Followers

Tuesday, January 25, 2011

PERJUANGAN MEMARTABATKAN BANGSA RUNGUS

Awal tahun 2011, warga Radio Rungus Online (RRO) dimaklumkan bahawa permohonan RRO untuk mendapatkan slot di RTM ditolak oleh pihak RTM. Jawapan itu agak mendukcitakan tetapi tidaklah mengejutkan kerana pada dasarnya kita sendiri mengakui bahawa dari pelbagai sudut, RRO masih terlalu jauh untuk menepati standrad yang ditetapkan oleh pihak RTM. Saya tidak tahu apa sebenarnya isi kandungan surat permohonan (kertas kerja) yang dikemukakan oleh pihak RRO tetapi kita dapat mengagak bahawa salah satu isi kandungan permohonan RRO adalah mendapatkan slot dalam bahawa Rungus. Dikalangan majoriti pendengar RRO sendiri pasti memberikan ‘like’bahawa penyampaian oleh para DJ RRO dalam bahasa Rungus masih terlalu jauh untuk distandradkan sebagai fasih dalam berbahasa Rungus. Fasih dalam konteks ini adalah kemampuan, ketrampilan dan kemahiran para DJ RRO untuk berkomunikasi dalam bahasa Rungus dengan lancar. Sebutan yang tepat, intonasi yang berkesan dan tanpa meminjam istilah atau perkataan dari bahasa asing (selain bahasa Rungus) .

Susulan penolakan pihak RTM itu, warga facebook RRO secara umumnya memberikan reaksi yang positif dengan melihat bahawa penolakan itu bukanlah akhir kepada usaha kita untuk mendapatkan slot bahasa Rungus di RTM. Tidak kurang juga pendapat lain yang mengutarakan bahawa sebelum mengemukakan permohonan seterusnya, pihak admin RRO hendaklah memperbaiki mutu penyiaran terutama ketika bersiaran secara langsung (on air). Penekanan diutamakan dalam soal penggunaan bahasa Rungus sebagai bahasa pengantar ketika bersiaran. Persoalannya, di mana mereka (para DJ) belajar bahasa Rungus sebagai bahasa penyiaran radio? Apa yang dilakukan oleh para DJ adalah berusaha secara peribadi untuk memperbaiki kemahiran berbahasa Rungus. Tetapi usaha peribadi ini sedikit sebanyak terhalang kerana faktor lingkungan sosial harian mereka yang kebanyakkannya bukan menggunakan bahasa Rungus sebagai bahasa pertuturan harian.

Dengan kesedaran bahawa perlunya bangsa Rungus menguasai bahasa ibunda, mengekalkan identiti bangsa melalui bahasa terutama apabila ditimbulkan isu bahawa majoriti generasi muda bangsa Rungus masa kini tidak fasih berbahasa Rungus, malah ada yang langsung tidak tahu sepatah kata bahasa ibundannya. Isu ini sangat menyedihkan dan dilihat sebagai masalah yang boleh menghilangkan bangsa Rungus di muka bumi. Sehubungan dengan itu, maka timbul cita-cita dan hasrat daripada ahli Samora khususnya daripada Presidennya, Tuan Jelani Hamdan untuk mewujudkan sekolah yang menggunakan bahasa Rungus sebagai bahasa pengantar dan bahasa pembelajaran di sekolah berkenaan. Cita-cita ini sangat murni dan mendapat sambutan yang sangat positif daripada pelbagai pihak terutama daripada kalangan ahli facebook RRO. Penubuhan sekolah Rungus ini akan diagendakan dalam mesyuarat AMT SAMORA dan sudah tentu cabaran utama untuk merealisasikan cita-cita ini adalah bagaimana menjadikan bahasa Rungus sebagai bahasa ilmu misalnya dalam bidang sains, matematik, geografi, sukan, ekonomi, sosial, perubatan dan pelbagai bidang lain? Paling kurangpun buku-buku pembelajaran prasekolah atau Tadika dalam bahasa rungus. Persoalan ini belum berakhir, sebaliknya dalam cakap-cakap para pencinta bahasa Rungus, bahasa Rungus masih tidak mempunyai huruf dan vokal yang betul-betul menepati sebuatan dalam bahasa Rungus. Ini bermakna, tulisan rumi yang kita gunakan tidak menepati sebutan dalam bahasa Rungus. Contohnya adalah perkataan ‘binatang’ (rumah panjang Rungus) dalam bahasa Rungus dan ditulis dalam tulisan rumi sebagai ‘binatang’ tidak mewakili makna dan sebutan dalam bahasa Rungus. Fikirkan.

