Pertandingan tiga penjuru.. dari kanan: Jornah Mozihim, Morius Masain dan YB Sarapin Magana
Pemilihan JK PBS Bahagian N.4 Matunggong pada Mesyuarat Agung Tahunan PBS, kali yang ke 26 baru-baru ini sememangnya sengit sebagaimana diramal awal-awal lagi oleh sesetengah pemerhati politik. Dari kesemua jawatan yang dipertandingkan, persaingan merebut jawatan Ketua Bahagian sedikit menarik minat sebilangan pemerhati dan perwakilan yang hadir dimana ketiga-tiga calon merupakan pemimpin PBS yang memiliki nama ‘besar’ di Matunggong. Pertandingan yang disifatkan sebagai pertandingan persahabatan itu terdiri dari YB Sarapin Magana (penyandang), Pn. Jornah Mozihim (mantan wakil rakyat N.4 Matunggong) dan Morius Masain, mantan Ketua Pemuda PBS yang tidak mempertahankan kedudukanya sebagai Ketua Pemuda tetapi bangkit ‘menentang’ untuk merebut jawatan Ketua Bahagian pada pemilihan itu.
Tahniah...YB Sarapin dikerumuni memberi ucapan tahniah dari para penyokong
Tindakan Jornah, mantan wakil rakyat yang disingkirkan pada pilihanraya 2008, untuk bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian pada pemilihan itu dilihat sebagai satu tindakan yang kurang wajar. Beliau yang berura-ura untuk bertanding semula pada PRU13 sepatutnya terus bekerja keras untuk memantapkan sokongan ahli PBS Matunggong terhadap kepimpinanya tanpa melibatkan diri dalam pemilihan itu walaupun ada sebilangan berpendapat Jornah terpaksa bertindak demikian untuk menguji sejauh mana sokongan rakyat Matunggong terhadap kepimpinanya selepas beliau digugurkan untuk bertanding. Jika kekalahan Jornah dalam pemilihan itu dijadikan sebagai penanda aras, sokongan rakyat Matunggong, apakah ada lagi peluang bagi Mantan Wakil Rakyat pertama wantia Rungus itu untuk membuktikan bahawa beliau masih mempunyai sokongan dari akar umbi ahli PBS Matunggong sekaligus menafikan tindakan ‘orang kuat’ PBS yang menolak beliau dari dicalonkan semula pada PRU12 lalu adalah tindakan yang salah dan satu keputusan yang tergesa-gesa.
Mantan Wakil Rakyat N.4 Matunggong, Atong Mangabis (tengah) turut menjadi perwakilan
Sejak PBS mula bertapak di Matunggong, bermula dengan Datuk Mathius Majihi sebagai Wakil Rakyat, belum pernah terjadi Jawatan Ketua Bahagian yang disandang oleh wakil rakyat dipertandingkan, dan pemilihan kali ini melakar satu lagi sejarah politik Matunggong dimana Wakil Rakyat yang juga Ketua Bahagian dicabar kedudukanya bukan saja ahli dari luar Bahagian itu sendiri malah Ketua Pemuda yang merupakan sayap kanan Bahagian itu turut bertanding. Menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang hampir tidak pernah terjadi di Matunggong, timbul persoalan kenapa dan bagaimana keadaan ini berlaku ketika ura-ura pilihanraya umum semakin hampir. Perebutan jawatan nombor satu dalam Bahagian sepatutnya tidak wujud jika perpaduan dan kerjasama untuk memantapkan PBS menjadi agenda utama. Apa yang lebih menarik, kesungguhan dua pencabar utama yang cuba ‘menggulingkan’ YB Sarapin dari singasana Ketua Bahagian merungkai beberapa kemungkinan. Yang pertama, sokongan ahli PBS terhadap YB Sarapin mula merosot, keadaan ini mendorong sebilangan cawangan mencalonkan Jornah Mozihim dan Morius Masain sebagai Ketua Bahagian yang baru dan yang kedua, YB Sarapin merupakan Wakil Rakyat yang benar-benar menjunjung sistem demokrasi dan mengamalkan sikap terbuka, mungkin sebab itu lah beliau tidak cuba menghalang jawatan Ketua Bahagian dipertandingkan dalam pemilihan itu.
