Followers

Wednesday, April 14, 2010

Papan tanda dan pencemaran bahasa rungus

Saya terpanggil untuk memberi ulasan dan pandangan pada komen seorang pengunjung setia blog ini yang menggelarkan dirinya Gazo Tulu. Intipati komen beliau berkisar kepada papan-papan tanda yang menyatakan nama tempat atau kampung terutama di kawasan yang majoriti penduduknya terdiri dari suku kaum rungus, apa yang membimbangkan terdapat pencemaran bahasa yang secara tidak langsung menenggelamkan makna sebenar perkataan yang ditulis pada papan tanda tersebut.



Di daerah Kudat dan sekitarnya, seperti daerah kecil Matunggong terdapat banyak papan tanda yang dieja tidak menurut sebutan suku kaum rungus itu sendiri atau dengan kata lain perkataan tersebut dimelayukan atau dieja menurut sebutan suku kaum lain yang tidak boleh menyebut perkataan bahasa rungus dengan fasih.

Berikut adalah antara nama-nama tempat yang disalah eja dan perkataan asal dalam bahasa rungus yang sepatutnya ditulis pada papan tanda.

1. Kg. Nangka – kg.Nangko
2. Kg. Pinawantai – kg. Pinavantai
3. Kg. Bavang Gazon – Kg. Bavang Gazo
4. Kg. Bingolon – Kg. Vingolon
5. Kg. Kandawayon – Kandavazon
6. Kg. Batutai – kg.Botutai
7. Sempang Mengayau – Sampang Mangazou
8. Dan bayak lagi…



Apa yang dipersolakan oleh Gazo Tulu adalah nama-nama tempat seperti yang saya sebutkan di atas tidak menepati kehendak atau maksud sebenar perkataan tersebut dalam konteks bahasa rungus. Saya ingin mengambil contoh Kg. Nangka yang sepatutnya dieja kg. NANGKO, walaupun perkataan tersebut membawa maksud yang sama namun masih tidak mengambarkan identiti sebenar masyarakat rungus di kawasan itu. Sama juga halnya jika perkataan Pulau Pinang dialihbahasa kepada bahasa rungus iaitu ‘Puru Tinggaton’, sudah pasti masyarakat pulau pinang yang mengihlamkan nama tempat tersebut merasakan bahasa mereka dijajah secara tidak langsung.





Terdapat juga nama kampung pada papan tanda yang langsung terpesong dari perkataan asal seperti kampung Bavanggazon yang sepatutnya membawa maksud sungai besar atau dalam bahasa rungus Bavang Gazo. Walaupun terdapat papan tanda baru yang tertulis Bavang Gazo yang telah dipacak di persimpangan menuju ke kampung tersebut, namun papan tanda yang mengelirukan masih terpacak megah di kawasan itu. Seharusnya ada usaha untuk mengalihkan papan tanda yang mengelirukan itu dengan segera.

Saya tidak bermaksud menyalahkan siapa-siapa dalam soal ini tambahan lagi nama-nama kampung tersebut telah diwartakan sejak berpuluh tahun lamanya ketika masyarakat rungus di daerah Kudat masih belajar merangkak dalam bidang akademik, namun kita menaruh harapan genarasi baru terutama para pemimpin suku kaum rungus di kawasan ini bertindak segera untuk membuat perubahan. ‘Ketuanan’ rungus seperti yang dinyatakan Gazo Tulu dalam komen beliau perlu dipertahankan agar genarasi rungus akan datang tidak akan keliru mengenai fakta dan asal usul sejarah sesebuah tempat yang mempunyai kaitan dengan identiti suku kaum rungus.


Post Berkaitan



Widget by [ Tips Blogger ]

17 comments:

  1. Torima Kasih Amai EQ,
    Aharap oku dot, RCA mengambil perhatian isu ini dalam perjuangan mereka. Bagi saya cukuplah kalau isu ini diselesaikan sebelum terlambat. Saya berpendapat kalau perkara ini diperjuangkan dgn rasional Jabatan Kerajaan terlibat Cthnya JKR dan JPN dapat menerimanya. RCA boleh buat satu resolusi dan hantar memo kpd pihak berkenaan. Mohon EQ sampaikan kepada Puan Presiden RCA. Saya ada di tengah-tengah anda memerhati tanpa dikenali identiti tepat dgn nama pena Gazo Tulu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kembali..sya akan sampaikan 'amanat' sdra GT kepada prsiden RCA dengan kadar segera. Bagaimanapun sdra GT boleh juga membuat komen dan cadangan melalui Blog rasmi RCA. Terima kasih sekali lagi kerana memberi sokongan ke atas blog MTTGKNI.

    ReplyDelete
  3. bagus sangat la tu...dulu pun pernah aku terfikir ttg ini...tpi x tau nak buat apa...

