Followers

Wednesday, July 7, 2010

10 dalil mengapa Sarapin Magana perlu dikekalkan sebagai ADUN Matunggong

Saudara pengarang,

Melalui blog bebas ini (betulkan saya kalau silap), saya ingin minta budibicara pihak editorial untuk menyiarkan 10 dalil mengapa YB Sarapin Magana perlu dikekalkan sebagai Wakil Rakyat, jika blog ini benar-benar tidak berat sebelah.

Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar beberapa kritikan terhadap beliau dan ada yang secara tidak langsung memberi isyarat agar YB Sarapin Magana berundur dan memberikan ruang kepada pemimpin baru untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat Matunggong pada pilihan raya akan datang. Pada hemat saya tabiat suka menukar ganti wakil rakyat bukanlah satu pendekatan yang rasional dan mendatangkan banyak faedah seperti yang kita kehendaki. Soal kelemahan kepimpinan beliau, jika ada pun mungkin boleh diperbetulkan. Anggaplah YB Sarapin adalah milik rakyat N.4 Matunggong. Sikap beliau yang suka bertolak ansur dan bersikap rendah diri memungkinkan perkara-perkara yang pincang boleh diperbetulkan lagi jika kita benar-benar memiliki sikap bertanggungjawab sebagai rakyat yang setia terhadap perjuangan parti dan patuh kepada dasar-dasar kerajaan.

Rakyat Matunggong seharusnya belajar mengikis sikap dengki dan iri hati terhadap kejayaan seseorang. Mengapa kita tidak boleh merasa bangga diatas kejayaan beliau sehingga menjadi Wakil Rakyat yang lahir dan dibesarkan dikalangan kita. Sebab itu kita perlu berfikir tidak cukup hanya dua kali atau tiga kali, malah mungkin kita perlu berfikir banyak kali apakah beliau perlu digugurkan atau disingkir pada PRU13 nanti.

10 dalil mengapa Sarapin Magana perlu dikekalkan sebagai Wakil Rakyat N.4 Matunggong:-

1. Memiliki kridebiliti sebagai pemimpin.

2. Memiliki akademik yang sesuai sebagai pemimpin.

3. Tidak jemu mengambil berat masalah rakyat.

4. Mudah dibawa berbincang.

5. Dermawan dan suka merendah diri.

6. Mempunyai visi lengkap untuk memajukan dan membangunkan Matunggong pada masa akan datang.

7. Hubungan sosial yang baik dengan rakyat Matunggong tanpa mengira suku dan keturunan.

8. Urusan pentadbiran yang tulen tanpa campurtangan orang ketiga (isteri/keluraga terdekat)

9. Matang mengendalikan isu-isu politik semasa.

10. Kekalkan untuk meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang.

10 dalil ini perlu dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan parti dan rakyat Matunggong keseluruhanya.

Guntirik. L

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

50 comments:

  1. Saya setuju, wlbgnp setiap insan yg berjaya perlu sentiasa membuat penambahbaikan, dgn itu saya cadang beliau mempertimbangkan berberapa cadangan ini utk meningkatkan keupayaan sebagai wakil rakyat/wakil Tunggal Rungus:
    1. Lebih berani
    2.Lebih tegas
    3. Berani ambil risiko demi anak bangsa.
    4. Berani gagal.
    Terima kasih. *EQ,sila baiki ejaan bapa beliau

    ReplyDelete
  2. Haha..terima kasih atas bantuan teropong sakti Sdra GT. Pasal Uraguy kalah ni, ejaan nama bapk YB pn salah. Apa pn sya telah perbaiki kesilapan tu. Sdra GT sejak semalam/kelmarin bnyak menabur bakti pada blog Matunggong Kini. Tq.

    ReplyDelete
  3. Saya juga setuju tapi seperti yang disarankan oleh GT, YB Sarapin perlu menaiktaraf cara beliau bekerja. Cantas mana2 pokok yang tidak mendatangkan hasil, potong ranting yang dijangkiti kulat agar tidak menumbangkan pokok indung.

    ReplyDelete
  4. Amai Matnggong/GT..kamu memang suka mengaja tepi kain orang lain. Kalau mau YB ubah jumpa dan bincang bukan cakap disini blog. Kita ada saluran ba. bukan main hambur. Di blog ini orang tdk kenal kau. Apakah sekrang Yb kita itu tdk sempurna dia punya cara. Maaf kalau menyingung.

    ReplyDelete
  5. Aiik. Anon..Anon ko jngan marah ba. Disini bukn tempat untuk marah2. Disini ruangan untuk bertukar-tukar pendapat untuk kebaikan bersama.Ko takut dicantas ka? hehe. Sebagai pengatahuan Anon, blog lah tempat yang sesuai untuk melahirkan pandangan, selagi kita tidak menghina siapa2 dianggap pendapat dan teguran itu membina. Kalau ada pandangan Anon pn boleh buat melalui blog ini. Apa2 pn terima kasih sbb berani buat teguran. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  6. Anonymous - Sabar saja la.. Jangan kasi mara siapa2 suruh YB karaja karas saja.. 10 sebab mengapa YB Sarapin dipertahankan alasan 1 hingga 6,8 dan 9 adalah asas karekter seorang individu pemimpin dan seorang YB perlu berlakun sepanjang tampuk jajahannya. Lain2 tu memang alasan kukuh supaya dimadatkan. Apapun kita sokong kelanjutan perjuangan YB jika majoriti dan pemimpin mandatkan dia semula.. Kita mahu pemimpin yang terbaik dan dapat menjangkau kemajuan bangsa dari 15 hingga 30 tahun ke hadapan..

    ReplyDelete
  7. Ooooppppsss! Anon non non , apa yg tak betul dgn cadangan saya? Nyata kita dari generasi/zaman yang berbeza, wakakaka... pada zaman ini..... Blog adalah forum yang diiktiraf sebagai tempat menyumbang pendapat & teguran. Sebab itu setiap YB ada Blog termasuk "Gerbang Bisu Matunggong" Dgn itu saya cadang sdr Anon fikir dan buat kajian dulu baru buat komen di blog, sekurang-kurangnya tidak kelihatan terlalu kolot dan JUMUD.

