27/09/2011
Saya sempat berkunjung ke Tindakon Dazang Beach melihat sepintas lalu perjalanan pilihanraya olok-olok yang merupakan program Khemah Kerja PBS P.168 Kota Marudu yang melibatkan peserta dari N.4 Matunggong dan N.5 Tandek. Melihat program ini segera saya terfikir mungkinkah pilihan raya sebenar iaitu PRU13 sudah semakin menghampiri kita.
PKR N.4 Matunggong (Madjin Maginda)
Menurut PKR N.4 Matunggong (bukan ‘Parti Keadilan Rakyat’) Saudara Madjin Maginda, yang sempat saya temubul, program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kemahiran semua ahli yang terlibat berkaitan peraturan pilihanraya disamping mengeratkan lagi perpaduan dan hubungan kekeluargaan antara ahli-ahli parti terutama AJK Bahagian dan Cawangan. Beliau juga tidak menolak terhadap kemungkinan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan lebih awal.
Madjin bergambar bersama Ketua Pemuda PBS Matunggong (Tiga dari Kiri)
Ditanya mengenai kemungkinan PBS Matunggong akan kecundang ditangan parti pembangkang pada pilihan raya akan datang memandangkan ramai pengundi baru dikatakan lebih berminat menyokong parti pembangkang, Madjin berkata, kemungkinan itu agak tipis. PBS tetap akan memperolehi kejayaan, ini kerana katanya PBS telah menunjukan rekod cemerlang di Matunggong. Sejarah membuktikan PBS Matunggong tidak pernah kecundang sekalipun berhadapan dengan Barisan Nasional.
Pilihan raya olok-olok- petanda pilihan raya sebenar semakin hampir..
“Mungkin kita masih ingat bagaimana Datuk Markus Majihi (calon Barisan Nasional) kalah ditangan Atong Mangabis (PBS pembangkang) pada pilihan raya 1999,”
Menurut Madjin lagi, kelompok rakyat Matunggong yang memberi sokongan kepada pembangkang tidak akan berganjak dari angka statik yang tidak melebihi 4000 undi.
“Saya masih yakin pembangkang tetap memperolehi angka yang sama pada PRU13 nanti,” katanya
Menyentuh mengenai beberapa ahli PBS Matunggong yang berhasrat untuk melobi sebagai calon pada PRU13, Madjin berkata, beliau tidak ada halangan dalam hal itu. Bagaimanapun terpulang kepada pucuk pimpinan parti memilih siapa yang berkelayakan untuk bertanding.
“Siapa pun calon yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti, kalau pun YB Sarapin tidak dicalonkan lagi, saya percaya rakyat Matunggong masih tetap mengundi PBS”
Madjin yang pernah disebut-sebut bersedia bertanding sebagai calon selepas bertahan sebagai Ketua Bahagian PBS Matunggong semasa PBS dalam keadaan ‘kritikal’, menyeru ahli dan pemimpin PBS yang tidak terpilih sebagai calon nanti agar terus memperjuangkan nasib rakyat Matunggong melalui PBS.
“Kita tidak mahu senario ini berlaku terhadap parti PBS Matunggong; ketika belayar, ramai yang mengaku mahir mengendalikan kapal tetapi bila kapal layar tersebut dilanda ombak dan hampir tenggelam tidak pula ramai yang sanggup mengemudikan kapal layar tersebut,” kata Madjin mengakhiri perbualan kami…
Widget by [ Tips Blogger ]
"SIAPA JUGA CALON, PBS TETAP MENANG DI MATUNGGONG"... Tajuk artikel yang seakan-akan di atas ini pernah dibahaskan oleh beberapa komenter di blog ini suatu ketika dulu.... Memang hebat komen-komen tu dan ada sesetengah komenter itu menganggap bahawa ianya sekadar mitos sebab pemikiran pengundi-pengundi sekarang ini bukan lagi seperti sebelum ini.
