Ybh. Jelani Hamdan (Presiden SAMORA)17 Sept 2010
KOTA KINABALU: SAMORA yang diasaskan pada tahun 1986 oleh bekas Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah semasa era kerajaan USNO, Datuk Idrus Matakim yang dilabelkan sesetengah pihak sebagai persatuan yang pasif dan tidak lagi relevan sejak akhir-akhir ini ternyata meleset sama sekali.
Presiden persatuan ini, Ybh. Jelani Hamdan ketika dihubungi Matunggong Kini, menolak andaian pihak-pihak tertentu kononya SAMORA tidak lagi relevan sehingga ada yang tergamak melabelkan persatuan ini sebagai persatuan yang hidup segan mati tak mahu. Menurut Jelani banyak aktiviti yang telah dan akan laksanakan SAMORA pada tahun ini tetapi mungkin disebabkan kekurangan publisiti maka segala aktiviti tidak dapat diikuti oleh oleh orang ramai terutama masyarakat rungus di Matunggong, Kota Marudu dan Pitas.
“Baru-baru ini saya telah menghantar enam orang mewakili persatuan ini, ditemani YB Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan mengenai nasib dan masa depan suku kaum rungus di Sabah kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Razak,” katanya.
“Jika tidak ada aral melintang, dalam masa terdekat ini kita akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri,” katanya.
Mengenai Magahau seperti yang telah dilaksanakan pada tahun 2009 di Matunggong, beliau berkata Magahau pada tahun ini akan diadakan di Kanibongan Pitas selama dua hari iaitu pada 7hb September hingga 8hb September 2010. Acara Magahau kali ini diadakan di daerah Pitas atas permintaan ramai.
Antara acara-acara menarik yang amat rugi jika tidak dapat disaksikan ialah:
1. Pertandingan sukan tradisi Rungus
2. Pertandingan lagu tradisi Rungus
3. Persembahan artis-artis Rungus
4. Gimpuhut
Dibawah ini merupakan sedikit intipati usaha, visi dan harapan Jelani Hamdan selaku Presiden SAMORA yang saya sempat salin dan tampal (copy n paste) dari laman facebook beliau, sila baca:-
Kita telah buat perbincangan dan cadangan kepada Menteri Pelancongan Sabah, YB Datuk Masidi Manjun agar Magahau dimasukkan dalam kalender tahunan pelancongan Sabah. Beliau menyokong dan bersetuju degan cadangan tersebut dan meminta SAMORA membuat inisiatif sendiri terlebih dahulu. Sebab itu kita telah memulakan acara Magahau pada tahun 2009 atas perbelanjaan sendiri. Saya yakin dan percaya kalau ada sokongan dan dorongan dari masyarakat Rungus, kita akan dapat memasukan acara ini (saya tak panggil magahau sebagai pesta) dalam kalender tahunan pelancongan Sabah dan akan menjadi satu daya tarikan kepada pelancong antarabangsa nanti. Ramai orang bertanya dan mempersoalkan kenapa saya memperkenalkan Magahau sebagai event penting di kawasan kita. Jawapan saya mudah dan simple...Magahau adalah acara yang asli kpd kaum Rungus. Lebih daripada itu, Magahau akan dapat menjana banyak peluang ekonomi dalam jangka masa panjang. Ini strategi kita untuk menjadikan dan membolehkan agar daerah kita disytiharkan sebagai PEKAN BUDAYA Sabah satu masa nanti. Apabila daerah Matunggung disytiharkan sebagai Pekan Budaya, maka pihak berwajib TERPAKSA memajukan daerah tersebut selaras dengan namanya. Untuk membolehkan kita layak claim/menagih/merayu agar daerah Matunggung dijadikan sebagai Pekan Budaya, maka kita dengan inisiatif sendiri mesti lah melengkapkan acara-acara tersebut berbentuk kebudayaan dalam setiap tahun. Dengan adanya Magahau maka akan LENGKAP lah acara-acara di kawasan kita untuk diisytiharkan sebagai PEKAN BUDAYA. Dalam kalender tahunan Matunggung, kita ada Pesta Kaamatan pada bulan Mei, Pesta Kelapa di Kudat, pesta jagung, pesta Gong dan akhirnya Magahau. Aktiviti lain seperti pertanian dan lain-lain penting juga, tetapi kita perlu ada satu daya tarikan tersendiri yang boleh menarik minat pelancong dari seluruh dunia. Dengan bilangan pelancung asing yang ramai datang ke kawasan kita, kita akan menjana sumber ekonomi lain yang secara tidak langsung merancakkan lagi aktiviti perniagaan di kawasan kita dan secara langsung akan mengurangkan kadar kemiskinan tegar di kalangan masyarakat Rungus – JELANI HAMDAN (PRESIDEN SAMORA)
Klik disini untuk baca seterusnya »»