Followers

Sunday, September 19, 2010

Gelaran Datuk untuk Jornah dan Atong Mangabis?





Selamat bertemu kembali. Sekali lagi blog Matunggong Kini bagaikan ‘terabai’ bila saya kekurangan waktu untuk menulis artikel atau isu baru yang boleh dikongsi dengan pembaca terutama pengunjung setia blog ini.

Beberapa bulan yang lalu saya telah menghantar proposal Sinopsis Drama kepada Astro (Astro Entertainment Sdn. Bhd) ASEB’s untuk dipertimbangkan dan baru-baru ini saya telah pun menerima email dari syarikat berkenaan yang mengatakan sinopsis/treatment yang saya hantar mendapat perhatian dan telah berjaya masuk ke pemilihan fasa kedua. Drama yang berkonsepkan etnik iaitu sebuah drama yang mengisahkan seorang pahlawan rungus akan ditayangkan dalam 13 episod bersiri (jika Drama itu nanti diterima sepenuhnya oleh pihak Astro). Dengan penerimaan itu maka saya terpaksa pula berhempas pulas untuk menyiapkan skrip drama tersebut sebelum 1 hb Oktober 2010 seperti yang dikehendaki oleh pihak Astro dan atas sebab itulah Matunggong Kini seakan terabai.

Seminggu yang lalu saya cuba juga untuk menulis serba sedikit mengenai perjalanan hidup dan karir politik Datuk George Abbah Mengimpal dari beliau bekerja sebagai ‘tukang potong kayu’ dengan seorang taukey cina sekitar tahun 1950an, kemudian beliau memulakan alam persekolahan dalam keadaan yang cukup daif, beliau dipenjarakan sehinggalah beliau dipilih sebagai ahli parlimen dan seterusnya dianugerahkan gelaran Datuk. Namun hasrat tersebut tidak dapat saya laksanakan kerana tiba-tiba negara dikejutkan dengan kejadian pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan tiga rakanya yang dikatakan dibunuh selepas berjumpa dengan suspek utama yang juga bergelar ‘Datuk’. Kejadian itu sedikit sebanyak menganggu tumpuan saya.

Menyentuh tentang penganugerahan gelaran ‘Datuk’, kita menyedari hanya semasa pemerintahan kerajaan Berjaya dan PBS, pemimpin dari kalangan kita berjaya mendapat gelaran itu. Datuk Markus Majihi umpamanya walaupun hanya satu penggal menjadi wakil rakyat, beliau berjaya memperolehi gelaran tersebut. Saya sering tertanya-tanya apakah tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin kita layak menerima anugerah tersebut selepas Datuk Mathius Majihi dan Datuk Markus Majihi. Jornah Mozihim umpamanya, walaupun pencapaian beliau mungkin tidak setanding dengan Datuk Mathius Majihi semasa beliau menjadi wakil rakyat dulu namun kesetiaan beliau terhadap Barisan Nasional perlu diambil kira. Walaupun tidak dicalonkan semula, Jornah masih tetap setia bersama PBS/BN. Begitu juga dengan Atong Mangabis yang pernah meninggalkan PBS (PBS/Pembangkang) dan Menyertai PBRS/BN atas dasar setia kepada perjuangan Barisan Nasional dan saya percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana ingin melihat pembangunan di Matunggong. Apa kah kedua-dua pemimpin ini tidak layak menerima anugerah/gelaran Datuk sedangkan mereka merupakan pemimpin yang berjasa kepada rakyat dan BN.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

19 comments:

  1. Pertama-tamanya saya awal2 lagi mengucapkan tahniah kepada EQ kerana telah berjaya menempatkan Sinopsis drama nya mendapat tempat ke saringan kedua dan diharap akan dipilih nanti. Ini satu bukti pencapaian orang kita. Bila kita menyentuh tentang kisah atau cerita pahlawan2 Rungus maka kita tak dapat lari dari menyebut nama2 seperti Tumanggong , Kulindod dll.....mereka ini lah pejuang awal orang2 kita. Dan mereka ini pun sepatutnya dianugerahkan gelaran2 kebesaran bukan sahaja gelaran Datuk, Tan Sri malah Tun sekalipun walaupun mereka sudah tiada. Mengenai syor EQ agar pemimpin2 terdahulu kita dianugarahkan gelaran Datuk seperti Puan Jornah Modjihim dan Tuan Atong Mangabis saya amat bersetuju. Dalam masa yang sama kita juga jangan lupa pemimpin2 terdahulu kita seperti Tuan Hendry Madatang , Tuan Joe Ojihi Supiring, Mendiang Amil Matinggi malah Datuk Mathius Majihi sendiri. Datuk Mathius Majihi sepatutnya sudah diberi penghormatan dengan gelaran ' TAN SRI' . Dengan adanya gelaran Tan Sri kepada sekurang2nya seorang Rungus maka kita akan ' terasa' diiktiraf. Tapi kadang2 cara penganugerahan gelaran Datuk inipun macam sistem penganugerahan projek juga....kalau 'kawan' atau ada habuan baru seseorang tu cepat dapat Datuk. Kalau di Sabah atau negeri2 lain di semenanjung pula sesiapa jadi Ketua Bahagian UMNO pasti dapat gelaran datuk secara 'express ' atau ' barter trade' . Sebagai contoh seseorang Ketua Bahagian yang berjaya ' menghadiahkan atau ' menjual' undi perwakilan kepada pemimpin tertentu yang bertanding dalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO sudah tentu akan cepat dapat gelaran 'Datuk' dan begitulah seterusnya. Apakah gelaran Datuk yang orang seperti ini patut dihormati?... sudah tentu tidak. Orang yang dulunya kaki lepak dan broker judi beliatpun dengan sekelip mata jadi Datuk! . Kadang2 orang buat lawak yang ' lempar saja sebiji bola di mana- mana tempat di negara ini pasti akan 'terkena ' kepala orang yang bergelar Datuk. Pendek kata orang dah kurang respect dengan gelaran Datuk gara2 perbuatan segelintir ' Datuk' yang tak menggambarkan ' KEDATUKKANNYA seperti menjadi Pencuri balak, ketua kongsi gelap, along malah pembunuh bersiri. Saya sendiri dah ' dapat ' DATO dari salah sebuah negeri di semenanjung Malaysia pada tahun 2001. Surat watikah penganugerahan tersebut ditandatangani oleh adik kepada Sultan di negeri tersebut. Atas nasihat kawan rapat yang merupakan ahli kabinet Malaysia pada masa itu, saya postponed penerimaan gelaran tersebut atas alasan yang saya kira logik. Apapun persepsi orang ramai mengenai title Datuk , bangsa kita patut diberi penghormatan seperti bangsa2 lain. Jangan nanti PTI pula yang bergelar Tan Sri malah TUN!. (JH)

    ReplyDelete
  2. Aslmkum Tuan JH..Sedihnya tuan, Datuk Mathius masih tak kurang-kurangkan aramai ti..bagi saya minum-minuman tradisi tu tidak mendatangkan masalah kalau skadar sikit-sikit ja. Jangn sampai ampai-ampai..hehe Saya harap ada yang mencadangkan Tuan JH untuk dianugerahkan title Datuk dalam setahun dua ini.

    ReplyDelete
  3. walaikumusalam Tobpinai TAL...tentang masaalah terlebih aramaiti tu susah nak komen...itu hak dia kan tetapi secara peribadi bagus juga kalau dengar lagu John Samud Kurang-kurangai Aramai tii hehehe. Mengenai syor untuk saya dianugerahkan gelaran Datuk pula, saya rasa saya lebih suka macam pemimpin2 seperti Lim Guan Eng yang menolak untuk dianugerahkan Datuk . Kita tak bebas menyuarakan pendapat atau komen bila dah ada gelaran Datuk. Macam2 protokol perlu diikuti...kalau di negeri2 yang ada Sultan , nanti takut sultan murka...kena tarik CCM pula hehehe.Saya lebih suka kita cipta gelaran atau ambil gelaran dari Muaki kita walaupun kedengaran tak segah dengan gelaran Datuk, Tan Sri dll tapi lama kelamaan orang kita pasti akan menghargai atau berbangga dengannya. Wallahualam bisawab.