ReplyDeleteSaya secara peribadi mengakui bahawa PBS-BN masih lagi relevan untuk diberi mandat kemenangan di DUN Matunggong.... Saya optimis bahawa biarpun bekal calon PBS pada PRU 13 ini diambil dari kalangan yang pernah menjadi ADUN sebelum ini akan tetap mendapat kemenangan. Di N4 Matunggong ini kita masih lagi memerlukan wakil rakyat dari kerajaan walaupun mungkin ramai pengundi yang mahu beralih selera pemerintah kepada PR.. tapi hakikatnya, kita nampak sendiri bahawa pakatan tersebut asyik bercanggah pendapat... Adakah kita memerlukan pemerintah seperti ini? PR yang ada sekarang ini seoalah-olah mereka tidak mempercayai ahli politik tempatan (Sabahan) untuk menjadi ketua PR di Sabah...
Biar pun BN sentiasa mendapat kritikan hebat terutamanya diblog-blog PR yang mengaitkan dengan amalan ketidakadilan BN dan macam2 lagi.. ini merupakan perang psikologi politik. Terima kasih kepada saudara editor kerana memaparkan artikel ini yang saya kira mendapar sambutan hangat dan hebat dari para peminat blog ini...
Saudara Majin, pada dasarnya kita masih mencintai PBS. Walau bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan isu nasional (persekutuan malaysia) keseluruhan; tidak mustahil PBS (BN) akan kalah buat pertama kali. Sudah 48 tahun rakyat Sabah diperbodohkan oleh sistem kerajaan Feudalisme. Tambahan pula calon2 yang disebut2 sekarang ini, semuanya mempunyai latar belakang peribadi yang suram
ReplyDeletePilihanraya merupakan amalan demokrasi. Ianya seperti satu perjudian nasip utuk masa hadapan. Maka tidak salah mencuba parti politik yang lain selan BN. Bagaimana kita tahun limau itu "asam" jika belum memakannya.
ReplyDeletePilihanraya semakin menghampiri, saya sangat bersetuju dengan pendapat Tuan Madjin ' SIAPA PUN CALON PBS N4 PASTI MENANG'. Ini bermaksud Tuan sudah tidak yakin dengan kepimpinan YBSM yang memang langsung tiada pristasi di kwsn n4 ini. Tuan Madjin, tuan tahukah bahawa skarang ini tuan langsung tidak dihargai oleh kepimpinan di n4 walaupun tuan adalah orang no2 di n4 ini? cukuplah tuan berpura2 berbaik hubungan dengan YBSM, cukuplah semasa pemilihan bahagian tempoh hari. Tuan marilah kita pilih pemimpin yg lebih senior dan berpengalaman dalam politik berbanding dengan 'bidan terjun'. ini bukan batu api, tapi yang sebenarnya tuan lalui dan ketahui. Tuan, apakah keputusan pilihan raya olok-olok itu? dengar2 ini keputusannya: Undi BN 138. Undi Bebas 64. Tidak mengundi 163. wah.... keputusan yg tidak 'populor' ini... Maka harus tkar wakil rakyat lah ni.....tq.
ReplyDeletebangun rakyat n.4 matunggung,semalam saya sempat bercerita dgn beberapa kawan mengenai prestasi YBSM.nampaknya majoriti mengatakan beliau tidak dapat bertanding berikutan dgn pemilihan bahagianbaru-baru ini.nampaknya ada ketirisan dan unsur rasuah dalam politik yang jelas dan skrang ini daam siasatan polis.Harap-harap tidak berlaku itu kepada YBSM.Kalaulah berlaku juga auomatik disabit kesalahan RASUAH maka bai-bai gamanlah.ebagai kesimpulan yang boleh kita buat disini amat memalukan YBSM.Sudah tiada unsur kemajuan,komitment kepada rakyat dibelakangkan,mendahulukan kekayaan pengikutnya,kosong N.4 matunggung.KENAPA???.INI KERANA YBSM bukanlah pemimpin politik.(pemimpin kewangan antarbangsa).rakyat bukan nya wang ringgit yang bila2 boleh dipujuk atu dipaksa ikut telunjuk(sampai sekarang saya tidak pakai itu mesin rumput pemberianrasuah/HARAM BAGI SAYA.Apa boleh buat dipaksa.bangunlah dri mimpi wahai rakyat N.4 matunggung.
