Followers

Wednesday, September 22, 2010

Program Masuk Kampung SAMORA

21hb Sept 2010

Matunggong : Hasrat SAMORA untuk menghulurkan bantuan kepada warga tua yang daif dan miskin di Kampung Pinawantai, Matunggong akhirnya menjadi kenyataan pada lawatan kedua (program masuk kampung 2) Jelani Hamdan, presiden SAMORA dan AJK persatuan itu di kediaman usang Amai Yakang. Dalam lawatan singkat itu, Jelani Hamdan menyerahkan bantuan berbentuk Dapur memasak, tong gas, beras dan barangan keperluan lain.


Serah - Kelihatan dalam gambar Jelani Hamdan menyerahkan bantuan kepada 'Amai Yakang'

“Saya tidak kisah jika ada sesetengah pihak menganggap pemberian ikhlas ini ada udang di sebalik batu, kerana saya benar-benar ikhlas menghulurkan bantun tersebut. Mungkin bantuan tersebut terlalu kecil tapi hanya itu yang termampu saya lakukan setakat ini,” katanya


Usang - Rumah usang Amai Yakang

“Kalau ikutkan hati, tidak perlu adanya publisiti melalui media mengenai bantuan yang SAMORA hulurkan bagi mengelak spekulasi yang akan timbul, tapi memandangkan bantuan ini berkaitrapat dengan kemiskinan tegar di Matunggong, maka saya merasakan perlunya pendedahan. Apa yang ingin saya tonjolkan adalah taraf ekonomi masyarakat Matunggong yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan,” katanya.


Kenangan - bergambar kenangan bersama Amai Yakang (1 dari kiri)

Ditanya mengenai bantuan PPRT yang sepatutnya telah diberikan kepada Amai Yakang, beliau berkata, YB Sarapin mungkin telah menyeneraikan nama beliau tetapi adakalanya proses pelaksanaan PPRT memakan masa yang agak lama dan ada sesetengah kes, bantuan PPRT tidak sampai kepada sasaran disebabkan oleh karenah birokrasi.

Melalui facebook beliau, Jelani berharap lebih ramai sukarelawan tampil ke depan untuk menyertai program itu.

“Bayangkan jika 1000 orang menyertai program ini dan masing-masing memberikan sumbangan sebanyak RM10 sudah tentu rumah usang ‘amai Yakang’ akan berubah wajah. Yang penting kita tunjukan dulu kita serius dan ikhlas dalam hal ini,” katanya

Jelani Hamdan yang gemar berinteraksi melalui laman facebook dan blog, mula mendapat perhatian dikalangan pemerhati politik berikutan kenyatan-kenyataan beliau yang acapkali memihak kepada rungutan dan masalah rakyat terutamanya di kawasan Matunggong. Sikap pemimpin yang suka memandang ke bawah ketika berada di atas puncak, adalah sikap yang jarang dimiliki oleh sesetengah pemimpin kita. Sikap terbuka dan mudah dibawa berbincang merupakan pendekatan beliau untuk mengetahui dan memahami kehendak rakyat.

Berikutan namanya sering disebut-sebut sejak akhir-akhir ini, ramai yang membuat ramalan, beliau akan bertanding pada PRU13 nanti.

Jika merujuk kepada kenyataan-kenyataan beliau melalui komen di blog ini, beliau kemungkinan akan bertanding jika rakyat benar-benar berkehendakan beliau berbuat demikian. “Saya tidak mahu dicop sebagai pemimpin dan calon payung terjun,” katanya.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

15 comments:

  1. Andaikan Nilai Derma itu:
    1.Tong Gas RM100.00
    2.Dapur Gas RM70.00
    3.Beras RM50.00
    Jumlah RM220.00
    Terima Kasih Tuan JH&SAMORA.
    Kerja amal tetap dipandang mulia, teruskan.
    Dalam hal ini orang Rungus ada tradisi yang kukuh mitatabang -mototozupo -oboziki manapul dit osusa.
    Tuan JH & SAMORA tidak berseorangan dalam hal ini, pihak lain yang layak diberi pujian termasuklah:
    1. Mantan YB, Puan Jornah Mozihim yg aktif membantu golongan susah khususnya ibu tunggal.
    2. PCS - pertolongan yg tidak pernah hentinya sejak kehadirannya di Sabah.
    3.PGKS(Persekutuan Guru-Guru Kristian Sabah) yg aktif membantu pelajar miskin di seluruh Sabah (Contohnya: mengenadlikan Asrama Sikuati) Terima kasih Cgu Jaslin Okirim -Warden Sukarela.
    4.Puan Tina Majawan-selalu beri tambang org sakit-dan Banyak lagi yg aktif memberi sumbangan.
    Kalau tiada Individu dan pihak seperti ini Yusan-usan belum tentu ke mana, saya adalah hasil kebajikan orang. Tuhan saja yang membalas amalan mulia ini.