    ReplyDelete
  8. Gazo Tulu/A.Magungtong,
    jangan cakap terlalu takabur, memang kita tidak seangkatan. Maknaya saya duluan makan garam dari kamu. Saya tdk mau gduh2 disini. Saya bukan orang macam itu. Mungkin sekolah kau tiggi, tapi saya pun ada anak sekolah tinggi. Apa khalimat saya adalah perpaduan. Kita mau tolong YB, kita cakap terus terang pada dia bukan di blog ini YB. Sekian.

    ReplyDelete
  9. Anon.. Mahu berpolitik misti bertahan emosi.. sebab pada saya apa yang blogger kata itu menjadi pedoman.. Yang negatif tu boleh menjadi dasar kejayaan. Gadu2 nanti .. tiada kesudahan..Mau kita dhormat.. Hormat diri sendiri dulu.. Be.. Professional! Sori la untuk saya menambah buruk keadaan sja ni.. Coz m nothing but concern with the momogun ethical..All the best.. Pangkat YB tu hati n jari majoriti penyokong yg menentu.. U menangi hati mereka. U fail habis la..riwayat

    ReplyDelete
  10. Ba sudah la tu Amai Anonymous mari lah kita bertukar-tukar pendapat dengan cara yang lebih dewasa. Kalau tidak silap saya, Amai Anonymous ini orang lama yang pandai guna internet (minta maaf jika saya silap). Tentang anak Amai Anonymous yang berpendidikan tinggi itu, saya tumpang berbangga kerana mereka lah generasi harapan kita pada masa akan datang. Tolong bagitau pada anak Amai Anon akan kewujudan Blog Matunggong Kini, biar kita sama-sama berbincang mengenai masa depan Matunggong. Saya akui mana-mana pun ruangan komen dalam blog, memang terdapat pandangan atau pendapat yang pro dan kontra kerana hakikatnya kita adalah manuisa biasa. Bagaimanapun kalau boleh kita seharusnya mengelakan daripada menggunakan perkataan yang menyinggung perasaan orang lain kerana kita juga tidak suka orang lain berlaku sebaliknya kepada diri kita. Apa pun saya menaruh harapan agar perbincangan ini didasari oleh keterbukaan minda dan sikap menghormati pengunjung lain kerana ada orang lain selain dari kawasan Matunggong turut memerhatikan gelagat kita. Biarlah kita berlainan idologi politk sekali pun namun saya percaya kita mempunyai tujuan yang sama iaitu ingin melihat Matunggong mengalami berubahan demi perubahan untuk generasi kita yang akan datang. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Kha..kaha..kaha. Terpaksa juga tuan tanah (E.Q) keluarkan kenyataan hampir2 tengah malam. Kalau ya pun sdra Tuan Tanah, jangan lupa tengok German vs Spain kul 2.30 pgi ni. Sya tau tuan tanah penyokong fanatik German. khik..khik.

    Ok bagi saya ni 10 dalil bagus, memang patut. Tpi Ulun Sarayo bilag banyk yang boleh dilakunkan sepanjang tempoh menjadi wakil rakyat. Macam tu kah? Laa, kalau semua pemimpin macam tu susah la rakyat jelata Matunggong ni kelak. Apa kata klu rakyat pula yang buat lakonan. Konon2 setia pada YB, tup-tup PRU13 undi pembangkang? hah!! pa kan jadi nanti.. harap-harap la YB Sarapin tidak berlakon spnjang beliau menjadi wakil rakyat.

    ReplyDelete
  12. EQ terima kasih, kasihan ORANG TAKBUR(ter...)tidak sabar2 mau bagi tau ADA ANAK TINGGI SIKUL bah baguslabah itu, saya pun bukan tinggi sikul juga ni cuma tahu budaya blog dan sentiasa up date.Berpengetahuan tidak semestinya tinggi sikul oi ANON malah ada yang tinggi saja sikul tetapi tidak ikut perkembangan semasa. Mcmana pun saya harap JANGAN terlalu bangga banyak makan garam kerana GARAM yang BANYAK tidak baik untuk kesihatan nanti macam sekaranglah saudara senang naik darah kerana garam barangkali. hehehe kasi.....haaaannnnn O....ooobogima

    ReplyDelete
  13. Samora 1

    Amai Matunggong,Kau cantas itu pokok rugilah.apakata klu dibaja dgn baja yg sesuai.pasti mendatangkan hasil yg baik.Klu pemimpin di sesuatu Jabatan /Agensi pasti ada ramuan untuk pokok2 yg tidak memberansangkan supaya mereka ini ada sumbangan yg baik. saya pasti YB tidak mencantas sebegitu mudah. beliau org yg berpengalaman dan minda yang terbuka. ok. sekadar perkongsian.nunu ma tontok kuditi.

    ReplyDelete
  14. Samora 1, Betul, mencantas bukanya jalan terbaik/merugikan tapi adakalanya perlu dilakukan demi kepentingan bukan hanya sekelompok masyarakat. Rombakan sesuatu organisai walaupun dilakukan secara halus tapi atas tujuan yang sama. Wakil rakyat adalah milik rakyat keseluruhan, jangan pula hanya setitik nila rosak santan sebelanga. Tabur lah baja pada pokok yang dirasakan masih lagi boleh mengeluarkan hasil tapi rasanya pokok yang sudah ditumpangi pokok2 parasit yang lambat laun akan menghisap sumber makanan dari pokok indung apakah perlu dibiarkan hidup? Apa pun ini adalah pandangan peribadi.

    ReplyDelete
  15. Samora 1, ada pokok2 ini, umpama gunting dlm lipatan. Tindak-tanduk mereka tidak jelas. Mungkin golongan ini tidk perlu diberikan baja lagi, dikhuatiri semakin subur pertumbuanya semakin dasyat implikasinya. Terganggu-gugat pula pengalaman YB kita. hehe..

    ReplyDelete
  16. Dariku Bayi..

