Followers

Friday, October 16, 2009

Bagaimana membuat logo pada alamat URL

Mungkin bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam bidang blogging sudah tentu anda masih samar-samar berkenaan dengan istilah Favicon atau Favourite Icon. Favicon adalah ikon mini yang terdapat pada alamat URL blog atau website anda. Kurang puas hati dengan logo atau ikon asal, anda boleh mengubah logo tersebut bergantung kepada citarasa anda, samada anda meletakan photo kegemaran anda atau logo yang anda buat sendiri seperti yang anda lihat pada screen shot dibawah.



Sebenarnya banyak kaedah yang biasa dibuat untuk meletakan logo pada URL. Laman-laman percuma telah disediakan seperti:-http://www.favicongeneratorcom, http://favicon.com, http://html-kit.com/favicon dan banyak lagi. Bagaimanapun anda boleh membuat logo sendiri bergantung kepada citarasa anda. Bagi anda yang memang otai menggunakan peisian Adobe Photoshop atau perisian grafik lain, anda boleh mencipta logo sendiri untuk dijadikan sebagai ikon mini pada alamat URL blog anda seperti contoh di atas.

Ok. Kalau anda dah bersedia, ikuti langkah-langkah mudah berikut:
1. Sediakan photo atau logo yang telah anda cipta. Kemudian edit image tersebut menggunakan Adobe Photoshop atau perisian grafik lain. Ubah saiz image kepada 16x16 piksel. Sebaiknya image atau photo yang ada hendak jadikan sebagai ikon mestilah terang dan jelas.

2. Upload logo atau photo yang telah anda pilih ke laman http://photobucket.com

3. Copy alamat URL image anda yang telah anda simpan pada photobucket. Kalau anda ragu-ragu, simpan dulu alamat URL yang ada copy tadi pada notepad.
4. Copy kod HTML di bawah ini:

<link href='http:// alamat url image anda' rel='shortcut icon'
type='image/x-icon'/>

5. Tukar kod HTML berwarna merah dengan alamat URL image yang telah anda simpan pada notepad tadi.
6. Login ke Blog anda. Klik halaman Layout, Masuk ke halaman Edit HTML. Cari kod HTML ini </head> pada template blog anda. Jangan lupa klik expand HTML Jika sukar untuk menemukan kod ini. Tekan butang F3 pada papan kekunci.
7. Letakan kod HTML yang telah anda buat tadi (langkah 4) tepat di atas kod </head>

8. Klik butang Save Template....Selesai.

Selamat mencuba..
Klik disini untuk baca seterusnya »»

Wednesday, October 14, 2009

Antara Umno dan PKR di Sabah

Ketika sebilangan rakyat Sabah yang menyokong parti pembangkang beria-ia menolak parti Umno dan melahirkan rasa kesal terhadap kemasukan Umno di Sabah dengan alasan parti Umno adalah parti import dari Semenanjung, pada masa yang sama usaha untuk memantapkan lagi kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini semakin rancak dijalankan. Perebutan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah membuktikan PKR, parti pimpinan DSAI cukup mendapat sambutan dari para pemimpin politik Sabah.

Mungkin Umno berbeza berbanding PKR dari segi perlembagaan parti. Tapi apakah perlembagaan parti cukup untuk memberi jaminan rakyat Sabah tidak akan kesal jika suatu hari nanti PKR akan berkuasa di negeri Sabah sebagaimana Umno menjadi tulang belakang kerajaan negeri Sabah pada masa ini.

Kekuatan Umno di Sabah tidak boleh dipandang remeh. Tanpa parti yang benar-benar mempunyai kredibiliti dan mampu bersaing, jangan bermimpi Umno akan kehilangan kuasa di Sabah pada PRU13 nanti. Alasan ini mungkin menjadi punca sebilangan rakyat Sabah yang pro kepada pembangkang menaruh harapan dan beranggapan PKR boleh mengatasi pengaruh Umno di Sabah.

Parti-parti pemabangkang lain di Sabah yang hanya muncul umpama buah-buahan bermusim ketika menjelang pilihan raya, parti yang diibaratkan hidup segan mati tak mahu, bukanlah sandaran yang tepat untuk rakyat Sabah menaruh harapan membawa Sabah keluar dari cengkaman Umno.

Dalam keadaan ini SAPP sebuah parti berbilang kaum, seharusnya mengambil peluang ini untuk terus meningkatkan kekuatan jentera parti. Turun padang bertemu rakyat di seluruh pelusuk negeri Sabah, memantau pandangan rakyat keseluruhanya sebelum menghadapi ujian pertarungan sebenar dalam gelangang pilihan raya tanpa dibayangai oleh pengaruh BN pada PRU13 nanti.

Usaha menghidupkan parti Usno, parti yang membawa Sabah mencapai kemerdekaan patut diteruskan walau dengan apa cara sekalipun. Usno yang dilihat sebagai parti yang sinonim dengan masyarakat Islam di Sabah dan dikatakan masih memliliki pengaruhnya dilihat masih relevan mengambil bahagian dalam percaturan politik Sabah walaupun ramai yang mengkehendakan Usno perlu melakukan transfomasi kepada sebuah parti berbilang kaum jika parti itu dapat dihidupkan semula.

