Followers

Friday, December 31, 2010

Salam terakhir 2010

Malam 31 haribulan atau sering disebut malam hujung tahun merupakan satu tarikh yang dianggap cukup bermakna. Malam ini pastinya ramai dikalangan kita yang sanggup bersengkang mata menunggu detik 12 tengah malam menandakan berakhirnya tahun 2010 dan bermulalah lembaran baru tahun 2011. Malam ini sudah tentu pelbagai aktiviti akan dilakukan, ada yang mengambil kesempatan membawa keluarga berkunjung ke rumah ibadat untuk melahirkan rasa bersyukur diatas segala yang diberikanNya sepanjang tahun namun seperti kebiasaanya tidak kurang juga mereka yang menyambut tahun baru di pusat-pusat hiburan bersama rakan-rakan atau melakukan ‘buang sial’ di tepi pantai.

Kepada pengunjung setia dan followers blog MATUNGGONG KINI apa pun aktiviti yang anda lakukan untuk menyambut ketibaan tahun baru, saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011. Bagi saya, tanpa penglibatan anda samada secara langsung atau tidak langsung, blog ini tidak akan kemana dan tanpa disedari artikel ini merupakan artikel saya yang terakhir untuk tahun 2010. Selamat tinggal tahun 2010, selamat datang tahun 2011.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

3 comments:

  1. Selamat Tinggal Tahun 2010 dan Selamat Datang Tahun 2010 kepada semua peminat blog Matunggongkini. Kepada rakan-rakan komenter blog ini seandainya ada komen-komen saya yang menyinggung perasaan harap dimaafkan. Semoga pengalaman kita pada tahun 2010 dalam blog ini menjadi pengalaman yang sangat berharga... Kata sdra editor dalam artikelnya ramai yang besengkang mata untuk menanti detik jam 12.00 tengah malam ini. Saya juga turut bersengkang mata menanti detik jam 12.00 tengah malam sambil melayari blog ini... dan saya rasa di antara ramai-ramai peminat blog ini saya rasa sayalah orang yang paling meminati blog ini.. hehehe.. terima kasih...

    ReplyDelete
  2. pembetulan
    Selamat Tinggal Tahun 2010 dan Selamat Datang Tahun 2010 kepada semua peminat blog Matunggongkini (Selamat Datang Tahun 2011)

    ReplyDelete
  3. Saudara RY, agaknya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2011 buat saudara dan keluarga. Saya minta maaf sebab agak jarang memantau blog MK ini walaupun saban hari saya menatap skrin komputer. Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dengan bermacam aktiviti. Kalau tidak ada aral melintang tahun ini saya/kami akan terbitkan sebuah majalah hiburan khas untuk orang-orang Sabah. Teruskan sumbangan artikel dan komen saudara yang saya lihat cukup matang walaupun mungkin sekadar pandangan yg lahir dari cetusan minda tapi sekurang-kurangnya kita turut memainkan peranan terutama yg ada hubungkait dengan pergolakan kepimpinan/politik di Matunggong/Kota Marudu.

    ReplyDelete