Followers

Friday, September 3, 2010

Mengapa SAMORA?

Beberapa hari yang lalu ada orang menghubungi saya melalui telefon dan secara terang-terangan menunduh saya kononya saya menulis secara berat sebelah. “Kau tulis apa ini o, balik-balik tulis pasal Jelani Hamdan saja. Tiada bahan lain kah?” Asyik-asyik tulis pasal Samora. Perkara lain kau tidak mau tulis kah?” blog ini berkenaan dengan Matunggong, bukan blog Samora. Jangan bikin malu sama orang rungus,” kurang lebih begitulah perkataan yang keluar dari yang empunya mulut itu. Sebelum saya sempat menjawab, panggilan itu diputuskan.

Sebagai bloggers, saya sedikit pun tidak marah, terkilan atau berkecil hati terhadap kata-kata pemanggil tersebut, bagi saya beliau adalah pembaca/pengunjung setia blog Matunggong Kini yang berhak memberi teguran dan perlu dihormati. Saya akui sejak kebelakangan ini blog Matunggong Kini sering membuat ulasan dan pendedahan mengenai aktiviti Samora yang diterajui oleh Jelani Hamdan (JH).

Melalui blog ini saya ingin memberi penjelasan mengapa sejak akhir-akhir ini saya memberi ‘sedikit’ tumpuan kepada aktiviti Samora seperti yang didakwa oleh pemanggil walaupun sebenarnya ada juga isu-isu lain yang saya tulis terutama isu yang membabitkan kepimpinan YB Sarapin Magana, wakil rakyat N.4 Matunggong.

1. Saya melihat aktiviti yang dilakukan oleh Samora/Jelani Hamdan mendatangkan kebaikan bukan saja ahli Samora malah keseluruhan rakyat Matunggong dan melibatkan semua suku kaum rungus di Sabah.

2. Melihat aktiviti Samora perlu di war-warkan agar aktiviti tersebut boleh dibawa berbincang secara terbuka melalui komen-komen pengunjung blog bukan saja ahli-ahli Samora itu sendiri malah rakyat Matunggong yang berkesempatan mengunjungi blog ini tanpa perlu login/log masuk atau menjadi ahli terlebih dahulu.

3. Mendapat kebenaran dari Presiden Samora En. Jelani Hamdan (walaupun secara lisan dan tidak formal). Beliau (Jelani Hamdan) bekerjasama malah turut memberi komen-komen dan cadangan yang bernas dan membina bukan saja aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan bakal dijalankan oleh Samora malah isu-isu lain yang difikirkan penting untuk dianalisa bersama.

Saya amat sedar blog Matunggong Kini tidak banyak memberi sumbangan kepada perkembangan politik dan sosial di Matunggong tapi apa yang saya harapkan blog ini dapat memberi sedikit informasi yang bermanfaat sebagai rujukan walaupun dari segi komorsialnya masih terlalu daif berbanding dengan blog-blog lain. Apa pun saya bersyukur kerana sejak blog ini lahir pada 25 Ogos 2009 (lebih kurang setahun), blog ini telah dilawati oleh lebih kurang 27 ribu pengunjung. Dengan rasa rendah diri, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini terutama mereka yang telah memberikan cetusan minda yang pelbagai variasi samada melalui ‘surat dari pembaca’ (email) atau komen-komen yang bercorak ilmiah atau komen-komen nakal yang mengujakan yang langsung tidak pernah terlintas dalam minda saya sebelum ini.

Kepada GT, JH, Madjabou, Manampahu, Thomas Arinjamal, Raja Yomog, Amai Matunggong, Inai Matunggong, Sumandak Matunggong, Selipar Jipun, Burunguk Tindal, Pengundi Baru, Samora 1, Awang Labu, Rangab, farton Jinson, Felix MA, Yusan-usan dan ramai lagi komentator yang tidak sempat saya sebutkan disini, sekali lagi saya ucapkan terima kasih diatas sumbangan anda.

Dalam kesempatan ini juga saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang telah mendaftar sebagai followers/rakan blog ini. TANPA ANDA BLOG INI TIDAK AKAN KEMANA.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

14 comments:

  1. Setahu saya EQ adalah ahli RCA. Sila lawat laman blog RCA untuk ketetangan lebih lanjut. EQ juga merupakan penulis skrip Drama terbitan RCA berjodol Tovivinoi yang akan menjalankan penggambaran tidak lama lagi seperti yang pernah disiarkan dalam surat khabar tempatan tidak berapa lama dulu.