    Salam 1Malaysia,
    Bagi saya,YB yg ada sekarang ini patut kita beri ruang untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yg ada pada beliau.Saya ingat tempoh 1 penggal ini amat singkat untuk beliau membuktikan kemampuan beliau.Bagi penduduk di kawasan Matunggong,selidik dulu bila membuat sebarang pendapat,komen,kemuskilan dan segala ketidakpuasan.Jangan kerana dengar daripada orang lain kita ikut saja apa mereka cakap.

    ReplyDelete
  17. Dengar khbar (mungkin khbar angin)ada cawangan PBS di Matunggong telah beralih sokongan kepada parti lain (komponen BN). Senario ini biasa berlaku di mana-mana tapi bukan kah nampak sangat ada sedikit kepincangan. Konon YB2 yang lalu tidak pernah berlaku keadaan seumpama ini.

    ReplyDelete
  18. Saya mohon dengan sungguh2 dan penuh kerendahan supaya YB atau pihaknya dapat memaparkan VISI dan Misi serta Rungus National Key Result Area(RNKRA)di Bolg Gerbang Matunggung dan Matunggong Kini supaya Kita(Rakyat) dapat menyokongnya.Sekian Terima kasih.Harapon dot asono ot okukuvaan.

    ReplyDelete
  19. GT, Sepatutnya YB Sarapin gunakan masa dan ruang yang ada untuk menjelaskan kepada rakyat Matunggong melalui media alternatif (blog) mengenai Visi dan Misi beliau sebagai wakil rakyat Matunggong. Harapkan surat khabar tempatan, memang payah. Jarang sangat wajah beliau masuk surat khbar. Manalah tau besok-besok pilihan raya, ada juga bahan yang kita kasitau orang-orang kampung mengenai visi dan misi beliau walupun mungkin beliau tidak sempat menemui setiap pengundi di Matunggong. Tapi kita ni cuma kasi cadangan saja. Mau atau tidak terpulang lah pada YB.

    ReplyDelete
  20. ......Tiada Visi kah? Susahla.....

    ReplyDelete
  21. Mungkin ada Visi tpi beliau mungkin sibuk buat lawatan ke kampung2. Beliau mungkin terlalu tumpukan 'mesra bersama rakyat' atau dia tahu pasti, tdk pyah bersusah payah ikut trend zaman skrang/zaman cyber, kalau dicalonkan juga oleh pucuk pimpinan, pasti mendapat undi majoriti. Tapi ingat anak saya baru daftar sbgi pemilih 4 orang, anak kawan saya 3 orang, anak kawan kpda kwan sya 3 orng..haha ramai pengundi baru ni..

    ReplyDelete
  22. Kopintutunan kumaa sokoviai sebagai orang baru siti...banal ko avantang it gama dikou miaambat. Kanangan ko itit isu diti (10 dalil YB..), bahagi ko yoku mad sememangnya OK yalo YB Sarapin...yadko inot 10 dalil dikou (nga andaman ku it...dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi...hahaha...). Ong kasalun vagu yalo YB....memang avantang topot ong miloi ko okonko yalo vagu banal ko humarap tokou dot lebih berkesan daripada yalo. Memang inono ot sentiasa menjadi harapan tokou.

    Akopiro ot duatan ku:
    1. elaan ka di YB itit blog diti atau kopipamasa ka yalo diti? Tu ong amu...mad asa harati tantu ditit ongo cadangan tokou bo...
    2. Ong kopipamasi yalo...nunu ma ot respon dialo...positive atau negative..?
    3. Ong kopipamasa...varo ka ot usaha di YB tokou dot mokitabang? Ong varo ogi...kasip oku dot ogumu ot ulun tokou dot profesional kadapat tumabang dialo....mau atau tidak saja (yadko it anak dialo Anon dit kisikul kadialo..good lah)
    4. Ong amu kopipamasa YB...kuran ong cadangan dit saudara EQ supaya pamasaon atau it ongulun dau dari masa ke semasa?

    Torima kasih rontob siti biano...

    ReplyDelete
  23. Selamat datang ke blog Matunggong Kini Saudara ku madjabou..nama samaran sdra pun sbnarnya cukup gah bagi orang kita yang mengenali sejarah...Mengenai dengan soalan-soalan sdra biar saya jawab satu persatu agar lebih jelas...

    1. YB Sarapin memang tahu kewujudan blog ini. Saya pernah berjumpa dengan beliau untuk memaklumkan mengenai blog ini. lagi pun suatu masa dulu ada seorang AJK Bahagian membuat komen mengenai gesaan Blog ini agar YB Sarapin membuat blog peribadi/adun Matunggong untuk memudahkan beliau berinteraksi dengan rakyat.

    2. Saya tidak pasti samada positif atau negatif sebab beliau tidak penah memberi sebarang komen atau pandangan.

    3. Blog Gerbang Matunggong (Blog YB) pernah saya 'Link'kan pada blog ini selama bebarapa bulan tetapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa keluarkan daripada senarai blog list.

    4. Saya cuba hubungi beliau dalam masa terdekat ini jika menjadi satu keperluan.

    Apa pun kepada sdara madjabou sya ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama menyumbangkan idea,cadangan dan pandangan melalui kokmen-komen yang bernas. Tanpa anda blog ini tidak akan kemana.

