Menjelang pilihan raya umum ke 13, ramai yang mengandaikan bahawa Sarapin Magana penyandang ADUN bagi kawasan Dun Matunggong akan berhadapan dengan situasi yang mencabar jika parti pembangkang terutama PKR meletakan calon yang berwibawa menentang beliau di kawasan yang majoriti pengundinya terdiri dari suku kaum rungus.
Dun Matunggong yang terletak di kawasan Parlimen Kota Marudu merupakan kubu kuat PBS sejak parti itu wujud di negeri Sabah. Sejarah membuktikan PBS tidak pernah kalah di kawasan ini sekalipun PBS berada dalam kem pembangkang. PBS juga membutikan pengaruhnya amat kukuh di kawasan ini bila meletakan siapa saja calon yang dipilih pucuk pimpinan walaupun mendapat tentangan dari penyokong akar umbi namun tetap menjadi pilihan rakyat Matunggong. Kekuatan dan pengarauh PBS umpama silap mata yang mampu memukau pengundi di kawasan ini, bila calon yang bertanding atas tiket PBS pasti mendapat majoriti undi yang cukup memberangsangkan setiap kali pilihan raya diadakan.
Namun kalangan pemerhati berpendapat pilihan raya akan datang, PBS Matunggong harus berhati-hati. PBS harus mengambil iktibar dari rentetan sejarah politik Sabah yang sukar dijangka dan sentiasa berubah-ubah. Kekalahan Datuk Harris Salleh mantan Ketua Menteri Sabah era kerajaan Berjaya di Dun Tenom suatu ketika dulu ditangan Kadoh Agundong yang tidak berapa dikenali berbanding dengan ketokohan Datuk Harris Salleh tidak boleh dipandang dengan sebelah mata. Kekalahan Datuk Haris Salleh dan Berjaya disebabkan rakyat Sabah melihat kerajaan Berjaya tidak lagi relevan sebagai sebuah kerajaan yang boleh membela nasib rakyat Sabah.
Di Matunggong tidak banyak isu yang boleh dimainkan oleh parti pemabangkang untuk menarik sokongan rakyat. Isu tadahan air Milau, isu kemudahan infrastruktur yang semakin teruk terutama kemudahan jalan raya, menuju ke kampung-kampung dan isu kemiskinan tegar yang semakin parah mungkin masih lagi boleh diterima oleh rakyat Matunggong yang terkenal dengan sikap sabar dan sanggup bertoleransi. Namun isu nasional yang dicanang oleh parti pembangkang melalui media alternatif dilihat mampu menarik golongan muda untuk menyertai parti pembangkang.
Pemilihan calon untuk diletakan di kawasan Matunggong merupakan elemen yang amat penting. PRU12 pada bulan mac 2008 dilihat bukanlah ujian sebenar kepada kepimpinan PBS di Matunggong sejak kebangkitan refomasi yang menjadi senjata kermat PKR. Ini kerana calon-calon yang merebut kerusi Dun Matunggong dari tangan PBS ketika itu terdiri dari calon-calon payung terjun yang muncul hanya disaat-saat akhir menjelang pilihanraya. PKR yang meletakan calon yang kurang dikenali di Matunggong dan melakukan kempen pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya masih mampu melakukan pungutan undi diluar daripada jangkaan. Jika PKR tidak melakukan kesilapan, yakni bekerja keras dari awal, kemungkinan PBS akan kehilangan kerusi Dun Matunggong pada PRU12 yang lalu.
Kerjasama yang ditunjukan oleh parti komponen Barisan Nasional seperti UMNO, UPKO dan PBRS pada setiap kali pilihan raya diadakan, merupakan salah satu faktor kejayaan PBS untuk tetap kekal menguasai Dun Matunggong. Namun kali ini apakah Umno masih menunjukan kerjasama kepada PBS seperti pada siri pilihan raya yang lalu setelah PBS menolak permintaan Umno Kota Marudu meminta kerusi parlimen Kota Marudu ditandingi pada pilihan raya akan datang. Jika Umno Kota Marudu merasa ‘berkecil hati’ diatas penolakan itu, kemungkinan besar Umno tidak lagi bekerjasama pada pilihan raya akan datang. Jika ini berlaku sudah pasti sokongan pengundi Bumiputera Islam akan merosot dan pastinya mampu mempengeruhi bilangan undi PBS.
Apapun jika parti pembangkang lambat bertindak dari awal dan hanya bergantung kepada kekuatan pengaruh mereka di seberang, tanpa melakukan ‘serangan’ yang lebih rapi untuk mengambil hari rakyat Matunggong, siapa pun calon yang diletakan oleh PBS hatta budak hingusan sekalipun rakyat Matunggong pasti memilih calon PBS.

Klik disini untuk baca seterusnya »»