    ReplyDelete
  2. All bloggers and EQ...kopivosihan sakavi...opurimanan ku dot asoi masalah dot monurat tokou dot SAMORA om kebetulan yalo JH banalko kerjasama sidikau. Avantang iti tu supaya elaan tulun kebanyakan it kewujudan dot SAMORA. Nga mungkin dati dot kakali avantang ong sekali-sekala varo ot perkara vokon adapat tokou mitatahak pendapat...contoh RCA...pun mungkin operlu dot some sort of promotion here...om supaya bloggers nga kadapat manahak dot inpur kumaan sid presiden. Cadangan vokon...mungkin avantang dati dot ong kadapat mindamo dot iso ot habal antad sid YB tokou Sarapin...tu it ongo masyarakat Matunggong nga ingin humabal dialo dati...supaya it topic tokou nga lebih pelbagai...baiko hobo iti...

    ReplyDelete
  3. Kopivosihan kumaa Tobpinai EQ om sokoviai pengunjung blog ini. Adalah kurang tepat kalau Sdra EQ dituduh terlalu 'memberi ' ruangan atau 'highlight' terhadap saya atau SAMORA . Kemungkinan kerana sejak pertengahan bulan julai saya mula menyertai atau menjadi pengunjung blog ini maka nama saya atau Samora dipaparkan sebanyak beberapa kali dip dalam blog ini atau lebih tepat dipaparkan sebanyak 3 kali( 3 artikel). Daripada 79 artikel yang dipaparkan dalam blog ini hanya ada 2 artikel yang secara langsung menyentuh tentang aktiviti Samora dan 1 artikel mengenai komen atau pandangan saya sebagai presiden Samora mengenai harga bahan bakar dan gula. Ini bererti artikel mengenai Samora hanyalah lebih kurang 3% daripada keseluruhan artikel2 yang ada dalam blog ini.Oleh kerana sejak akhir2 ini nama saya dan Samora selalu disentuh dalam komen2 yang diposkan oleh para pengunjung blog ini, saya tak dapat tidak MESTI memberi jawaban atau komen ke atas pertanyaan, kritikan, cadangan dan sebagainya.Kalau saya berdiam diri atau membisu nanti ada pula yang cakap saya sombong atau tak bertanggung jawab. Saya secara peribadi memang tak juga meminta atau cuba meminta lebih 'layanan'dalam blog ini. Daripada 125 komen-komen dengan 10 top komentar setakat ini, saya dapati kesemua komen2 tersebut amat bernas walaupun kadang2 ada yang agak pedas, lucu dan mencuit hati. Saya berharap sdra EQ teruskan memberi sumbangan , idea dalam blog ini. Blog ini juga adalah sebahagian daripada ejen pembangunan masyarakat dan rakyat di kawasan kita. Atau mungkin juga saya terpaksa 'berehat sementara' dari membuat komen atau menjawab komen2 pengunjung blog ini?...nanti kena tuduh pula tak aktif dan tak bertanggung jawab . Apapun yang penting niat kita untuk membantu rakyat dalam apa kapasitipun termasuk 'berblog' seperti ini adalah ikhlas.

    ReplyDelete
  4. Maaf kalau terkeluar dari topik..Seperti yang kita sedia maklum mantan YB Jornah disingkirkan dari bertinding pada 2008 dulu dan saya rasa beliau tidak dicalonkan lagi dalam PRU13 akan datang ini. Lagipun kalau dicalonkan mungkin ramai yang menentang kerana beliau sudah pernah berkhidmat walaupun memang ada yang menyokong. Saya mencadangkan adalah lebih baik jika Mantan YB Jornah dilantik sebagai senator. Beliau cukup layak untuk memegang jawatan itu. Beliau berkebolehan. Wakil rakyat, kita cari orang baru. Kawasan Matunggong masih memerlukan seorang wakil rakyat lelaki. Kita harus ingat kali ini kita berhadapan dengan parti pembangkang yang kuat. Saya melihat dari sudut fakta dan pergolakan politik semasa.

    ReplyDelete
  5. Rasanya Matunggong Kini wajar menyiarkan beberapa kenyataan Tuan Jelani Hamdan memandangkan beberapa isu seperti kenaikan harga barang kerana tidak ada seorang pun pemimpin di Matunggong yang berani tampil membuat kenyataan mengenai hal itu termasuk Wakil Rakyat Matunggong sendiri. Kalau pun kenyataan JH itu tidak membawa sebarang penurunan harga barang atau mengubah keputusan kerajaan tapi sekurang-kurangnya rakyat merasa nasib mereka mendapat simpati dari pemimpin. Kalaupun wakil rakyat tidak membantah kenaikan harga tersebut atau tidak bernai mengeluarkan sebarang kenyataan tapi memberi penjelasan kepada rakyat menurut presepsi dan kondisi rakyat yang diwakilinya cukup memadai dan lebih baik dari berdiam diri..Memang susah BERKORBAN untuk rakyat..