    ReplyDelete
  24. Kumaa kavi sid amai/pinsan/tongobpinai pengunjung/komentator Matunggungkini. Kita tabik kepada tobpinai EQ kerana memulakan laman atau ruangan untuk kita bertukar2 fikiran/pendapat dalam blog ini. Saya percaya apapun komen samaada yang berbentuk komen,cadangan, kritikan saudara2 sebangsa atau pengundi dan penduduk dalam kawasan N.4 Matunggung dan Parlimen kota marudu adalah datang dari hati dan perasaan yang sama atau serupa iaitu sama2 inginkan kawasan kita maju seringan dengan kawasan2 lain dalam negara kita ini. Kadang2 komen/kritikan agak pedas dan menyakitkan hati kepada penerima kritikan tapi anggaplah ianya sebagai 'ubat' atau penawar yng mungkin mujarab. Saya percaya pemimpin kita seperti YB Sarapin Magana sedar dan faham situasi ini dan menerima segala komen dan kritikan secara positif dan objektif. Satu trend politik kita ( DUN Matunggung dan masyarakat Rungus) ialah seolah-olah kita suka menukar pemimpin setiap kali menjelang pilihanraya diadakan. Saya tak nampak tindakan menukar pemimpin sebagai satu trend orang kita. Ianya lebih merupakan satu proses mencari pemimpin terbaik di kalangan yang orang kita. Sebenarnya trend menukar pemimpin setiap kali menjelang pilihanraya amat merugikan orang2 kita/kawasan kita.Apa tidaknya setiap 4/5 tahun kita 'memilih' orang baru yang baru nak belajar nak memimpin kawasan kita. 'Orang Baru' tersebut pula perlukan sekurang2nya satu atau dua tahun untuk familirise dengan masaalah dan tuntutan rakyat. Ini bererti pemimpin tersebut belumpun memulakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang sebenarnya dalam masa 2 tahun tersebut. Dua tahun berlalu barulah pemimpin tersebut mula 'bertugas' dalam erti kata yang sebenarnya. Belumpun sampai 3 tahun 'bertugas' dah mula merancang macamana nak mengekalkan kerusinya kerana bayang2 pilihanraya dah mula nampak. Ini bererti tiada masa atau tahun yang sebenar-benarnya pemimpin atau YB dapat memeberikan tumpuan untuk memikirkan soal pembangunan kawasan.Apabila Dun/parlimen dibubarkan, pemimpin yang dah 'belajar' dan agak berpengalaman kemungkinan ditukar lagi..begitulah seterusnya. Persoalannya apakah kita ingin meneruskan trend ini atau kita beri peluang kepada pemimpin kita untuk 'melaksanakan' pengalaman yang diperolehi di 'penggal' pertama dengan memberi peluang kepada pemimpin tersebut ke penggal kedua?. Secara peribadi, saya lebih cenderung kepada memberi peluang semula pemimpin kita untuk melaksanakan segala pengalamanya dalam term pertama ke penggal kedua kecualilah kalau pemimpin tersebut terlalu teruk dan tidak mempunyai visi dan misi untuk kawasan kita. Ini tidak bererti yang saya menyokong/melobi agar YB Sarapin Magana dikekalkan/tidak dikekalkan dalam pilihanraya yang akan datang. Walaubagaimanapun kita perlu berikan peluang kepada beliau untuk melaksanakan tanggung jawabnya dalam masa 2 atau 3 tahun ini dengan memberi kerjasama sepenuhnya. Apabila Dun/parliman dah dibubarkan maka di situlah kita buat analisa/penilaian samaada beliau 'lulus' atau tidak dalam 'ujian' di penggal peertama beliau. Kalaulah beliau gagal dan tidak boleh 'diperbaiki'/improve maka kita cari pemimpin yang lain pula.Tapi kalau sebaliknya, walaupun ada kelemahan sedikit sebanyak, kita sama2 perbaiki dengan memberi kerjasama dan sumbangan idea kepada beliau.Bersatu kita teguh bercerai kita robaoh (Hanya pendapat peribadi) (JH)

    ReplyDelete
  25. JH. sokong YB Sarapin dtreuskan ba ini, kan? hehehe.. Bagi saya keputusan pemilihan itu nanti adalah baik disokong dengan finding (SWOT). Boleh ka? Yang bakal2pun kaedah yg serupa juga.. NGO's n persatuan memainkan peranan dalam hal ini.. Demi masa depan momogun n masyarakat kita..Yapp ..Hari ini akan menjadi sejarah pada hari esok nanti.. Kegagalan demi kegagalan akan membuntu rencana memaksima kejayaan.. Saya pro n kon..

    ReplyDelete
  26. Tobpinai Manampahu, terlalu awal untuk kita nyatakan samaada YB Sarapin Magana perlu diteruskan atau tidak. Kita tengok dan buat penilaian selaepas dua tahun ini. Saya amat bersetuju dengan kaedah SWOT analysis yang tobpinai cadangkan. Dalam masa yang sama NGO2 perlu dilibatkan sama untuk membuat penilaian dan cadangan. It sounds difficult yet its not impossible..jangan marah YB ar..untuk kebaikan bangsa dan yb sendiri jugakan...

    ReplyDelete
  27. memang oporlu e dot iterus nga boi ka ong i lombus no dit amai Maximus ilo vaza dau moguripon banal diti samparang no iti YB rungus dot tosong pangal-pangal om gontizan no, harati ko amu po nakalasu ot busul nalangkab no,,bang iti no dadan kuran, avantang ogi ong mogihim tokou vazaan vokon yad ko iti e calun po di tokou iti mad isai kanopo vozoon tokou sid sombo kanopo ot parti baiko mangabus dit kobol dih amai Maximus sid ponong di tokou kuran