    ReplyDelete
  4. betul tu pinsan, kita perlu memperjuangkan apa yang sepatutnya, kita perjuangkan. i support you gazo tulu and MTTGKIN. TEAM POWER

    ReplyDelete
  5. Sdra/i semua, khususnya Tuan Osukod yg mengambil perhatian kembali isu ini setelah lama tidak dipedulikan. (mungkin kerana ini kerja tidak bikin kaya dan berisiko kepada kaki politik-jadi tak dipedulikan)
    Sebenarnya isu menukar atau membetulkan sesuatu nama boleh dilakukan, contohnya: Pantai Cinta Berahi dinamakan semula "Pantai Cahaya Bulan" atau Jalan Bawah dinamakan semula "Jln Tumanggung Kurantud" Upper Road kepada Jln mission, SOALNYA perkara ini dibawah dengan teratur oleh satu pihak yg dapat menerangkan secara rasional kepada pihak berkenaan dan di tempat kita antara pihak yg boleh membawa isu ini termasuklah SAMORA, RCA, Ketua-ketua Anak Negeri ,Ketua Kampung(Osukod).
    Dengan itu saya mohon sekali lagi supaya kita mulakan langkah pertama. mana tau Rais Yatim datang kempen di Matunggong dan terus menyokong perubahan ini, utk mengekalkan ciri Warisan Bangsa.
    Salam Hormat.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih GT dan Osukod. Samora akan membuat surat rasmi kepada Lembaga Bandaran Kudat dan pihak berkuasa tempatan untuk memperbetulkan ejaan nama2 Kampung dan jalan yang dieja tak menepati kehendak bahasa Rungus seperti yang disebutkan di atas. Satu contoh ejaan yang menyimpang dari bahasa Rungus ialah nama kampung saya sendiri iaitu kampung Pomonsukan. Dulunya nama kamping saya dieja kg Pamansukan. Setelah kita buat bantahan dan teguran maka ianya telah diubah kepada kg pomonsukan. Mungkin orang2 atau pegawai2 yang terlibat mendaftarkan nama2 kampung atau jalan tak faham, tak tahu atau mungkin juga tak peduli sensitiviti orang2 Rungus! Nama2 separti kg Nangko yang dieja kepada kg Nangka menandaka 'orang' yang terlibat mendaftarkan nama2 tersebut berfikiran 1MALAYsaya dan bukannya 1Malayasia! (JH)

    ReplyDelete
  7. Tidak sabar nak tengok sejauh mana usaha Samora dapat mengubah nama sainbod2 tersebut. Apa yang saya dengar KDCA Matunggong telah pun buat bantahan tapi sainbod2 itu masih kekal macam itu juga. YB Matunggong silih berganti, persatuan wujud bagai cendawan selepas hujan, Orang kita melambak punya Izazah tapi belum ada yang terfikir nak ubah sainbord2 itu. Bagus lah kalau sudah kita sedar.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Tobpinai Selipar Jipun. Samora akan cuba setakat yang termampu. Selalunya bila kita target sesuatu benda, kita kena buat strategi yang cukup ' efektif ' . Saya akan cuba memperbetulkan ejaan2 tersebut bersama-sama dengan YB dan persatuan yang lain. Saya sedar ianya bukan mudah kerana akan melibatkan banyak jabatan kerajaan . Bayangkan nama seperti Kg Nangka misalnya sudah pasti ejaan yang ada sekarang dah tercatat di jabatan2 kerajaan dan swasta seluruh Malaysia. Apabila ianya diubah maka keseluruhan rekod yang ada sudah tentu akan terpaksa diubah juga. Sebagai contoh alamat dalam kad pengenalan, pasdport dll. Kalau kita fikir ianya amat sukar tentu lah susah tapi tiada yang mustahil kan SJ...belum cuba belum tahu hasilnya. Kita cuba dulu.(JH)

    ReplyDelete
  9. Kepada EQ and semua peminat blog Matunggong kini salam damai dari saya.. Saya tertarik juga dengan penulisan EQ tentang pencemaran ejaan ini walau semacam tidak penting tetapi kesannya lari dari ejaan bahasa ibunda rungus. Saya bercadang supaya ahli kauselor khusus sekali dari suku Rungus semesti antara mereka adalah YB. Sarapin sendiri memanjangkan perkara ini supaya diusul dan diterangkan kenapa perlunya pembetulan tersebut. Kalau perlu mendesak saya fikir boleh diketengahkan sampai ke pringkat kerajaan tempatan. Saya bersetuju juga dengan usaha SAMORA untuk menulis surat kepada yang berkenaan. Sekadar pendapat sahaja

    ReplyDelete
  10. sampai bila kaum rungus dan pekan matunggong ada perubahan

    ReplyDelete
  11. Salam 1 Momogun,
    Sedikit respon tentang Ejaan Nama Kg. Bavanggazon. Sebenarnya teguran telah dibuat oleh Ahli Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah Matunggong kepada Pihak Berkuasa Tempatan, namun teramat payah utk dilaksanakan. Apatah lagi yg terpaksa mengubah huruf sesuatu nama kampung. Dalam keadaan Kg. Bavanggazon, PBT hanya perlu membuang huruf n dihujung nama kg. Ini tidak la sesusah mengenalpasti mana satu yg betul antara Kg. Tambuluran, Tamburulan atau Tomburulan... Apatah lg Kg. Bavanggazo dikenali seantero dunia dgn nama Bavang Gazo jg. Kampung2 yg lain mgkn menghadapi sedikit kesukaran seperti Kg. Nangka, Pinawantai, Kirangawan, kerana telah dimasukkan dalam peta.