    ReplyDelete
  2. ASLMUALIKUM/SLM SAHJETRA. NILAI SEBENAR ADALAH KEIKHLSASAN. SEMOGA TUAN JH DIMURAHKAN REZEKI. TERUSKAN USAHA TUAN. TAHNIAH JUGA KEPADA NAMA-NAMA INDIVIDU YANG YUSAN-USAN SEBUTKAN DIATAS TERMASUK PCS DAN PGKS. Di harap ramai lagi pemimpin yang tampil berbuat demikian..

    ReplyDelete
  3. Shalam sajetra , kepada saudara saudari sekalian. Kesatuan sangat penting dalam sesebuah Masyarakat. Teruskan usaha Tuan JH dalam membantu Masyarakat yang kurang berkemampuan. SALAM HORMAT.

    ReplyDelete
  4. Tuan JH and AMT SAMORA, amat baik program ini. Cuma ramai yang mempersoalkan ketelusannya mengapa diadakan d N4 Matunggong atau P.168 Kota Marudu sahaja, ka? Tuan Presiden SAMORA sahajalah yang ada jawapannya..

    ReplyDelete
  5. Secara kasarnya, orang akan melihat apa itu SAMORA. SAMORA pada dasarnya adalah Sabah Momogun Rungus Assosiations (bukan aso siat on) dan org2 disekeliling akan sekelip mata akan terarah kepada masyarakat di Matunggong jika disebut Rungus.

    Walaupun ada kaum Rungus yg telah berpindah ke Tupak (Tandek, Pitas, Kanibongan serta Tangkarason) dan jg ke Kota Marudu, org pasti akan merujuk Rungus sebagai penduduk di Matunggong.

    Rasional memberi bantuan kepada penduduk di Matunggong ialah kerana belum ada badan-badan lain yg betul-betul membantu dalam erti kata yg sebenar. Kalau ada pun, saya berani cakap... itu kerana mereka kena adakan sesuatu program. Dan itu la pilihan yg ada kalau di sini.

    Cuma rasanya kalau ada yg ingin menjadi ahli SAMORA ini, keahlian rasanya tetap diterima tidak kira org itu berada di Sandakan, Tawau, Semenanjung ataupun di Singapura.

    Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Tuan Edward M. Koromol (betul ka ejaan nama ini) kerana mendapat anugerah ASDK semasa sambutan rasmi Ulangtahun TYT Sabah baru-baru ini.

    ReplyDelete
  6. Salamat sodop.

    Notudukan no ka dikou yalo amai dino mamakai dilo ropuhan dau oi? Rumosi dot inono kosorob dino valai di Amai. Palis-palis.

    ReplyDelete
  7. Haha...kirak-irak ma ong ikau oi pinsan...amu ka notudukan ino oi nga tozoho no ma ong aso not iso o karahati monurug diot dinot ropuhan di JH dino.

