Followers

Thursday, March 18, 2010

Usaha harus dilakukan untuk menggalakan golongan muda mendaftar sebagai pemilih

Seperti yang pernah saya sentuh pada entri saya yang lalu mengenai kebimbangan saya terhadap kurangnya peluang golongan muda untuk menentukan hala tuju politik negeri Sabah akibat penghijrahan beramai-ramai golongan ini ke semenanjung Malaysia dan Singapura. Senario ini semakin menjadi rumit jika golongan muda yang masih berada di negeri ini tidak berminat menyertai mana-mana parti politik bahkan ramai golongan muda diketahui masih belum mendaftar sebagai pemilih walaupun sudah mencecah usia melebihi 21 tahun.

Saya ingin merujuk kepada tulisan seorang rakan blogger dari Sugut yang dimuatkan dalam blog beliau iaitu Suara Anak Sugut dan kalau tidak silap saya sudah dua kali beliau menyentuh tentang pendaftaran pemilih khasnya golongan muda agar mereka segera mendaftarkan diri sebagai pemilih dan mengambil peluang melibatkan diri kalaupun bukan menjadi ahli sebuah parti politik tapi sekurang-kurangnya untuk menjadi seorang pemilih berdaftar sekaligus dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih sejajar dengan keperluan sebuah negara demokrasi seperti negara kita.

Tidak berapa lama dulu saya pernah menemubual beberapa golongan muda di kawasan Matunggong dan saya mendapati dari 20 orang responden, hanya seorang sahaja yang telah mendaftar sebagai pemilih sedangkan dari segi kelayakan umur saya kira sudah cukup layak untuk mendaftar sebagai seorang pemilih berdaftar.

Anggapan sesetengah pihak terutama golongan muda bahawa politik hanya sesuai untuk golongan berumur haruslah dikikis. Bukankah golongan muda merupakan harapan sebagai pewaris untuk meneruskan kesinambungan pentadbiran negara. Percayalah anda akan merasa teruja jika kita dapat bersama-sama membentuk satu kerajaan yang kita pilih atas kerjasama anda dari golongan muda.

Tahukah anda bahawa ketika artikel ini ditulis masih 4.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tapi masih belum mendaftarkan diri sebagai pemilih. Jika merujuk kepada angka ini, bermakana begitu ramai bilangan rakyat Malaysia yang hanya layak melihat pergolakan politik dari luar tetapi tidak dapat mengambil bahagian menentukan masa depan negara. Bukan kah itu satu kerugian besar kepada golongan muda jika sikap tidak mengambil berat, malas mendaftar dan menganggap mendaftar sebagai pemilih sesuatu yang membuang masa.

Usaha haruslah dilakukan untuk mengatasi masalah ini, bukan saja gerakan pendaftaran menyeluruh sehingga ke kawasan luar bandar jika perlu, malah kerjasama dari semua pihak untuk menarik minat golongan ini agar mereka menyedari betapa pentingnya menjadi sebahagian daripada pemilih patut dilakukan.


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

2 comments:

  1. Inilah masalah yang timbul dikalangan golongan muda. Saya sendiri malas sudah mahu cakap. kadang2 rakan sendiri ketawakan saya bila saya tanya sudah daftar SPR kah atau belum? ada juga yang cakap, buat apa daftar, buang masa saja, mengundi tidak mengundi sama saja, begitulah segelintir kata2 yang saya dengar.

    ReplyDelete
  2. Sdra Ronald, terima kasih atas pandangan sdra. Kita cuma mampu berharap agar sikap genarasi baru ini akan berubah. Kempen untuk menyedarkan golongan ini patut dibuat dgn bersungguh-sungguh agar merka berpeluang memilih pemimpin pada masa akan datang. Terima kasih skali lagi.

    ReplyDelete