ReplyDeleteSAUDARA MARIUS MASAIN.anak emas dtk max.yang kaya dgn kontraktor juta-juta.banyak orang mngharapkan beliaulah yang paling layak ganti YBSM.LAYAKKAH MARIUS INI.SAYA RASA BELUM LAYAK.banyak lagi yang perlu dipelajari oleh beliau.jangan terlalu promosi banyak duit.minggu lalu terjumpa dengan saudar beliau.dia bercakap dengan kuat ikutlah c marius adik saya kerana banyak duit.kurang sopan betul keluarga masain.dia ingat banyak bikin menang.lupakah bahagian yang lalu.habis duit pun tak menang.Petanda belum layak jadi pemimpin yang telus/pemimpin wang bolehlah.tetapi hancur n.4 matunggung,saya masih bertahan dan sokong bahawa tn Thomas arinjamal paling layak.dia ikhlas berjiwa besar bukannya menunjuk-nunjuk banyak duit.
ReplyDeleteKESIMPULANNYA BANYAK DIUT BUKAN KAYU PENGUKUR JADI PEMIMPIN TETAPI KEPERIBADIAN YANG MULIA ,TELUS ADA WAWASAN DAN MISI BARU PANJANG CERITA.BIDAN TERJUN TAK MAINLAH BEB.
Salam Sejahtera dan salam 1N4 Matunggong.
ReplyDeleteTerima kasih MK kerana sentiasa memanggil naluri saya untuk berkongsi pendapat dalam ruangan ini.Sesungguhnya PRU13 akan diadakan pada bila-bila masa bergantung kepada keadaan dan peraturan perlembagaan.Sekali lagi saya terpanggil untuk memberi respon ke atas artikel yang mengatakan sesiapa sahaja calon PBS secara Optimis akan menang.
Saya meletakkan ungkapan tersebut agak takbur tanpa memikirkan perasaan orang lain.Saya membuat andaian tersebut berdasarkan fenomena dan reality.Pada PRU12 yang lalu YB Sarapin Magana telah menang majority.Tetapi apakah benar calon PBS hanya diundi oleh penyokong PBS.Realitinya tidak.Pengundi BNN4 merangkumi penyokong PBS,UMNO,UPKO,PBRS dan juga Penyokong Pembangkang.Adalah tidak keterlaluan saya katakana di sini bahawa yang menyokong YB Sarapan dahulu ada di antaranya daripada penyokong UMNO,UPKO,PBRS dan juga ada segelintir daripada penyokong pembangkang yang membangkang pada mulanya tetapi akhirnya sedar lalu mengundi calon Barisan Nasional yang diwakili Parti PBS.Tetapi ada juga kemungkinan pengundi tersebut penyokong PBS tetapi mengundi pembangkang.
Dalam ruangan ini,suka saya katakan bahawa yang lebih tepat adalah siapapun calon kerajaan dalam Komponen BN 100% menang kerana disokong oleh penyokong dalam komponen.Saya tidak berniat untuk menyakiti sesiapa tetapi apabila saya menyatakan pendapat saya akan berpijak dibumi nyata tanpa dipengaruhi oleh fahaman politik tetapi sebaliknya saya melihat persekitaran kita.Sebagaimana yang dikatakan oleh saudara Raja Yomog Pembangkang asyik bertentangan pendapat.Jadi bagaimana kita boleh yakin mereka dapat memajukan kawasan kita.
Yang reality kita tidak dapat sangkal.Apa alas an kita tidak menyokong kerajaan? Walaupun belum menyeluruh tetapi kita sudah menikmati bekalan elektrik,bekalan air,prasarana pendidikan termasuk bangunan sekolah,pakaian seragam,yuran khas,RMT,KWAPM,Biasiswa negeri/persekutuan,bantuan awal persekolahan RM100 dan RM500 dan sebagainya.Apa yang mungkin membantut usaha kerajaan membangun kawasan kita adalah disebabkan oleh sikap kita semua termasuk YB2 yang lalu yang kurang memperjuangkan pembangunan secara menyeluruh sebaliknya hanya berjuang untuk jangka pendek dan skop yang kecil.Apa salahnya jika YB2 kita memperjuangkan agar semua pemohon tanah dapat diurus dengan cepat pengeluaran geran tanah kerana pada saya itulah asset utama penduduk dikawasan kita selain bidang pendidikan.Dua bidang inilah pemangkin pembangunan ekonomi kita.Nah,Kenapa tak diperjuang?.