Mesra...YB Sarapin masih mampu menunjukan sikap tenang dan mesra terhadap pencabarnya (photo diambil sebelum keputusan diketahui)
Selain Jornah Mozihim dan Morius Masain yang disebut-sebut berminat menjadi calon pada PRU13, seorang lagi pemimpin politik PBS Matunggong iaitu Thomas Arinjamal, turut kecundang dalam pemilihan itu. Thomas Arinjamal bertanding merebut jawatan Naib Ketua 1. Bagimanapun jika undi yang diperolehi Thomas Arinjamal dibandingkan dengan undi yang diraih oleh Jornah Mozihim iaitu 2* undi berbanding 4* undi, Thomas Arinjamal memiliki sedikit kelebihan walaupun kedua-dua pemimpin tersebut berada diluar JK Bahagian (saya sengaja tidak menyebut angka penuh undi yang diperolehi atas sebab-sebab tertentu)
Calon Naib Ketua 1 dan 2...Thomas Arinjamal sedang bercakap sesuatu dengan Nawari Bolongkikik
Jika diimbas kembali sejarah politik Matunggong, jawatan Ketua Bahagian bukanlah satu jaminan mutlak untuk indivdu tersebut terus dipilih menjadi calon. Datuk Markus Majihi, Jornah Mozihim dan YB Sarapin sendiri adalah ADUN N.4 Matunggong yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti tanpa perlu menduduki hireaki teratas Bahagian. Kaedah pemilihan yang nyata membelakangi kehendak Bahagian itu sendiri seolah-olah memberi gambaran bahawa perwakilan masih tidak mampu untuk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dan layak dijulang sebagai Wakil Rakyat.
Calon Timb. Ketua Bahagian..Lebri Francis Maraim (kiri) menang besar dalam pemilihan itu
Pemilihan yang berlangsung sampai ke waktu malam itu pasti mencipta satu lagi lanskap politik Matunggong yang sememangnya terkenal dengan pelbagai situasi yang hampir tidak dapat diduga. Samada Morius Masain, Jornah Mozihim atau Thomas Arinjamal, sekalipun Francis Lebri Maraim (Tim Ketua Bahagian) yang menang besar dalam pemilihan itu mungkin mengorak langkah yang lebih jauh lagi. Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Widget by [ Tips Blogger ]
Saya ucapkan syabas atas kemenangan YB Sarapin Magana. Semoga terus memberi khidmat kepada rakyat Matunggong. Saya percaya ramai orang yang dengki atas pencapaian dan pembangunan yang tuan laksanakan di Matunggong tapi biarkanlah mereka yang bersikap demikian. Yang penting tuan terus menjadi wakil rakyat kami untuk beberpa penggal lagi. Sekali lagi saya ucapkan syabas dan semoga maju jaya.
ReplyDeleteHidup seperti roda,adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawa,tidak hairan jika ada masanya menang dan kalah,hari ini hari kamu besok hari siapa tahu kita pula.Mudah-mudahan tuhan memberkati usaha yang menang.....janganlah berasa besar jika sudah menang dalam pertandingan....politik bukan milik sesiapa pun, ia adalah milik tuhan.TQ
ReplyDeleteMasalah sekarang, politik kroni dan tidak profesional diamalkan oleh pemimpin (YB) Matunggong.
ReplyDeleteApakah sumbangan/jasa YBSM di kwsn Matunggong? Kita tidak benci/dengki dngn pemimpin kita, tapi klau kita tidak nampak atau rasa akan prubahan yg berlaku di kwsn kita. Apa mau cakap, diam2 atau tunggu lihat atau kasi biar saja smpai kwsan kita macam 10 tahun yg lepas. Jangan kata buat paip di jalanan(ada skarang ini) pun dari YBSM, penurapan di jln2 kg pun kata dr YBSM, pembinaan Rhm Pjng Baru pun dia kata dr YBSM.mayrkt kita bukan bodoh. Apa yg kita dapati skrng ini, pruntukan RM1juta dah habis tapi tidak nampak apa-apa di n4 ini, jadi jngn kata 2008,2009 dan 2010 ada YBSM buat. Sudah lah YBSM jgn lagi kau musnahkan kwsn kita yg terpinggir sedia ini,mana kau simpan RM1juta itu di poket Nawari ka atau Poket Sondoyong Lerry, YB tingu itu laporan Bendahari Bahagian PBS N4, logik ka? 2008 baki rm0.00, 2009 baki rm0.00, 2010 baki rm0.00. munkin 2011 pun rm0.00 juga. Mcm mn PBS mau naik/maju pemimpin langsung tiada komited. Frm Pbs Bangkrap Di N4.
ReplyDelete