Isu lain yang tidak kurang mendapat respon dikalangan ahli facebook berbahasa Rungus adalah penggunaan istilah Rungus dan Momogun. Ramai yang keliru dengan istilah ini. Mana yang betul, Rungus Momogun atau Momogun Rungus? Walaupun sudah sering pula diberikan penjelasan namun post-post dalam wall facebook dengan cepatnya terlempar ke belakang kerana begitu banyak sekali post-post baru oleh para ahli facebook berkenaan. Namun, dengan timbulnya isu-isu seperti ini, sisi positif yang muncul adalah semangat cintakan bangsa dan bahasa sendiri mulai tertanam dihati para ahli facebook Rungus ini. Perbezaan pendapat memang tidak dielakkan namun saya melihat bahawa para ahli facebook Rungus mulai bersatu dalam soal bahasa Rungus yang perlu dipelihara dan dipulihara. Semanga orang Rungus mula menyerlah dalam post-post mereka.

Kemuncak isu-isu seputar dunia facebook berbahasa Rungus adalah apabila RRO secara rasmi diputuskan berubah konsep kepada commercial dan berhasrat menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam penyiarannya dan bahasa Rungus sebahagiannya. Mereka kata 3 dalam 1. Tiga bahasa satu RRO. Sebagai alternatif kepada pencinta-pencinta bahasa Rungus (bukan nak kata mereka di RRO tidak mencintai bahasa Rungus) maka lahirlah Rungus FM atau singkatnya RFM yang lebih bertemakan bahasa Rungus dan radio rasmi Samora dan dilaungkan sebagai radio yang mewakili masyarakat (bangsa) Rungus. Kedua-dua radio ini bernaung di bawah panji Samora dengan konsep yang berbeza.

Tagline RRO, Avantang Tantu! Dengan jumlah members seramai 6447 ( setakat 22/1/2011) dan RFM seramai 5327 ahli. Namun hakikat yang hampir dilupakan adalah bahawa jumlah members ini tidak menggambarkan kejujuran keahlian kerana mereka di’add’ bukan secara sukarela menjadi members page group facebook bagi RRO mahupun RFM. Jika kita mengukur keahlian sebenar bagi mana-mana group dalam facebook adalah page yang memerlukan ‘like’ untuk menjadi ahli. Contohnya, Momogunology Club mempunyai keahlian yang jujur kerana seramai 1890 orang menjadi ahli secara sukarela.

Berbalik kepada keahlian dalam page RRO dan RFM, dengan jumlah ahli yang menjangkau ribuan orang ini, apakah kesemuanya aktif dalam page tersebut? Jika diperhatikan dengan saksama, kedua dua group ini hanya dikunjungi secara aktif oleh beberapa orang sahaja, rasa-rasanya antara 15-30 orang sahaja. Begitu juga pendengar radio online, sama ada RRO mahupun RFM tidaklah mencapai angka kepala lima. Kedua-dua pihak radio online ini perlu melakukan research jumlah pendengar. Banyak faktor yang menyebabkan tidak ramai pendengar radio online ini, antaranya yang saya fikir menjadi masalah utama adalah faktor connection internet.

Sedar atau tidak, kedua-dua radio online ini walaupun berpayung pada satu bumbung yang sama tetapi hakikatnya kedua-duanya penuh dengan persaingan kerana masing-masing mempunyai ahli atau pengikut yang setia.

Selagi persaingan itu adalah positif maka kesatuan bangsa Rungus (di dunia facebook) nampaknya akan berkekalan. Mari kita lihat, sertai dan menilai perkembangan kedua-dua radio online bersaudara ini.