Menyentuh tentang calon.Mungkin kita harus bertindak lebih focus,biasanya kita menyerahkan dan berserah kepada pucuk pimpinan untuk tentukan siapa calon,Baik kita fikirkan yang itu,apa salah kalau kita yang tentukan.Kita N4 ada hak dan boleh bermusyawarah kea rah itu,agar kita tidak dibuat percaturan oleh orang atasan atau pucuk pimpinan.Kita buktikan ungkapan “BERSATU” di N4 barulah kita disegani oleh pihak lain.Sewajarnya kita hentikan kroni PBS si A,PBS si B,PBS si C dan seterusnya. Jika tak dipilih buat sabotaj. Kasian kita kalau macam tu.
Seperkara lagi,masyarakat kita kurang mengenang jasa.Sewaktu PBS dilanda badai suatu masa dahulu yang menyelamat supaya bahtera PBS tidak tenggelam ialah Tuan Madjin Maginda.Pada saya,apa salahnya kalau kita bersatu kita jadikan beliau cadangan calon tunggal agar tidak ada lagi calon yang dipilih-pilih oleh pucuk pimpinan dan begitulah seterusnya.Mohon maaf kepada semua kalau saya tersalah kata,tetapi itulah reality yang sepatutnya kita lalukan untuk mengenang jasa beliau.Saya tidak berkompromi dengan mana-mana parti ,pemimpin atau penyokong lebih-lebih lagi kepada YBSM saya hanya sekadar menyaran.
Sekian selamat merefleksi diri untuk masa depan N4 Matunggong
suasana politik di N4 Matunggong akan menyaksikan perubahan menjelang PRU13 ini..berikutan dengan konflik2 tanah NCR di sekitar kawasan Matunggong..dan dengan kedatangan UBF di kawasan Matunggong dengan Borneo Agenda, disusuli dengan kepimpinan penyelaras UBF N4 Matunggong yang dihormati dan disegani di kalangan masyarakat Rungus iaitu Pdt.Marunsai Dawai..UBF Matunggong kini giat mengadakan roadshow2 dan Borneo Tea Party di kawasan2 kampung dan sedikit sebanyak dapat membuka minda dan mendapat pengetahuan tentang Borneo Agenda..melalui survey yang dijalankan di kawasan N4 Matunggong, sekitar 65% penduduk di N4 lebih prefer kepada calon bebas utk PRU13 ini..
ReplyDeleteso..apa manifesto yang bakal digunakan untuk meraih undi penduduk N4 Matunggong nanti? tangki biru? wang bantuan rm500? netbook free? skim gaji baru? wang bantuan pelajar rm100? mengenang jasa BN selama 48 tahun penubuhan persekutuan Malaysia? kalau benarlah semua tekaan di atas, adakah itu semua cukup untuk meredakan kesedihan dan kekecewaan penduduk kawasan N4 Matunggong yang dirampas tanah pusaka dan tanah adat mereka?
Salam sejahtera kepada semua peminat blog ini.. sekali lagi saya terpanggil untuk memberi komen.. Inilah masanya suku kaum Rungus memprotes dalam GE13 ini. Saya percaya Pdt Marunsai Dawai memang cukup sinonim dengan masyarakat suku kaum Rungus dan saya percaya beliau mempunyai kelebihan untuk memperjuang suku kaum Rungus yang cukup tertindas dengan pengambilan oleh kerajaan tanah-tanah milik suku kaum Rungus. Konon-kononlah kerajaan... tapi pada dasarnya adalah kroni-kroni orang kerajaan.. Cuma perlu berhati-hati kepada bakal calon Bebas dengan manifestonya supaya jangan berulang manifesto Tn Rubinsin semasa beliau menjadi calon Bebas suatu ketika dahulu.. perlu diingat bahawa pengundi suku kaum Rungus hanya meliputi 65% sahaja daripada jumlah keseluruhan N4. Matunggong.
