Pencarian barisan pelakon bagi telemovie Ginavoku Ginavonu (GKGN) kini semakin ke penghujung bila 60% dari pelakon yang diperlukan untuk menjayakan telemovie tersebut telah pun dikenal pasti. Telemovie pertama yang diberi judul dalam bahasa Rungus ini akan memulakan penggambaran pada 9hb Mei 2011 dimana lokasi penggambaran hampir sepenuhnya dibuat di daerah kecil Matunggong dan selebihnya Kota Marudu dan Kepayan.
Perhati ... Eksekutif Produser Jelani Hamdan turut memerhatikan sesi ujibakat
Ujibakat yang telah diadakan di tingat 6, Bangunan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu iaitu pada 9hb dan 10hb April lalu agak mendukacitakan kerana tidak ramai dari suku kaum Rungus yang merupakan sasaran ujibakat mengambil peluang menyertai ujibakat tersebut.
Ujibakat....Dua orang peserta menunjukan bakat masing-masing
Eksekutif Produser bagi telemovie ini, Tuan Jelani Hamdan yang turut datang ke lokasi ujibakat, melahirkan rasa kesal ditatas kurangnya penyertaan suku kaum Rungus yang diharapkan boleh memegang pelbagai watak bagi telemovie pertama yang cuba mencungkil bakat-bakat baru dikalangan suku kaum Rungus dalam bidang senilakon.
Pengarah P Dik Ganai (membelakang) memberi sedikit tips kepada peserta berbaju hitam
“Kita cuba mencungkil bakat dikalangan suku kaum Rungus yang berbakat dalam bidang senilakon tetapi tidak berpeluang menunjukan bakat mereka melalui produksi lain di negara ini. Saya juga berharap telemovie ini nanti bakal melahirkan artis-artis Rungus setanding dengan artis lain di negara ini,” katanya bila di tanya mengapa beliau sanggup membiayai pembikinan telemovie tersebut.
Cuba nasib..pelakon YB Mandi Tak Basah turut mencuba nasib
“Selepas telemovie ini, saya akan terbitkan sebuah lagi telemovie atau mungkin juga sebuah filem yang 100% berbahasa Rungus. Filem berkenaan mungkin mengisahkan tentang sejarah perjuangan pahlawan Rungus yang terbilang suatu ketika dulu agar generasi Rungus yang akan datang dapat menghayati perjuangan Phalawan Rungus yang jarang didedahkan kepada umum dengan mudah melalui filem itu nanti,” kata Jelani Hamdan.
Potensi...kedua peserta berpotensi untuk melangkah lebih jauh
“Jika sejarah perjuangan Hang Tuah sebagai pahlawan kaum melayu telah banyak kali difilemkan, kenapa perjuangan pahlawan Rungus seperti Aki Kulindod tidak boleh difilemkkan,” tambahnya penuh bersemangat.
Daftar...Peserta ujibakat sedang mengisi borang penyertaan
Susulan dari ujibakat tersebut Bayo Pictures SDN BHD yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembikinan telemovie ini telah pun menyenarai pendek beberapa nama peserta yang layak untuk memegang watak-watak tertentu. Artis-artis yang terpilih akan dihubungi sebaik saja ujibakat terakhir akan diadakan tidak lama lagi bagi mencari beberapa lagi pemegang watak yang tidak diperolehi semasa sesi ujibakat terdahulu.
Menurut Pengarah P Dik Ganai (Fdam), jika ujibakat kali terakhir ini masih gagal menemui pelakon yang sesuai untuk memegang watak-watak yang masih kosong, beliau dan Eksikutif Produser, Jelani Hamdan terpaksa mengambil pelakon sedia ada yang telah pun menempah nama dalam bidang lakonan.
Seperti biasa tarikh ujibakat akan diberitahu melalui laman facebook, blog dan surat khabar tempatan seperti Utusan Borneo, New Sabah Times dan Daily Express.
Widget by [ Tips Blogger ]
Syabas Tuan Jelim, seperti yang saya impikan suatu ketika dulu akhirnya hampir menjadi kenyataan. Ingin melihat suku kaum rungus terus maju dalam semua bidang yg diceburi termasuk industri perfileman. Semoga rungus akan terus maju seiring dengan bangsa lain dibawah semangat Aki Kulindod. Syabas juga kerana tuan merupakan anak rungus pertama menjadi produser filem. Saya berbangga menjadi orang rungus. Terima kasih..
ReplyDeletesaya yakin usaha anda tidak sia-sia
ReplyDelete