Dalam kesempatan ini saya mengajak saudara-saudara Rungus untuk merenung atrikel sudara Jitol Magada.

Jitol Magada (http://www.facebook.com/topic.php?uid=90493711908&topic=13037)
Kepada rakan-rakan yang aktif dalam bidang akademik (ciguh-ciguh, pensyarah, pengkaji, mahasiswa dsb), kami ingin memohon jasa baik anda sekalian untuk mencetuskan satu revolusi ke arah menjadikan bahasa Rungus yang kita cintai ini sebagai satu bahasa penulisan yang canggih. Salah satu bukti kejayaan bahasa ini di dalam bidang penulisan ialah dengan penterjemahan buku Holy Bible ke dalam bahasa Rungus yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh kita sebelum ini. Ini membuktikan bahawa bahasa kita berupaya menangani pelbagai aspek linguistik yang rumit. Walau bagaimanapun, bahasa kita masih kekurangan dari segi STANDARDIZATION i.e., bahasa kita masih belum disusun aturkan secara rasmi seperti bahasa melayu. Kajian mengenai bahasa Rungus adalah amat penting untuk memartabatkan suku kaum kita yang pada masa ini terpaksa kita akui bahawa kurang dipandang tinggi oleh masyarakat 1malaysia yang lain. Kita juga tidak mahu kehilangan bahasa ibunda kita yang unik ini kerana inilah satu-satunya bahasa warisan kita. Ia merupakan identiti paling besar bagi kaum kita. Tanpa bahasa Rungus, takkan ada Suku Kaum Rungus walaupun budaya mongigol, sumundai dan lain-lain masih wujud. Sejak sekian lamanya, bahasa kita merupakan mangsa penjajahan bahasa lain. Sedangkan pada suatu ketika dahulu, bahasa kita merupakan bahasa perantaraan di antara orang laut dan orang darat di bahagian utara Sabah. Terima kasih kepada para karyawan Rungus iaitu penyanyi-penyanyi dan penggiat seni di peringkat kebangsaan yang bertungkus lumus memartabatkan suku kaum ini, tetapi perjuangan mereka masih perlukan banyak sokongan daripada orang kita. Saya terpaksa akui bahawa buat masa ini, kita langsung tidak berdaya melawan penjajahan ke atas bahasa kita ini, sedang pada waktu ini pun saya sedang menulis dan berfikir di dalam bahasa Melayu (tidak mengapa kerana kita adalah pemilik INCLUSIVE bahasa melayu, jangan sahaja kita gunakan bahasa dusun pula). Cuba fikirkan satu topik dan cuba bercakap mengenai topik tersebut dengan menggunakan 5 ayat dalam bahasa Rungus. Daripada semua ayat yang anda cakapkan tadi, kira berapa perkataan, kemudian asingkan perkataa-perkataan yang bukan berasal daripada bahasa Rungus, kira berapa jumlah perkataan asing dan bahagikan jumlahnya dengan jumlah perkataan keseluruhan kemudian darapkan dengan 100. Hasilnya akan berbeza mengikut orang, tetapi ada yang melebihi 50%. Orang tua-tua Rungus yang tidak pandai bercakap dalam bahasa kebangsaan juga banyak menggunakan perkataan yang bukan berasal daripada B.R walaupun kita ada perkataan asli untuk benda tersebut. Cth: obuli Vs kavasa. Mungkin peminjaman bahasa ini tidak menjadi satu masalah kerana memangpun kita ingin memperkayakan bahasa kita dan matlamat kita ialah untuk MEMBINA BAHASA RUNGUS STANDARD yang berupaya menangani pelbagai bidang dalam dunia moden. Tatapi yang menjadi masalah ialah dari segi kawalan perkataan yang dibawa masuk ke dalam bahasa kita. Untuk mencapai matlamat pemiawaian B.R, mungkin langkah pertama yang patut kita ambil ialah menubuhkan satu Majlis Bahasa Rungus atau Dewan Bahasa Rungus. Pertubuhan ini akan berperanan seperti DBP dalam bahasa kebangsaan. Kita orang rungus juga haruslah menuntut hak ekslusif ke atas perkataan Momogun sebagai rujukan kepada Orang Rungus, memandangkan suku kaum lain nampaknya tidak beminat untuk merujuk diri mereka sebagai orang Momogun. Marilah kita mulakan Revolusi ini. Semoga bahasa Rungus berjaya menjadi bahasa Ilmiah pada suatu hari nanti. Bahasa Tamil yang berbelit-belit pun mampu menjadi bahasa Ilmiah, kenapa bahasa kita yang mudah ini pula tidak boleh. –The Genesis of Rungusology.

