Followers

Sunday, October 4, 2009

Surat untuk YB. Sarapin Magana



PRU12 lalu banyak mengajar kita bagaimana blog menjadi senjata yang cukup tajam untuk ‘menikam’ parti lawan sehingga 4 kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia yang sebelumnya dimiliki oleh BN tumbang menyembah rakyat. Negeri Kelantan yang diwar-warkan beralih tangan kepada BN semasa kempen PRU12, tetap menjadi milik pembangkang selepas keputusan mengejut diumumkan. Rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan sajian berita di media-media arus perdana terpaksa mencari berita dari saluran alternatif yakni blog yang dimiliki oleh blogger temptan. Ramai penganalisis politik mengakui bahawa salah satu faktor kekalahan BN di 5 negeri itu berpunca dari kekuatan pengaruh blog yang menyusup mempengaruhi minda rakyat.

Di Sabah pada masa itu tidak ramai yang menyedari akan pri pentingnya blog sebagai saluran untuk mendapatkan informasi terkini, memperolehi pandangan dan pendapat yang kolektif dari pelbagai lapisan masyarakat. Menyedari hakikat ini laman-laman blog telah muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan, dan blog-blog ini bukan saja dikendalikan oleh rakyat biasa malah ada diantara wakil rakyat turut mendaftarkan blog mereka.

Sebagai pengundi di kawasan N.4 Matunggong, dengan hati yang ikhlas, saya menyarankan agar YB. Sarapin Magana, wakil rakyat Matunggong, membuat satu blog peribadi. Semoga dengan adanya blog berkenaan segala aktiviti kemasyarakatan dan segala perancangan pembangunan untuk rakyat Matunggong di Sabah dapat diikuti oleh rakyat sekalipun beliau mungkin tidak berkesempatan memberi penjelasan kepada rakyat Matunggong secara bersemuka. Memandangkan rangkaian jalur lebar (broadband) hampir meliputi keseluruhan kawasan Matunggong, akses internet kini bukan lagi mustahil.

Dengan tersiarnya artikel ini, saya berharap tidak ada pihak yang tersalah anggap. Saya benar-benar ikhlas dan ini hanya lah cadangan semata-mata. Tiada niat untuk mengajar itik agar lebih pandai berenang lagi. Terpulang lah kepada YB. Sarapin untuk menilainya. Untuk YB. Sarapin saya ucapkan selamat berjuang demi rakyat Matunggong...


Klik disini untuk baca seterusnya »»

PAKATAN RAKYAT MUNGKIN MENANG SORAK DI BAGAN PINANG


PRK N.31 BAGAN PINANG

PILIHANRAYA raya kecil ke sembilan akan diadakan pada 11 Oktober ini yang berlangsung semasa bulan Syawal di mana umat Islam berhari raya. Sememangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikatakan oleh banyak pihak sebagai sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mesra tarikh dalam menentukan hari membuang undi; sama ada ianya hari bekerja, hari pelepasan mahupun musim hujan.

Selain itu, SPR menggunakan hingga saat-saat terakhir tempoh yang diperuntukkan dalam mengumumkan hari penamaan calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta Batang Ai tidak berapa lama dahulu semata-mata kerana mungkin memberi impak kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan lebih awal.

Itulah puncanya apabila BN melantik seorang pengerusi dari bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan bukannya bekas hakim yang sudah tentu lebih peka kepada persekitaran dan mengetahui mengenai system perundangan.

Kesemua kawasan kemenangan Pakatan Rakyat dimenangi Pakatan Rakyat dan kawasan didominasi BN di Batang Ai dimenangi BN.

Bagaimana pula Bagan Pinang?

Kawasan yang terletak di bahawa Parlimen Teluk Kemang mengandungi 13,664 pemilih berdaftar iaitu 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. Daftar yang digunakan berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah dikemaskinikan sehingga 4 September lalu.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Azman, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. Bandingkan jumlah pengundi pos dengan kemenangan Azman. Bukankah undi pos yang menentukan kejayaan di Bagan Pinang nanti?

Borang 2

Borang 2 ialah borang yang diperkenalkan oleh SPR di dalam sistem undi pos yang dijalankan di negara ini. Setiap anggota tentera yang diminta mencatatkan latar belakang mereka pada Borang 2 ini. Ini menjadikan satu-satu undi itu menjadi tidak rahsia kerana Borang 2 boleh memberikan maklumat mengenai pihak yang dipangkah oleh seseorang pengundi itu.

Pada pilihan raya umum ke-10 di tahun 1999 lalu, setiap undi dikoyakkan dari sebuah buku yang mengandungi nombor rujukan pengundi. Kaedah tersebut dimansuhkan pada pilihan raya umum 2004.

Kelayakan pengundi pos

Seperti yang kita sedia maklum, anggota tentera mempunyai nombor rujukan berbeza. Bagi anggota tentera yang sudah bersara, mereka akan kembali diberikan nombor MyKad baru.

Secara teorinya, nombor rujukan anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson.

Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008.