ReplyDeleteApa pun tibalah masanya kita suku kaum Rungus bersatu untuk membela hak-hak kita yang sepatutnya kita nikmati.
sekian, terima kasih.
Selamat krismas dan selamat Tahun Baru 2012 utk semua.
ReplyDeleteMemang benar apa yang dikatakan oleh rebel rungus.Isu tanah merupakan isu sensasi pada masa ini.Dan pernah saya merasakan keperitan kehilangan separuh daripada kampungku (Kg. Birahan Darat) di tangan syarikat sarang burung dan menyedihkan nyaris-nyaris ketua kampung,pengerusi JKKK dan abang saya masuk penjara kerana didakwa sebagai penceroboh.
Pada masa itu,YB Jornah adalah ADUN dan beliau tidak banyak membantu kami setelah diketahui pemilik syarikat adalah rakan seperjuangannya di KDCA.
Isu tanah tidak akan ada noktahnya,pecayalah.Jika pemimpimpin kita(YB2) dibelenggu oleh pihak lain sedangkan tanah merupakan aset utama kita untuk membangun ekonomi.
Saya tidak memihak kepada mana2.Namun saya bangga dan ucap tahniah kepada UBF dan kumpulan lain yang memperjuangkan tanah adat (NCR) seperti Tn. Jelani Hamdan,Tuan Jahudi Masilun,Tuan Marunsai Dawai dan individu2 yang tak sempat saya sebutkan namanya.
Terus terang saya tidak membangkang kerajaan dan kepada siapa2.Namun apa yang perlu diperjuangkan demi membangun nasib bangsa kita ialah pendidikan dan tanah.
Tanah adalah anugerah TUHAN kepada kita.Namun bagaimana kita mengurus tanah jika tanah gagal kita miliki (tiada geran).Geran tanah patut kita perolehi bagi memudahkan kita meminta bantuan daripada pihak lain untuk dimajukan.Secara peribadi kampung saya Kg. Birahan Darat yang tinggal separuh banyak ditanam dengan getah dan kelapa sawit secara persendirian.Namun apakah nasibnya sedikit masa lagi.Apakah akan dirampas lagi oleh syarikat lagi dan tak terbela? saya tak tahu.
Justeru,Siapapun wakil rakyat sama ada daripada kerajaan atau pembangkang.Tolonglah perjuangkan masalah tanah dan bantu rakyat memajukannya agar rakyat tidak terus terpinggir seperti pada masa ini.
PRU13 saya tak nak komen.terserah kepada rakyat.Nilailah calon berdasarkan akal fikiran yang sihat bukan kerana ada udang dibalik batu dengan calon.
Sekadar luahan dan asas pemikiran.
komen yg cukup brkecuali tp membina...tahniah.
Deletekomen yg cukup brkecuali, iklas dan membina..tahniah.
Deleteslamat tahun baru sokoviai bangsa rungus sid mtunggung.RUANG KITA MAKIN SEMPIT,MASA KITA MAKIN TERSEPIT,PELUANG KITA MAKIN TIPIS,IDENTITI RUNGUS MAKIN TERHIMPIT.ITULAH ANTARA KALIMAT YANG PENTING PERLU KITA HAYATI BERSAMA UNTUK MASA DEPAN RUNGUS DI MATUNGGUNG.tn/pn sya fikir inilah impak kemajuan dikawasaan kita.rungus tidak dapat mengejar impak kemajuan.orglain ada kuasa wang,mereka lah yang berkuasa.salah siapa ini tn/pn.tanah tidak bergeran salah siapa.salah orang yang banyak duit.sebenarnya kita tidak dididik mengumpul harta untuk 2,3 jenerasi.fikiran kita sempaat dam tamak duit untuk jangka pendek.jual tanah untuk dptkan duit yang cepat.salah siapa lagi,salah orng yang banyak duit.tn/pn.saya masih menuding jari bahawa pemimpin politik persatuan rungus harus dipersalahkan.YB sarapin pernah kah buat dialog berssama rakyat dgn jab.tanah untk tujuan pemilikan kekal tanah(geran) tiada.sana sini tanah kawasaan SAFODA dijual oleh org kampung tanpa tetapi tidak pernah berfikir untuk mengusahakan dengan bantuan penuh wkil rakyat.tiada.ada ketika cerita dgn org kanan Tn Thomas arinjamal.yang beliau ada misi khas utk buka ruang sempit penghakmilikan tanah.saya setuju dgn beliau.kalau dah tersepit baru terjaga,dah lambat.kita kena ajar cara menjaga khazanah kita untk 2,3 jenerasi.itulah isi pentingnya.