Selain itu.. marilah kita melayari laman web berkaitan rungus seperti berikut :
http://rogop.blogspot.com/2009/05/rungus-bangsa-teladan.html
http://www.sunduvan.com/2009/08/perkataan-terima-kasih-dalam-bahasa.html

banyak lagi artikel-artikel berkaitan bangsa rungus yang terhimpun dalam dunia internet. Saya melakukan search di google search dan hasilnya sebanyak 61,500 artikel yang menyebut perkataan RUNGUS.

OLEH: MONGGISON

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

21 comments:

  1. jumlah keahlian/members kedua-dua radio online ini pada 25 jan 20111 adalah seperti berikut: RFM dengan 7390 members dan RRO 6665 ahli (jam2.40 pm 25 jan 2011) nampaknya, persaingan RFM dan RRO memang berlaku. Kita lihat perkembangannya dari pelbagai sudut terutama dalam konteks memartabatkan bangsa rungus. RRO vs RFM.

    ReplyDelete
  2. Selamat berkenalan sdra Monggison dalam blog MK. Sebagai keturunan asli suku kaum Rungus, saya begitu tertarik dengan artikel saudara. Di ruangan ini saya ingin berkongsi rakan-rakan pembaca dan peminat blog ini. Tidak dinafikan bahasa Rungus(BR) pada masa kini penuturnya semakin berkurangan. Saya sendiri mengakui hakikat ini. Saya ada 4 orang anak yang berumur antara 5 tahun hingga 12 tahun. Daripada 4 orang ini seorang sahaja yang boleh bertutur BR dengan baik. Padahal saya dari kecil lagi celik sahaja mata diorang di muka bumi ini saya langsung tak pernah menggunakan bahasa lain selain BR. Malangnya seorang sahaja yang menjadi pewaris bahasa saya. Saya telah menyelidik kenapa yang 3 orang ini tidak mahu bercakap BR sedangkan diorang ini faham juga. Alasannya 1 saja. Iaitu malu bercakap. Kebetulan pula tempat saya tinggal ini di Rumah Kerajaan yang kebanyakan penghuninya adalah bukan orang Rungus.
    Penguasaan BR paling banyak dipengaruhi oleh pertuturan di rumah tetapi malangnya masyarakat kita tidak mengambil berat tentang hal ini. Pernah juga saya terdengar rungutan ibu bapa bahawa mereka menyesal kerana tidak mengajar anak-anak mereka bertutut BR semasa anak-anak mereka masih kecil (bayi). Justeru, untuk memartabatkan BR peranan ibubapa lah yang paling penting. Jangan risau anak-anak mereka tidak pandai cakap Bahasa Malaysia apabila bersekolah kelak. Mereka akan pandai bercakap sendiri apabila sudah memasuki alam persekolahan (pengalaman saya sendiri dan anak sulung saya).
    Mengenai beberapa perkataan BR yang tidak boleh dieja dengan tepat seperti dolow, vulanut, vulan dan banyak lagi saya rasa buat permulaan ini kita tidak perlu dirisaukan sangat yang paling penting generasi sekarang ini harus bertututr dengan baik tanpa meminjam BM. Saya sendiri pun kalau dah banyak bercakap kadang-kadang banyak terselit BM. Contoh di belakang rumah. Apakah sesuai kita gunakan istilah ’tinguluvan’. Fikir-fikirkanlah...
    Saya secara peribadi berpendapat peranan SAMORA adalah sangat penting bagi menjaga BR ini pupus di muka bumi ini. Tibalah masanya kepimpinan SAMORA mengumpul para cendekiawan orang Rungus untuk membahaskan hal ini. Sekian terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Aslmkm sdra RY dan salm kopivosihan buat sdra Monggison. Saya bersetuju dgn pandangan sdra RY mengenai peranan SAMORA untuk memartabatkan lagi bahasa Rungus yang kita lihat semakin mengalami kepupusan akibat dari kurangnya kesederan betapa pentingnya menguasai warisan khazanah suku kaum Rungus ini. Apa yang saya lihat walaupun SAMORA, RCA dan bermacam-macam lagi persatuan yang berteraskan bangsa Rungus sering diperkatakan, namun saya lihat masih ramai dikalangan pemimpin kita malah AMT SAMORA dan AMT RCA hanya pandai bercakap namun mereka masih tidak memiliki kesedaran, mereka masih tidak memulakan langkah untuk memperbaiki kesilapan lalu dimana pertuturan mereka di rumah kekal menggunakan bahasa asing. Saya berharap para pemimpin kita segera mengubah presepsi dan membuktikan bahawa mereka benar-benar berjuang memartabatkan bahasa Rungus tanpa ada agenda disebalik jiwa kepimpinan yang ditonjolkan kepada masyarakat Rungus. Kepada sdra Monggison/Anonymous,...bukan kah satu hari nanti kita akan merasa amat malu jika masyarakat Dusun Bonggi boleh mempertahan bahasa ibunda mereka berbanding dengan kita yang mula leka didodoi arus pembangunan.

