Followers

Wednesday, September 22, 2010

Program Masuk Kampung SAMORA

21hb Sept 2010

Matunggong : Hasrat SAMORA untuk menghulurkan bantuan kepada warga tua yang daif dan miskin di Kampung Pinawantai, Matunggong akhirnya menjadi kenyataan pada lawatan kedua (program masuk kampung 2) Jelani Hamdan, presiden SAMORA dan AJK persatuan itu di kediaman usang Amai Yakang. Dalam lawatan singkat itu, Jelani Hamdan menyerahkan bantuan berbentuk Dapur memasak, tong gas, beras dan barangan keperluan lain.


Serah - Kelihatan dalam gambar Jelani Hamdan menyerahkan bantuan kepada 'Amai Yakang'

“Saya tidak kisah jika ada sesetengah pihak menganggap pemberian ikhlas ini ada udang di sebalik batu, kerana saya benar-benar ikhlas menghulurkan bantun tersebut. Mungkin bantuan tersebut terlalu kecil tapi hanya itu yang termampu saya lakukan setakat ini,” katanya


Usang - Rumah usang Amai Yakang

“Kalau ikutkan hati, tidak perlu adanya publisiti melalui media mengenai bantuan yang SAMORA hulurkan bagi mengelak spekulasi yang akan timbul, tapi memandangkan bantuan ini berkaitrapat dengan kemiskinan tegar di Matunggong, maka saya merasakan perlunya pendedahan. Apa yang ingin saya tonjolkan adalah taraf ekonomi masyarakat Matunggong yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan,” katanya.


Kenangan - bergambar kenangan bersama Amai Yakang (1 dari kiri)

Ditanya mengenai bantuan PPRT yang sepatutnya telah diberikan kepada Amai Yakang, beliau berkata, YB Sarapin mungkin telah menyeneraikan nama beliau tetapi adakalanya proses pelaksanaan PPRT memakan masa yang agak lama dan ada sesetengah kes, bantuan PPRT tidak sampai kepada sasaran disebabkan oleh karenah birokrasi.

Melalui facebook beliau, Jelani berharap lebih ramai sukarelawan tampil ke depan untuk menyertai program itu.

“Bayangkan jika 1000 orang menyertai program ini dan masing-masing memberikan sumbangan sebanyak RM10 sudah tentu rumah usang ‘amai Yakang’ akan berubah wajah. Yang penting kita tunjukan dulu kita serius dan ikhlas dalam hal ini,” katanya

Jelani Hamdan yang gemar berinteraksi melalui laman facebook dan blog, mula mendapat perhatian dikalangan pemerhati politik berikutan kenyatan-kenyataan beliau yang acapkali memihak kepada rungutan dan masalah rakyat terutamanya di kawasan Matunggong. Sikap pemimpin yang suka memandang ke bawah ketika berada di atas puncak, adalah sikap yang jarang dimiliki oleh sesetengah pemimpin kita. Sikap terbuka dan mudah dibawa berbincang merupakan pendekatan beliau untuk mengetahui dan memahami kehendak rakyat.

Berikutan namanya sering disebut-sebut sejak akhir-akhir ini, ramai yang membuat ramalan, beliau akan bertanding pada PRU13 nanti.

Jika merujuk kepada kenyataan-kenyataan beliau melalui komen di blog ini, beliau kemungkinan akan bertanding jika rakyat benar-benar berkehendakan beliau berbuat demikian. “Saya tidak mahu dicop sebagai pemimpin dan calon payung terjun,” katanya.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, September 19, 2010

Gelaran Datuk untuk Jornah dan Atong Mangabis?





Selamat bertemu kembali. Sekali lagi blog Matunggong Kini bagaikan ‘terabai’ bila saya kekurangan waktu untuk menulis artikel atau isu baru yang boleh dikongsi dengan pembaca terutama pengunjung setia blog ini.

Beberapa bulan yang lalu saya telah menghantar proposal Sinopsis Drama kepada Astro (Astro Entertainment Sdn. Bhd) ASEB’s untuk dipertimbangkan dan baru-baru ini saya telah pun menerima email dari syarikat berkenaan yang mengatakan sinopsis/treatment yang saya hantar mendapat perhatian dan telah berjaya masuk ke pemilihan fasa kedua. Drama yang berkonsepkan etnik iaitu sebuah drama yang mengisahkan seorang pahlawan rungus akan ditayangkan dalam 13 episod bersiri (jika Drama itu nanti diterima sepenuhnya oleh pihak Astro). Dengan penerimaan itu maka saya terpaksa pula berhempas pulas untuk menyiapkan skrip drama tersebut sebelum 1 hb Oktober 2010 seperti yang dikehendaki oleh pihak Astro dan atas sebab itulah Matunggong Kini seakan terabai.

Seminggu yang lalu saya cuba juga untuk menulis serba sedikit mengenai perjalanan hidup dan karir politik Datuk George Abbah Mengimpal dari beliau bekerja sebagai ‘tukang potong kayu’ dengan seorang taukey cina sekitar tahun 1950an, kemudian beliau memulakan alam persekolahan dalam keadaan yang cukup daif, beliau dipenjarakan sehinggalah beliau dipilih sebagai ahli parlimen dan seterusnya dianugerahkan gelaran Datuk. Namun hasrat tersebut tidak dapat saya laksanakan kerana tiba-tiba negara dikejutkan dengan kejadian pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan tiga rakanya yang dikatakan dibunuh selepas berjumpa dengan suspek utama yang juga bergelar ‘Datuk’. Kejadian itu sedikit sebanyak menganggu tumpuan saya.