    ReplyDelete
  6. Bukan mahu mengatakan yg tidak mahu menyokong akan cadangan penubuhan badan2 yg di cadangkan,cuma mahu berkongsi pandangan dan "mengasah minda".Kalau sekadar cadangan yg begitu tinggi menggunung tapi pelaksanaannya hampa belaka "baik tida payah lah".mungkin betul cakap2 org baik kita mencuba dari langsung tida akan tetapi kalau dah tahu jawapannya cadangan itu akan gagal sekiranya dilaksanakan adalah lebih baik tidak dilaksanakan,Ini kerana perkara tersebut hanya akan memburukkan nama SAMORA itu sendiri.Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya ramai "orang-orang" samora dan orang momogun/rungus sendiri sudah hilang kepercayaan dengan SAMORA kerana banyak kepincangan dari segi pelaksana "cadangan2" dan kepimpinan SAMORA.

    Sekian.
    Kalau salah maafkan saya.

    Tanak Rungus
    Tak AkaN hilang rungus di DUNIA.

    ReplyDelete
  7. EQ, Tahniah kerana mendapat perhatian satu lagi jenis peminat iaitu 'peminat Blog yg agak pemanas dan memberi komen tanpa membuat analisis. Biasalah tu.. Wlbgun sebagai pemerhati yg sudah bertahun-tahun mengikut Matunggong kini komen beliau itu kurang tepat. Setahu saya, hanya baru-baru ini isu-isu SAMORA menjadi tumpuan EQ dan sebelum ini isu-isu yg dimuatkan dalam blog ini adalah isu hot semasa. Dalam dunia media massa "Hot Topic" adalah keutamaan, jadi EQ tidak salah memilih SAMORA kerana kebetulan SAMORA lah yg ada "hot" sikit di Matunggong sejak JD/JH membuat kenyataan pasal harga Minyak diikuti dgn beberapa aktiviti dan isu lain.
    Teruskan EQ ... semoga sihat walafiat. Salam Merdeka ke-47 tahun. marilah kita nikmati kebebasan terbatas dalam dunia kewartawanan di bumi 1Malaysia ini.

    ReplyDelete
  8. Peminat Matunggong KiniSeptember 20, 2010 at 2:17 PM

    Tuan Gazo Tulu..jadi kita orang tidak boleh tegur lah kalau Matunggong Kini buat artikel berat sebelah? EQ pun sudah cakap, Matunggong kini adalah milik bersama tanpa mengira siapa kita, apa politik dan persatuan yang kita sokong..bukan kah menegur itu satu kebaikan juga. GT jangan sebarang buat tuduhan. Saya tau Tuan orang lama disini...maaf kalau menyinggung. Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  9. Peminat MK..Saya minta maaf kerana ikut campur dalam hal ini. Saya pn sebnarnya dah lama tk buat komen dalm blog ini, sibuk sngat. Bagi saya teguran itu baik jika dibuat secara ikhlas, bukan main hentam tak tentu pasal atau dgn kata lain biarlah teguran itu secara ilmiah. Saya agak saudara yang buat panggilan itu kan..(siapa makan lada memang terasa pedasnya) Maafkan jika tekaan saya kurang tepat. Seperti yang saudara Peminat MT kata, Matunggong KIni adalah blog bebas dan tidak menyokong mana-mana pihak dan bukan kah Matunggong kini telah menjalankan kewajibanya iaitu menyiarkan isu-isu tanpa mengira kepentingan politik seseorang. Sudah tiba masanya kita perlu belajar bertukar-tukar pandangan secara telus demi kebaikan bersama. Demi bangsa kita yang telah jauh ketinggalan bebanding dengan kaum lain yg sudah meniti hampir ke hujung jambatan. Andainya kita gagal pada hari ini, cucu-cicit kita akan menerima padah di kemudian hari. Saya,Gazo Tulu dan Sdra pasti tidak sanggup melihat anak cucu kita kehilangan arah, angkara kegagalan kita untuk bersatu.