    ReplyDelete
  8. Kopivosihan kumaa sidikou kavi om slamat sodop. Ong porhotion tokou ti trend pengunjung om komentar ti blog Matunggungkini...mad ' bermusim' kanto tu kadang2 labaan sominggu langsung aso komen tapi ong kodung ko rumikot o komen...insan-insan e 'lumabus' . EQ...suvai dati ko mogihim dot apanas-panas o cerita atau kritis dati...sebagai contoh , cuba kita kira dalam setahun atau satu penggal berapa kali menteri tertentu seperti menteri yang bertanggung jawab pembasmian kemiskinan malah Ketua Menteri sendiri 'pijak' di bumi Matunggung. Contohnya berapa kali kah YAB Datuk Ketua Menteri datang ke Matunggung ( jangan kira kedatangan beliau merasmi program UMNO...itu purely program politik ). Then link kan blog ini kepada PM so that PM tahu apa menteri2 kita buat. Adalah wajib menteri2 kita termasuk CM memberi lebih tumpuan kepada kawasan2 yang mana ramai penduduknya bangsa Rungus kerana PM sendiri ada menyebut dan menyentuh soal kemiskinan bangsa Rungus dalam ucapan pembentangan RMK10. Mengenai aktiviti Program masuk kg Samora, saya bersetuju dengan Teropong Abu Ludin, nilai sebenar apa sahaja bantuan yang kita beri adalah keikhlasan. Kadang2 semakin kaya seseorang itu maka semakin ' berat tangan' untuk menghulur bantuan kecualilah kalau ada pulangan terhadap segala bantuan yang diberi. Saya dah katakan awal2 lagi bahawa saya tak kisah apa orang cakap atau tuduh , saya juga menyatakan yang saya dah bersedia untuk tidak dicalonkan dalam pilihanraya akan datang. Saya dah bersedia untuk jadi aktivis masyarakat khasnya untuk kaum Rungus. Mengenai ' soalan' atau 'curiousity' sesetengah orang yang diajukkan kepada Tuan Thomas Arinjamal iaitu kenapa Matunggong 'sahaja' jadi tumpuan, jawapan saya mudah...program ini baru sahaja bermula maka sudah tentulah kawasan Matunggong adalah kawasan yang paling obvious jadi fokas kita. Tapi jangan juga lupa yang kita buat program lain yang lebih besar seperti Magahau di luar Matunggong iaitiu di Kanibongan. Untuk makluman tuan/puan, program Samora masuk kg 3 akan di adakan di N.2 Tanjung Kapor/Kudat . Saudara Frankie Yong masih mengenalpasti bentuk sumbangan yang diberikan tapi yang pastinya ianya ada kena mengena dengan bangunan TADIKA. Pendek kata kita tidak hanya memberi tumpuan kepada kawasan Matunggong sahaja....nanti kalau kita terlalu kerap ' turun padang' di kawasan Matunggong ada pula yang ' nervous' atau suspicious ya tuan Thomas...i mean termasuk lah kalau tuan Thomas selalu masuk kg...memang ada yang nervous kerana sdra juga amat berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin kita. Terima kasih sdra Osukod , kedua-dua Anonymous kerana memberi galakan dan semangat kepada kita untuk meneruskan program ini. Tobpinai Anonymous...mad ilaan dati di amai mongoguna ilot dapur gas tu notudukan no di kamanakon dau. Dohon kondiri dot valai nga lobi kurang e ropuhan di amai ino sehingga awal 90an...maklumlah koluarga ku okon ko koluarga dot avaro- varo. Tapi saya pasti kobuatano dit kinogumuan tulun tokou miirad e , sama2 osusa ot inantadon. Humarap nopo bila osinang no kadan polingan it inantadon khasnya it kakal po osusa...kita bantu setakat yang termampu. (JH)

    ReplyDelete
  9. Apa kata kalau tuan JH buka 1 tempat di Kedai SEDCO Matunggong untuk org ramai menyumbang apa2 yg patut. Mungkin tuan JH boleh sediakan kotak sumbangan derma. Dari saya sendiri (sbp bukan jg banyak lebihan), sekurang-kurangnya saya boleh menyumbang RM5. Mungkin lebih pun boleh klu bulan muda.

    Tuan JH mungkin boleh buat aktiviti ini pada hari tamu iaitu hari Khamis (SEDCO Matunggong) dan Sabtu di Pekan Lama (Badi).

    Tidak perlu lama kotak itu diedarkan dan Tuan JH kena ada beberapa orang rakan untuk membantu. Bukan takut sumbangan itu dirompak tp takut tanggapan orang yg Tuan JH berbuat demikian untuk mengukuhkan kedudukan untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang.

    Kalau ini jadi, kita jumpa di saaaana...

    ReplyDelete
  10. Tuan JH teruskan usaha sama dalam perjuangan SAMORA mahupun dalam politik.. Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya.. If There is An Intent There is a Road..om itulah saya sampaikan message itu.. orang kata tuan JH mahu memulakan gerakannya untuk PRU13..hehehe..

