Followers

Saturday, July 17, 2010

Kenyataan Jelani Hamdan (Presiden SAMORA) mengenai kenaikan bahan bakar dan gula


Jelani Hamdan

17 sept 2010

KOTA KINABALU: Presiden Sabah Momogun Rungus Association (SAMORA) Jelani Hamdan selaku pemimpin suku kaum rungus di Sabah mengeluarkan kenyataan hari ini membantah kenaikan harga gula dan bahan bakar seperti yang diputuskan oleh kerajaan dua hari lalu berikutan pengurangan subsidi keatas bahan tersebut.

Menurut Jelani, kenaikan harga gula umpamanya, secara langsung mengakibatkan kenaikan berantai harga bahan makanan lain terutama produk yang mempunyai kandungan gula sebagai bahan pemanis seperti susu, roti dan banyak lagi produk yang berasaskan gula akan mengalami kenaikan harga secara mendadak. Penduduk luar bandar terutama penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman daerah Pitas dan Kudat/Matunggong yang berpendapatan rendah sudah pasti menerima impak dari kenaikan bahan-bahan makanan tersebut.

Mengenai kenaikan bahan bakar pula, beliau berpendapat kenaikan tersebut sebenarnya dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat, ini kerana bukan sahaja kenderaan menggunakan bahan bakar tetapi kilang-kilang juga turut menggunakan bahan bakar untuk menjalankan operasi mereka. Bila keadaan ini berlaku sudah tentu kos operasi akan bertambah dan produk yang mereka hasilkan sudah pasti akan dinaikan harga untuk menampung kos pengeluaran.

“Sebagai sebuah negara pengeluar minyak, kerajaan tidak sepatutnya menaikan harga minyak kepada angka yang agak besar demi kebaikan rakyat,” katanya.

“Kerajaan juga tidak sepatutnya membuat perbandingan harga minyak dengan negara jiran Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina kerana negara tersebut bukan negara pengeluar minyak. Kenapa tidak bandingkan harga minyak dengan negara Brunei atau mana-mana negara pengeluar minyak di rantau ini,” katanya lagi.

Setakat ini Jelani Hamdan satu-satunya pemimpin rungus yang berani tampil ke depan membuat kenyataan mengenai kenaikan harga bahan bakar dan gula ekoran dari pengurangan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan yang dikatakan mampu menjimatkan RM750 juta setahun apabila pengurangan subsidi bahan bakar dan gula dilaksanakan.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

15 comments:

  1. Tuan Jelani.. Minyak dan gula yang dijual di kampung-kamung juga turut naik. Mo pigi Kudat pun jauh, terpksa beli di kampung. Kalau keadaan berterusan begini orang kampung bertambah miskin lah Tuan..

    ReplyDelete
  2. Jelani Hamdan (JH)July 18, 2010 at 9:03 AM

    Tobpinai BT, yang kaya tetap kaya, tycoon gula tambah kaya, petronas bertambah pendapatannya...orang kaya tak akan terasa sangat dengan kenaikan tersebut. Tapi macamana dengan penduduk di pedalaman dan golongan miskin? macamana kos pengangkutan anak2 mereka ke sekolah? sudah tentu akan naik dan akan membebankan. Saya dapati harga gula dan petrol/diesel dijual 30% lebih tinggi di kawasan kita...sudahlah orang2 kita susah, lagi 'disusahkan' dgn kenaikkan harga ini.

    ReplyDelete
  3. Ho..ho..ho..YB pun tidak berani cakap pasal kenaikan harga barang. Bagus lah Tuan jadi wakil rakyat. Senang cerita. Kita nak pemimpin yang prihatin macam Tuan. PRU pn tdk lama lgi. Sori Tuan. Gurau jak, manatau silap jangkaan.

    ReplyDelete
  4. Torima Kasih Inai Matunggung, om torima kasih atas pandangan dan cadangan. Kita beri peluang kepada wakil2 rakyat kita untuk menunaikan tanggungjawabnya(mereka) yang akan berakhir lebih kurang dua tahun lagi. Pemimpin yang baik kita dukung manakala pemimpin yang kurang berkesan (bukan tak baik) kita rehatkan. Kadang2 peranan NGO lebih berkesan dari wakil rakyat.Apapun kalau kedua-dua pihak work hand in hand akan lebih berkesan lagi. JH

    ReplyDelete
  5. Tahniah tuan. Walaupun kenyataan tuan tdk mengubah keputusan kerajaan tpi sekurang-kurangnya ada juga pemimpin kita menyeblahi nasib orang kampung yang kurang kemampuan macam saya. Semoga tuan dimurahkan rezki.