ReplyDeleteTn. Anonymous pengalaman peribadi saya betapa rumitnya mengurus tanah. Ketika itu sehingga kerakyatan saya pun dirujuk ke makamah..malang sekali. Justeru itu sya tdk putus asah sehingga hampir meletup di Jabatan Tanah Negeri (pejabat pengarah)..apapun kehadiran sya kedua d pjbt pengarah berhasil. Surat bertanda tangan pengarah diserah kepada Timbalan Pengarah kebetulan kenalan bapa mertua saya orang Tambunan 45 minit sahaja sya berada di pejabatnya selesai segalanya. Sebenarnya urusan tanah kalau kita mungkin dapat menubuh JK bertindak ia lebih efektif sememangnya minta sokongan YB MP dan DUN.. Fikir-fikirlah.. kebetulan sya tengah membantu sebuah kampung mengeluarkan kawasan dalam pemilikan agensi kerajaan.. Saya percaya penduduk tersebut pasti berjaya memiliki tanah NCR mereka. YB memang sibuk dan pastinya dalam penantian ada kerugian.
ReplyDeleteSekadar perkongsian saja
Ramai org cuma memerhati dan melihat kelemahan YBSM shj tetapi adakh kita sedar kekuatan dan kelemahan YBSM adalah terletak pd tulang belakang dia? inilah tulang YBSM, PKR adalah pegawai paling kanan dan sebagai wakil YBSM. Secara peribadi saya melihat di sinilah kelemahan YBSM, PKR yg tidak banyak membantu beliau. Wlupun mgkin PKR ini cuma dilihat dr kestiaan beliau kpd PBS dr zmn jatuh bgun PBS sehingga sekarang ni. Public relation PkR mgkin sdikit lemah dgn keupayaan dlm public speaking,yg agak terhad dan kurang meyakinkan. bkn memperkecilkn beliau tetapi PKR ini suka cakap berbelit2 dan sukar difahami. utk menjadi pemimpin ulung slh satu kriteria adalah keupayaan berhujah dan komunikasi dgn masyarakat.
ReplyDeletesaya adalah penyokong setia kerajaan apalagi parti kesayangan kita pbs dan di sini saya ingin memperlihatkan beberapa perkara yang berbangkit bagi banyak kampung di n 4 matunggong pertama saya masih merasa sangat hairan pm najib kita saban hari melaung laungkan rakyat didahulukan tapi nampaknya kebanyakan pemimpin2 kita lebih mengutamakan kepentingan peribadi dari rakyat itu sendiri saya katakan demikian kerna ada beberapa kampung di n4 matunggong ini masih ketinggalan kemudahan2 yang di berikan oleh kerajaan dan pengurusan2 di peringkat kampung juga terlibat lembab ini kerna kelamahan ybsm dan pkr madjin moginda yangmana tidak melantik pengurusi di kampung tersebut dan kedua ini juga saya petik dari pm kita dan kesenimbungan yang pertama iaitu pencapaian diutamakan dari segi ini pula pancapaian yang diharap2kan oleh pm kita tak terlaksana sekiranya segala kemudahan ataupun bantuan2 yang diperuntukan untuk rakyat yang benar2 memerlukan tak sampai satu contoh kita seperti pemberian rumah di kg hobut dan kg lajung yang sangat jelas rumah da lama siap masih tak didiami kerana mempunyai rumah yang lebih bagus dan bantuan rumah yang diberikan hanya sebegai stok jika ini berlaku bagimana dengan orang2tingaldi rumah2usang beratap dengan nipah atau zink2 yang bertampal2 dan bila hujan turun basah semuanya jadi bagaimana dengan 2 perkara diatasi sebelum pru13
ReplyDeleteHai tuan-tuan, jangan lagi kita diperbodohkan oleh BN dan AMUNO MALAYA, bukan MALAYA sahaja yang boleh, Sabahan apa kurangnya...PTI masuk sewenang-wenangnya, IC jangan cakap lah. Tanah????? sekarang ni baru bermula...jangan jadi pak turut sahaja.......Adakah releven lagi kita diberi TANGKI BIRU, ZING, PAM RUMPUT dsbg pada zaman era globalisasi ini....ini kali lah....