    ReplyDelete
  10. Sdra EQ, GT, Amai Matunggong dan Peminat MK. Nampaknya 'cuaca' d Blog MK ini semakin ' Panas' ....dan hangat sepanas ' suasana ' politik dalam kawasan kita sekarang ini. Kebetulan saya baru sahaja balik ke kawasan (kampung) tadi. Saya nampak orang2 kita dah sibuk ' kempen ' , buat ramalan siapa calon akan datang. Trend sebegini ada baik dan buruknya. Kebaikkanya kita ' sentiasa ' menghidupkan amalan demokrasi dan kesedaran hak2 rakyat d kawasan kita. Yang kurang baiknya pula YB kita terasa ' kepanasan' dan tak dapat concentrate terhadap tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kerana dah mula ' mengatur' strategi politik iaitu macamana nak mengekalkan kerusi ADUN yang didudukinya. Apapun amalan sebegini dah jadi perkara ' biasa' dalam politik dalam negara kita. Yang penting YB kita kena teruskan kerja seperti biasa tanpa rasa terganggu. Kepada GT, Amai Matunggong dan Peminat MK...syabas kerana dengan adanya ' komen' sdra2 walaupun kadang2 agak panas tapi at least dapat memperbaiki pemimpin atau bakal pemimpin dan orang ramai. Saya secara peribadi lebih suka jika orang kritik dan beri teguran kepada saya. Kadang2 kita tak nampak kelemahan kita sehingga orang lain menegur atau kritik. Mungkin satu masa nanti kita cadangkan agar ada satu ' debate' terbuka di kalangan bakal2 calon yang menawarkan diri sebagai calon di kawasan kita. Ianya amat perlu kerana selama ini kita kurang mendapat maklumat apa perancangan atau visi dan misi YB atau pemimpin2 kita.

    ReplyDelete
  11. Sdr Peminat MK, saya rasa saudara salah faham atau tidak baca betul2 komen saya. Saya TIADA CAKAP TIDAK BOLEH TEGUR BAH...intipati komen saya bermaksud EQ tidak ada berat sebelah beliau hanya mengamalkan "memberi keutamaan HOT TOPIC".
    Walau bagaimanapun, kalau ingin memberi pendapat tentang sesuatu Blog, tulislah dalam ruangan komen di blog tersebut bukan melalui telefon ala samseng..cakap terus letak telefon seperti yg EQ ceritakan(itu tidak sopan namanya).Boleh fahamkah saudara?
    Maaf....sekali lagi kalau saudara PMK atau yg menelefon EQ tersinggung.Kopiondusan.

    ReplyDelete
  12. Tobpinai JH...idea yang baik kalau dapat diadakan debat terbuka yadko sid US.....

    ReplyDelete
  13. Tobpinai Madjabou, kalau ada debat terbuka samaada semasa penapisan bakal2 calon atau semasa pilihanraya adalah salah satu jalan terbaik untuk kita memilih pemimpin kita. Mungkin ramai juga yang tak bersetuju terutamanya di kalangan generasi 50 tahun ke atas kerana bukan semua isu mereka faham seperti isu nasional atau global. Tapi jangan jugakan tobpinai madjabou...zaman dan masa dah berubah , mereka yang kita anggap ' veteran' mungkin lebih advance pemikiran mereka dari kita sendiri. Mungkin ada juga yang beranggapan cadangan mengadakan debat terbuka ini tak praktikal tapi kita cuba dulu. Kita tubuhkan satu adhoc committee yang bertindak sebagai penganjur atau moderator debat terbuka ini. Sesiapa yang menolak untuk menyertai debat ini kita ' pulaukan' kalaulah individu tersebut dicalonkan. Itupun kalau kita ada kekuatan dan pengaruh untuk bertindak begitu. Sebagai contoh, kalaulah ada satu persatuan yang amat berpengaruh di kalangan penduduk kawasan kita, sudah tentu bakal2 calon terpaksa tunduk atau tak dapat menolak syarat2 seperti debat terbuka dsb. Kita ambil contoh di USA, pertubuhan seperti AIPAC dan American Enterprise begitu berpengaruh sekali sehinggakan sesiapa yang bercita-cita menjadi Presiden Amerika terpaksa menurut kehendak pertubuhan2 tersebut termasuklah program debat terbuka atau ceramah khas untuk ahli2 pertubuhan tersebut. Soalnya siapa atau organisasi apakah yang bertindak sebagai penganjur debat terbuka tersebut? adakah/ apakah calon2 akan menghormati cadangan atau rancangan debat terbuka tersebut? apakah kesannya jika calon menolak? soalan2 seperti ini jawapannya ada di tangan kita. (JH)

    ReplyDelete
  14. Para peminat MK - ini pula cerita artikal MK ini saya amat kebelakangan membacanya. pada saya RCA ka atau apapun blog persatuan pembaca berminat kerana isunya. Untuk penulisan MK artikelnya amat rasional dan tidak menampak sangat berat sebelah.. Bah janganlah persalahkan sahabat saya EQ (MK), syukurlah and tahniah kepada dia kerana mengujud Blog MK sebagai gerbang komunikasi utama kita khusus sekali di Matunggong..

    ReplyDelete