Followers

Monday, March 21, 2011

Ginavoku Ginavonu-Surat perjanjian dimeterai


KOTA KINABALU: 17/03/2011, Upacara memeterai surat perjanjian diantara RFM/UFM group yang diwakili oleh Presiden SAMORA Tuan Jelani Hamdan selaku Eksekutif Produser bagi telemovie berjudul Ginavoku Ginavonu dengan Bayo Pictures SDN BHD yang diwakili oleh P Dik Ganai (FDAM) berjalan lancar seperti yang dirancang. Detik-detik memeterai surat perjanjian itu yang secara tidak langsung mengukir satu lagi sejarah buat suku kaum Rungus di Sabah turut disaksikan oleh wakil-wakil media tempatan dan artis Noni AF5.


Bersalaman - Pengarah P Dik Ganai bersalaman dengan Eksekutif Produser Jelani Hamdan selepas menandatangani surat perjanjian

Menurut Jelani Hamdan, beliau sengaja mengambil pendekatan memilih judul dalam bahasa Rungus walaupun skrip telemovie tersebut adalah Bahasa Malaysia, memandangkan Telemovie tersebut merupakan telemove pertama yang akan dibintangi oleh 80 peratus suku kaum Rungus dan selebihnya Cina, Bajau dan Melayu sesuai dengan konsep 1Malaysia.


Adakah kedua remaja ini bakal Hero dan Heroin Ginavoku Ginavonu?

“Kita juga cuba mengetengahkan bahasa Rungus dan budaya suku kaum Rungus melalui telemovie ini” kata Jelani Hamdan ketika diajukan soalan oleh beberapa wartawan yang menemuramah beliau.


Noni AF5 dua dari kiri, sempat bergambar bersama DJ-DJ RFM

Untuk memantapkan lagi barisan pelakon yang akan membintangi telemovie ini nanti, Bayo Pictures SDN BHD akan mengadakan sesi ujibakat di daerah Kudat yang akan diadakan di bilik mesyuarat Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kudat pada 26/03/2011, bermula seawal jam 9.00am hingga 5.00pm. Calon-calon yang terpilih nanti akan diberikan bengkel selama dua hari sebagai persediaan sebelum calon-calon berkenaan berhadapan dengan lensa kamera.

Jelani Hamdan berharap mereka yang berminat untuk mencungkil bakat terpendam terutama suku kaum Rungus agar mengambil peluang ini.

“Harapan saya telemovie ini merupakan langkah pertama kearah melahirkan artis Rungus dalam bidang senlakon yang boleh bersaing dengan artis-artis lain suatu hari nanti,” katanya.

Ginavoku Ginavonu akan memulakan penggambaran pada bulan April tahun ini bermula di Kota Kinabalu, Kota Marudu dan selebihnya di Matunggong.

Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

7 comments:

  1. Nunu Habal,

    Saya betul2 gembira dengan dengan iniseatif ini.Akan tetapi satu cadangan saya di sini pemilihan para pelakon tidak kira lah watak utama mahupun sampingan seharusnya dilakukan dengan adil untuk tidak mengecewakan orang2 kita "rungus" yg akan menghadiri uji bakat ini.Jangan lah memilih hero/heroin itu hanya kerana si anu ini kwn bapa nya ka,ataupun dipilih kerana dia terkenal ka(Pada hal banyak2 perkara-Perkara buruk yg dilakukannya di luar pengetahuan org ramai).Jadi seboleh-bolehnya lakukanlah ujibakat itu seadil-adilnya,kalau dah ada calon yg telah dipilih dan uji bakat itu sekadar utk memenuhi syarat baik inda payah buat,sekian.

    ReplyDelete
  2. P Dik Ganai (fdam)March 28, 2011 at 3:00 AM

    Komen yang menarik...sebagai makluman Sdra atau mungkin sdri Anonymous, setakat ini kami belum memilih calon untuk memegang SEBARANG WATAK dalam telemovie tersebut. Sebab itu kami telah mengadakan ujibakat di Perpustakaan Kudat pada 26hb lalu, dengan harapan ada kalangan orang Rungus di kawasan Kudat/Matunggong datang untuk diujibakat namun sehingga jam 4.00 petang hanya seorang sja yang berani tampil. Disebabkan kegagalan kami mencari barisan pelakon di daerah Kudat maka kami terpaksa mengadakan ujibakat terbuka di Kota Kinabalu pada masa terdekat ini. Saya berharap sdra/sdri Anonym agar turut datang pada masa itu nanti. Saya tekankan disini tidak ada konsep pilih kasih dalam pemilihan ini samada pelakon utama atau barisan pelakon pembantu. Kami berharap di Kota Kinabalu nanti kami menemui mereka yang benar-benar berbakat dlm bidang senilakon.

    ReplyDelete
  3. Saya cadangkan, diadakan audition melalui kiriman video, iaitu sesiapa yang ingin mencuba boleh menghantar video mereka berdasarkan script guideline yang disediakan.

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih Saudara P Dik Ganai....Di sini saya ingin bertanya bila kah agaknya uji bakat di Kota Kinabalu itu diadakan?

    ReplyDelete
  5. Anak Murid Hatta A. KMarch 30, 2011 at 11:15 AM

    Salam Hormat kepada Semua,
    Walaupun Saya belum melihat skrip telemovie ini, berdasarkan tajuk cadangannya "Ginavoku Ginavonu" saya mengandaikan tema telemovie ini berkemungkinan tentang "Cinta". Kalau benar, saya ingin menarik perhatian Tuan/Puan yg terlibat dalam pembikinan telemovie ini supaya tidak terlalu terikat dgn cerita percintaan remaja dan sisipan "Lawak bodoh" yg membosankan. Sebagai penonton dewasa yg mempunyai sedikit asas tentang pembikinan filem saya amat kecewa dgn telemovie di negeri kita termasuk "Ampal" yg penuh dgn lawak bodoh. Dengan itu, saya harap telemovie keluaran pertama Rungus ini tidak terikat dgn Budaya Telemovie Sabah setakat ini yg klise dan memualkan. Maaf kalau pandangan ini tidak menyenangkan. Pandangan saja boleh diabaikan kalau kita berlainan pendapat.

    ReplyDelete
  6. i really glad to know that rungus(we)are really great.i always proud to be a rungus.i wud like to join that audition but got a little things to do here.congragulations to u all.and by the wa,cant wait for that film to be published.hahahah.....torima kasih...

    ReplyDelete
  7. hye everyone,

    what the sabahan's have in their film are great.when they act,they act just like in their real life,i mean it was really true.they presenting their real life in their movies,and thats feel great.i love you sabah.

    ReplyDelete