    ReplyDelete
  4. Tanak Rungus

    Saya lebih kurang bersetuju juga dengan pandangan EQ ini tentang penganugerahan Datuk kepada bekas2 pemimpin kita ini.Akan tetapi satu yg kita harus pertimbangkan ialah layak kah mereka ini?
    Bagi saya secara peribadi sememangnya gelaran itu boleh mengangkat martabat satu2 bangsa itu sendiri.
    Memang benar kata JH saya sokong 100%,sememang berlaku unsur pilih kasih dan kronisma dalam pemberian gelaran2 tersebut"kawan & kalau ada habuan"boleh cepat jadi datuk lah atau siapa pandai kipas orang di atas cepat lah ko jadi datuk.
    Tapi yg hairan apa sumbangan Dato' Shah Rukh Khan yg boleh dibangkan sampai dapat gelaran?Saya rasa mungkin disebapkan bertambahnya pendatang asing PATI dari india,pakistan,nepal dan yg sewaktu dengannya dan ada juga di antara mereka yg ada ic palsu itu lah yang kita banggakan dan Dato' Shah Rukh Khan dapat anugerah/gelaran tersebut.
    Bagi tujuan pemberian gelaran kepada pemimpin2 kita ini seharusnya kita menubuhkan Jawatan Kuasa penilai atau Badan yg menilai sumbangan dan jasa serta memilih siapa yg layak dianugerahkan gelaran dan seterusnya mengajukan perkara tersebut kepada yg berkenaan.(Bai cadangan bo ino)

    Sekian............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh diterima masuk akal juga pendapat saudara anonymous.... Tapi Datuk sharukh khan mendapat gelaran atas peningkatan dan perkembangan dunia perfileman di tanah air kita...,dan yang masuk tanpa izin adalah disebabkan kita rakyat sabah sendiri yang telah memberi peluang pendatang-pendatang tanpa izin tersebut datang ke negeri ini dengan membuka peluang mata pencarian mereka.... Dan kalau lah rakyat kita tidak bersikap memilih pekerjaan maka kurang lah sedikit mata pencarian pendatang tanpa izin di negeri kita.... Ini adalah hanya pandangan sahaja sebagai anak jati sabah

      Delete
  5. Mereka (Jornah Mozihim dan Atung Mangabis) memang layak diberi anugerah atau gelaran Datuk berbanding dengan Shah Rukh Khan. Hah..Apa sumbangan dan jasa Shah Rukh Khan kepada negara. Kalau fikir-fikir Ogodong Dangki (bekas Presiden PCS) lagi layak menerima gelaran Datuk kerana sekurang-kurangnya beliau menyumbang sedikit sebanyak kepada keamanan Negara. Fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
  6. Kita tak hairan Shah Rukh Khan dapat gelaran Dato kerana orang2 yang satu spesis dengnya di Malaysia ini pun ramai malah kalau di Sabah ini dah jadi Ketua Menteri pun... momogun oh momogun! , kita asyik2 jatuh menjatuh sesama sendiri...yang untung dan ambil kesempatan ialah spesis2 PTI dan sejenisnya. Cuba kita kira berapa ramai YB dan jutawan projek dari kalangan mereka yang sedarah dengan Shah Rukh Khan di Sabah ini. Kalau dulu mereka ini hanya menjual kain dari kampung ke kampung tapi sekarang ini dah terbalik, orang2 Rungus, Kadazan, B.ajau dan lain2 minamasok mcm status minoriti pula... tak hairan kalau satu masa kita pula jadi ' penjual kain' di kalangan beruk2 khan ini. .Renung-renung.kan.