PRU13 yang bakal kita hadapi nanti akan mengajak rakyat Sabah menimbangkan keputusan yang semasak-masaknya samada terus bersama Umno atau atau sebaliknya. Masyarakat kita hari ini terdiri daripada masyarakat yang berkebolehan menilai yang mana intan dan yang mana batu. Usah mengajar orang-orang kampung mana satu parti politik yang harus mereka sokong apa lagi masyakat bandar yang saban hari terdedah kepada pergolakan politik semasa. Apa yang pemimpin politik Sabah harus lakukan adalah untuk membuktikan keikhlasan sesebuah parti yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat Sabah tanpa dipengaruhi oleh kerakusan minda. Memburuk-burukan parti lawan adalah jalan singkat yang selalunya memakan tuan.


Klik disini untuk baca seterusnya »»

Sunday, October 11, 2009

LEBIH BAIK UMNO KALAH - Tengku Razaleigh Hamzah


Apa sudah jadi?.. Ketika rakyat Malaysia berdebar menunggu keputusan PRK N31 Bagan Pinang yang berlangsung hari ini, 11 oktober 2009, bekas Naib presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan TV antara yang dipetik sebagai berkata, beliau lebih suka melihat calon Umno, Tan Sri Isa Samad kalah pada PRK yang kesembilan ini demi maruah bangasa Melayu.

Berikut petikan kenyataan Tengku Razaleigh yang disiarkan TV antara.

Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata kemenangan untuk calon Umno-BN Isa Samad di Bagan Pinang bermakna kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.

"Walaupun kemenangan Isa pastinya dialu-alukan kepimpinan parti ekoran kekalahan berturut-turut Umno, namun dukacita saya katakan bahawa apa yang rakyat dan negara ini perlukan adalah Umno tewas di Bagan Pinang. Ini kerana kita sekali lagi mengetengahkan calon yang terbukti seorang perasuah," kata mantan Naib Presiden Umno itu.

"Kemenangan Isa bermaksud sokongan kepada budaya rasuah amalan parti dan kerajaan yang dipimpin," tegas beliau.

Razalegh menambah atas nama maruah bangsa Melayu dan demi kesinambungan reformasi di negara ini, Umno perlu tewas supaya kekalahan itu menjadi ubat memulihkan kereputan moral parti.

"Rasuah adalah barah yang membunuh Malaysia. Sekiranya ia tidak dibendung, Umno akan dilihat saling tidak tumpah seperti barah itu," kata Razaleigh.

Baca berita penuh di: http://www.tvantara.com

Klik disini untuk baca seterusnya »»

Tuesday, October 6, 2009

KERUSI PARLIMEN P168 KOTA MARUDU MILIK SIAPA?


Ketua Pemuda PBS Matunggong, Marius Masain ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat Agong Bahagian, menepis tuntutan kerusi Parlimen KM

Sehingga ke hari ini kita masih tertanya-tanya apa relevanya Umno Kota Marudu tiba-tiba membuat usul meminta kerusi Parlimen Kota Marudu untuk ditandingi Umno pada pilihanraya akan datang. Sebagai satu team dalam Barisan Nasional sudah tentu tindakan ini mendapat bantahan dari PBS yang sudah lama sebati dengan asam garam rakyat di dua kawasan DUN N.5 Tandek dan N.4 Matunggong. Apakah Umno KM mendapati kekuatan sokongan PBS di dua kawasan ini masih tidak mencukupi untuk mematahkan lagkah parti lawan pada PRU13 nanti sehingga bertindak sedemikan rupa tanpa memikirkan risiko ketegangan hubungan antara kedua-dua parti itu kemungkinan akan berlaku.

Dalam soal ini PBS mungkin tidak berkompromi. Sokongan rakyat terhadap PBS di kawasan ini telah teruji sejak sekian lama. Berlandaskan kepada fakta dan sejarah, PBS tidak pernah kecundang semasa menghadapi pilihanraya, samada berada dalam kerajaan atau dalam kem pembangkang. Sebagai rakan dalam parti komponen, Umno sepatutnya berkongsi kesedihan yang masih dirasai oleh PBS apabila kehilangan kerusi N.6 Langkon selepas persempadan baru dibuat SPR tidak lama dulu.

Jika benar Umno KM ingin menunjukan keikhlasan sepertimana mereka berkempen untuk kemenangan PBS pada PRU12 lalu atas dasar semangat setiakawan yang berpaksi kepada slogan 1malaysia, tindakan ‘menikam’ kawan dari belakang tanpa melalui proses perbincangan awal dengan PBS sebelum membuat usul bukan lah tindakan yang wajar. Rakyat Matunggong dan Tandek barangkali menilai sejauh mana keikhlasan Umno dalam soal ini walaupun mungkin Umno berniat murni dan ingin berkongsi kuasa yang telah menjadi amalan dalam Barisan Nasional.

Umpama teka-teki yang sukar dijawab, andainya PBS bersetuju menyerahkan kerusi Parlimen Kota Marudu kepada Umno, mampukah Umno memujuk rakyat di kawasan ini yang majoritinya penyokong fanatik dan amat taksub kepada kepimpinan PBS sehingga ke tarikh PRU13 nanti. Apakah Umno mempunyai jaminan penyokong PBS di kawasan parlimen KM tidak menjadi gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut pada pilihanraya nanti, jika peralihan kepimpinan di kawasan ini diteruskan. Apa yang nyata tokoh-tokoh barisan kepimpinan Umno Kota Marudu pasti mempunyai jawapanya.


Klik disini untuk baca seterusnya »»