    ReplyDelete
  28. jelani hamdan (JH)August 3, 2010 at 9:18 PM

    Tobpinai Monginroro'ot, Torima kasih it komen om pendapat nu. Molozuon ku bo obpinai supaya ohortizan kavi isai2 kabasa. Amat malang sekali nasib bangsa kita...selama ini seolah2 kita ' sebiji bola' yang boleh disepak, ditendang,ditanduk dan bermacam2 teknik sepakan yang kita terima. Saya tak menuduh siapa2 yang berbuat demikian. Kalau kita imbas sejarah politik dalam kawasan kita, dari dahulu lagi kita seolah2 diperkotak-katikkan. Pemimpin2 atasan samaada dalam zaman pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS dan masa sekarang, kita masih dianggap sebuah 'kelab' tercorot dan perlukan pemain import. Saya tak kata pemain import tak bagus. Kadang2 pemain import lebih baik dari pemain tempatan (KADANG2). Mengenai pendapat saudara Monginroroot yang YB Rungus selalunya di'URIPON'kan oleh pemimpin yang lebih tinggi,itu terserah kepada persepsi masing2 dan terserah kepada YB Rungus itu sendiri samaada nak ikut rentak pemimpin2 tertentu atau tidak. Tetapi selalunya YB2 kita berada dalam keaadan 'terpaksa' dan kadang2 mengalah kepada pemimpin tertentu yang lebih kanan dalam parti maklumlah kalau lawan tawkey alamat tak akan dicalonkan semula. Persoaalannya sampai bila kita membenarkan perkara ini berlaku? adakah kita redha sahaja? sudah tentu jawabannya TIDAK. Kalau begitu kita sebagai pengundi cuba2 pula meng'URIPON' pemimpin2 yang bertindak sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  29. Tahniah Tobpinai Monginroroot, sebab berani menyebut nama dewa pengawal nasib politik Rungus (Dr atau lebih sesuai Diktator Max). Tuan JH, EQ ,Madjabou om sokoviai, sejak PRU yg lalu nasib politik rungus semakin suram, apa tidaknya, sejak drama tukar Jornah dgn Sarapin saat akhir + ugut undur =Ciptaan Diktator Max kesan berikut telah melanda kita:
    1.YB kita bukan lagi Pembantu Menteri seperti sebelumnya, hanya diberi "Sapol"
    2. YB kita selalu tidak berani menjawab terus aduan rakyat, beliau kerap cakap "nanti saya kemukakan kepada pengerusi BN Kota Marudu.
    3. YB kita terpaksa bertalam dua muka kepada Tan sri Pairin dan Max, yg ternyata tidak baik utk beliau dan rakyatnya.
    4. Paling teruk, rantaian kesan mula melanda org2 yg melobi calon akan datang-mau tidak mau kena mengampu Dr.Max yg menjadi DEWA penentu politik N4 & N5.

    Jadi, apakah kita terus biarkan keadaan ini?
    jangan Tuan-tuan marilah dengan berani kita bersatu mengubah keadaan ini.

    ReplyDelete
  30. Tongobpinai sokoviai...kalau lah Matunggong dan Marudu ni macam di USA...Datuk Max atau DS Pairin tidak akan dapat memperkotak-katikkan pemimpin Matunggong dan marudu. Lihat saja Obama dan Hillary Clinton....sokongan rakyat yang menentukan siapa yang akan dipilih calon dan bukannya pemimpin tertinggi yang pilihkan (dreams saja ni...) Mungkin akan sampai satu masa di mana masyarakat Matunggong terutamanya perlu menubuhkan badan pemantau pencapaian YBs (sudah tentu bukan formal...) yang bertanggungjawab untuk menyediakan laporan terperinci yang boleh dipercayai dan dilaporkan secara umum khususnya di Matunggong supaya rakyat akan tahu keadaan sebenar....Badan tersebut haruslah benar benar bebas kan...idea saja...

    ReplyDelete
  31. Para pejuang bangsa ku - Kita kini berada diabad IT, kita di zaman e-electronic (i.e. e-government, e-education,e-banking). Justeru, kita perlu ke hadapan mengejar kemajuan MSC (Malaysian Super Corridor). Jangan bangsa kita masih lagi "kaki manuk".
    Pendapat saya neutral ..saya mahukan pemimpin "MAN WITH ACTION".

    ReplyDelete
  32. Banal nu inot tuan Thomas...banal ko ogumu ot gusaon tokou...mulongko poko PTI mad sid tohudi tokou no kanto po....mad osian tokou...definitely we need MAN WITH ACTION. Is existing YB in this category...?Something to ponder yaaaaaaa....some say yes and some say no...

    ReplyDelete
  33. Tuan Madjabou ..The answer is with you/jawaban ada di tangan tuan.

    ReplyDelete
  34. Salam 1Malaysia.
    Saya ada hajat besar mahu jumpa 4 mata dengan YB kita En. Sarapin Magana. Cerita pasal Kg. Sungoi Darat Tiur Kota Marudu. Masalahnya tidak dapat diceritakan disini. Itu sebab ada hajat besar mahu jumpa YB sebelum parah (sekarang pun sudah parah ini masalah) Ada sesiapa yang dapat membantu agar hajat ini kesampaian mahu jumpa YB kita ini? Dengan siapa saya boleh buat temujanji dengan YB kita ini?
    Saya Galavis Iliong, Tel 0198959243 /galavisiliong@sabah.gov.my atau galavisiliong@yahoo.com.my.
    Terima kasih kepada yang dapat membantu dalam hal ini.

    ReplyDelete
  35. Salam 1Malaysia saudara Jahudi Masilun.
    Salam perkenalan. Saya Galavis Iliong, dari Kg. Tagaroh Kota Marudu. galavisiliong@yahoo.com.my
    019 8959243. Saya teramat sekali berhubung dengan saudara, masalahnya, macam mana? Kalau Saudara Jahudi Terbaca nota ini, tolong hubungi saya dialamat di atas. atau kepada sesiapa yang dapat membantu saya mengubungi Saudara Jahudi Masilun, sangat dialu-alukan.
    Terima kasih Saudara.
    Saya sedang menanti untuk dihubungi antad sid dikau tompiani.
    Tompinai, teliponai oku po dikau, varo boroson ku sid dikau iti, nga amu avantang ong siti pabarasan, Teliponai oku dikau bo koduruk.
    Sekian

    ReplyDelete
  36. Saudara Galavis boleh cuba menghubungi kedua-dua pemimpin yang saudara maksudkan melalui laman Facebook mereka. Add mereka dalam Facebook saudara. Saya berharap masalah saudara dapat diselesaikan dgn segra.

    ReplyDelete
  37. Minta maaf awal2 klu pena sya ini trlalu tajam. Sya trpaksa mnyatakan dgn agak tegas tp iklas. Sebenarnya, semua org yg sudah brjaya menjadi YB di Matunggong adalah layak, cuma dr segi kaliber, wibawa dan karisma adalah pd kapasiti masing2. Apa yg mnjadi penghalang utama utk memberi perkhidmatan yg lbh cemerlang ialah kekangan dr segi batasan peruntukan, ini yg nampak dgn kepala mata. Perkara paling penting yg tdk kelihatan dgn mata kepala ialah soal kebebasan bersuara. Pemimpin yakni YB tdk diberi ruang yg luas untuk bersuara yakni untuk menyampaikan suara rakyat krn apabila pemimpin bersuara, tindakan itu umpama menggali kubur sendiri. Kapasiti pemimpin dr segi ekonomi juga amat trbatas ddan trlalu brgantung kpd jawatn yg disandang sbg periuk nasi, oleh sb itu mereka takut brsuara.