    ReplyDelete
  6. jelani hamdan (JH)July 19, 2010 at 8:59 AM

    Terima Kasih Tobpinai Anonymous, memang benar kenyataan/komen saya/kita d sini tidak akan mengubah keputusan kerajaan yang telahpun diumumkan tapi sedikit sebanyak ianya akan diambilkira untuk 'plan/rancangan ' kerajaan seterusya(jika ada) samada menaikkan lagi harga minyak atau menghapuskan terus sabsidi2 lain yang secara langsung dan tidak langsung akan menaikkan lagi harga barangan keperluan asas pengguna. Selalunya yang menjadi mangsa apabila harga barang2 naik ialah penduduk kampong kerana pihak yang berwajib yang bertanggungjawab untuk mengawal harga barang2 jarang sekali membuat pemeriksaan di kampong2.Apapun kita berharap akan ada satu jawatankuasa halehwal pengguna yang betul2 'turun padang' tak kira di kampong atau di bandar.(JH)

    ReplyDelete
  7. Banalko avantang Tuan, inilah yang ditunggu-tunggu varot "Andaha" Momogun dot osiou, kihukum om kiadat. Tapi ada yang saya mohon tuan pertimbangkan untuk diperjuangkan juga iaitu "harap peniaga kecil-kecilan kampung tidak disalahkan kerana mereka hanya mangsa keadaan iaitu tidak menerima bekalan jualan dari pembekal sebaliknya membeli barang2 jualan di pekan Kudat, Sikuati atau KMarudu lepas itu dijual balik di kampung, pasal tu harga lebih mahal. Mohon jasa baik tuan mencadangkan langkah penyelesaian hal ini.Mohon juga pengecualian Lesen menjual barangan terkawal daripada KPPDN khas utk peniaga kecil-kecilan Rungus. Rasionalnya, orng kita tidak menjual dalam jumlah yg banyak, jadi apalah keperluan lesen khas kalau hanya menjual 10 bungkus gula atau 2 tong gas saja. Mereka juga tidak ada sebab utk terlibat dlm penyeludupan, maklumlah di kampung. Terima kasih Tuan semoga terus berjaya. kami SOKONG!!!

    ReplyDelete
  8. jelani hamdan (JH)July 19, 2010 at 12:10 PM

    Torima kasih tobpinai Gazo Tulu, saya amat bersetuju dengan pandangan dan cadangan Tuan, peniaga kecil-kecilan di kampung-kampung tidak harus dipersalahkan kerana menjual barang-barang runcit dan keperluan harian penduduk setempat. Yang menjadi penyebab kenaikan harga barang-barang runcit di kampung-kempung ialah para pemborong atau kedai-kedai di mana peniaga-peniaga kecil tersebut membelinya atau mendapat bekalan. Apapun kita harus mengenalpasti punca utama kenapa harga barang2 runcit di kampung-kampung ini begitu tinggi dan dalam masa yang sama mengambil satu tindakan atau formula yang akan memberi manfaat kepada semua pihak iaitu pihak peruncit/peniaga kecil-kecilan dan pengguna amnya. Pihak persatuan akan membawa usul/cadangan ini setelah kita buat kajian dan survey. TK (JH)

    ReplyDelete
  9. Avantang tu sekurang-kurangnya sekali sekala varo ot keningan tulun dot boros antad sid kopimpinan dot SAMORA melalui blog diti....tahniah developer. Ingin oku mongomen diti kanangan ko itit perancangan dot PEKAN BUDAYA itit Matunggong....banal ko avantang. Irad po dino...kuran ma dilo ong mitabang ot SAMORA om RCA supaya lebih alangkas ot korikatan dinot visi dino....nunu pandapat dikou? Tu ong banal ko ojelas dot SAMORA om RCA mongitung dot kousurutan dot bansa tokou...opurimanan ku dot aso masalah ditit mitabang diti...

    Dari segi relevant atau amu itit SAMORA...bahagi dohon SAMORA memang berunsur politik om inot ongo MT dau nga rata-rata ulun politik...asoi masalah (w/pun pada dasarnya memang agazo ot halangan kubasan ong dipolitikkan...)...polombuso dikou itit SAMORA...kasip oku dot w/pun dipolitikkan kakali varo okudit ot adapat dot SAMORA memainkan peranan....yadino vagu it ongo persatuan-persatuan vokon teruskan saja...