    ReplyDelete
  7. Peminat Matunggong KiniSeptember 20, 2010 at 11:48 PM

    Apa bezanya jasa dan cara bekerja YB Sarapin Magana jika dibandingkan dgn Atong Mangabis. Kalau dikira YB Sarapin lagi advance sedikit sebab beliau tidak pernah lompat parti,tapi kenapa YB Sarapin tidak pun disebut layak menerima anugerah Datuk? Kita sebagai rakyat Matunggong sebaiknya memberikan sedikit motivasi agar beliau lebih bersemangat. Cuba buat analisa SWOT..

    ReplyDelete
  8. Varot boros dot gulu-gulu "Nunu-nunu suvaiko anggalan". Atahakan dot garal Datuk /Tan Sri/ atau pingat BK, BSK, ADK, ASDK suvaiko anggalan om kadapat manaud dot ngaran/garal. Sebagai pemimpin masyarakat, gelaran itu bukan hanya pengiktirafan individu tersebut tetapi juga kepada masyarakat yg diwaklili. Nga.... sad to say: Varo dara Datuk nga........amu nanggalan jadi sesipa yg mahu gelaran/pingat pikir dulu...dapat jaga kah tidak. Mokimahap ong varo't okukuvaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tidak lari darl sikap seorang manusia saudara Yusan-Usan.... Kerana sikap itulah kita dinamakan manusia..dan manusia ini adalah ciptaan tuhan.. Pandangan saudara Yusan-Usan ada juga benarnya.... Harap-harap sesiapa yang bakal-bakal di beri gelaran sebagai Datuk, harus la ingat apa yang membuatkan sampai diberi gelaran Datuk...dan ingatlah dan teruskanlah perjuangan-perjuangan dan agenda-agenda yang pernah diperjuangankan terutamanya bangsa dan kaum kita iaitu RUNGUS

      Delete
  9. Kinoruhangan....kogulu tahniah kumaa sidi EQ tu agazo it ginama dau diti...nokosuvang sid fasa ke dua iti nga iso ot pencapaian tu okonko 100 no dati ot patod dot skrip seluruh Malaysia w/pun tasantanid tanid ot kategori bo...ong kadapat ko diti ikau ot agazo ot sumbangan sid bansa tokou secara jangka panjang ko yokoi diti songboros-boros...You need to pray while struggling for it...

    Berkaitan isu Datuk (Jornah om Atong)...memang ong kinginan dot ginavo mad banal ko avantang ong atahakan yoti not Datuk...nga ong dari segi sumbangan sid bansa tokou kakali amu po osukup. Okonko soal dot satu penggal atau dua penggal YB...topot it sumbangan dot opurimanan dot masyarakat tokou rungus. Ih datuk Mathius hakikatnya alayak yalo tu banal ko osiou yalo mongusig dot kosurutan tokou rungus dit hiza YB yalo (it hiza dot YB yalo okonko didino...om it datuk dialo Datuk Mathius memang pun it sumbangan dit hiza dit YB yalo..)...setuju oku di Yusan usan dot okonko osinang it mongovit dot garal dot datuk.YB Sarapin...kakali kiruang yalo dot menyumbang sid bansa tokou rungus....

    ReplyDelete
  10. Monorima kasih oku diti komen nu tobpinai Madjabou tu iso galakan om sokongan kumaa dohon. Aso tingudan dot bangsa vokon ot mongindazou om mangadahak dot motivasi ong iti koronuw-ronuhan dot bansa (rungus) diti ot toguvangon. Minsan ko yadino, amu inizo ot ongobpinai tokou (kinoruhangan) dot kipongitungan do yadko iti dikau, tu varo-i sid pialatan tokou dot okon ko onsug ot ining tokou, ino i-nga mad asana om mad okihi dot koruhang. Apa-apa pun piatabangai tokou banal iti kosurutan dot bansa. Obuli-buli no dara iti bansa tokou tu ogumu no ot bidang dot varo no tulun tokou.

    ReplyDelete
  11. Kalau mau, pihak SAMORA dan RCA boleh isi borang cadangan kepada Bhg Protokol Istana Negeri utk anugerah ini pada tahun hadapan.