    Di Matunggong, penduduknya majoriti penduduknya adalah Rungus yg beragama Kristian dan pemimpinnya juga seharusnya dr kalangan Rungus yg beragama Kristian sbg menghormati komposisi majoriti kumpulan ini. Bagi pemimpin Rungus yg beragama Islam, jika berangan hendak menjadi pemimpin, tdk menjadi masalah kecuali berangan menjadi YB kerana anda hanya akan mengabiskan wang semasa berkempen dan anda tdk akan mendapat undi yg mencukupi untuk menang. Pengalaman cubaan Umno pd thun 1994 adalah pengalaman dan pengajaran berharga. Ingat, rakyat trlalu bijak skrg, apa sj yg anda lakukan utk menakluk minda mereka, mereka akan tau apa yg anda mahukan sebenarnya yakni undi.

    Bagi pemimpin Rungus yg beragama Kristian dan berpotensi menjadi pemimpin besar ykni berupaya menjadi YB, prkara utama yg perlu dijaga ialah integreti..jgn trlalu menyembah2 org KL supaya dipilih mnjadi calon krn manusia perlu brmaruah utk membezakan manusia dgn makluk yang lain. Sya akan mnyokong mana2 pemimpin yg ada visi utk memajukan kaum Rungus, bukan pemimpin yang hanya inginkn pangkat, kedudukan dan wang ringgit.

    ReplyDelete
  38. Satu lg prkara yg ingin sya tegaskan di sini ialah ttg pemilihan parti utk dinaungi. Pd sya secara peribadi, PBS bukan lg parti yg relevan utk dinaungi krn sebenarnya PBS tdk mempunyai apa2 kuasa lg melainkn hanya pd kulit sj krn tlh dicengkam Umno dn skali gus tlh mnjadi hanya proxi Umno. Pbs tlh gagal mebela nasib rakyat Sabah khususnya golongan KDM trmasuk Rungus. Pemimpinnya tlh kaya raya trmasuk JPK yg mempunyai kediaman mewah di sebuah kepulauan di autralia. Apapun, Umno bukanlah pilihan atau alternatif bg menggantikan Pbs krn Umno adalah parti yg paling teruk di alam maya ini..dgn amalan rasuahnya, dgn amalan kroninya, dgn amalan penyelewengannya dn hanya perlu bahwa UMNO ialah UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION..tdk adapun di sebut Rungus dlm prtubuhan itu dan sepatutnya parti ini haram bagi kaum Rungus. Pd sya, utk membuktikn bahwa kita ini (N.4) bukan bodoh, tdk statik tp dinamik, kita perlu beralih kpd parti pembangkang pd PRU akan dtg krn tdk adda bezanya samada kita di kem kerajaan atau pembangkang.. malahan kajian sya memperlihatkn kemunduran kita di Matunggong adalah krn kita trlalu setia kpd kerajaan yg meminggirkan kita iaitu PBS dan BN. Keberanian 4 negeri di SM untk memilih pembangkang apabila;
    1.pulau Pinang tlh brjaya mningkatkn kewangan hgga puluhan juta lbhan pndapatan brbanding BN yg sntiasa defisit hgga mncecah 50 juta,
    2.Kedah tlh brjaya mningkatkn hasil balak 205% stlah PR ambilalih Kedah,
    3.Selabgor tlh mlancarkn MES dgn 8 inentif utama utk rakyat,
    4.Kelantan bawah Pas tlh mnjadi negeri terendah kada, pengangguran..manakala sabah adalah negeri trtggi kadar pengangguran disamping mnjadi negeri trmiskin di malaysia..so buka minda, jgn ingat BN sj yg mampu mnguruskn negara/negeri sb ini tdk benar..yg benarnya ialah BN tlh brjaya memiskin Sabah dgn mengangkut segala hasil mahsul Sabah ke KL>

    ReplyDelete
  39. Pendapat guntirik sepuloh sebab YB sarapin dikekalkan sebagai wakil rakyat adalah mengarut semata-matadan temberang habis. Hakikatnya ada 20sebab kenapa YB Sarapin harus dan mesti diganti /dipensenkan sebagai wakil rakyat kerana bukan sahaja mengamalkan pilih kasih dalam ppemberian projek( Yang beliau gunakan sebagai penyapu projek di matunggong Iparnya Minol aduzan, Nawari, lerry dan jasli sahaja) sedangkan yang banyak membantu beliau dalam pilihanraya beribu orang bukan empat orang ini sahaja. Selain daripada itu pentadbiran beliau nampaknya paling lemah dibandingkan wakil-wakil rakyat sebelum ini tambahan lagi amalan minum dan mabuk sampai mengampai dikalangan rakyat menjadi-jadi kerana bukan saja orang-orang kanan beliau tapi Sarapin sendiri kaki botol yang rakyat lihat membantutkan tumpuan beliau terhadap kebajikan masyarakat di kawasan Matunggong. Oleh itu amatlah wajar kalau beliau diketepikan dalam pemilihan calon pada PRU 13 dan peratusan tinggi atas keputusan undian untuk mahu beliau ditukar sebagai calon adalah tepat sekali.