    ReplyDelete
  10. jelani hamdan (JH)July 20, 2010 at 7:13 PM

    Torima kasih sid Tobpinai madjabou, Bahagi ko yoku aso masaalah dot mikarjasama SAMORA om RCA, masing2 varo peranan dau . SAMORA berperanan sebagai persatuan suku kaum Momogun Rungus dalam semua bidang termasuklah pendidikan, ekonomi, sosial, kebudayaan dan kemungkinan politik manakala RCA hanyalah berperanan atau mengehadkan peranannya semata-mata dlam aktiviti kebudayaan. jadi saya tak nampak pertindihan peranan di sini. SAMORA telah sedikit sebanyak berjaya memainkan peranannya dalam bidang kebudayaan semanjak tahun 2001 apabila diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kaamatan peringkat negeri Sabah yang juga dibuat pelancaraannya di Pekan Tomborungus, Kudat pada masa itu.Samora juga telah sedikit sebanyak dapat menonjolkan nama Rungus di peringkat nasional melalui beberapa kali penyertaan dalam pesta kaamatan anjuran kerajaan persekutuan( hanya menyebut sebahagian kecil aktiviti2 Samora). Kita gembira kerana RCA ditubuhkan, yang secara langsung akan memikul tanggung jawab Samora dlm bidang kebudayaan. Oleh yang demikian, Samora akan dapat memberi tumpuan kepada bidang/sektor lain yang lebih mendesak dan amat diperlukkan olah suku kaum Rungus seperti Pendidikan dan ekonomi. Menyentuh tentang andaian( saya tak kata tuduhan) yang Samora dipolitikkan, saya ingin jelaskan bahawa kita tak dapat mengelak daripada orang2 politik menyertai mana2 persatuan hatta RCA pun diketuai oleh orang politik(saya tak kata RCA dipolitikkan). Begitu juga dengan persatuan2 lain seperti KDCA, USDA, Persatuan Murut dan lain2. Amatlah janggal kalau saya UMNOkan Samora kerana dalam Samora ada terdapat ahli2 Majlis Tertingginya yang berpartikan selain dari pari UMNO seperi PBS, PKR, SAPP, UPKO dan lain2 parti. Pendek kata hanyalah kebetulan saya datang dari parti UMNO maka orang ramai berandaian(kalau adalah) yang saya mengUMNOkan Samora. Saya tak hairan kalau orang ramai juga akan berandaian atau menuduh yang RCA alat PBS atau Pemimpin PBS.(saya tak kata begitu). Pendek kata, kita tekankan objektif dan matlamat persatuan. Pemimpin datang dan pergi. Saya bersedia dikritik dan hatta ditukar sekalipun. TK(JH)

    ReplyDelete
  11. banal ka open it respon nu JH....avantang! Amu okuno mongomen ong sama ada SAMORA dan RCA dipolitikan atau tidak...terpulang sid public (masyarakat rungus) ot mengitung...nga bai ingin oku polombus dot pendapat dot public (majoriti rungus)selain daripada it ahli SAMORA atau RCA...setakat nopisorita ku tulun...kokiraai ong varo ot 50 ulun tokou...hampir 45 tulun ot momoros dot SAMORA telah dipolitikkan dan akan teru dipolitikkan..bahkan orang dalam SAMORA sendiri pun ogumu ot mangakun dot ia dipolitikkan. Kokiraai ong banal itit...tidak semestinya setuju oku ditit boros dot ulun...mungkin itit no onuvon dot panduan bahawa selama diti bala yaditi ot itung tulun sabab pogi om majoriti rungus amu ominat dot mamung SAMORA...Topot bahagi dohon samaada dipolitik atau tidak...ino soal lain...yang penting kakali kasip oku dot varo peranan dot adapat mangagama...Tahniah dit MAGAHAU anjuran SAMORA sid Kanibongan...

    ReplyDelete
  12. SAMORA VS RCA atau SAMORA+RCA
    Dipulitk atau tidak dipuliitik akan nampak pada Hasilnya(buahnya)
    Tapi setakat ini macam=00(doro bah)
    om varo Bavil dot ulun topurak "Dont trust politison ka". hehe

    ReplyDelete
  13. jelani hamdan (JH)July 22, 2010 at 1:21 PM

    Tobpinai Madjabou om Rangab, torima kasih it komen om pandangan dikou. Saya ambil berat pandangan dikou miduvo..lets the public at large think that way. Kita kerja saja.Persepsi orang ramai memang penting juga tapi hasil kerja/result yang lebih penting kan...apapun kita jemput saudara2 sama2 menyumbang dalam Samora atau RCA. Bagi saya SAMORA Vs RCA tak timbul. Samora + RCA mungkinlah.(JH)

    ReplyDelete
  14. Banal ino JH...there is no such thing of SAMORA vs RCA...ini yang kita harapkan...Thank you.

    ReplyDelete
  15. Salam sejahtera kepada EQ , sahabat2 dan followers Blog ini....Sudah lebih seminggu kita tak dengar atau membaca artikel/contribution dari saudara EQ...ingatkan saudara EQ dah kena ' Sindrom Bisu' as Saudara Bosuk put it in another blog, a related/associated Blog?..Rupanya saudara EQ telah lebih seminggu terlantar di wad hospital Kudat. (Difahamkan saudara EQ dah keluar dari Wad tersebut). Kita doakan agar saudara EQ cepat sembuh dan kembali semula 'merancakkan ' blog ini yang kian diminati ramai. (JH)

    ReplyDelete