    ReplyDelete
  11. Tuan Thomas Arinjamal & Sdra Anonym, terima kasih atas perhatian dan encouragement. Kalau kita mulakan ' gerakan' masuk kg dua tahun lepas pun orang akan kata preparation untuk PRU13 juga , apalagi pada masa sekarang yang kebetulan dah nak dekat2 pilihanraya umum ke 13 walaupun sebenarnya masih ada dua tahun lagi tamat tempoh penggal kerajaan atau parlimen sekarang. Kalau dibuat analisa secara logik saya tak akan menjadi ancaman kepada mana2 pemimpin, YB atau bakal YB kerana seperti yang kita sedia maklum kawasan N.4 Matunggong adalah kuota PBS. Kalau saya nak sangat jadi calon BN misalnya adalah logik atau praktikal kalau saya mulakan gerakan di kawasan2 yang diwakili oleh UMNO. Lainlah kalau saya nak bertanding atas tiket pembangkang atau Bebas. Kalau dalam parti2 pembangkang pula masing2 dah ada bakal2 calon . Lebih baiklah kalau kita teruskan berkhidmat kepada masyarakat atas kapasiti sebagai NGO, itupun dikira YB juga....Yang Berkhidmat hehehe. Mengenai cadangan Sdra Anonym untuk Samora memulakan aktiviti memungut derma seperti meletakkan satu kotak di kedai Sedco Pekan Matunggong , saya amat terharu dan ucapkan tahniah kerana walaupun Sdra Anonym kata yang beliau mungkin cuma dapat memeberi sumbangan sebanyak RM5 atau lebih...itupun dikira amat berharga kepada penerima yang betul2 memerlukan. Bayangkan kalau setiap individu Rungus menyumbang sebanyak RM1 setiap bulan . Dengan jumlah seramai lebih darim150,000 bererti kita akan dapat mengumpul sebanyak RM150,000 setiap bulan . Banyak aktiviti dan bantuan yang kita boleh buat dengan jumlah wang sebanyak itu. Seperti yang kita tahu bangsa kita ini mempunyai sifat ' dermawan' dan ' pengasih'. Itu sebab wujudnya aktiviti mirurukut, mirogop dll. Tetapi kadang2 juga ada yang terlebih sifat ' dermawan' sehinggakan duit berpuluh ribu lesap begitu sahaja kerana melabur dalam skim cepat kaya dsb. Kalau skim cepat kaya ini mampu mengumpul berjuta ringgit dari orang2 kita bererti orang2 kita ini dah dikira agak maju dari segi ekonomi tetapi malang sekali orang2 yang sepatutnya memperkayakan bangsa kita rupanya tak ubah seperti skim pak man telo. Itu sebabnya saya tak pernah membuat gerakan mengutip dana atau derma selama saya menerajui Samora. Saya amat bimbang jika sekiranya duit derma atau sumbangan yang diamanahkan oleh orang2 kita hilang begitu sahaja. Saya hanya akan memulakan gerakan memungut derma kalau ada satu badan yang betul2 dikendalikan secara profesional dan bukannya diterjui saya sendiri. Saya hanya bertindak sebagai penasihat atau legal advisor.Apapun kalau niat kita mulakan aktiviti atau gerakan dengan niat yang ikhlas dan baik, saya yakin Tuhan akan berkati aktiviti kita dan menjauhkan kita dari elemen2 penipuan,salah guna wang dsb. (JH)
    a

    ReplyDelete
  12. Tuan JH..saya percaya tuan open mind and senantiasa menerima persepsi orang ba, kan? hehehe..Yang sebenar apabila kita digelar pemimpin sememangnya jangan tunggu jadi YB atau YB baharu berkhidmat. Kita sewaktu masih hidup ini Tuhan syorkan kita supaya BERIBADAH DAN BERBUAT BAIK..Jadi yang tuan JH lakukan tu pada saya amat disanjung and menghargainya.

    ReplyDelete
  13. Kopivosihan...banalko avantang mongining dinot boros dikou kavi...setuju oku JH n TA bahawa tidak semestinya YB Politik boleh berkhidmat...lihat saja beberapa aktivis Lee Lam Tye misalnya...bahkan dia berhenti daripada politik kerana mahu berkhidmat pada masyarakat. Jadi memang benar dan tepat pandangan tuan-tuan semua...Okon ma ko moniag dikau TA...gam avantang ino ong ikau tu oubas no laid dot kerja kerja aktivis...

    teruskan niat baik tuan-tuan...

    ReplyDelete
  14. Tuan Madjabou..terima kasih pujian tuan harap ikhlas.. Kita harus tubuh satu ngo berperanan seperti "Lion" atau "Rotary Club" dan partnership dengan ngo berkaitan ngo taraf dunia, boleh ka tuan?

    ReplyDelete
  15. Tey mad ongoilo mai nga atag mad ohodok po, bang nomungan do apoll miguli-guli yad ko jaham, oso mat minturug yad ko jaham ka oi, jarum ot rumbul ilo no ma ilo, walau macam mana pun kasip oku dot okon ko ikou e rurungan dit baiko mokipapangkat diri ong satakat YB asoo guna ulun biasa yadko e JH nga kotulung e ong varo ogi ginavo, bang sumalun nopo pogitungan ngan, suvilon om kagama atau nga baiko si FB kihukum ong upakaton magahatul atau mihatul dot RUNGUS nga otobko amu katama rumikot nunu kino, antawa nga kovulai no ong mokisaslun lumapaas e om muli sumalun dot otutunan nga amu tulun kuran boss, ong ulun tawaras ti amu okukuvan gam ko ontuvon pangatag dot kokurangan dau bo ilo no ot pulitik. Bang baiko atagur nga humnugot agi po ong kipangkat no aso po nga obingpupusanno hahaha

    ReplyDelete