Followers

Sunday, October 4, 2009

Surat untuk YB. Sarapin Magana



PRU12 lalu banyak mengajar kita bagaimana blog menjadi senjata yang cukup tajam untuk ‘menikam’ parti lawan sehingga 4 kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia yang sebelumnya dimiliki oleh BN tumbang menyembah rakyat. Negeri Kelantan yang diwar-warkan beralih tangan kepada BN semasa kempen PRU12, tetap menjadi milik pembangkang selepas keputusan mengejut diumumkan. Rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan sajian berita di media-media arus perdana terpaksa mencari berita dari saluran alternatif yakni blog yang dimiliki oleh blogger temptan. Ramai penganalisis politik mengakui bahawa salah satu faktor kekalahan BN di 5 negeri itu berpunca dari kekuatan pengaruh blog yang menyusup mempengaruhi minda rakyat.

Di Sabah pada masa itu tidak ramai yang menyedari akan pri pentingnya blog sebagai saluran untuk mendapatkan informasi terkini, memperolehi pandangan dan pendapat yang kolektif dari pelbagai lapisan masyarakat. Menyedari hakikat ini laman-laman blog telah muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan, dan blog-blog ini bukan saja dikendalikan oleh rakyat biasa malah ada diantara wakil rakyat turut mendaftarkan blog mereka.

Sebagai pengundi di kawasan N.4 Matunggong, dengan hati yang ikhlas, saya menyarankan agar YB. Sarapin Magana, wakil rakyat Matunggong, membuat satu blog peribadi. Semoga dengan adanya blog berkenaan segala aktiviti kemasyarakatan dan segala perancangan pembangunan untuk rakyat Matunggong di Sabah dapat diikuti oleh rakyat sekalipun beliau mungkin tidak berkesempatan memberi penjelasan kepada rakyat Matunggong secara bersemuka. Memandangkan rangkaian jalur lebar (broadband) hampir meliputi keseluruhan kawasan Matunggong, akses internet kini bukan lagi mustahil.

Dengan tersiarnya artikel ini, saya berharap tidak ada pihak yang tersalah anggap. Saya benar-benar ikhlas dan ini hanya lah cadangan semata-mata. Tiada niat untuk mengajar itik agar lebih pandai berenang lagi. Terpulang lah kepada YB. Sarapin untuk menilainya. Untuk YB. Sarapin saya ucapkan selamat berjuang demi rakyat Matunggong...


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

0 comments:

Post a Comment