    ReplyDelete
  40. Buat rakyat matunggong khusus sekali penyokong PBS di akar umbi,saya ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan serba sedikit kemenangan sarapin pada pemilihan Bahagiam PBS Matunggong 21hb June 2011. Dia menang kerana rasuah, ugutan dengan melucutkan kk dan jkkk sekiranya kalah dan salahguna kuasa. Tiga hari sebelum pemilihan beliau mengagihkan mesin rumput,chainsaw, jersey bolasepak,menjanjikan projek kepada ketua ketua cawangan disamping memberikan wang sejumlah RM 100-RM 200 setiap perwakilan.Namun demikian masih ramai yang tidak mengundi kerana tidak mahu amalan rasuah dalam parti PBS diamalkan. Jadi ternyata kemenangan beliau bukanlah kerana kualiti kepimpinan tapi politik wang dan penyalahgunaan kuasa. Dan perkara ini telahpun diketahui pemimpin atasan PBS dan menyifatkan Sarapin adalah pemimpin yang cuba mencemarkan nama baik PBS yang mungkin dihapuskan oleh pemimpin dan cara yang paling tepat beliau tidak dipilih lagi pada masa akan datang sebagai calon dimatunggong. Selepas kesyuarat agung kedengaran rakyat akar umbi tidak senang dengan amalan tersebut.

    ReplyDelete
  41. Inikah perangai wakil rakyat kita(N4)??? Sungguh memalukan la. Belum pun habis 1 penggal memegang wakil rakyat sudah mengamalkan politik wang. Barangkali peruntukan RM1 juta yg di khaskan untuk pembangunan setiap DUN telah digunakan utk kepentingan peribadi demi kelangsungan politik beliau dan konco-konconya. Wakil rakyat yg mcm ini tidak patut dipilih lg pd PRU 13 nanti. Rakyat N4 akan selama-lamnya terkebelakang dari arus pembangunan infrastruktur kemudahan asas, jauh sekali untuk membasmi kemiskinan. Fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
  42. sabar saudara....itu tidak memalukan dalam politik BN kerana semua org politik BN buat begitu waaakakaka...

    ReplyDelete
  43. Huhhh...tahniah dan syabas kepada yang mencoretkan pendapat di sini.ada luahan yang membina dan ada jg yg menunjukkan dirinya tidak berpandangan positif.bagaimanapun itu adalah hak individu berkenaan(harus dihormati ),kata2 melambangkan peribadinya.kita tinggal dalam lingkungan pemerintahan demokrasi dan bebas melontarkan pendapat cuma kita kadang2 perlu berhati2 terhadap apa yang terluah dari mulut @ dari hujung jari kita..susah menjadi orang yang sempurna..begitu juga para pemimpin sebab mereka juga manusia biasa.bezanya mereka ada usaha sehinggalah dapat bergelar pemimpin.oleh sebab itu kalau kita salah seorang penghuni bumi yang sempurna tidak salah jika kita berjumpa secara 4 mata dengan pemimpin dan memberi nasihat spy beliau menjadi spt yg kita suka.jangan kita kutuk,jangan sekali merendah2kan kemampuan mereka.kalau dipendam,nnt memakan diri sendiri beb...kita sendiri yg pening memikirkan keburukan pemimpin itu,kebahagiaan orang yg kita anggap telah dijaga dengan baik oleh beliau.,dan mcm2 lg..bukan kah perkara spt ini menyusahkan kita saja?...cuba fikir2kan... peminat "senyap" politik.saya sentiasa ikut perkembangan politik N4.bersilih ganti ADUN N4 tapi saya boleh hidup tenang tanpa prasangka2 buruk terhadap mereka...

    ReplyDelete
  44. wow,hebat!
    Memang hebat,memang panas berdebat di monitor komputer.saya pun sikit dihantar ke hospital membaca pendapat semua.

    Namun apapun,kita semua ini hanya menyalak bukit.YB sarapin tak pun memberi respon.Saya percaya YB ada membacanya atau sekurang-kurangnya disampaikan oleh followersnya.Tapi nyata diam dan membisu seribu bahasa.

    Pada saya,apapun kita mahu.YB sarapin diteruskan atau tidak kita tak de kuasa.tengoklah dulu tu.kita mahu YB Jornah diteruskan dan memang diteruskan tetapi pada saat akhir wujud komplot orang kita yang mahukan Sarapin jadi calon kalau tidak pigi pembangklang(YBkita sekarang)dan komplot itu direstui oleh pemimpin PBS.Maka senariopun berubah. YB Jornahpun setengah mati menahan malu malah saya sendiri yang tak tahu menahupun kena tempias marah si YB Jornah,kesian.

    Apapun itulah senario orang kita,kita sebenarnya di N4 ni,macam sampai bila-bilapun ibarat kerbau dicucuk hidunglah oleh pemimpin atasan PBS.

    Justeru,lebih baik kita dicucuk hidung oleh pemimpin PBS mungkin malah lebih baik atau sebaliknya bagus kita minta dicucuk hidung oleh UMNO.Mungkin kalau Umno yang tarik-tarik kita,kita boleh mengeluh pada para pemimpin yang bukan sesuku sakat.Bukan macam dalam PBS semua dorang tu suku sakat dan punya agenda tersendiri.itupun hanya pendapat ingusan saya.kalau tak setuju tolong jangan maki saya.nanti saya serik masuk blog ini.

    Selain itu,saya berpendapat juga bahasa YB2 kita yang silih berganti tu,masing-masing dengan agenda sendirinya,Dt. Markus dan YB Atong sibuk mengurus para kontraktornya,YB Jornah sibuk menempatkan keluarganya dalam pentadbirannya dan YB Sarapin juga dengan para kontraktornya jarang hirau kita orang biasa. pendek kata mahu jadi YB untuk dapatkan tiket mengukuhkan ekonomi.

    Justeru,pada pendapat saya lebih baik kalau ada peluang, baik calon kita dan YB kita akan datang ni adalah orang yang dah kaya sedia supaya tak sibuk lagi mencari kekayaan.Dan mungkin ada masa uruskan kita.Tapi jangan kritik saya,itu cuma pendapat saya bah. bo amai,tobpinai sokoviai.kagi idea saya ni mungkin not perfect sebab sayapun tidak tinggi sekolah.baru tamat prasekolah ba..he..hee... mari kita bertukar-tukar pendapat secara kemesraan ba elakkan marah marah nanti masuk wad.

    Sekian sampai jumpa lagi...Aramai tiee....misokodung tokou mumbangan.