ReplyDeleteAkukah terlewat atau mungkinkah waktu yg trcepat? hehe..klu trcepat maknanya itu ramalan dan jika trlewat, ia dikategorikan sbg post moterm. Segala teka-teki menjelang PRU13 telahpun terjawab..YB Sarapin Magana dicalunkan semula oleh PBS, namun tewas di tangan Dato' Jelani Hamdan (kini bergelar YB). Utk YB Dato Jelani Hamdan yang belum sampai 2 bulan berkhidmat sebagai wakil rakyat sehingga komen ini ditulis (21.06.2013), tentunya tdk banyak yg boleh kita perkatakan lg kecuali bukti keberanian beliau berdebat dgn KM Musa Aman berkenaan isu kemisikinan di Wilayah Utara Sabah amnya dan di Matunggong khusunya dan juga isu pengambilan tanah2 NCR oleh Kerajaan sendiri dan juga agensinya serta organisasi lainnya. Saya trdorong juga utk memberi sedikit imbasan trhadap khidmat bakti yg sempat dicurah oleh YB Sarapin Magana dlm tempoh penggalnya selama 5 tahun ( 2008-2013). Secara peribadi, beliau merupakan seorang yg budiman, lemah lembut dan mesra serta mudah didekati malah boleh dijadikan kawan. Kalaulah kata2 ini berupa puji-pujian, tentunya ia sudah trlambat utk ditujukan ke cuping YBSM, namun niat ini iklas..., namun berusaha jg utk melemparkan kata2 kurang lunak, patah lg beliau tdk lg berada ditampuk kuasa pd ketika ini. Sebenarnya, pada sya ketewasan PBS di N.4 Matunggong pd PRU13 yg lalu adalah dipengaruhi oleh emosi dlm larian tegak ke hadapan, trlupa menoleh ke belakang walau seketika krn masih asyik dgn kendara bulan madu bermula tahun 1985 lg apabila PBS terus didukung rakyat teramai di Matunggong bermula pd ketika itu (1985) dan brterusan hinnga ke alaf baru 2008. Boooonngggg!!! jatuh trsungkur pada PRU 2013 dan tdk sesiapa boleh menyangka (mungkin).. ibarat musibah2 di jalanraya yg datang tanpa sebarang aroma tanda amaran. YBSM juga turut trlena dan trbuai oleh ungkapan2 indah yakni "siapapun calun PBS di Matunggong, pasti akan menang". Jaminan mitos ini tambah melalaikan beliau sehingga merasakan trlalu selesa dan bebas pula melakukan aktiviti2 yg menyengkang mata2 rakyat di luar sana. Dengan zone yg begitu damai dirasakan oleh YBSM, maka beliau terus alpa untuk mencantikkan tingkahlaku dan memuliakan peradaban sehingga beliau diberi jolokan yg tdklah buruk dari segi bunyinya ttp membawa makna yg kurang anggun. Kesimpulannya, retorik sejarah yg menjadi palsu apabila berubah pd akhirnya, kelalaian semasa brkuasa, kurang menyerlah dan juga faktor keinginan pengundi itu sendiri utk membuat perubahan serta kelebihan pihak lawan adalah faktor yang paling signifikan sehingga tertewasnya YBSM dan PBSnya.
ReplyDeleteFasa pemilihan @PRU13 tlh berlalu dan marilah kita tengok apa lg yg masih ada di hadapan kita..mungkin politik juga mampu menyumbang sesuatu atau bagaimana..cuba kita lihat ini>>>http://bit.ly/1cGomoL
ReplyDeleteFasa pemilihan wakil tlh brlalu, dan ini fasa menjalankan amanah yg diberi..dan cuba kita lihat ada apa lg di hadapan utk kita >>http://bit.ly/1cGomoL
ReplyDelete