Menyentuh tentang penganugerahan gelaran ‘Datuk’, kita menyedari hanya semasa pemerintahan kerajaan Berjaya dan PBS, pemimpin dari kalangan kita berjaya mendapat gelaran itu. Datuk Markus Majihi umpamanya walaupun hanya satu penggal menjadi wakil rakyat, beliau berjaya memperolehi gelaran tersebut. Saya sering tertanya-tanya apakah tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin kita layak menerima anugerah tersebut selepas Datuk Mathius Majihi dan Datuk Markus Majihi. Jornah Mozihim umpamanya, walaupun pencapaian beliau mungkin tidak setanding dengan Datuk Mathius Majihi semasa beliau menjadi wakil rakyat dulu namun kesetiaan beliau terhadap Barisan Nasional perlu diambil kira. Walaupun tidak dicalonkan semula, Jornah masih tetap setia bersama PBS/BN. Begitu juga dengan Atong Mangabis yang pernah meninggalkan PBS (PBS/Pembangkang) dan Menyertai PBRS/BN atas dasar setia kepada perjuangan Barisan Nasional dan saya percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana ingin melihat pembangunan di Matunggong. Apa kah kedua-dua pemimpin ini tidak layak menerima anugerah/gelaran Datuk sedangkan mereka merupakan pemimpin yang berjasa kepada rakyat dan BN.

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, September 3, 2010

Mengapa SAMORA?

Beberapa hari yang lalu ada orang menghubungi saya melalui telefon dan secara terang-terangan menunduh saya kononya saya menulis secara berat sebelah. “Kau tulis apa ini o, balik-balik tulis pasal Jelani Hamdan saja. Tiada bahan lain kah?” Asyik-asyik tulis pasal Samora. Perkara lain kau tidak mau tulis kah?” blog ini berkenaan dengan Matunggong, bukan blog Samora. Jangan bikin malu sama orang rungus,” kurang lebih begitulah perkataan yang keluar dari yang empunya mulut itu. Sebelum saya sempat menjawab, panggilan itu diputuskan.

Sebagai bloggers, saya sedikit pun tidak marah, terkilan atau berkecil hati terhadap kata-kata pemanggil tersebut, bagi saya beliau adalah pembaca/pengunjung setia blog Matunggong Kini yang berhak memberi teguran dan perlu dihormati. Saya akui sejak kebelakangan ini blog Matunggong Kini sering membuat ulasan dan pendedahan mengenai aktiviti Samora yang diterajui oleh Jelani Hamdan (JH).

Melalui blog ini saya ingin memberi penjelasan mengapa sejak akhir-akhir ini saya memberi ‘sedikit’ tumpuan kepada aktiviti Samora seperti yang didakwa oleh pemanggil walaupun sebenarnya ada juga isu-isu lain yang saya tulis terutama isu yang membabitkan kepimpinan YB Sarapin Magana, wakil rakyat N.4 Matunggong.

1. Saya melihat aktiviti yang dilakukan oleh Samora/Jelani Hamdan mendatangkan kebaikan bukan saja ahli Samora malah keseluruhan rakyat Matunggong dan melibatkan semua suku kaum rungus di Sabah.

2. Melihat aktiviti Samora perlu di war-warkan agar aktiviti tersebut boleh dibawa berbincang secara terbuka melalui komen-komen pengunjung blog bukan saja ahli-ahli Samora itu sendiri malah rakyat Matunggong yang berkesempatan mengunjungi blog ini tanpa perlu login/log masuk atau menjadi ahli terlebih dahulu.

3. Mendapat kebenaran dari Presiden Samora En. Jelani Hamdan (walaupun secara lisan dan tidak formal). Beliau (Jelani Hamdan) bekerjasama malah turut memberi komen-komen dan cadangan yang bernas dan membina bukan saja aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan bakal dijalankan oleh Samora malah isu-isu lain yang difikirkan penting untuk dianalisa bersama.

Saya amat sedar blog Matunggong Kini tidak banyak memberi sumbangan kepada perkembangan politik dan sosial di Matunggong tapi apa yang saya harapkan blog ini dapat memberi sedikit informasi yang bermanfaat sebagai rujukan walaupun dari segi komorsialnya masih terlalu daif berbanding dengan blog-blog lain. Apa pun saya bersyukur kerana sejak blog ini lahir pada 25 Ogos 2009 (lebih kurang setahun), blog ini telah dilawati oleh lebih kurang 27 ribu pengunjung. Dengan rasa rendah diri, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini terutama mereka yang telah memberikan cetusan minda yang pelbagai variasi samada melalui ‘surat dari pembaca’ (email) atau komen-komen yang bercorak ilmiah atau komen-komen nakal yang mengujakan yang langsung tidak pernah terlintas dalam minda saya sebelum ini.

Kepada GT, JH, Madjabou, Manampahu, Thomas Arinjamal, Raja Yomog, Amai Matunggong, Inai Matunggong, Sumandak Matunggong, Selipar Jipun, Burunguk Tindal, Pengundi Baru, Samora 1, Awang Labu, Rangab, farton Jinson, Felix MA, Yusan-usan dan ramai lagi komentator yang tidak sempat saya sebutkan disini, sekali lagi saya ucapkan terima kasih diatas sumbangan anda.

Dalam kesempatan ini juga saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang telah mendaftar sebagai followers/rakan blog ini. TANPA ANDA BLOG INI TIDAK AKAN KEMANA.

Klik disini untuk baca seterusnya »»