    ReplyDelete
  45. Kensin said....
    Saya sependapat dengan Saudara Masital. Markus, Atong, Jornah dan Sarapin terlalu kronisme. Yang kaya tambah kaya, rakyat di pelusuk Matunggong tidak terbela. Jangan marah...fikirkan !!!!

    ReplyDelete
  46. salam 1M(1Matunggung),dari dulu hingga sekarang tiada YB di N4 yang tidak baik. Semua pemimpin di N4 berjaya mengambil hati rakyat matunggung sekurang-kurangnya 40% tetapi mungkin jumlah kita yang terlalu ramai menyebabkan tidak semua hati 'terambil' oleh YB. Apa yg penting bagi rakyat matunggung jaga diri sendiri,ikut macam YB2 kita, cari kekayaan dunia, kalau ada masa lebih cari jg kekayaan akhirat supaya tidak sia-sia hidup.seseorang yg ingin menjadi pemimpin perlu ada misi dan visi serta pelan tindakan yang jelas supaya perancangan kerja berjalan lancar (dan jgn bg muka dgn konco-konco kaki ampu-klu setakat 2/3 org itu tidak bikin klah ba- ogumu po tulun matunggung mongundi),bg saya tempoh 4/5 thn menjadi wakil rakyat sudah cukup jelas kpd kita sejauhmana keberkesanan kepimpinan seseorang itu.kalau dikatakan kekangan peruntukan menjadi isu kelembapan kerja,itu ada jg sikit2 tp jgn selalu kasi tau rakyat mcm minta kasian pula sama rakyat klu begitu..walau bagaimanapun,pembuat dasar rasanya telah buat kajian sebelum luluskan peruntukan kpd YB2 kita, betul/tidak? kpd org yg suka mengampu YB jgn telampau bah kasian itu YB^^^ klu betul2 mau tolong YB kasi tau yg betul2 punya..

    ReplyDelete
  47. limau-limau om nunuk ragang,Kita Bukan menukar pemimpin kita mahu YBSM sedar siapa diri dia dalam masa dia melobi calon satu ketika dulu dan sekarang ini,adakah kerana Lerry dan Nawari penat sangat dipintu pagar Rumah Huguan siou sehingga jam 2 subuh pagi sehinggalah diberi laluan oleh Tan Sri Presiden jumpa di di kamar pejabat Presiden di ibu pejabat PBS pada keesokanya.YBSM tidak sedar yang dia ini YB bidang terjun,perusak pingan orang,kalau kau punya bini dirampas urang kau marahkah?.jadi kalau kau sedar yang kau itu perampas sedarlah sikit oooiii,janganlah temberang sangat bo, segak konon,sombong dan angkuh,ikutlah sedikit saja pepatah seperti padi semakin berisi semakin tunduk...bo,beritahu juga dengan ko pya urang-urang dibahagian yang hanya pandai angkat kaki dan mengampu,terima kasih banyak..banyak kerana sudah terlintas dalam utak urang-urang matungggong bwa satu penggal jadi YB tidak sukup untuk pembangunan matunggong,maka itu memang tidak patutlah mantan YBJM disingkirkan lebih awal kerana baru satu penggalkan... namun kerana sikap perangai vasi guol + tamak dan seperti yang diatas tadi maka terpaksalah urang-urang kanan dan kiri matunggong singkir c kawan ini. Cuba kita tingu sikit saja politik diorang-diurang yang limpas ketua menteri dua-dua tahun...ngamkah dalam konteks pembangunan seperti yang disebutkan oleh JH...sukurlah ada uuurang kita yang sedar bwa tidak bagus klu dua-dua tahun kepimpinan CM...begitulah juga di matunggong, siapa punya idea bai...ni tred diorang kah dari semananjung ini yang urang-urang matunggung ikut..kuturlah kalau begitukan..maknannya tahu cakap saja tapi dia tidak sedar dari siapa masalah ini bermula...kan...kalau kita sedar dari siapa masalah ini bermula lebih baik tinggalkan saja parti itu dan perjuangkan parti tempatan sabah...tapi susah juga kan kasi tinggal nanti tiada pruuujjjikkk...kan tutup pejabat nanti..Ya panjang cerita..buka tred urang matunggong tukar calon tetapi mencari urang seperti padi yang pandai menghormati tuanya dan memahami lonsep bagai aur dengan tebing dan seperti kukuh dengan isinya,bukanlah kita perlu memenuhi semua pepatah ini...bising ba urang-urang kg.kumbatang sendiri gara-gara projek jalan raya...Soal calun.Siapa2 saja calun PRU13 di N.4 bukan perkara baru dalam politik Matunggong...lebih ramai berganti-ganti lebih ramai dapat pencen.puji tuhan

    ReplyDelete
  48. Dalil-dalil mengapa Sarapin Magana wajar ditukar sebagai Wakil Rakyat N.4 Matunggong:-

    1. Tiada langsung kridebiliti sebagai pemimpin.
    2. Tidak mengambil berat masalah rakyat.
    3. Sukar sekali dibawa berbincang.
    4. Bakhil dan angkuh.
    5. Tiada misi dan visi untuk memajukan dan membangunkan Matunggong pada masa akan datang.
    6. Tiada hubungan sosial dengan rakyat Matunggong trutama suku dan keturunan lain.
    7. Urusan pentadbiran yang lemah dan tidak boleh membuat keputusan sendiri.
    8.Tiada pengalaman dalam politik.
    9.Mengamalkan rasuah.
    10.Sudah kehilangan pengaruh yg teruk.

    10 dalil ini perlu dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan parti dan rakyat Matunggong keseluruhanya.

    ReplyDelete
  49. ya butul,sedang pairin pun bolah dibawa berunding ba, kanapa si YBSM tiadk,tidak mesra rakyat lagi pun dia ini perampas hak urang...ngamlah satu penggal saja

    ReplyDelete
  50. ya butul,sedang pairin pun bolah dibawa berunding ba, kanapa si YBSM tiadk,tidak mesra rakyat lagi pun dia ini perampas hak urang...ngamlah satu penggal saja

    ReplyDelete