Followers

Monday, March 8, 2010

Alex Juara Raja Lawak Tempat Ketiga



Melihat pada tajuk artikel di atas mungkin ada yang beranggapan saya tidak peka semasa hendak menulis tajuk artikel atau sememangnya saya tidak tahu membezakan perkataan Juara dan Tempat Ketiga. Tapi bagi pembaca yang telah menyaksikan pertandingan akhir Raja Lawak 4 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima malam tadi, saya pasti ramai yang bersetuju dengan tajuk di atas.

Saya bukan lah peminat rancangan Raja Lawak tapi disebabkan semasa rancangan itu keudara, saya berada di rumah seorang kawan maka hendak tak hendak terpaksa juga ikut serta menyaksikan rancangan itu bersama-sama tuan rumah.

Saya juga bukan lah pakar dalam hal-hal semacam ini, tapi dari pengamatan saya ketiga-tiga peserta mampu membuat persembahan yang mencuit hati para penonton sebab itu mereka (peserta) mampu bertahan sehingga ke peringkat akhir. Namun seperti yang dijelaskan oleh panel pengkritik, persembahan Alex peserta yang berasal dari Papar Sabah (betulkan jika saya silap) dilihat lebih menonjol. Kedua-dua pesembahan beliau cukup sempurna dan menghiburkan sehingga beliau mendapat pujian dari ketiga-tiga panel pengkritik.

Bagaimanapun seperti rancangan-rancangan realiti TV lain, keputusan siapa bergelar juara ditentukan oleh peratus undian tanpa mengambil kira pendapat juri atau panel pengkritik. Malang bagi Alex, peratus undian tidak menyebelahi beliau pada malam itu. Persembahan Alex yang dilihat cukup mantap dan amat menghiburkan hanya melayakan beliau menduduki tempat ketiga walaupun jika dinilai dari sudut persembahan beliau memang layak dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak.

Saya pasti ramai yang kecewa terhadap keputusan itu. Namun itulah keputusan yang terpaksa diterima oleh penonton terutama peminat-peminat Alex. Apa pun saya pasti beliau boleh melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini. TAHNIAH Alex……………….


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

0 comments:

Post a Comment