    ReplyDelete
  4. Ong banalno....okonko sala disai-isai ong amu momoros dot boros tokou it angaanak tokou, sala tokou kondiri tu amu minagavi. Ogipo ka ong moguhang po dot SAMORA,RCA,SARUCHA,KDCA ..ot apatut.
    Imatai pogi iti ponurat tokou sitid blog nga okonko it boros tokou, bo? hehe

    Wassalam .

    ReplyDelete
  5. Okon ko moguhang dati do Samora om RCA dati miti Amai Tizou nga mad varo kabanaran tu okon ko moguhang do persatuan iti nga ong otopot mad osuhul no ong kadan no mongonsug do koruhang supaya momoros dot Momogun sid anganak ong kondiri nga amu po kopurimon nokuro tu operlu monuduk tanganak momoros momogun. Atag e dara bino, rontob nopo mad olozou kanto ong kito ko mongonsug kito ko onsugon.

    ReplyDelete
  6. Kopivosihan sodop kumaa sidi Obpinai TAL. Amai Tizou (AT) om e Anon. E komen (amu no elaan ku ti nunu boros Rungus) dit nakatalib okon ni ko mad moguhang po sid SAMORA nga nunu ma guna di piisaan (persatuan) ong mad aso no banal dot gama mongonsug dit bansa tokou momoros boros dau kondiri. Harati ku nopo diri ong posondoton no banal e SAMORA mongumpug dit ongo ulun Rungus dit ongo sasavat ot sikul miupakat dot supaya (mongolos po BM) e Boros Rungus it aso sid Rungus yadko perkataan (mongolos no vagu BM) komen, ayat, perkataan om ogumu po ihiman dot istilah dot dang Rungus. Tongobpinai it mamasa dit blog diti mongoduat oku dikou sokoviai nunu boros BM ong lisunon ka dot BR. Hehehe.. Ong otopot no ogumu BR dot amu elaan tokou sid BM... Songitung itung tokou kovioviai...

    ReplyDelete
  7. Banal nu ino Tobpinai RY..mad aso naku boros dot BM lisunon oi..tau no ma ong i kongosikul. Harati, banal ko ogumu ot perbendaharan kata do Rungus dot aso naku sid BM...Setuju oku dino nohobo nu RY.