Namun sebahagian dari nama mereka, masih digunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib. Senarai tersebut hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Namun, banyak nombor-nombor tersebut masih wujud di dalam daftar pemilih SPR. Di Bagan Pinang, terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Kemenangan pilihan raya nanti sudah tentu berpihak kepada BN tanpa melakukan sebarang kempen

Sila baca artikel seterusnya disini: http://www.sabahkini.net
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Keputusan PRK Bagan Pinang menjadi kayu pengukur sokongan rakyat Sabah terhadap BN


PRK N.31 BAGAN PINANG

11 Oktober ini merupakan tarikh keramat bukan saja bagi DUN N.31 Bagan Pinang tetapi juga bagi rakyat Malaysia keseluruhanya. Pertarungan satu lawan satu antara calon Pas dan BN akan menguji sejauh mana sokongan rakyat Bagan Pinang terhadap kedua-dua parti itu walaupun ramai pemerhati mengandaikan BN tetap menguasai keputusan PRK itu jika undi pos akan mendominasikan perbezaan jumlah undi yang menjurus kepada kemenangan BN nanti. Apa pun itu adalah cerita politik di Semenanjung.
Di Sabah walaupun mungkin kita tidak menghadapi pilihanraya kecil selepas petisyen pilihanraya Parlimen Pensiangan gagal memihak kepada pembangkang sehingga memaksa pilihanraya kecil diadakan, namun keputusan PRK Bagan Pinang secara tidak langsung akan mengubah presepsi rakyat Sabah terhadap Umno dan BN Sabah jika Umno gagal mempertahankan kerusi itu nanti. Kekalahan BN di Kuala Terengganu sedikit masa dulu tidak dilihat sebagai kayu pengukur kekuatan sebenar sokongan rakyat terhadap Umno memandangkan masa itu Umno masih dalam keadaan ‘trauma’ selepas dilanda tsunami PRU12. Tambahan lagi PM ketika itu, Tun Abdullah berada dalam situasi yang tidak selesa apabila beliau diasak dari pelbagai penjuru oleh pelbagai pihak agar segera melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
BN Sabah mungkin hanya terkena sedikit tempias kekecewaan selepas kegagalan BN menguasai 2/3 kerusi Dewan Rakyat selepas PRU12 lalu tapi BN Sabah masih boleh tersenyum lebar kerana dari 25 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan, hanya 1 kerusi jatuh ditangan pembangkang dan dari 60 kerusi DUN, 59 kerusi dimenangi oleh BN Sabah.
Keputusan menakjubkan ini tidak mungkin akan berpihak kepada BN lagi pada PRU13 nanti jika sekiranya perubahan sokongan rakyat Sabah semakin condong kepada parti-parti pembangkang yang semakin hari semakin mendapat perhatian rakyat Sabah. Sekiranya BN gagal mempertahankan DUN N.31 Bagan Pinang, keputusan itu nanti akan memberi impak besar kepada BN Sabah. Rakyat Sabah sudah tentu akan beralih kepada parti yang mendapat sokongan rakyat. Parti yang dirasakan boleh membentuk kerajaan selepas PRU13 nanti. Trend pengundi-pengundi Sabah selalunya bergantung kepada kekuatan parti pemabangkang di Semananjung setiap kali pilihanraya diadakan.



Klik disini untuk baca seterusnya »»

Friday, October 2, 2009

IKAN DUYUNG MENYERUPAI MANUSIA MATI TERDAMPAR DI PULAU BALAMBANGAN, BETUL KE?

Baru-baru ini Kudat digemparkan dengan klip video ikan duyung separuh manusia, separuh ikan yang mati terdampar di Pulau Balambangan. Sebuah pulau berdekatan Pulau Banggi, dalam daerah Kudat. Klip video ini disebarkan dengan cepat melalui khidmat pesanan ringkas. Kononya bangkai ikan duyung ini ditemui oleh sekumpulan pelajar UMS di pulau Balambangan (itu khabar yang saya dengar dari mulut ke mulut).

Lihat klip video ini: (Klip video ikan duyung yang dikatakan terdampar di pulau Balamabangan)



Sebaik saja saya melihat klip video ini, saya terus membuat penyelidikan bagi menjawab teka-teki mengenai kesahian klip video berkenaan. Sila berkunjung ke laman ini: http://www.disclose.tv/action/viewvideo/10441/Dead_Mermaid_Found_After_Hurricane_Ike/ Di laman web Disclose.tv, truth revealed, mereka mengatakan bahawa objek menyerupai ikan duyung ini sebenarnya rekaan seorang artis terkenal Juan Cabana. Laman web Disclose.tv juga turut menyiarkan klip video ini dengan objek ikan duyung yang sama, cuma penggambaran klip video dilakukan di tempat yang berbeza (walaupun hampir sama) Selain dari tempat penggambaran yang berbeza, klip video yang dihantar di Disclose.tv sudah agak lama iaitu pada tahun 2008. Anda boleh bandingkan kedua-dua klip video ini selepas anda menontonya.

Banyak lagi laman web yang mengaitkan Juan Cabana dengan makhluk-makhluk ganjil ciptaanya. Rajin-rajinlah cari informai berkaitan ikan duyung berupa manusia ini di Google. Di sini ada beberapa ekor makhluk ganjil yang sempat saya download dari laman web ini: http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.viewcustom&friendId=103746561&blogId=343686561&swapped=true ikan duyung aneh yang dikatakan pernah terdampar di Malaysia sekitar tahun 2006.







Bagaimanapun terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Kita berhak untuk mengakui dan menolaknya. Dalam dunia maya ini, semua yang mustahil, tidak mustahil menjadi sesuatu yang tidak mustahil lagi. Semoga ceria-ceria selalu...

Klik disini untuk baca seterusnya »»