    Dalam pada itu, ada antara kampung di sekitar kita ini mempunyai variasi yg berbeza. Contohnya Kg. Pomonsukan. Selain dinamakan sebagai Pamansukan terdapat jg versi lain iatu Pemansukan. Nasip bukan pomosuvon.

    Kg. Merabau jg misalnya. Ada yg menyebut Morolobou dan tidak kurang jg sbg Merbau.

    Namun terdetik jg di hati dgn nama Kg. Indarason. Walaupun dihuni oleh kaum yg lain, terdapat kampung yg dihuni oleh kaum Rungus iaitu Andarason Sava... Macamana tu?

    Menarik jg utk diperkatakan berkaitan Kg. Botutai. Sebelumnya Botutai dikenali sebagai Tomimison. Namun setelah sekian lama Tomimison ditukar kepada Botutai (ada maknanya tu. Bukan batu ada tahi), nama itu muncul semula bersebelahan sungai Tomimison. Bagaimanapun, kampung yg dihuni oleh kaum lain ini diberi nama sebagai Tambisan mengikut kesedapan bahasa mereka sendiri. Manakala papantanda Sg. Batutai yg dipasang di sungai Tomimison adalah silap kerana sungai Botutai sebenarnya terletak hampir bersempadan dengan Kg. Bintasan Laut (Bintoson) dan hanpir terkambus akibat hakisan.

    Satu lg kampung yg menimbulkan tandatanya ialah Kg. Ponudahan. Semasa berada di Kg. Panudahan Jambu, saya pernah terfikir ia adalah diadaptasi dari 'penuh dahan jambu' atau jambu yg penuh dahannya. Macamana tu. Tapi apa yg pasti, saya hanya dapat melihat 3-4 pokok jambu. Macamana hendak penuhkan dahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada persoalan diminda itu jangan hanya"terfikir" sahaja tetapi hendaklah terus bertanya supaya persoalan itu terjawab.pasti orang disekeliling anda masa itu akan menjawab.

      Delete
  12. Komen saudara Anonymous cukup kelakar tapi ilmiah..Tahniah. Apapun sya cukup tertarik dengan komen saudara kerana mengajak kita berfikir. Malangnya saudara Anonymous tidak meletakan nama atau nama samaran agar dapat dibezsakan dengan komentator lain.

    ReplyDelete
  13. Mohon maaf BT. Saya tidak dapat tulis nama sendiri kerana semua pilihan profail yg ada, tidak diterima walaupun saya pakai nama betul dan alamat email. Yg masuk cuma ini. Mgkn ada caranya tp saya tidak tau. Mau kena belajar lg ni. Maklum la baru belajar IT ni. Sambil2 tu mau jg berkenalan dgn semua forumer yg lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Bloggers, pemimpin2 tuan2 puan2, na ini lah salah satu fakta menjadi pengajaran kepada suku kita sendiri..telah lama berlaku kesilapan ejaan tersebut tetapi nampak tiada mengambil tahu..Begini la juga mungkin bahasa ibunda kita ini nanti (memangpun sudah terjadi) orang pertama menyiapkan kamus rungus ialah tuan Forshner (orang Jerman). Mungkin sekarang ada segelintir kecil tengah berusaha dan ada penulisan buku adat, tangon dan sebagainya. Sori mungkin saya keluar tajuk asal, apapun saya tiba2 terfikir sedemikian.

    ReplyDelete
  15. Salam 1Rungus semua! Mula-mula mengunjungi blog ini sy sekadar terlimpas satu perkataan iaitu Matunggong..yang pada masa itu saya sedang mencari nama tempat MATUNGGUNG.
    saya berbangsa TOBILUNG + RUNGUS, tetapi bila orang lain bertanya perihal bangsa saya saya tetap mengakui bangsa saya ialah RUNGUS>.
    Bila bercakap perihal tulisan dan perkataan,Perkataan dalam suku bahasa Rungus memang unik,kalau kita perhatikan setiap tanda jalan ataupun sebagainya memang banyak sekali kelemahan yang dapat kita perhatikan.
    Bukan sahaj dalam bahasa Rungus tetapi yang selainnya~ tak tahulah dimana kelemahannya struktur yang bertanggungjawab tetapi kesimpulannya kita yang sedar penggunaan bahasa Rungus itu sangat penting,mesti melakukan SESUATU! HIDUPKAN BAHASA KITA DALAM APA JUA SENARIO~

    suara anak sumuni~

    ReplyDelete
  16. MZT.. anda nampak muda tapi berwawasan memajukan bangsa sendiri..tahniah tanamkan keperihatinan dan perjuangan anda.. kalau boleh biarlah anjakan ini mempengaruhi orang2 muda yang hampir rasa segan dan malu mengakui mereka suku rungus..

    ReplyDelete