    ReplyDelete
  8. Torima kasih Yang Mulia Raja Yomog(Raja Momogun) dinasti vagu dati ti hehe, varo katapatan dinot borosnu dino ong hal dot mongumpug dot Ulun tokou, gamko atagal dati ong asavatno sikul asal ominat gumama om aralom ot elaan dot boros tokou(amu ogi kovozo okoi it amu asavat ot sikul).Andang ino apatut dot gamaon dot koisaan yadko SAMORA/RCA nga inoma dinoi sein(RM) ma ot kunsi dau dino oi, asanggup tokou ka manahak antava mangalabus dot balanja kondiri. it rontob dot dohon notiiman avagat mahi ot ginavo palabus dot ginaasan kondiri ong aso korikorizon. Kuran ka ong ikou?

    ReplyDelete
  9. Hahahaha... kirak oku tu YM RY... Okon po ko raja ti... baiko ngaran sid blog supaya apo tantu otutunan tulun. Hehehe... Kuran po ma kounsapatan agazo kumaa di obpinai Burunguk Tindal om Yamai Tizou tu kosuhut e boroson ku... Topot YT okon baiko it asavat ot sikul ot umpugon... it ongulun dit veteran om it solumpak vagu it ogumu elaan BR nga avantang dati ong varo pisomungan dot mongumpug BR... Yoku kondiri nga okon asavat sikul ti tomod moros boros... Bahagi siin ong varo komitmen tokou koviai mad aso e dati masalah... Humarap oku dot dit Tn EQ kadapat pahabal sid Luguan SAMORA om RCA it hal diti... Paling avantang dati ong e duvo Luguan piisaan dot Rungus kabasa dit ongo komen-komen tokou sid blog MK diti... kounsapatan

    ReplyDelete
  10. Selamat sejahtera dan salam 1momogun.. Gong Xi Fa Cai.. Saya membaca blog ini secara rutin mencari perkembangan terbaru kerana saya tahu bahawa blog ini adalah wadah sesetengah cendikiawan momogun.. dan apa yang saya nampak di sini sedikit banyak berkaitan dengan saya... saya selaku Creator RRO terpanggil untuk menghantar penjelasan ini apabila dikatakan mengenai Isi Kertas kerja yang kami ajukan kepada RTM..

    Untuk memudahkan pembacaan saya terus membawa saudara untuk melihat sendiri isi kertas kerja tersebut ( softcopy ) kertas kerja yang telah dibuat.. anda boleh download atau melihat kertas kerja tersebut melalui link ini:

    http://www.scribd.com/doc/47799048/KK-SLOT-BAHASA-RUNGUS-DI-DALAM-RTM-Edited


    Jawapan yang kami terima daripada RTM sebenarnya bukanlah Muktamad.. tetapi jawapan itu adalah makluman daripada RTM yang mengatakan bahawa mereka tidak mendapat maklumat mengenai permohonan ini. kami telah memberikan kertas kerja tersebut kepada tuan JH dan kami sudah bersedia untuk proses seterusnya, apabila muni follow up kepada RTM mengenai hal itu, Jawapan yang diterima adalah Kami tidak mendapat maklumat mengenai kertas kerja tersebut dan kami tidak pernah meminta untuk kamu (RRO) menghantar Demo Siaran kepada RTM.. jadi saya tidak tahu dimanakah sebenarnya kesilapan dalam menghantar kertas kerja tersebut. Pada hari ini kami mengambil keputusan untuk "publish" kertas kerja ini agar orang ramai dapat menjadikan ini sebagai panduan untuk menghantar kepada "Jabatan Penyiaran" dan bukan kepada RTM.. apabila kami menghubungi RTM, mereka memaklumkan bahawa setiap kertas cadangan harus dihantar kepada "JABATAN PENERANGAN" bukan kepada RTM kk..

    Berkenaan dengan RRO dan RFM.. pada awal perbincangan pengisian kedua-dua radio ini sepatutnya tidak bertembung kerana pembahagian slot telah dibuat dimana RFM akan menjadi RUNGUS TANTU iaitu untuk membawakan imej 100% Rungus kerana ini merupakan radio rasmi SAMORA. manakala RRO pula menjadi siaran santai dalam bahasa rungus. walau bagaimanapun, pada hari ini persaingan ini timbul disebakan kedua-dua radio ini becorak Hiburan dan Santai..

