Followers

Sunday, October 4, 2009

Keputusan PRK Bagan Pinang menjadi kayu pengukur sokongan rakyat Sabah terhadap BN


PRK N.31 BAGAN PINANG

11 Oktober ini merupakan tarikh keramat bukan saja bagi DUN N.31 Bagan Pinang tetapi juga bagi rakyat Malaysia keseluruhanya. Pertarungan satu lawan satu antara calon Pas dan BN akan menguji sejauh mana sokongan rakyat Bagan Pinang terhadap kedua-dua parti itu walaupun ramai pemerhati mengandaikan BN tetap menguasai keputusan PRK itu jika undi pos akan mendominasikan perbezaan jumlah undi yang menjurus kepada kemenangan BN nanti. Apa pun itu adalah cerita politik di Semenanjung.
Di Sabah walaupun mungkin kita tidak menghadapi pilihanraya kecil selepas petisyen pilihanraya Parlimen Pensiangan gagal memihak kepada pembangkang sehingga memaksa pilihanraya kecil diadakan, namun keputusan PRK Bagan Pinang secara tidak langsung akan mengubah presepsi rakyat Sabah terhadap Umno dan BN Sabah jika Umno gagal mempertahankan kerusi itu nanti. Kekalahan BN di Kuala Terengganu sedikit masa dulu tidak dilihat sebagai kayu pengukur kekuatan sebenar sokongan rakyat terhadap Umno memandangkan masa itu Umno masih dalam keadaan ‘trauma’ selepas dilanda tsunami PRU12. Tambahan lagi PM ketika itu, Tun Abdullah berada dalam situasi yang tidak selesa apabila beliau diasak dari pelbagai penjuru oleh pelbagai pihak agar segera melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
BN Sabah mungkin hanya terkena sedikit tempias kekecewaan selepas kegagalan BN menguasai 2/3 kerusi Dewan Rakyat selepas PRU12 lalu tapi BN Sabah masih boleh tersenyum lebar kerana dari 25 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan, hanya 1 kerusi jatuh ditangan pembangkang dan dari 60 kerusi DUN, 59 kerusi dimenangi oleh BN Sabah.
Keputusan menakjubkan ini tidak mungkin akan berpihak kepada BN lagi pada PRU13 nanti jika sekiranya perubahan sokongan rakyat Sabah semakin condong kepada parti-parti pembangkang yang semakin hari semakin mendapat perhatian rakyat Sabah. Sekiranya BN gagal mempertahankan DUN N.31 Bagan Pinang, keputusan itu nanti akan memberi impak besar kepada BN Sabah. Rakyat Sabah sudah tentu akan beralih kepada parti yang mendapat sokongan rakyat. Parti yang dirasakan boleh membentuk kerajaan selepas PRU13 nanti. Trend pengundi-pengundi Sabah selalunya bergantung kepada kekuatan parti pemabangkang di Semananjung setiap kali pilihanraya diadakan.



Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

0 comments:

Post a Comment