukim di setiap Mukim. Rasanya tiada yang tercicir.

    ReplyDelete
  6. Ada sesiapa yg boleh post senarai tugas PKR,CDO dan Pemaju Mukim di Mtgg Kini kah? kita mau buat analisis betulkah ada kerja diorang. Setahu saya setiap penjawat Awam/Swasta ada senarai tugas,kalau ada nanti kita boleh bincang lebih terperinci dan beri cadangan yg terbaik utk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  7. Bah ini saja yang sya dapat dari Web Rasmi UPKR. Web dorang ni pun mcam belum update lgi. Sya masih nampak mantan PKR lama kita. Gambar Abdullah (PM) pn masih terpampang disitu. Tak tau pula smada bidang tugas dan fungsi UPKR tu sama kah tdak, tpi rsanya saling berkaitan dgn ini. Kalau sya dpt yg lagi detail, sya postkan disini. Biar kita sama-sama buat analisa. Haha, marah pula dorang nti sdra GT..

    FUNGSI

    1. Untuk menerangkan polisi, matlamat, proses perancangan dan pelaksanaan program dan jentera pembangunan kepada rakyat;

    2. Untuk membantu, melibatkan dan menyediakan kefahaman, bimbingan dan peluang kepada kumpulan sasaran dalam pemilihan program pembangunan di samping menyediakan program latihan serta menjadi pemudahcara atau penggerak pembangunan yang berkesan kepada rakyat supaya program-program pembangunan kerajaan dapat dimanafaatkan secara optimum;

    3. Untuk menyediakan satu rangkaian sistem maklumat dan maklumbalas yang berkesan supaya aspirasi rakyat dapat difahami dan dijadikan input kepada perancangan dan pelaksaan program pembangunan di semua peringkat;

    4. Menjadi perantaraan di antara kerajaan dengan rakyat melalui penyebaran maklumat mengenai dasar, program dan jentera kerajaan kepada rakyat;

    5. Mengembeling pelbagai inisiatif dan kaedah inovatif untuk merangsang dan melibatkan semua lapisan masyarakat dalam pembangunan;

    6. Mengawas pelaksaan dan keberkesanan program dan projek pembangunan masyarakat;

    7. Menggerakkan JKKK/JKDB sebagai jentera organisasi yang berkesan untuk membangunkan rakyat;

    ReplyDelete
  8. Memang bnar apa yg A,Mttg cakap tu. Bila sya buka web rasmi UPKR, hanya FUNGSI ja yg ada. Tpi rsanya tu lah tugas UPKR disetiap DUN. kakitangannya pula terdiri dari PKR, CDO dan Pemaju Mukim (kalau tdk silap..Web Rasmi UPKR tu memang teruk, ntah berapa tahun sudah tidak diUpdate. Klu anda klik pada Carta Organisasi, itu pn hanya dua iaitu IBU Pejabat UPKR dan hanya UPKR N1.Banggi terpampang disitu. Anda kemudian dibawa ke tetingkap baru yang mengatakan sedang -dikemaskini- apa hal hanya dua. Kemana 59 Dun lagi..aahh penat mo komen. Cuba kita lihat No.3 diatas? adakah rangkaian sistem maklumat telah dilaksanakan? blog mana? ok lah.. malas juga beleter panjang2 ni. ok kepada yg mo lawat web rasmi UPKR klik ini.. http://www.sabah.gov.my/upkr

    ReplyDelete
  9. Terima Kasih Amai Mtgg, tapi maklumat ini & web mrk hanya menambahkan lagi imej UPKR yg tidak terurus & tidak selari dgn Dasar kerajaan Negeri Sabah ke arah e-govenment. Pada pandangan saya Kerajaan perlu buat satu "Lab" utk mengkaji perubahan ini yg pasti ini sepatutnya kerja org IDS. Kita tunggulah mana tau diorg sudah ada rancangan penambahbaikan. Kalau tidak UPKR ini bakal jadi Gajah Putih. Faedahnya tempat org politik menuai ganjaran sajalah.