    Saya selaku creator RRO ini pernah terfikir untuk "terminate" RRO ini supaya tumpuan pendengar rungus lebih kepada RFM tetapi ramai ahli RRO tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. oleh itu saya mengambil keputusan mengekalkan RRO ini biarpun selaku radio kecil online yang bersiaran dari rumah.. selain itu saya juga merujuk kembali objektif asal yang saya tekankan dalam post pertama saya ketika mula-mula menubuhkan RRO ini iaitu untuk "melatih" dan "menyediakan" dj rungus untuk masa akan datang, dan sekiranya DJ tersebut sudah "Bersedia" dan layak digelarkan sebagai "DJ" amatur mungkin bolehlah DJ tersebut diserapkan ke mana-mana stesyen radio konvensional atau radio yang "diberikan gaji" ketika bersiaran.. saya tak kisah jika dikatakan RRO ini DJ dia kotugilob kerana saya memabg mengambil DJ yang tiada pengetahuan mengenai dunia penyairan..

    ReplyDelete
  11. Banal om sotuju oku dino boros nu dino YT. Banal dati ko avagat palabus ginaasan kondiri ong aso KORIKORIZON. Kadi malayu naku, Riak-riak ikan di sungai tahu jantan betinanya sebab ada udang disebalik batu naku bo YT?... Apa pun secra peribadi, banal ko cukup kagum oku di Tobpinai Jamalit tu kiroon ku tanpa mengharapkan imbuhan, beliau telah bertungkus-lumus mewujudkan RRO.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas komen dari pembaca dan para pendengar mengenai kewujudan RRO srta Rfm ini. Banyak andaian yang boleh dbuat kemana hala tuju RRO sebenarnya? RRO adalah siaran interakif bahasa Rungus. Dalam erti kata lain, RRO - radio rungus yg punya BUkan SAMORA yg punya.. Sy selaku admin dan juga penyampainya disini terus terang berkata, walau terasa buang masa dan tenaga melakukan itu ini semua, hanya RRO tp sy berbangga kerana RRO sudah mendapat temmpat di hati pminat RUNGUS kita. Di RRO, kami x dibyr gaji, yup! sy boleh kata manusia mana yg mahu melakukan kerja tanpa gaji kan? tp satu yg luar biasa di RRO, kami krew yang sekarang tidak mengharapkan apa2.Cukuplah kami dihargai tenaga serta usaha kami dalam berjuang sama2 sejajar dgn keinginan mahu ada radio rungus. wau bukan senang tau! Apapun, waima sudah Jelani melepaskan RRO dari naungannya kami masih bersiaran lebih AVANTANG TANTU!
    Saya cuma menjelaskan disini, makluman kepada anda mengenai slot bahasa Rungus ke RTM, tidak ada istilah kegagalan disitu kerana proses nya harus terlebih dahulu pergi ke Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan. Bukan, merujuk kepada RTM terus.
    RRO dan RFM - semuanya terletak ditangan pendengar! Kami tidak bersaing, tetapi kalu itu pilihan RFM mengatakan kami adalah saingan wau!, kami cuma 4 tenaga yg bergembleng menentukan halatuju RRO. Apapun, RRO kini bukan bernaung di bawah nama JELANI HAMDAN.

    Kounsapatan kumaa di gama isai2 prihatin tentang isu2 dahai sid RRO- cara2 mimboros amu unsopot boros rungus ka nunu nopo.

    ReplyDelete
  13. Aiik, apa sudah jadi sama JH..Lu orang pikir lah sendiri. wakaha..Apa2 pn terima kasi sbb JH pernah bertungkus-lumus mempopularkan RRO seblum memulakan langkah-langkah baharU. Patutlah bila JH hantar post di page RRO biasanya beratus ahli kasi koment (pendapat), sekarang agak berkurangan....

    ReplyDelete
  14. yatok. mongkikip nilo totud ku rumosi dilo boros d marny. nalantung ma sa'na om hungot ong ino oi. taoi mad monginta.