    Setuju dgn pendapat beberapa forumer walaupun ada pro dan kontra. Org bilang, sampai memakipun klu masi tahap mengajar... masi boleh diterima. Tp ada sorg yg melalut mcm tiada akal. Wlaupun berbeza pendapat, jgn la bersikap macm budak2 tidak pernah belajar. Jgn sampai merendahkan nilai moral sendiri. Klu semua org boleh bersikap pro walaupun bersandarkan nama samaran, takkan yg sorang tu bersikap sebaliknya.

    ReplyDelete
  12. Rakan peminat MK.. untuk memberi gelaran Datuk saya fikir bukan senang kecuali merit dan sumbangannya memang cemerlang. Apapun pemimpin partilah saluran utama i.e. En. Atong Mangabis dan Pn. Jornah Mozihim mungkin Tan Sri Luguan Siou boleh mempertimbangkan cadangan. Persatuan juga boleh mencadang tapi mungkin kurang diperhatikan. Apapun jangan terlalu politikan gelaran Datuk.. Sekadar pendapat sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelaran Datuk hanyalah gelaran.... Tidak bermaksud yang tiada gelaran Datuk langsung tiadam memberi sumbangan kepimpinan kepada rakyat-rakyat kita di sabah...... Dan tahniah kepada Datuk-Datuk yang dianugerahkan gelaran Datuk.... Ini kerana Datuk-Datuk sekalian telah menjalankan tugas sebagai pemimpin yang mempunyai perjuaangan dan membela kepada hak- hak rakyat..Hidup tanpa berjuang tiada bererti lagi.... semoga pucuk pemimpin akan berjuang bersama rakyat

      Delete
  13. Saya bersetuju dengan cadangan Sdra Anonym bahawa Samora dan RCA sama2 bersatu atau syncronise our effort untuk membuat cadangan senarai penerima pingat2 kebesaran negeri di tahun akan datang. Kita sedar peranan persatuan memang tak segah dgn peranan pemimpin2 politik tetapi sekurang2nya kita dah memberi 'pengiktirafan ' kepada pemimpin2 kita. Kemungkinan besar cadangan2 kita agak berbeza dengan cadangan2 yang dibuat oleh ahli2 politik . Kita jangan terlalu fokaskan 'pengiktirafan' kepada peranan sebagai ahli politik sahaja. Pejuang2 bahasa, kebudayaan dan sebagainya juga tak kurang pentingnya. Kalau kita tak cuba kita tak akan tahu hasilnya. (JH)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa kesatuan di kalangan pemimpin-pemimpin semua yang diperjuangakan tidak lah berjaya 100 peratus, tidak kisah apa jua persatuan yang penting berjuang untuk kaum dan rakyat adalah penting pemimpin-pemimpin semua bersatu.....dan ini adalah sebagai pendapat seorang rakyat yang mencintai tanah pertiwi dan tidak ada kaitan dengan mana-mana pemimpin

      Delete
  14. saya berterima kasih kpada JH kerana beliau rajin memberikan comment di blog ini. Sedar tak sedr melalui komen2 beliau di blog ini, saya telah mengenali beliau lebih dekat. Rupanya terlalu jauh seperti yang pernah saya bayangkan mengenai beliau sebelum ini. Dulu sya pernah cakap, Jelani Hamdan bukan lah pemimpin yang baik selain dari bekerjaya sebagai peguam. Tapi setelah kerap kali membaca komen beliau dalam blog ini, anggapan saya berubah. Saya prhatikan JH boleh bertanding kalau mahu. Cukup ciri-ciri sebgai pemimpin politik dan pemimpin kaum. JH mesti fikir dulu walaupun sudah cakap tidak mahu bertanding lagi. Kalau pucuk kepimpinan PBS, terima. PBS pun boleh menang.

    Buringot Jambu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa seperti tuan Jelani H.....namun kita masi perlu membangkitkan isu-isu yang telah sekian lama masih melanda di sabah.... Kita juga perlu mencari prospek-prospek kemajuan di tanah pertiwi kita ini

      Delete