    ReplyDelete
  10. Samora 1

    Pinsan Orinjamal, Banal no kino ko nokosodia kono gumanti do YB.
    Ong varo rezeki nu sino. hondomono dohon iti imuhun ku.
    keso - Ogumu no tulun tokou ot kiongo sikul nga aso kopiisaan. Hoturo iti supaya okuat tokou.
    koduvo - Okudik po tulun tokou sid kakitangan kerajaan sebagai ketua jabatan.perjuangkan.
    kotolu - YB dijemput untuk bermuafakat dit kavantangan do razat. okon ko YB ogi ketua aramatai ti. Oboros tokou banal do bansa vokon. salah satu sebab nokuro tu amu onuvon tokou kumaraja sid jabatan ino no niilaan dioti kaki aramai ti.
    Kotolu - Bantulah rakyat kita, bagaimana mencari penyelesaian kemelut kemiskinan ulun tokou. Bagaimana membantu golongan petani, peniaga kecil.Kapat- Ong mangajanji mesti tunai. jangan sampai org tertunggu-tunggu 3-5 hari di kaki lima.Tq

    ReplyDelete
  11. Sebagai makluman Komen sdra Samora 1 sepatutnya berada di bawah artikel bertajuk Siapa Selepas Sarapin Magana kalau tidak silap saya. Mungkin sdra Samora 1, tersilap letak. Harap Maklum.

    ReplyDelete
  12. Pinsan SAMORA 1 - Banal ko avagat ino imuhun nu nga ong varo barakat Kinoringan monolutui om monguluvan diti bansa tokou ino nongoboros nu dino pinsan sid kangkab nu no laid." Lobi kosumangat dohon ino boros nu.. "MAMANAU OM OGUMU MINTORON ISESO". Memang nobo YB mangagazad tumakap iadko monginsakot indarama magagazan do takap nga sid tohudi memang nobo do aso kovian dot sakot jadi parai nga rumuzou.Sid polombusan ong iadino no o rencana aso guna jumanji paling kiguna dati projek paper om pagama..

    ReplyDelete
  13. Samora 1

    Mokimahap pinsan Elih Q, otopot ino boros nu dino.tidak berkaitan dengan isu UPKR. baiko napakaiku iti ruangannu tu ogumu tulun mongimot termasuk yoku peminat setia. Baiko minongimuhun oku yadino tu, terutama hal sid janji, rumosi kito ko di jadi bualan kedai kopi dan akhirnya orang mengambil peluang. Ong otopot no varo nabasa ku sid blog di pinsan Thomas Arin mad ponong-ponong sid varo minat dialo baiko amu ilaan do sira. Om Koduvo osian tokou banal ong varo-varo pemimpin tokou nga mad amu imot it dominasi dot bansa vokon terutama no sid kawasan tokou. Baiko pendpt ku bino, isai oku ma diti. om Tq.

    ReplyDelete
  14. Samora 1, rasanya sya kenal siapa sdra Samora 1,jngan terlalu merendah diri pinsan. Mungkin satu masa kita boleh duduk satu meja, berjalan dalam landasan yang sama. Apa pn terima kasih kerana menjadi pengunjung setia blog Matunggong Kini. Sbenarnya soal dimana letak duduk komen sdra tidak menjadi persoalan. Ruangan ini, ruangan kita bersama. Tq.

    ReplyDelete
  15. Sangup Momogun BanalJuly 7, 2010 at 8:09 AM

    Bagi saya UPKR perlu diteruskan untuk menghargai pengorbanan dan sokongan orang-orang tetentu yang telah berhempas pulas menyokong calon berkenaan. Bagaimanapun pemegang jawatan PKR seharusnya mereka yang mempunyai pendidikan yang sesuai dengan jawatan tersebut. Tidak juga bermaksud hanya mereka yg lulusan Uni sja, tapi sekurang-kurangnya tidak memilukan hati barang siapa yang melihat dan mendengarnya..hehe.

    ReplyDelete
  16. Pinsan Samora 1 - Wakil rakyat akan datang mositi varo Misi om visi bertulis yang boleh menjangkau masa depan pembangunan infsatruktur, sosiol ekonomi dan sumberdaya. Vagu no wakil rakyat kondiri mositi paradigma om varo minda tranformasi (okon ko bai manganti bus stop om mangatag balairaya) elo mamakai segala sumberdaya yang ada.. Mokitabang .. ulun dau mokimahap mositi ada kalangan para profesional n graduan ponsodia monulung asal varo cara mongupakat secara rasmi.. Ba bai pendapat ku bo ino.. Nga ong okon ko itokou, isai inudan?

    ReplyDelete