    ReplyDelete
  15. Kounsapatan vagu.. Sebenarnya dalam kes kewujudan RRO dan RFM ini tak ada kena mengena dengan benda "Wrong" pada Tuan JH.. sebenarnya RungusFM ini sudah wujud sejak dahulu lagi, malah lebih mendahului RRO.. cuma ketika itu siaran mereka jarang-jarang ada.. selepas itu barulah saya membuat RRO yang besiaran lebih konsisten. pada asalnya RungusFM itu sememangnya menjadi "Nama" pilihan tetapi memandangkan mereka sudah Register nama itu maka saya memilih RRO ( sebenarnya nama asal adalah RKRO - Radio Komuniti Rungus Online ) yang kemudiannya digantikan nama RRO..

    Pada awal tahun ini RungusFM telah diambil alih Oleh SAMORA dan seterusnya mereka mengangkat RungusFM sebagai RFM.. dan diambil oleh Samora sebagai radio rasmi mereka..

    Kenapa wujud 2 radio Online?? Sebenarnya sebelum ini memang ada 2 radio online.. cuma mereka mungkin kurang didengar.. dan mengapa hari ini tuan JH tidak lagi menaungi RRO? sebabnya adalah tuan JH hanya ingin menaungi 1 radio sahaja iaitu radio yang telah diangkat menjadi Radio Rasmi SAMORA iaitu RFM.

    Kami di RRO cukup menghormati RFM ini selaku Radio Rasmi Persatuan Rungus.. kami sudah berjanji tidak akan masuk campur atau bersaing dengan mereka dalam penglibatan RFM dengan KKFM kami memberikan sepenuhnya mandat itu kepada mereka. selain itu kami juga mendapat ura-ura mengenai tagline "AVANTANG TANTU" yang ingin diambil oleh mereka.. kami sedia melepaskan tagline ini untuk RFM.. dan kami sedang menggunakan Tagline yang baru sekarang ini.. Anda mungkin boleh membuat andaian apabila hanya melihat dari jauh tetapi jika anda datang dekat dan dengar dengan lebih jelas tentunya anda mempunyai pandangan yang lebih membina.

    ReplyDelete
  16. Sdra Jamalit, apa yang menjadi persoalan sekarang, kenapa JH tidak terus mengambil RRO sebagai radio rasmi SAMORA padahal saya lihat RRO lah yang telah membawa nama SAMORA sedikit melonjak berbanding dgn persatuan Rungus lain di Sabah meskipun suatu ketika dulu SAMORA hampir-hampir tengelam dengan labu-labunya. Saya tidak mengatakan bahawa RFM tidak sesuai diambil sebagai radio rasmi SAMORA tetapi apa kurangnya RRO jika radio online ini diteruskan sebagai radio rasmi SAMORA? mengamalkan sikap 'chipmore' dalam setiap pengurusan bukan sikap yang baik...kita tunggu dan lihat sejauh mana RFM bertahan bersama..........??????

    ReplyDelete
  17. SONGKURO NO KOSODU OM KALAID OT KENGKATATAN RRO OM RFM..

    ReplyDelete
  18. BULE TAHAN MAI GIMA...OPODOS OM ALASU TANTU.. 'DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER'

    ReplyDelete
  19. RRO dan RFM teruskan uasaha anda.. Nak tanya di sini sekiranya saya berada di Kota Marudu dan mau masuk siaran langsung, boleh ka tu admin? Tidak mahir IT ba..

    ReplyDelete
  20. Berdasarkan kepada post Tuan Thoma Arinjamal, saya ada pertanyaan adakah "Masuk" yang dimaksudkan itu adalah "turut" sama Bersiaran atau "mengikuti" siaranya? secara teorinya 2-2 pun boleh.. jika ingin "turut" sama dalam siaran (Ber-DJ) saya boleh aturkan jalan untuk berDJ biarpun kami di KK dan tuan ( Atau siapa-siapa saja) walau di mana saja berada boleh sama-sama ON AIR.. apa yang anda perlukan adalah "skype" saya akan hubungi anda melalui skype. tapi jika hanya ingin mengikuti siaran melalui link website http://rungus.clanteam.com atau www.rungus.listen2myradio.com

    ReplyDelete