Followers

Tuesday, October 6, 2009

KERUSI PARLIMEN P168 KOTA MARUDU MILIK SIAPA?


Ketua Pemuda PBS Matunggong, Marius Masain ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat Agong Bahagian, menepis tuntutan kerusi Parlimen KM

Sehingga ke hari ini kita masih tertanya-tanya apa relevanya Umno Kota Marudu tiba-tiba membuat usul meminta kerusi Parlimen Kota Marudu untuk ditandingi Umno pada pilihanraya akan datang. Sebagai satu team dalam Barisan Nasional sudah tentu tindakan ini mendapat bantahan dari PBS yang sudah lama sebati dengan asam garam rakyat di dua kawasan DUN N.5 Tandek dan N.4 Matunggong. Apakah Umno KM mendapati kekuatan sokongan PBS di dua kawasan ini masih tidak mencukupi untuk mematahkan lagkah parti lawan pada PRU13 nanti sehingga bertindak sedemikan rupa tanpa memikirkan risiko ketegangan hubungan antara kedua-dua parti itu kemungkinan akan berlaku.

Dalam soal ini PBS mungkin tidak berkompromi. Sokongan rakyat terhadap PBS di kawasan ini telah teruji sejak sekian lama. Berlandaskan kepada fakta dan sejarah, PBS tidak pernah kecundang semasa menghadapi pilihanraya, samada berada dalam kerajaan atau dalam kem pembangkang. Sebagai rakan dalam parti komponen, Umno sepatutnya berkongsi kesedihan yang masih dirasai oleh PBS apabila kehilangan kerusi N.6 Langkon selepas persempadan baru dibuat SPR tidak lama dulu.

Jika benar Umno KM ingin menunjukan keikhlasan sepertimana mereka berkempen untuk kemenangan PBS pada PRU12 lalu atas dasar semangat setiakawan yang berpaksi kepada slogan 1malaysia, tindakan ‘menikam’ kawan dari belakang tanpa melalui proses perbincangan awal dengan PBS sebelum membuat usul bukan lah tindakan yang wajar. Rakyat Matunggong dan Tandek barangkali menilai sejauh mana keikhlasan Umno dalam soal ini walaupun mungkin Umno berniat murni dan ingin berkongsi kuasa yang telah menjadi amalan dalam Barisan Nasional.

Umpama teka-teki yang sukar dijawab, andainya PBS bersetuju menyerahkan kerusi Parlimen Kota Marudu kepada Umno, mampukah Umno memujuk rakyat di kawasan ini yang majoritinya penyokong fanatik dan amat taksub kepada kepimpinan PBS sehingga ke tarikh PRU13 nanti. Apakah Umno mempunyai jaminan penyokong PBS di kawasan parlimen KM tidak menjadi gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut pada pilihanraya nanti, jika peralihan kepimpinan di kawasan ini diteruskan. Apa yang nyata tokoh-tokoh barisan kepimpinan Umno Kota Marudu pasti mempunyai jawapanya.


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

3 comments:

  1. Berapa lagi ba kerusi yang Umno mo tanding. Kawasan Kota Marudu ini milik KDM. PBS pun ndak mo ambil kawasan Umno. Ini dorang pandai-pandai ja buat usul konon mo minta balas budi. Kita dalam satu kerajaan ini kalau mo minta, biar depan-depan jangan main belakang.

    ReplyDelete
  2. Imatan po bo ong UMNO ot tumanding sid P168, saapon dahai dot Kalapa Sawit.

    ReplyDelete
  3. Hahah..amahal ma rohogo dot Kalapa Sawit ong biano no oi pinsan Gazo Tulu. Ba masing-masing mongitung kuran. Avantang inot cadangan nu. Avai tokou no banal diti ong yadino. Sudahlah YB tokou nga aso potfolio, orurudan no banal..nga apa pun just wait and see..misamung sid PRU13

    ReplyDelete